Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Menurut Kamus Dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir,


mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Kecerdasan merupakan
anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap insan. Anugerah ini mampu
menggerakkan seluruh sendi kehidupan di dunia dan keberhasilan yang dirasakan selama
ini. Istilah kecerdasan sering dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk bertindak,
bekerja, menghitung matematik, mengukur, membaca cepat, berbahasa asing dengan
lancar, memecahkan masalah, bekerjasama, sabar, ointar, IQ di atas rata-rata, pengambilan
keputusan, dan mengerjakan banyak hal sekaligus. Menurut Plato, setiap manusia
mempunyai kecerdasan yang berbeza. Menurut Aristotle pula, kecerdasan bergantung pada
daya imaginasi, persepsi dan kecerdikan yang pantas.
Dalam konteks Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner mendefinisikan bahawa
kecerdasan adalah An intelligence is the ability to solve problems or to create products that
are valued within one or more cultural settings(Frames Of Mind,1983). Gardner(1983)
bangkit dengan konsep Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligent) mengetengahkan
pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui. Gardner
mengemukakan analisis pencapaian manusia dalam lapan domain yang berbeza untuk
mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai. Menurut Howard gardner, kecerdasan tidak
boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran,
peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan
perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan
manusia.(Buku murid dan alam belajar)

Domain Kecerdasan Gardner


Kecerdasan Linguistik

Contoh perlakuan

Keupayaan menggunakan

Membina penyataan yang


berpengaruh sama ada secara

bahasa dengan berkesan.

lisan atau penulisan


Berkarya dan berpuisi
Berkeupayaan untuk
memberikan makna perkataan

Kecerdasan Logikal-

dengan jelas.
Menyelesaikan masalah

matematik dengan pantas


Membuktikan penyelesaian

matematik
Memformulakan dan menguji

Matematik
Keupayaan menyatakan
alasan secara logik, terutama
dalam sains dan matematik

hipotesis sesuatu fenomena


yang diperhatikan

Kecerdasan Ruang-Visual

Dapat mempersembahkan

sesuatu visual melalui objek


Keupayaan menerima dan

(Spatial)
Keupayaan untuk

menggambarkan visual alam

memperincikan sesuatu yang


dilihat dan mengubahnya
dalam bentuk objek visual.

Kercerdasan Muzik
Keupayaan mencipta,
menghayati dan menghargai

sekitar dengan tepat


Bijak menggunakan warna dan

ruang
Penuh imaginasi dan kreatif

Dapat bermain alat-alat muzik


Mencipta lagu
Melantunkan nada dan bunyi
dengan baik

muzik, peka terhadap melodi


dan tone.
Kecerdasan Kinestetik

Dapat menggunakan sepenuh

Jadual 1.0
Domain
Kecerdasan
Gardner

Keupayaan menggunakan

atau sebahagian anggota tubuh

anggota tubuh dan mampu

untuk menyampaikan maksud


Cekap membaca dan mengenal

pasti pergerakan tubuh


Berupaya untuk mengimbangi

Kecerdasan

antara objek dengan mental.

banyak

Mudah bergaul dan berinteraksi

mempengaruhi
perkembangan

dengan orang lain


Mampu berkerjasama dengan

orang lain
Mudah menyesuaikan diri
Disenangi dan disukai
Memahami kehendak orang

Munawir.

Kes

Munawir,

dia

lain.
Mampu menilai dan mengenal

mengawal dan
menyeimbangkan objek.

Kecerdasan Interpersonal
Keupayaan memahami diri
orang lain.

Kecerdasan Intrapersonal
Keupayaan mengenai diri

pasti kekuatan dan kelemahan

sendiri.

diri

Teori
Pelbagai

ini

kehidupan

telah

menguasai teori kecerdasan pelbagai yakni, kecerdasan linguistik, kecerdasan logikalmatematik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait
dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan
bahasa yang kompleks. Menurut Howard Gardners(1983), seseorang yang mempunyai
kecerdasan linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan
mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang
memiliki kecerdasan linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat
persekolahan dalam bidang bahasa. Munawir juga mempunyai kecerdasan linguistik.
Bahasa adalah penting untuk meneruskan pengajian di negara kita. Setiap pelajar mesti
boleh membaca, menulis dan menutur dalam pelbagai bahasa terutamanya dalam Bahasa
Melayu. Dengan adanya kemahiran bahasa terutamanya dalam bahasa melayu, Munawir
dapat melanjutkan pengajiannya di tingkatan 6. Seterusnya, Munawir juga fasih berbahasa.
Ini dapat dibuktikan apabila dia membuka kedai menjual alatan sukan. Bahasa adalah
penting untuk sesuatu perniagaan. Dengan adanya kemahiran berbahasa, Munawir dapat
berkomunikasi dengan pelanggannya.
Seterusnya, orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi
nombor dan pengiraan. Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif
atau induktif dan dapat mengenal pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan
perhubungannya. Orang yang mempunyai aras kecerdasan ini akan menganalisis
komponen-komponen masalah sebelum menyelesaikannya secara sistematik. Contoh tokoh
yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan Barbara Maclntoch.
Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan
darjah kecerdasan logik-matematik yang tinggi. Munawir juga mempunyai kecerdasan
logikal-matematik. Munawir dapat membuka suatu perniagaan alatan sukan yang baru. Hal
ini membuktikan bahawa, Munawir juga mempunyai kecerdasan tersebut. Munawir dapat
menyelesaikan masalah yang timbul dalam perniagaanya dengan cekap dan lebih
sistematik. Dia juga dapat membuat pengiraan seperti, untung-rugi yang menghadapi dalam
perniagaannya.
Selain itu, seseorang yang mempunyai kecerdasan kinestetik mempunyai ciri-ciri seperti
menyukai aktiviti sukan, tidak boleh duduk diam di atas kerusi, menyukai aktiviti yang
mencabar, menyentuh orang apabila bercakap, boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang
kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit, bijak meniru mimik muka atau tingkah laku
orang lain, terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau
berkasut roda. Kecerdasan kinestetik ini juga dapat dilihat dalam diri Munawir. Dalam kes

ini, Munawir mempunyai kecerdasan kinestetik dapat dibuktikan iaitu, Munawir berjaya
dalam bidang sukan yang digemarinya iaitu sukan badminton. Dia telah berjaya menjadi
pemain badminton kebangsaan dan mengharumkan nama Negara. Hal ini membuktikan
bahawa, apabila seseorang mengenalpasti kelebihan diri sendiri dan terlibat dalam sesuatu
bidang yang digemari dengan sepenuh hati tetap mendapat kejayaan.
Kecerdasan seterusnya ialah kecerdasan interpersonal. Kecerdasan Interpersonal
adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan
kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Menurut Howard
Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu seseorang untuk bersosial dan orang
lain. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal kuat dapat mengurus
sesuatu urusan dengan baik. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal
mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan
idea dan pendapat. Munawir juga mempunyai kecerdasan interpersonal. Dalam kes
Munawir ini, Munawir mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat. Oleh itu, dia dapat
mengurus sebuah perniagaan yang baru dengan bijak dan penuh keyakinan. Seterusnya,
Munawir juga berinteraksi dengan pelanggannya supaya tertarik dengan produknya.
Seterusnya, kecerdasan intrapersonal adalah kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang
individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan
jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak
termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan
perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang
individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta
mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Individu seperti ini
juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Antara ciri-ciri
pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan
kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi
atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup. Seterusnya, terdapat
beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan
menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Kecerdasan
intrapersonal juga dapat dikenalpasti dalam diri Munawir. Munawir telah mengenalpasti
bakatnya dalam bidang sukan dan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam
bidang sukan. Dia tidak berputus asa walaupun kawan-kawannya melanjutkan pelajaran ke
kolej matrikulasi sebaliknya, dia hanya meneruskan pelajarannya di tingkatan 6 sahaja. Dia

mengenal pasti bakat yang ada pada dirinya serta meningkatkan bakatnya dalam sukan
badminton.
Implikasi kes ini kepada anda sebagai seorang guru
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan
membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua
pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah
penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran
dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian
kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan
minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).
Implikasi kes ini kepada saya sebagai guru adalah saya harus mengenalpasti
kecerdasan murid mengikut tahap masing-masing dengan pengetahuan sedia ada. Saya
perlu mengetahui kecerdasan murid dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan juga faktor
motivasi. Jadi, ini akan memudahkan saya untuk menilai pelajarnya yang mempunyai
kecerdasan yang berbeza serta saya dapat mengembangkan bakat sedia ada murid
semasa mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya harus mengetahui perbezaan dan kepelbagaian kecerdasan yang
terdapat pada murid-murid membolehkan saya mempelbagaikan cara penilaian terhadap
murid-murid. Hal ini bermakna semasa menilai seseorang murid, saya tidak boleh menilai
berdasarkan kepandaiannya dalam pencapaian akademik yang biasanya lebih cenderung
menuntut kecerdasan logic-matematik dan bahasa. Sebaliknya, guru juga menilai jenis
kecerdasan murid yang lain seperti keupyaan pelajar melibatkan diri dan berinteraksi
dengan murid yang lain dalam suatu situasi dan sebagainya. Keadaan ini dapat
menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi seterusnya, saya juga merancang pengajaran yang sesuai kepada murid. Saya
harus merancang apa yang patut diberikan kepada murid tentang cara pengajaran,
penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
saya dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid dan membolehkan saya untuk
menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini. Melalui mengenalpasti ini, saya
dapat memilih strategi P&P yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid.
Dengan ini, saya boleh memperkembangkan potensi pelajar dalam kecerdasan yang belum
menyerlah. Di samping itu, saya juga perlu memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan

Pelbagai boleh diaplikasikan dalam P&P seharian. logikal-matematik ialah bagaimana saya
boleh memasukkan nombor, pengiraan atau menggalakkan pemikiran kritis.
Selain itu, pada masa yang akan saya juga harus membangunkan bukan sahaja
kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,
sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan seseorang murid bukan sahaja tertumpu kepada
bidang akademik tetapi juga merangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,
kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain. Dengan setiap murid dapat memahami
potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai
kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat
memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu
lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka. Saya juga boleh membekalkan
murid-murid peluang untuk aktiviti fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya
serta menyediakan tempat murid-murid boleh bermain di dalam dan di luar kelas. Jika
perkara ini tidak mungkin, saya boleh

membawa mereka ke taman permainan atau

membawa mereka ke acara-acara sukan dan ballet. Selain itu, saya juga boleh
menggalakkan mereka menyertai aktiviti tarian. Bagi murid-murid yang berkecerdasan
interpersonal, saya boleh menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan, membantu
mereka mengembangkan kemahiran komunikasi, menyediakan permainan kumpulan untuk
mereka bermain serta menggalakkan mereka menyertai persatuan.
Implikasi keempat ialah, saya juga mesti mempelbagaikan teknik pengajaran saya untuk
menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Guru juga
dapat mengasah bakat pelajar dengan kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan
pelbagai ini. Guru boleh mengenal pasti cita rasa pelajar dengan tepat untuk membantu
membangunkan daya kreativiti pelajar tersebut. Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi
masalah gejala sosial seperti ponteng kelas ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat
ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa
yang ada dan sesuai dengan diri mereka. Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup
untuk melalui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka
kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Anda mungkin juga menyukai