Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI AJK KEROHANIAN

Pertamanya bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya semua pelatih guru
semester 4 IPG Kampus Kent telah berjaya menjalani Program Bina Insan Guru ( BIG )
pada 10 hingga 12 September yang lalu.
Sebagai AJK yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab menguruskan
aktiviti Kerohanian sepanjang Program Bina Insan Guru ini dijalankan, tidak ada
masalah besar yang kami tempuhi memandangkan lokasi yang digunakan sebagai
dewan solat telah disediakan dan kami hanya perlu untuk membersihkannya bagi
memastikan keselesaan semua Jemaah.
Selain daripada itu, sebelum datang ke SK Mantob untuk menjalani Program
Bina Insan Guru, kami telah terlebih dahulu menyiapkan jadual bertugas Imam, Bilal
dan Pentazkirah bagi setiap waktu solat dalam memastikan aktiviti kerohanian ini
berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan adanya jadual tersebut, semua petugas
dapat bersedia lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing dan tidak berlaku
sebarang masalah seperti masalah lambat dan tidak mengetahui tugasannya
memandangkan telah diedarkan jadual kepada setiap petugas.
Walaubagaimanapun, tidak semua waktu solat yang dijadualkan untuk dijalankan
di dewan solat dapat dijalankan memandangkan terdapat aktiviti yang melibatkan
kawasan luar sekolah dan memaksa setiap peserta untuk mencari alternatif sendiri
untuk menunaikan solat masing-masing.
Sebagai kesimpulannya, semua tugasan yang diberikan kepada AJK kerohanian
dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan baik dan tidak ada masalah besar yang
berlaku sepanjang Program Bina Insan Guru ini berlansung.

YANG MENJALANKAN TUGAS,
__________________________
( ZAHIRUDDIN BIN JUATIN )
Ketua AJK Kerohanian.

Anda mungkin juga menyukai