Anda di halaman 1dari 2

MENU RAKYAT 1MALAYSIA Program Menu Rakyat 1Malaysia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat

mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan di samping berusaha membantu mengurangkan beban rakyat. Program ini menawarkan pakej makanan dengan harga berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengahari seperti berikut: Sarapan Pagi Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak Makan Tengahari Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak Maksima RM4.00 Maksima RM5.00 Maksima RM2.00 Maksima RM2.50

Program ini adalah secara sukarela dan semua peniaga/pemilik restoran boleh mengikuti program ini. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana sehingga 16 Disember 2011, sebanyak 1155 pengusaha premis makanan telah menyertai program ini berbanding 611 buah premis semasa ianya dilancarkan pada 7 Julai 2011. Pengenalan Menu Rakyat 1Malaysia di pelbagai restoran bukan sekadar membantu meringankan perbelanjaan sarapan dan makan tengah hari, malah turut menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan. Kebanyakan pelanggan restoran yang menawarkan menu sarapan berharga RM2 dan makan tengah hari RM4 itu mengakui faedah daripada program itu yang diperkenalkan oleh kerajaan pada 7 Julai 2011 bertujuan meringankan bebanan perbelanjaan harian rakyat. Namun, tanpa disedari, mereka juga membantu pengusaha restoran-restoran itu menyediakan pekerjaan kepada golongan miskin dan memerlukan mata pencarian untuk menampung hidup. Beroperasi seawal pukul 7 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali Ahad, kedatangan orang ramai ke restoran tersebut pada hari bekerja mampu mencecah 4,000 orang sehari. Meja, pinggan, cawan dan gelas perlu dibersihkan segera dan itulah yang dilakukan oleh pekerja yang diambilnya. Kunjungan pelanggan yang terdiri daripada pekerja di sekitar restoran itu juga tidak putus-putus sehingga penuh sesak dan ramai yang sanggup beratur untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan set juadah makan tengah hari dengan harga murah.

Restoran Menu Rakyat 1Malaysia itu juga benar-benar didokong oleh rakyat pelbagai kaum apabila bukan saja orang Melayu tetapi juga Cina dan India juga turut melangganinya, sekali gus menjadikannya tempat untuk saling berkenalan dan memanjangkan silaturahim. Ternyata, pandangan jauh kerajaan Barisan Nasional bukan saja menjadikan Menu Rakyat 1Malaysia kaedah untuk membolehkan golongan pekerja jimat berbelanja untuk makan minum tetapi berupa serampang banyak mata apabila ia juga menjadi tempat rakyat pelbagai kaum berjumpa dan memberi peluang pekerjaan pula kepada golongan yang memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai