Anda di halaman 1dari 11

BAB V

PERBANDINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI MENURUT ISLAM DAN


BARAT

OBJEKTIF

Membincangkan ciri-ciri sains dan teknologi Islam.


Membandingkan antara sains dan teknologi menurut Barat dan
Islam.

PENDAHULUAN
Sains dalam Islam merupakan suatu proses untuk sampai kepada
kebenaran disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia terhadap asal-usul
dan tujuan kewujudan sesuatu dalam alam semesta ini. Dalam sejarah
sains, sains Islam merujuk kepada sains yang berkembang di bawah
ketamadunan Islam antara abad kelapan dan ke-15 yang dikenali
sebagai "Islamic Golden Ages". Ia juga dikenali sebagai "Arabic
Science kerana kebanyakan teks ketika itu ditulis dalam bahasa Arab
(M. H. Syed et al., 2009: 16). Ia juga merupakan satu cabang ilmu
yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau melalui
fakta-fakta yang ditinjau serta disusun secara sistematik dan dikumpul
dalam bentuk hukum-hukum yang umum. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa sains merupakan satu proses untuk mencari dan menemui
kebenaran melalui pengetahuan dan pemahaman terhadap tabii dalam
usaha untuk menerangkan hukum alam berdasarkan hukum sains (Law
of nature) bagi menerangkan undang-undang tabii (Natural laws).
(Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997:108).
SAINS DAN TEKNOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Perbincangan mengenai perbandingan sains dan teknologi Barat dan
Islam memerlukan pemerhatian terhadap sains dan teknologi Islam
terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana sains dan teknologi Barat
atau dikenali sebagai sains dan teknologi moden adalah suatu yang
sedia dimaklumi dan berlegar di persekitaran kita. Berikut adalah ciriciri sains dan teknologi Islam.
1.

Bersumberkan wahyu
Al-Quran mengandungi mesej-mesej yang berbentuk doktrin yang
menjelaskan pengetahuan berkaitan struktur tabii dan alam semesta.
Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai maklumat sejarah tentang
manusia, raja-raja, kerajaan-kerajaan silam, sejarah dan kisah para
nabi dan para wali (awliya) serta peristiwa-peristiwa yang pernah
berlaku. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepadamu


sebagaimana kami telah memberikan wahyu kepada nuh dan
nabi-nabi yang kemudiannya, dan kami telah memberikan
wahyu ( pula ) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaqub dan anak
cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan kami
berikan Zabur kepada Daud.
(al-Nisa, 4: 163)
Al-Quran juga adalah sumber pengetahuan yang menerangkan
perkara-perkara mengenai alam ghaib (metafizik) seperti syurga,
neraka, kiamat, kebangkitan semula dan sebagainya. (Ahmad Fauzi Hj.
Morad, 1997:112). Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman
dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurgasyurga yang mengalir sungai di dalamnya. Setiap mereka
diberi rezeki buah-buahan dalam syurga itu, mereka
mengatakan: Inilah yang pernah diberikan kepada kami
dahulu". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk
mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka
kekal di dalamnya
(al-Baqarah, 2: 25)
Jelasnya, sains dan teknologi Islam adalah bersumberkan alQuran yang merupakan wahyu Allah S.W.T. Terdapat di dalam alQuran, ayat-ayat yang membicarakan tentang wahyu yang turut
menyentuh tentang alam pemikiran, makrifat, dan ilmu. Apabila sains
adalah bersumberkan wahyu, maka tumpuan sains Islam ialah untuk
memberikan manfaat dan segala aktiviti yang dilakukan mestilah
berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan dan dijauhi daripada
melakukan kemusnahan dan kemudaratan dalam masyarakat.
2.
Aktiviti Sains dan Teknologi Adalah Ibadah
Mempelajari ilmu sains dan teknologi dalam Islam merupakan ibadah.
Ini bermakna sains merupakan alat untuk mencapai pengabdian
kepada Allah S.W.T. Ini bertepatan dengan pengertian ibadah yang
merujuk kepada ketundukan yang ditujukan kepada Allah S.W.T. dalam
mentaati segala yang diperintahkan dan dilarang.
(Yusuf Al-Haj
Ahmad, 2009: 4).
Firman Allah S.W.T. (al-Zariyat, 51: 56) yang
bermaksud:
"Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadat
kepadaKu.
Dalam konteks sains dan teknologi sebagai ibadah, ia mestilah
memenuhi tujuan dan matlamat berikut iaitu: (Ahmad Fauzi Hj. Morad,
1997:114)

a) Membawa seseorang ke arah mengenali dan mengetahui


Allah S.W.T. (Marifatullah).
b) Mendekatkan dan menghampirkan diri seseorang dengan
Penciptanya, iaitu Allah S.W.T. (Taqarrub Ila Allah).
c) Dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah
S.W.T. melalui pengalaman, penumpuan, dan eksperimen
yang dilakukan.
d) Dapat membentuk dan membina Muslim yang soleh dan
Muslimah yang solehah yang seimbang dari segi rohani dan
jasmani. Di samping itu, ia juga dapat mempertingkatkan
martabat diri menjadi insan kamil yang unggul dalam
semua aspek intelektual, fizikal, dan spiritual.
e) Membolehkan manusia mencapai matlamat dan tujuan
kewujudannya, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.
dengan mempertingkatkan ibadah dan melaksanakan fungsi
dan peranan untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat,
dan negara.
f) Memungkinkan manusia mengeksploitasi khazanah alam dan
sumber tabii yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan
cekap dan berkesan menepati peranannya sebgai khalifah
Allah di atas muka bumi.
g) Melahirkan masyarakat berilmu, celik budaya, bermaklumat
dan dapat membentuk personaliti individu muslim yang
bersifat rendah hati (tawadu), warak dan dapat memberi
manfaat kepada orang lain.
3.

Tidak Bersifat Bebas Nilai


Secara umumnya, sains dan teknologi Islam berbeza dengan sains
barat kerana lebih mementingkan etika moral yang tinggi yang
merujuk kepada melakukan kebaikan dan kebenaran sahaja. Ini kerana
kebebasan dalam Islam ada batasannya dan terikat dengan tanggung
jawab sosial dalam kehidupan (M. H. Syed et al., 2009: 41). Dengan itu,
sains dan teknologi Islam tidak bersifat bebas nilai dan ia terikat
dengan prinsip-prinsip dan etika tertentu.
Prinsip utama etika Islam sains dan teknologi Islam ialah untuk
memenuhi tanggungjawab akhlak yang mana garis panduannya telah
ditentukan oleh syariat yang mencakupi perkara halal, haram, wajib,
harus,makruh dan sunat.
Ini termasuklah bersikap adil dalam
memenuhi tanggungjawab, memelihara keindahan dan menjaga
keaslian alam semula jadi, tidak merosak dan memusnahkan alam,
mengutamakan kepentingan awam dan tidak melakukan pembaziran
dalam mengeksploitasi sumber tabii (Ahmad Fauzi Hj. Morad,
1997:117).

4.

Memihak Kepada Kebenaran

Sains dan teknologi Islam mestilah berpihak kepada kebenaran dan


menjauhi kebatilan. Oleh itu, aktiviti sains Islam perlu dijalankan
berpandukan kepada al-Quran dan batasan yang telah ditetapkan oleh
syariat Islam. Nilai saintifik sains dan teknologi Islam tertakluk kepada
sejauhmana kebenaran yang ada dalam sains dapat menemukan
seseorang kepada hakikat kebenaran (Haqq) atau absolute truth, iaitu
sumber kepada kewujudan makhluk.
Dalam hal ini, sains yang
didokong sebagai kebenaran (belief) dapat menguatkan agama yang
dianuti sebagai iman (Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997:111). Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (Mereka Wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta
tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang
diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku
beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan
aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah
jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. bagi kami amal kami dan
bagi kamu amal kamu. tidaklah patut ada sebarang
pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran
telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama
(pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali
semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
(al-Syura, 42: 15)
5.

Operasi Pembuktian Bersifat Subjektif dan Berasaskan Niat


yang Baik
Sains dan teknologi Islam menekankan bahawa operasi pembuktian
mestilah bersifat subjektif dan berasaskan niat yang baik. Ini adalah
penting untuk menjamin kecemerlangan dan keberkatan dalam aktiviti
sains dan teknologi Islam.
Kepentingan niat yang ikhlas telah
ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya yang bermaksud:
Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang
menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia
berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi
Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana
itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.
(al-Nisa, 4: 125)
Begitu juga dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan
(pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu
mereka dibalas dengan) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. dan yang demikian itu,
adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.
(al-Maidah, 5: 85)
4

6.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara


Salah satu prinsip utama sains dan teknologi Islam ialah matlamat
tidak boleh menghalalkan cara. Ini bermaksud walaupun aktiviti sains
dan teknologi bertujuan untuk mencapai kemajuan, cara yang tidak
bermoral dan menyalahi syariat Islam adalah tidak dibenarkan sama
sekali. Ini kerana sains dan teknologi Islam terikat dengan nilai akhlak
yang ditentukan oleh syariat, iaitu sistem nilai yang berasaskan alQuran dan al-Sunnah.
Oleh itu, penggunaan sains dan ilmu
pengetahuan
berkait
rapat
dengan
persoalan
perlaksanaan
tanggungjawab akhlak, iaitu hak sesama manusia, hak sesama
makhluk dan hak terhadap Allah S.W.T. Kegagalan menunaikan ketigatiga hak tersebut akan menyebabkan seseorang menerima balasan
azab di akhirat kelak (Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1997:111)
Sebagai contohnya, saintis dan teknokrat tidak boleh melakukan
kemusnahan terhadap manusia dan binatang walaupun untuk tujuan
kajian. Begitu juga dengan ujian-ujian atom atau gas beracun seperti
yang digunakan dalam Perang Dunia Pertama ke atas Veitnam (M. H.
Syed et al., 2009: 44). Oleh itu, dapat difahami bahawa Islam tidak
memberi apa-apa keistimewaan kepada kaedah atau matlamat sains
dan teknologi yang melangkaui batas-batas hukum dan etika walaupun
penyelidikan sains dan teknologi tersebut dilihat mempunyai kebaikan
untuk manusia seperti pengklonan manusia, ibu tumpang dan
sebagainya.
Menurut Fadzlullah Hj Shuib (2007: 19-23), terdapat dua ciri
utama bagi sains dan teknologi Islam, iaitu ciri-ciri keagamaan
(teologisme) dan ciri-ciri saintifik.
Ciri-ciri keagamaan pula
merangkumi 6 ciri khusus, iaitu;
1. Tauhid (the Divine unity)
Tauhid merupakan paksi utama ajaran Islam yang berasaskan
keesaan Allah. Bertolak dari gagasan keesaan ini dikembangkan
gagasan kesatuan sistem alam ciptaan Allah atau diistilahkan
sebagai sunnatullah.
Sehubungan dengan itu, sains dan
teknologi Islam merupakan ilmu yang dihasilkan melalui cerapan
dan fahaman terhadap fenomena tabii yang berpaksikan kepada
gagasan tauhid kepada Allah. Menurut perspektif Islam, sesuatu
ilmu boleh tercetus melalui peringkat-peringkat tertentu
berdasarkan hubungan seseorang dengan Allah. Adapun para
rasul dan nabi mereka memperolehi ilmu melalui kaedah wahyu.
Manakala para ilmuwan hikmah dan ahli sufi mendapat ilmu
melalui kaedah ilham atau intuisi yang diistilahkan oleh al-Quran
sebagai mujahadah.
2. Kesatuan ilmu (the unity of knowledge)

3.

4.

5.

6.

Seluruh bidang ilmu baik ilmu naqli atau ilmu akli adalah berasal
daripada anugerah Allah. Malah, semua bidang ilmu itu saling
berkaitan dan saling melengkapi dalam tradisi keilmuan Islam.
Daripada konsep tauhid tercetusnya konsep kesatuan ilmu dalam
falsafah epistemologi dan konsep kesatuan kebersebaban (unity
of causalities) dalam proses kejadian alam. S. H. Nasr dalam
bukunya Science and Civilization in Islam telah membahaskan
tentang tokoh-tokoh keilmuan sejagat dalam sejarah sains Islam
seperti Jabir bin Hayyan, al-Kindi, Ibn Sina, dan Ibn al-Haytham
yang didapati menguasai ilmu-ilmu naqli dan akli.
Kesatuan kebersebaban (the unity of causalities)
Falsafah sains dan teknologi Islam menggabungkan sebab
metafizik (the vertical cause) yang diungkapkan sebagai
ketentuan takdir Allah dengan sebab fizik (the horizontal cause).
Allah merupakan penyebab pertama (the first cause) bagi segala
sesuatu, manakala sebab-sebab lain termasuk malaikat dan jin di
alam ghaib diambil kira sebagai penyebab kedua dalam doktrin
kosmologi Islam.
Sains sebagai mekanisme (alat) untuk mencapai pengabdian diri
kepada Allah dan menuju keredaan-Nya.
Keunikan sains Islam ialah meletakkan sains sebagai alat untuk
mendapatkan keredaan Allah. Melalui sains, manusia dapat
mengabdikan diri kepada Allah. Bentuk pengabdian itu yang
mempunyai fungsi kerohanian dan sosialnya.
Sains terikat dengan hukum-hukum dan akhlak (etika) yang
mantap.
Prinsip sains Islam ialah matlamat tidak menghalalkan cara.
Maksudnya,
sekalipun
sesuatu
matlamat
dan
kaedah
penyelidikan sains adalah untuk kebaikan dan kepentingan
manusia seperti projek pengklonan manusia, euthanasia,
pemindahan organ, dan ubahsuai genetik, namun sains Islam
tidak mengenepikan batas-batas hukum dan etika sehingga
menghalalkan projek-projek tersebut.
Sains Islam adalah suatu kaedah unggul untuk membuktikan
kebenaran Allah dan suatu jalan untuk mencapai makrifah
(mengenal dan menghampirkan diri kepada Allah).

Ciri-ciri saintifik khusus bagi sains dan teknologi Islam


merangkumi 6 ciri, iaitu;
1. Objektif
Sains dan teknologi Islam juga melalui proses pembuktian
kebenaran dan justifikasi. Al-Quran sendiri menegaskan sifat
objektif keilmuan Islam dalam surah al-Isra, ayat 36 dan surah
al-Baqarah ayat 111. Sains Islam bersifat objektif kerana ia
menyediakan serta mematuhi tatacara umum dan kriteria

2.

3.

4.

5.

6.

tertentu bagi menentukan sama ada sesuatu dakwaan ilmiah itu


dapat diterima atau tidak.
Logik
Kaedah logik telah diaplikasikan secara meluas dalam tradisi
intelektual Islam bukan sahaja dalam bidang sains intelek tetapi
juga dalam bidang sains transmisi seperti penggunaan analogi
qiyas dalam kaedah perundangan Islam serta penggunaan logik
(mantiq) dalam perbahasan ilmu kalam dan kaedah deduktif
dalam falsafah Islam.
Empirikal
Ujikaji dan pemerhatian yang diimplementasi secara meluas
dalam bidang astronomi dengan pembinaan pusat-pusat
observatori dan juga dalam bidang perubatan dengan terbinanya
hospital (bimaristan) di seluruh dunia Islam sejak abad ke-9
Masihi. Malah, kaedah empirikal ini telah digunakan dalam
semua bidang sains Islam.
Sintesis
Kaedah ini merupakan gabungan antara pemikiran dan
penemuan yang berbeza sebagai suatu yang menyeluruh atau
baharu. Ia telah digunakan oleh saintis Muslim sejak zaman awal
Islam lagi. Dalam hal ini, unsur-unsur sains dalam tamadun
Yunani, China, India, Parsi dan lain-lain telah diasimilasikan
dengan unsur yang terdapat dalam tamadun Islam.
Ia
merupakan kriteria terpenting pembentukan sains dan teknologi
Islam yang bermula dengan kegiatan penterjemahan dari tahun
705-900 M. Sintesis merupakan gabungan ajaran al-Quran dan
al-Sunnah dengan penyerapan budaya ilmu asing khasnya
tamadun Yunani ke dalam budaya ilmu Islam. Contohnya, aliran
theoretical Galen dan aliran practical clinical Hippocrates telah
digabungkan dalam perubatan Islam seperti yang dilakukan oleh
Ibn Sina dan al-Razi.
Analisis
Pemecahan persoalan sains secara terperinci sehingga
menghasilkan banyak maklumat dan data. Selanjutnya datadata
dan
maklumat-maklumat
ini
dirumuskan
untuk
menghasilkan suatu penemuan atau pandangan yang baru.
Contohnya, kajian Ibn Sina (Canon of Medicine) dan al-Razi (alHawi) dalam karya-karya mereka yang bersifat analisis dan
ensiklopedia perubatan.
Universal
Ciri ini terbukti menerusi kemunculan para ilmuwan dalam
bidang sains dan teknologi adalah daripada empat kelompok
utama, iaitu saintis Muslim seperti Jabir bin Hayyan dan Musa alKhawarizmi; saintis bukan Muslim seperti Hunayn ibn Ishaq dan
Thabit bin Qurrah; saintis Arab seperti al-Jahiz dan al-Kindi;
saintis bukan Arab seperti Ibn Sina dan Umar ibn Khayym.
7

PERBANDINGAN ANTARA CORAK SAINS BARAT DAN SAINS


ISLAM
Menurut Ziauddin Sardar (1992 : 37-41) corak dan gaya sains Islam boleh dikatakan
berbeza daripada cara sains yang diamalkan pada hari ini biarpun jika beberapa hasil
mereka menjadi asas peningkatan sains Barat. Perbezaan yang besar adalah dalam sistem
kepercayaan. Sains Islam mempercayai wahyu dan menganggapnya sebagai salah satu
cara untuk menghampiri Tuhan, manakala ahli sains Barat mempercayai kerasionalan dan
menolak semua bentuk pengetahuan lain yang dianggap tidak objektif dan karut.
Berikut adalah ringkasan perbandingan corak sains Barat dan sains Islam:

BI
L
1.
2.

SAINS BARAT

SAINS ISLAM

Mengimani Kerasionalan
Sains untuk Sains.

3.

Satu-satunya
kaedah
mengetahui kebenaran.

4.

Sikap bebas emosi (neutral) sebagai


kunci mencapai kerasionalan.
Tidak memihak: Seorang ahli sains
seharusnya meminati ciptaan ilmu
baru dan natijah penggunaannya.

5.

6.

7.

untuk

Ketiadaan sikap berat sebelah.


Pengesahan pernyataan sains hanya
bergantung pada operasi-operasi
pembuktiannya dan tidak pada orang
yang membuatnya.
Menggunakan
pemutusan:
Kenyataan sains dibuat hanya
berdasarkan asas bukti yang
menyakinkan.

Mengimani Wahyu
Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari
keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang
ada fungsi rohani dan sosialnya.
Terdapat banyak kaedah yang berasaskan
kepada penaakulan dan juga wahyu baik
objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.
Emosi
perlu
untuk
meningkatkan
pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.
Memihak kepada kebenaran; Jika sains suatu
bentuk pengabdian, ahli sains mesti
mengambil kira akibat-akibat yang timbul
daripada penemuan-penemuannya.
Ibadat
ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu
yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah
agen yang tidak bermoral.
Adanya kesubjektivitan: Arah sains adalah
subjek. Pengesahan penyataan bergantung
pada operasi pembuktian niat dan juga
pandangan hidup sendiri.
Latihan pemutusan: Kenyataan sains selalu
dibuat dengan bukti yang tidak menyakinkan;
saintis seharusnya boleh membuat keputusan
bila berhadapan dengan bukti yang tidak
menyakinkan; apabila sampai masa yang
bukti menyakinkan telah dikumpulkan,
mungkin terlalu lewat untuk melakukan
sesuatu tentang akibat-akibat yang telah

8.
9.

10.

merosakkan itu.
Penurunan cara yang dominan untuk Sintesis sebagai cara dominan untuk
mencapai kemajuan sains.
mencapai kemajuan sains.
Ini meliputi
sintesis sains dan sistem nilai.
Pemecahan: Sains sebagai aktiviti Holistis: Aktiviti sains terlalu kompleks untuk
yang kompleks. Oleh itu, dapat diceraikan dan diasingkan kepada bahagian
dipecah-pecahkan kepada disiplin- yang kecil.
Sains adalah interdisiplin,
disiplin, sub-disiplin dan sub- intradisiplin dan holistis..
subdisiplin.
Kesejagatan:
Walaupun
sains Kesejagatan : Hasil kajian sains untuk seluruh
bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk manusia. Pengetahuan serta kebijaksanaan
orang mampu membayar. Dengan tidak dapat dijadikan sebagai barang
itu rahsia dibolehkan.
pertukaran atau jual beli, merahsiakannya
dianggap buruk dan tidak bermoral.

11.

Individualisme : Saintis seharusnya


memisahkan diri mereka daripada
keperihatinan mereka tentang sosial,
politik dan ideologi.

12.

Sains tidak baik tetapi tidak juga


buruk.

13.

Setia bersama kumpulan :


Hasil pengetahuan baru daripada
kajian adalah yang terpenting
daripada aktiviti-aktiviti lain, dan
patut diberi sokongan penuh.

14.

Kebebasan penuh kesemua usaha


untuk mengawal penyelidikan sains
perlu ditentang.

15.

Matlamat
menghalalkan
cara;
Disebabkan penyelidikan sains itu
merupakan sesuatu yang baik dan
penting kesejahteraan manusia,
9

Orientasi masyarakat : Aktiviti sains adalah


tanggungjawab sosial (fardhu kifayah),
kedua-dua antara saintis dan masyarakat
mempunyai tanggungjawab antara satu sama
lain dan saling bergantung..
Orientasi nilai sains seperti kebanyakkan
aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia
mungkin baik ataupun patut dipuji, sains
perang saraf umpamanya adalah satu yang
keji.
Kesetiaan hanya kepada Tuhan dan
makhluknya:
Ppengetahuan sains yang baru adalah satu
jalan memahami tanda-tanda kewujudan
Tuhan dan seterusnya meningkatkan taraf
ciptaan-ciptaannya manusia, binatang dan
sekitaran. Tuhanlah yang mencipta sains,
sebab itu ia mesti disokong seperti aktiviti
umum bukan hanya aktiviti golongan atasan.
Pengurusan sains: sains merupakan satu
sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh itu
janganlah disia-siakan dan membiarkannya
membawa kejahatan dan keburukan secara
langsung, ia mesti diurus dan dirancang
dengan teliti serta barulah dijadikan sebagai
subjek etika dan moral.
Matlamat tidak menghalalkan cara; Tidak ada
keistimewaan di antara matlamat dan kaedah
sains. Kedua-dua seharusnya halal dan mesti
di dalam batas-batas etika dan akhlak.

semua
kaedahnya
termasuk
penggunaan haiwan hidup, manusia
dan janin bayi dibenarkan.
Dengan penjelasan yang diberikan oleh Ziauddin Sardar itu ternyata bahawa sains Islam
adalah sains yang bersifat sejagat, ia mengandungi unsur-unsur metafizik.,agama dan
kerohanian. Sementara sains Barat dan sains-sains yang sealiran dengannya adalah
menuju kepada keruntuhan moral sebab unsur asalnya sahaja telah mengenepikan
metafizik,agama dan kerohanian.
KESIMPULAN
Secara umumnya, sains Islam adalah berbeza dengan sains barat
kerana bersumberkan al-Quran dan Sunnah serta mementingkan nilai
moral dan etika yang tinggi dalam semua aktiviti sains. Selain itu,
aktiviti sains Islam adalah termasuk dalam ruang lingkup beribadah
kepada Allah S.W.T. yang mempunyai garis panduan dan batasanbatasan tertentu ke arah mencapai kecemerlangan, keberkatan dan
keredhaan Allah S.W.T. dalam segala aktiviti yang dijalankan menurut
ketetapan syariat Islam. Kesejagatan sains dan teknologi Islam bukan
sahaja kerana penyumbangnya terdiri daripada pelbagai kelompok
yang berada di bawah polisi sains pemerintah Muslim tetapi juga
khalayak yang menerima sumbangan sains dan teknologi Islam adalah
terdiri daripada pelbagai komuniti dan tamadun. Persoalan ini boleh
dijustifikasikan apabila kita memperkatakan tentang transfomasi sains
dan teknologi Islam ke Eropah sejak zaman Pertengahan dan
Renaissance.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Fauzi Hj. Morad et al. (1997). Tamadun Islam. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Endang Saifuddin Anshari. (1982). Sains Falsafah dan Agama. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gahzali Darusalam. (2001). Sumbangan Sarjana Dalam tamadun
Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Haji Abu Hassan bin Haji Ali. (2005). Ensiklopedia Pendidikan Sains
Dalam Al-Quran. Kuala Lumpur: Emedia Publication.
Haidar Bammate.
(1962).
Muslim Contribution To Civilization.
Geneva: The Islamic Centre.
M. A. J. Beg. (1980). The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
M. H. Syed and M. M. Khan. (2009). Encyclopedia of Islamic Science
and Scientists. New Delhi: Anmol Publications Pvt. Ltd.
10

W. Montgomery Watt. (1972). The Influence of Islam on Medieval


Europe. Edinburgh: Edinburgh University Press.
Yusuf Al-Hajj Ahmad. (2009). Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam
Al-Quran dan Sunnah, Hj. Abu Maula M. A et al. (terj.). Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publication.

11

Anda mungkin juga menyukai