Anda di halaman 1dari 16

PENGERTIAN MUSTALAH HADITH, HADITH, SUNNAH, KHABAR, ALATHAR, SANAD DAN MATAN

NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD SHARIFAH SUHAILA BINTI ISHAK NUR TAUFIQAH NAZURAH BINTI ABU BAKAR

MUSTHALAH HADITH

Musthalah Hadith adalah ilmu yang dengannya dapat diketahui keadaan seorang perawi hadith dan hadith yang diriwayatkan itu sendiri dari sisi diterima atau ditolak.

Musthalah hadith ini juga lebih dikenali sebagai ilmu musthalah hadith.

HADITH

o Menurut bahasa : Al-Jadid (baru) o Menurut istilah Hadith ialah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, taqrir mahupun sifat baginda.

AS-SUNNAH

o Menurut bahasa : (jalan yang terpuji atau tercela). Sunnah diartikan dengan atau . o As-Sunnah menurut Ulama Hadith ialah perkataan, perbuatan, persetujuan, sifat sama ada yang berkaitan dengan akhlakn atau kejadian, perjalanan, peperangan Nabi s.a.w, juga sebahagian daripada berita baginda sebelum menjadi Rasul seperti baginda beribadat di Gua Hira.

AL-KHABAR

omenurut bahasa : An-naba (berita). o menurut istilah : terdapat 3 pendapat o 1. sinonim dengan hadith (sama erti) o 2. berbeza daripada hadith. Hadith itu berasal dari Nabi Muhammad s.a.w manakala khabar adalah selain dari baginda. o 3. lebih umum dari hadith. Hadith itu dari Nabi Muhammad s.a.w, sedangkan khabar berasal dari baginda mahupun bukan dari baginda.

o menurut Ulama Hadith pula Al-Khabar ialah perkara yang disandarkan kepada sahabat dan yang disandarkan kepada tabiien. Ada juga yang mengatakan bahawa khabar ialah apa yang disandarkan kepada selain daripada baginda.

AL - ATHAR

oMenurut bahasa : bermaksud 'kesan', 'impak', 'tanda' atau 'sisa' yang ditinggalkan atau diwarisi dari perkara lepas. o Menurut istilah terdapat 3 pendapat: 1) 2) Athar itu sama pengertian seperti hadith. Athar dan hadith mempunyai pengertian yang tersendiri. Athar adalah percakapan, perbuatan dan pengakuan oleh para sahabat dan tabi'en dan hadith pula adalah percakapan, perbuatan dan pengakuan Nabi SAW. Athar lebih umum daripada hadith; kerana hadith digunakan eksklusif kepada Nabi SAW, manakala athar meliputi apa yang berkaitan dengan Nabi SAW dan termasuk juga para sahabat dan tabi'en.
Oleh itu, semua hadith adalah athar, tetapi bukan semua athar adalah hadith.

3)

SANAD

oMenurut bahasa : bermaksud sandaran, tempat bersandar, yang menjadi sandaran. o Menurut istilah : Jalan yang menyampaikan kepada matan hadis / jalan yang bersambung sampai kepada matan, rawi-rawi yang meriwayatkan matan hadits dan menyampaikannya. Sanad dimulai dari rawi yang awal (sebelum pencatat hadits) dan berakhir pada orang sebelum Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam yakni Sahabat.

MATAN

oMenurut bahasa : kuat, kukuh, keras.

o Menurut istilah : perkataan yang disebut pada akhir sanad, yakni sabda Nabi SAW yang disebut sesudah habis disebutkan sanadnya.

Anda mungkin juga menyukai