Anda di halaman 1dari 31

1

1.0 PENGENALAN
Guru pelatih yang mengambil kursus Perkembangan Kanak Kanak (EDU 3102)
ditugaskan untuk membuat pemerhatian terhadap 2 orang murid sekolah rendah
yang berlainan tahap dan menghuraikan Perkembangan Kanak Kanak peringkat
umur 7 hingga 12 tahun dari aspek kognitif dan sosio emosi berasaskan dua teori
Perkembangan Kanak Kanak. Selain itu, huraian mengenai implikasi fahaman
Perkembangan Kanak Kanak terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara -
cara guru dapat menangani masalah perbezaan individu di dalam kelas juga perlu
dilakukan. Saya memilih untuk menghuraikan Perkembangan Kanak Kanak
peringkat umur 7 hingga 12 tahun daripada segi kognitif berasaskan Teori
Perkembangan Kognitif Piaget dan daripada segi sosio emosi berasaskan Teori
Perkembangan Sosio Emosi Erikson.
















2

2.0 PERKEMBANGAN KANAK KANAK
2.1 Konsep dan Prinsip
Menurut Ee Ah Meng (1992), perkembangan ialah perubahan yang bersifat
kualitatif di mana perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Perkembangan juga bersifat
berterusan, iaitu dari lahir hinggalah mati. Perkembangan kanak kanak pula boleh
didefinisikan sebagai pertambahan dan perubahan dalam tingkah laku kanak kanak
mengikut umur menuju ke arah kedewasaan dicetuskan oleh kematangan dan
pembelajaran (Mohamad Daud Hamzah,1994). Perkembangan ini melibatkan
perubahan perubahan jasmani, mental (kognitif), emosi dan sosial dari segi kuantiti
dan kualiti (Ee Ah Meng,1992). Berikut merupakan prinsip prinsip utama
perkembangan dan pertumbuhan menurut Ee Ah Meng:

Prinsip perkembangan dan pertumbuhan
Mengikut arah tertentu
Arah kepala ke kaki (sefalokandal)
Arah tengah ke tepi (promiksodistal)
Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi
Perkembangan bermula secara umum diikuti secara khusus
Konkrit kepada abstrak
Egosentrik kepada menerima pandangan orang lain
Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam
satu - satu jenis
Semua kanak - kanak mengikut corak perkembangan yang sama
dari satu peringkat kepada satu peringkat.
Perkembangan adalah berterusan
Berlaku dari percambahan sehingga mati, secara berterusan.
Perkembangan berlaku mengikut kecepatan yang berlainan
Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh
kepada keadaan yang tertentu dan mempengaruhi keseluruhan
organisma
Perkembangan bahagian - bahagian anggota adalah saling
berkaitan antara satu sama lain
Corak perkembangan berbeza mengikut individu
Perkembangan berlaku secara berperingkat - peringkat
3

2.2 Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan
Perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor faktor baka,
persekitaran dan diri manusia itu sendiri. Semua faktor ini mempengaruhi
perkembangan manusia sehingga akhir hayat (Rohaty Mohd. Majzub, 1993).
Faktor
1. Baka
Ciri ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak anaknya
melalui gen - gen.
Mereka yang berorientasikan biologi percaya bahawa perkembangan
ditentukan pada masa persenyawaan mengikut pelan genetik yang diwarisi
oleh seseorang kanak kanak (Dr. Rahil, Dr. Abd. Majid & Dr. Zaidatol, 1995).
Faktor faktor kebakaan termasuklah kromosom, gen, kelenjar dan hormon
yang amat mempengaruhi perkembangan kanak - kanak.
2. Persekitaran
Merujuk kepada semua pengalaman luar individu termasuk pengalaman
sebelum dan selepas lahir.
Faktor - faktor sebelum kelahiran: Pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup
ibu semasa hamil, rawatan yang diterima ibu dan keadaan emosi ibu.
Faktor - faktor selepas kelahiran: Pemakanan, sosio-ekonomi, tahap
pendidikan, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan
persekitaran dunia.
3. Diri sendiri
Faktor diri sendiri termasuklah perasaan dan konsepsi kanak kanak tentang
dirinya sendiri dan tentang orang lain, masyarakat dan keseluruhan
pengalamannya seperti kepercayaan, nilai, falsafah, matlamat hidup dan
sikap.
Jadual 1 Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan





4

3.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIO EMOSI PERINGKAT KANAK -
KANAK
3.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kognitif adalah berkaitan dengan kognisi
yang bermaksud proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami
sesuatu. Teori Perkembangan Kognitif Piaget melihat pemikiran sebagai satu proses
yang disedari dan berkembang secara berperingkat peringkat. Piaget percaya
bahawa pemikiran kanak kanak berkembang dalam satu siri tahap yang kompleks
dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Perkembangan kognitif
Piaget terbahagi kepada empat peringkat seperti yang berikut:

Rajah 2 Peringkat perkembangan kognitif Piaget
3.1.1 Perkembangan Kognitif Kanak Kanak Peringkat Umur 7 12 tahun
Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget perkembangan kognitif kanak
kanak peringkat umur 7 hingga 12 tahun berada di peringkat Operasi Konkrit. Tahap
ini dikenali sebagai konkrit kerana kanak kanak hanya boleh melakukan operasi
operasi pada imej dan dan objek objek yang nyata sahaja dan bukan perkara
perkara yang abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan sebagainya (Jas Laile,
2008). Menurut Mohamad Daud (1994), yang utama dalam konteks ini ialah
penaakulan egosentrik (menganggap pengalaman dan pandangan orang lain serupa
dengannya) berubah menjadi relativistik (Penaakulan yang menggambarkan
kebolehan menganggap dari pelbagai sudut pandangan dan memikir serentak
pelbagai aspek sesuatu kejadian). Pandangan ini serupa dengan kajian Piaget yang
mendapati bahawa egosentrik kanak kanak mula luput secara beransur ansur dari
umur 7 hingga 12 tahun.
Peringkat Deria
motor
0 - 2 tahun
Peringkat
Praoperasi
2 - 7 tahun
Peringkat
Operasi Konkrit
7 - 12 tahun

Peringkat
Operasi Formal
Selepas 12
tahun
5

Menurut Piaget, kanak kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep
pemuliharaan (conservation) (Haliza, Joy & Rafidah, 2008). Dalam konsep ini, kanak
kanak perlu menguasai tiga prinsip asas seperti yang berikut:
a) Prinsip identiti: Mereka tahu apabila tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya
berubah.
b) Prinsip ganti rugi (compensation): Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu
segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Selain itu, kanak
kanak pada peringkat ini juga telah menguasai proses kebalikan dan
mengamati proses songsangan.
c) Prinsip keterbalikan: Mereka boleh mengulang proses yang berlaku secara
mental kepada keadaaan asal semula.
Sebagai contoh, dalam uji kaji bikar yang dijalankan kepada murid, murid tahap 1
dan tahap 2 masing masing menyatakan bahawa jumlah air dalam bikar panjang
dan pendek masih sama walaupun air yang dituang ke dalam bikar yang panjang
kelihatan lebih banyak. Tambahan lagi, apabila air dalam bikar yang panjang dituang
semula ke dalam bikar asal (bikar pendek), ia akan memberi paras air sama dengan
bikar yang satu lagi (Rujuk lampiran, gambar 9). Ini membuktikan bahawa kanak
kanak telah menguasai prinsip ganti rugi dan keterbalikan.
Seterusnya, kanak kanak dalam peringkat ini juga dapat menguasai konsep
pengabadian atau konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor.
Menurut Jas Laile (2008), kekekalan objek adalah salah satu istilah yang digunakan
oleh Piaget untuk menunjukkan kesedaran bahawa walaupun terdapat perubahan
pada bentuk sesuatu jasad, kuantiti fizikal jasad tersebut masih kekal sama. Uji kaji
menggunakan tanah liat dan syiling yang telah dijalankan kepada murid murid yang
dipilih membuktikan kanak kanak dapat menguasai konsep pengabadian seperti
dalam kajian Piaget. (Rujuk lampiran, gambar 1 hingga 6). Dalam uji kaji
menggunakan syiling pula, kedua dua murid yang dipilih dapat membentuk konsep
padanan 1 1 dan dapat mengekalkannya walaupun kedudukan syiling diubah.
(Rujuk lampiran, gambar 3, 4 dan 5). Murid tahap 1 dan tahap 2 tersebut dapat
membuat perbandingan di antara proses yang telah diubah dengan yang asal. Ini
membuktikan bahawa kanak kanak dalam peringkat ini mempunyai keupayaan
untuk mengamati operasi songsang serta dapat menguasai prinsip identiti.
6

Walau bagaimanapun, kemahiran menyelesaikan masalah kekekalan tidak
berlaku pada masa yang sama. Ada sesetengah uji kaji yang lain, misalnya
kekekalan isi padu air dapat dicapai terlebih dahulu berbanding dengan kekekalan
jisim. Piaget menamakan fenomena ini sebagai decalage yang bermaksud ruang.
Kewujudan decalage ini kerana pemikiran kanak kanak masih konkrit dan masih
belum boleh memahami konsep kekekalan sepenuhnya (Jas Laile, 2008). Perkara ini
dapat dilihat semasa uji kaji dijalankan terhadap murid yang dipilih. Oleh kerana uji
kaji dijalankan di dalam kelas bersama murid murid lain, fenomena ini jelas
kelihatan. Contohnya murid Tahun 2 tersebut, hanya dia yang dapat menjawab
dengan tepat tentang semasa uji kaji kekekalan jisim dijalankan.

3.2 Teori Perkembangan Sosio Emosi Erikson
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan emosi sebagai perasaan jiwa yang
kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain lain. Emosi datang dalam berbagai
bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain lain. Tahap emosi juga
pelbagai dan dan secara umumnya dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira,
teruja, girang dan emosi negatif seperti marah, sedih, kecewa dan lain lain (Haliza
Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah, 2008). Teori Perkembangan Sosio Emosi
Erikson adalah rangka kerja psikossosial Freud yang ditambahbaikkan oleh Erikson
di mana peringkat perkembangan sosio emosi manusia ditambahkan daripada lima
kepada lapan peringkat. Menurut Jas Laile (2008), teori ini juga dipanggil psikososial
kerana menurut Erikson proses proses sosialisasi kanak kanak dalam sesuatu
budaya wujud mengikut lapan tahap yang bersifat tetap dan telah ditentukan. Di alam
teori ini, Erikson mencadangkan bahawa individu perlu berhadapan dengan krisis
perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat
mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat
atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu (Haliza, 2008). Berikut ialah lapan tahap perkembangan yang
diperkenalkan oleh Erikson.
7





3.2.1 Perkembangan Sosio - Emosi Kanak Kanak Peringkat Umur 7 12 tahun
Bagi Teori Perkembangan Sosio Emosi Erikson, kanak kanak peringkat umur
7 hingga 12 tahun boleh dikaitkan dengan peringkat konflik emosi yang keempat iaitu
Industri Lawan Kompleks Rendah Diri. Menurut Haliza, Joy dan Rafidah (2008), tugasan
utama di dalam peringkat ini ialah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industri.
Istilah industri di sini membawa maksud kejayaan dalam melaksanakan sesuatu
kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak kanak. Kemahiran
pula bermaksud kemahiran yang diperolehi daripada alam persekolahan. Kanak kanak
yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada berkeupayaan bukan
sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan
individu di persekitaran mereka.
Antara ciri - ciri perkembangan emosi di peringkat ini ialah keinginan kanak
kanak untuk menguasai sesuatu dan keinginan untuk berjaya. Contohnya, daripada
0 - 1
1
2
tahun (Bayi)
Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan
1
1
2
- 3 tahun (Awal Kanak - Kanak)
Autonomi Lawan Malu/Ragu
3 - 6 tahun (Awal Kanak - Kanak Tadika)
Inisiatif Lawan Serba Salah
6 - 11 tahun (Kanak - Kanak)
Industri Lawan Kompleks Rendah Diri
12 - 20 tahun (Remaja)
Identiti Lawan Kekeliruan Identiti
21 - 25 tahun (Awal Dewasa)
Kemesraan Lawan Keterasingan
26 - 60 tahun (Dewasa)
Generativiti Lawan Inaktiviti
61 tahun ke atas (Masa Tua)
Integriti Lawan Putus Asa
8

pemerhatian yang dijalankan terhadap murid dari tahap 1, didapati murid tersebut
sentiasa mencuba untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas dan jarang
menolak cadangan. Murid tahap 2 yang dipilih pula sebaliknya tetapi kedua kedua
murid tersebut adalah serupa dari segi keinginan untuk berjaya dalam aktiviti yang
dilakukan di mana mereka mencuba untuk melakukan yang terbaik. (Rujuk lampiran :
Social-Emotional Checklist, 1. Initiation of Activity)
Menurut Teori Erikson, pada masa ini kanak kanak juga akan menguasai
kemahiran asas fizikal dan sosial. Selain itu, kanak kanak di tahap ini akan
mempelajari kemahiran akademik seperti menulis, membaca, mengira dan juga
kemahiran kemahiran sosial (Jas Laile. 2008). Kanak kanak akan mula berinteraksi
dengan rakan sebaya dan dengan cara ini juga ia mula mengenal dirinya sendiri.
Berdasarkan pemerhatian, murid tahap 1 dan tahap 2 yang dipilih kedua duanya telah
menguasai kemahiran asas fizikal, sosial dan juga kemahiran akademik walaupun
berbeza daripada tahap penguasaan. Contohnya, murid dari tahap 2 lebih pandai dalam
kemahiran mengira daripada murid dari tahap 1 tersebut. Walau bagaimanapun,
daripada keputusan peperiksaan dapat disimpulkan bahawa kedua dua murid tersebut
adalah murid cemerlang di dalam kelas (Rujuk lampiran: maklumat responden).
Dari segi kemahiran sosial pula, dapat diperhatikan bahawa murid tahun 5 yang
dipilih agak lemah berbanding murid tahun 2. Murid dari tahap 2 tersebut agak pendiam
dan pemalu. Oleh itu dalam apa apa aktiviti dapat dilihat bahawa dia kurang
menonjolkan diri (Rujuk lampiran, gambar 11 dan 12). Murid dari tahap 1 yang dipilih
pula sebaliknya. Murid tersebut adalah seorang yang periang dan aktif di dalam kelas
serta bergaul dengan guru serta rakan rakan dengan baik. (Rujuk lampiran: gambar 7
hingga 10 dan Social-Emotional Checklist,5.Relationship with Teacher, 7. Reactions to
Adults Other Than Teacher & 8. Interaction with Other Children).
Selain itu, ciri lain perkembangan emosi di tahap ini adalah kanak - kanak
memerlukan peneguhan positif atau penghargaan terhadap tugas yang
disempurnakannya. Jika pencapaian kanak kanak ini dihargai oleh orang lain, kanak
kanak tersebut akan memperkembangkan sifat kerajinan dan mempunyai pandangan
positif terhadap tugasnya. Sebagai contoh, semasa saya menjalankan aktiviti
menghasilkan bentuk dengan tanah liat di kelas tahun 2, murid tahap 1 yang dipilih
tersebut datang ke depan untuk menunjukkan hasil ciptaannya (Rujuk lampiran, gambar
10). Murid tersebut kemudian meneruskan tugasnya dengan bersemangat setelah saya
memberikan pujian secara verbal atas ciptaannya itu. Murid tahap 2 yang dipilih pula rela
9

melakukan apa apa aktiviti yang saya jalankan setelah saya menambah keyakinan
dirinya dengan pujian dan kata kata semangat. (Rujuk lampiran: Social-Emotional
Checklist, 2.Attention Span)
Di tahap ini juga kanak kanak akan merasa kompleks rendah diri jika dikritik.
Jika kanak kanak sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak
berkebolehan ia akan memperkembang sifat rendah diri. Contohnya, semasa
menjalankan aktiviti di kelas, dapat dilihat bahawa kedua dua murid dari tahap 1 dan
tahap 2 tersebut menerima kegagalan dengan baik. Walau bagaimanapun, murid murid
tersebut berasa malu apabila rakan rakan sekelas mengkritik kegagalan mereka itu.
(Rujuk lampiran : Social-Emotional Checklist).

















10

4.0 LIMA IMPLIKASI FAHAMAN PERKEMBANGAN KANAK KANAK TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru berperanan membantu kanak kanak menyerlahkan segala potensi yang
terpendam melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengetahuan guru
tentang fahaman perkembangan kanak kanak akan memberi banyak implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi utama adalah seperti yang
berikut.

4.1 Guru dapat menyediakan isi pembelajaran yang sejajar dengan keupayaan
mental murid.
Pengetahuan guru terhadap perkembangan kanak kanak membolehkan guru
mengetahui perbezaan setiap murid murid dari segi mental. Oleh itu, guru akan
dapat memilih isi pembelajaran yang sesuai bagi setiap murid yang berbeza tahap
mentalnya. Contohnya dalam menyelesaikan masalah Matematik Tahun 1,
kemahiran mengira menggunakan objek sesuai digunakan sejajar dengan
keupayaan mental murid Tahun 1.

4.2 Guru dapat menyusun dan memeringkatkan isi pelajaran agar mudah difahami
oleh murid.
Fahaman terhadap perkembangan kanak kanak seperti Teori Pembelajaran
Kognitif Piaget dapat membantu guru menyusun isi pelajaran yang akan diajar
kepada murid. Menurut teori ini, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut
pemeringkatan daripada mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada abstrak,
daripada kasar kepada halus, daripada pengetahuan atau pengalaman sedia ada
kepada pengetahuan atau pengalaman yang baru dan daripada persekitaran yang
dekat kepada persekitaran jauh yang belum pernah dialami mengikut perkembangan
fizikal individu (Mok Soon Sang, 2002)

4.3 Guru dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
serta menyeronokkan.
Pengetahuan guru tentang fahaman perkembangan kanak kanak akan
membekalkan guru dengan maklumat yang boleh digunakan oleh guru untuk
11

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran selaras dengan gaya
pembelajaran murid. Sebagai contoh, murid murid pada peringkat umur 7 hingga 12
tahun boleh diajar bermain alat muzik dan melakukan aktiviti aktiviti seperti melukis
kerana pada tahap ini guru tahu bahawa perkembangan kanak kanak lebih kepada
penambahbaikan kemahiran kemahiran psikomotor yang sedia ada (Haliza, Joy &
Rafidah, 2008).


4.4 Guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi murid.
Setelah mengkaji fahaman perkembangan kanak kanak, guru dapat merancang
strategi pengajaran yang berlainan untuk murid yang berbeza -beza. Sebagai contoh,
setelah memahami perkembangan manusia, guru dapat menggunakan kaedah dan
teknik pengajaran yang sejajar dengan peringkat kognitif murid murid di mana
semakin meningkat umur murid murid semakin tinggi keupayaan mereka untuk
menyelesaikan masalah masalah yang lebih abstrak dan kompleks (Ee Ah Meng,
1992). Dari segi jasmani pula, guru akan menguruskan pendidikan jasmani dan
permainan serta kerja praktik mengikut perkembangan fizikal murid. Sementara itu
dari segi emosi, guru boleh menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk
memupuk perkembangan sosial.

4.5 Guru dapat memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta
bermakna.
Pengetahuan tentang fahaman perkembangan kanak kanak juga akan dapat
melengkapi guru dengan cara cara memotivasikan murid murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, Teori Pembelajaran Watson
mengalakkan guru menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid untuk
supaya berminat belajar dan mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa
kesan negatif. Dalam usaha memotivasikan murid murid, guru guru boleh
mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan perasaan ingin
meneroka. Contohnya, guru boleh menimbulkan perasaan ingin tahu murid murid
sebelum memulakan satu satu topik pelajaran dengan mewujudkan unsur
kehairanan atau suatu masalah seperti menggunakan soalan
12

5.0 LIMA CARA GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU DALAM
BILIK DARJAH
Salah satu aspek perkembangan yang ketara ialah aspek perbezaan individu.
Perbezaan individu itu merujuk kepada ketidaksamaan di kalangan individu individu
sama ada dari segi fizikal (seperti tinggi dan berat tubuh badan), mental, sosial dan
emosi (Ee Ah Meng, 1992). Menurut Rohaty (1993), amatlah penting para pendidik
memahami bagaimana individu berbeza di antara satu sama lain dan kepentingan
perbezaan tersebut dalam melakukan tugas pendidikan untuk mengelakkan situasi di
mana kanak kanak diabaikan atau di mana kanak kanak lain yang cerdas terlalu
mendapat perhatian guru. Berikut adalah lima cara guru dapat menangani masalah
perbezaan individu dalam bilik darjah :

Rajah 4 Cara guru menangani masalah perbezaan individu dalam bilik darjah
5.1 Mendapatkan latar belakang murid
Bagi menangani masalah perbezaan individu di dalam kelas, seseorang guru
haruslah terlebih dahulu mengenali murid murid yang diajarnya. Guru perlu
mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat, matlamat, aspirasi dan
sikap murid-murid. Semua maklumat ini boleh diperolehi dengan cara cara seperti
menggunakan kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid,
berkongsi pendapat dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi dan diagnostik
(sikap, nilai kerja, minat kerjaya) murid (amaljaya.com). Apabila guru telah mengenali
Cara - cara
guru
menangani
masalah
perbezaan
individu
Mendapatkan
Latar Belakang
murid
Pendidikan
Pemulihan
Pengayaan
Kaedah
Dalton
Alat Bantu
Mengajar
13

murid, guru akan dapat memahami perbezaan perbezaan mereka dan berusaha
untuk membantu mengikut cara yang sesuai.
5.2 Pendidikan Pemulihan
Dalam pendidikan pemulihan, murid dalam bilik darjah yang lemah dalam
pelajaran mereka akan diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau
tidak formal. Guru boleh memilih cara ini untuk murid yang mempunyai masalah
dalam menguasai satu satu kemahiran asas dalam pembelajarannya. Sebagai
contoh di Malaysia, pendidikan pemulihan banyak digunakaan dalam KBSR atau
KSSR dan KBSM dimana aktiviti pengajaran adalah tertumpu kepada kemahiran
membaca, mengira dan menulis. Pendidikan pemulihan bertujuan untuk
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta
mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang
memuaskan. Pendidikan pemulihan dapat membantu murid membina sikap yang
positif seperti keyakinan diri dan berdikari. Murid yang lemah juga tidak akan
ketinggalan di belakang dalam pembelajaran.
5.3 Pengayaan
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang memberi peluang kepada
murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat
kepimpinan mereka (Rohaty, 1993). Aktiviti pengayaan biasanya disediakan untuk
murid yang cerdas atau sederhana dan yang telah selesai menyempurnakan satu
satu unit pembelajaran atau menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
Dalam aktiviti pengayaan, guru boleh memilih untuk menggunakan pengayaan
mendatar atau menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran
berdasarkan kebolehan murid murid di dalam kelas di mana aktiviti pengayaan
dirancang berdasarkan tahap pencapaian murid. Pengayaan menegak pula
berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja di mana aktiviti
pengajaran berbentuk lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih
tinggi daripada taraf pencapaian murid biasa. Seperti pendidikan pemulihan, konsep
pengayaan juga banyak digunakan dalam KBSR atau KSSR dan KBSM.


14

5.4 Pengumpulan Kebolehan Dalam Kelas
Menurut Rohaty (1993), pengumpulan kebolehan yang paling popular di sekolah
rendah adalah kumpulan berkebolehan dalam kelas. Ini melibatkan sesebuah kelas
itu dibahagikan kepada dua atau tiga kumpulan untuk bacaan dan pengajaran
aritmetik. Ia memberi fleksibiliti dalam memberi tugasan di dalam kelas di mana
setiap kumpulan terhad kepada satu atau dua subjek. Walau bagaimanapun guru
perlu mahir memastikan bahawa murid lain dalam kelas membuat tugasan yang
produktif serta tidak membuang masa.
5.5 Alat Bantu Mengajar (ABM)
Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Alat Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang
boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya (ge2123.tripod.com). Contoh Alat Bantu Mengajar termasuklah bahan
bacaan, gambar, boneka, komputer, bahan dari alam sekitar dan sebagainya. Dalam
menangani masalah perbezaan individu, guru hendaklah mempelbagaikan Alat
Bantu Mengajar yang digunakan agar murid yang berbeza dari segi kebolehan dan
minat mendapat faedah daripadanya.











15

6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, perkembangan kanak kanak dari segi kognitif dan emosi
yang dibincangkan dalam tugasan ini melibatkan perubahan kualitatif iaitu perubahan
yang berlaku secara mendadak, sukar diukur dan diramalkan. Perkembangan mental
dan emosi seseorang kanak - kanak juga berbeza mengikut baka dan juga
persekitaran. Persekitaran yang baik akan membentuk pertumbuhan yang baik,
begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai teori dalam
psikologi perkembangan yang dapat membantu kita menjelaskan, menghubung kait
dan mengkaji fakta serta data tentang perkembangan kanak kanak ini seperti Teori
Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Sosio Emosi Erikson.
Daripada tugasan ini juga, dapat diketahui bahawa pengetahuan tentang
perkembangan kanak kanak ini sangat berguna kepada guru kerana ia dapat
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa pengetahuan tentang perkembangan kanak kanak ini penting
untuk dipelajari oleh masyarakat terutamanya bagi guru dan ibu bapa kerana tingkah
laku individu dewasa sukar difahami tanpa mengetahui perkembangan sosial dan
intelek kanak kanak dan remaja. Cara cara untuk memastikan masyarakat
mendapat pengetahuan ini termasuklah mewajibkan kursus ini diajar di institusi
institusi pendidikan, mengadakan ceramah, pameran dan kursus keibubapaan serta
menggunakan media massa untuk menyebarkan maklumat mengenai
perkembangan kanak kanak. Dalam erti kata lain, pelbagai program yang dapat
meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang perkembangan kanak kanak
haruslah dibangun.








16

REFLEKSI
Pertama sekali, saya ingin menyatakan rasa bersyukur dan gembira saya kerana
telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya telah
menemui beberapa kelemahan dan juga kekuatan.
Salah satu kelemahan yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini ialah
mendapatkan buku sebagai bahan rujukan kerana terpaksa bersaing dengan ramai guru
pelatih yang turut menyiapkan tugasan yang sama. Saya dapat mengatasi kelemahan ini
dengan meminjam buku buku daripada rakan - rakan dan membuat salinan di
bahagian bahagian yang berkenaan. Kelemahan lain adalah dari segi masa. Semasa
menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak tugasan lain yang perlu disiapkan. Ini
menyebabkan masa untuk menyiapkan tugasan ini terhad. Saya mengatasi masalah ini
dengan menggunakan masa yang terluang sebaik mungkin untuk menyiapkan semua
kerja kerja yang ada serta tidur sedikit lewat daripada biasa. Masalah lain yang
dihadapi adalah dalam menyusun kandungan tugasan namun masalah ini dapat
diselesaikan setelah saya mendapatkan bimbingan pensyarah.
Seterusnya kekuatan yang saya perolehi daripada tugasan ini termasuklah
memperolehi ilmu yang baru. Proses menyiapkan tugasan ini telah memberi peluang
kepada saya untuk membaca banyak buku buku dan artikel yang berkaitan dengan
perkembangan kanak kanak. Saya menyedari sebahagian besar daripada apa yang
dibaca adalah sesuatu yang baru dan amat berguna bagi saya sebagai seorang bakal
guru. Tambahan lagi, semua ilmu tersebut boleh digunakan sebagai persediaan
peperiksaan yang akan dihadapi dalam semester ini. Selain itu, semasa menjalankan
pemerhatian di sekolah rendah, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bukan
sahaja dengan kanak kanak malah juga dengan guru guru. Melalui tugasan ini juga,
saya dapat mengetahui serba sedikit cara untuk mengukur tahap perkembangan mental
serta emosi murid melalui uji kaji yang dijalankan di mana saya boleh mengaplikasikan
perkara ini apabila saya menjadi guru pada masa hadapan.
Secara ringkasnya, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan satu tugasan
yang banyak meyumbang ilmu dan pengalaman baru yang sangat berguna. Saya
berharap agar tugasan seperti ini akan terus diberikan kepada guru pelatih pada masa
akan datang.


17

RUJUKAN
Dr. Rahil Hj. Mahyuddin, Dr. Abd Majid Mohd Isa & Dr Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie.
(1995). Asas Pendidikan II:Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan:
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. (1992). Psikologi Perkembangan: Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak
Kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak Kanak Dan
Remaja. Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Mohamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan Kanak Kanak dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub. (1993). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
S.K Kochhar. (1985). Methods and Techniques of Teaching. New Delhi: Sterling
Publishers Private Limited.

Bahan Daripada Internet
Bab III : Konsep Kategori Bahan Bantu Mengajar. Retrieved on 23 March, 2012 from
http://ge2123.tripod.com/Norazura/nota1.html
Nordin Tahir. Perbezaan Individu. Retrieved on 23 March, 2012 from http://www.
amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/g-perbezaan-ind.pdf
Piagetian Tasks Conservation Of Number, Mass And Weight. Retrieved on 4 February,
18

2012 from http://www2.ohlone.edu/people/mmcdowell/ecs300/piagetiantasks.pdf
Social Emotional Checklist. Retrieved on 4 February, 2012 from
http://www.delmarlearning.com/companions/content/1401865569/appendices/Soci
alEmotionalChecklist.pdf




















19

Lampiran A
Rumusan Tugasan
Sepanjang proses menyiapkan tugasan, saya banyak bergantung kepada Teori
Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Sosio Emosi Erikson
terutamanya dalam menghuraikan perkembangan kanak kanak berumur 7 hingga 12
tahun.
Secara keseluruhannya, saya dapat membuktikan bahawa idea Jean Piaget dalam
teorinya mengenai Tahap Operasi Konkrit bagi kanak kanak berumur 7 hingga 12
tahun adalah tepat. Saya dapat memerhatikan bahawa kanak kanak dalam peringkat
ini sudah berkebolehan untuk berfikir secara logik walaupun fikiran mereka masih terikat
dengan situasi yang konkrit. Murid murid di peringkat umur ini terutamanya murid tahap
1 masih memerlukan objek objek konkrit dalam kebanyakan aktiviti pembelajaran
mereka. Ini dapat saya lihat bukan sahaja semasa membuat uji kaji bagi tugasan malah
semasa membuat pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran dari kelas ke kelas di
sekolah rendah semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Contohnya,
guru guru Matematik lebih banyak menggunakan benda konkrit untuk mengajar subjek
tersebut di tahap 1 berbanding di tahap 2. Ini juga menunjukkan kemahiran tahap operasi
konkrit ini diperolehi oleh kanak kanak secara beransur ansur dari umur 7 hingga 12
tahun. Berdasarkan pemerhatian keseluruhan juga, saya dapat memerhatikan kanak
kanak pada peringkat ini turut dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau
kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Ini dapat saya lihat dalam kelas subjek Sains di
mana murid diminta mengelaskan haiwan mengikut ciri, warna dan sebagainya.
Dari segi perkembangan sosio emosi pula, saya juga berjaya mengaitkan Teori
Perkembangan Sosio Emosi Erikson dengan keadaan murid murid yang
diperhatikan. Saya dapat melihat kanak kanak pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun
mempunyai keinginan untuk menguasai sesuatu dan keinginan untuk berjaya yang kuat.
Sebahagian besar murid murid berlumba lumba untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh guru atau menawarkan diri untuk membantu guru. Saya juga dapat
melihat semua murid telah berjaya menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial. Hampir
semua murid di sekolah rendah mampu belajar dan bergerak dengan cepat. Mereka juga
mampu bergaul antara satu sama lain dengan baik. Selain itu, mereka juga perlu diberi
penghargaan atau motivasi dalam apa apa yang mereka lakukan agar mereka dapat
menunjukkan sikap yang positif selepas itu. Kemudian, kanak kanak pada peringkat ini
juga amat mudah tersinggung jika dikritik. Contohnya, saya dapat melihat seorang murid
20

hilang tumpuan dan kurang bermaya setelah dimarahi oleh guru pada awal sesi
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, perkembangan sosio emosi
murid adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Ini adalah akibat perbezaan individu
yang dipengaruhi oleh baka dan juga persekitaran. Ada murid yang lemah dalam
kemahiran sosial dan sebaliknya.
Kesimpulannya, saya dapat membuktikan kedua dua teori yang saya pilih untuk
menghuraikan tentang perkembangan kanak kanak adalah tepat berdasarkan
pemerhatian dan uji kaji yang telah saya laksanakan.


















21

Lampiran B
MAKLUMAT RESPONDEN
Murid Tahap 1 : Tahun 2

Nama : Evora Nicollyca anak Colin
Umur : 8 tahun
Tempat lahir : Hospital Kota Belud, Sabah
Tarikh Lahir : 10 / 10/ 2004
Jantina : Perempuan
Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-3)
Cita cita : Guru
Hobi : Membaca, melukis, bermain permainan komputer
Tinggal bersama : Ibu bapa
Pekerjaan bapa : Guru
Pekerjaan ibu : Guru
Pencapaian akademik (tahun lalu) :
Peperiksaan Semester 1 : 9 A 1B 1 C
Peperiksaan Semester 2 : 8 A 3 B
Keistimewaan murid : Mampu memahami sesuatu dengan mudah, peramah dan
berbakat dalam melukis.
22

Murid Tahap 2 : Tahun 5

Nama : Beatty Soimin
Umur : 11 tahun
Tempat lahir : Hospital Kota Belud, Sabah
Tarikh Lahir : 26 / 04 / 2001
Jantina : Perempuan
Bil. Adik Beradik : 6 orang (anak ke-4)
Cita cita : Doktor
Hobi : Membaca, melukis
Tinggal bersama : Ibu bapa
Pekerjaan bapa : Petani
Pekerjaan ibu : Petani
Pencapaian akademik (tahun lalu) :
Peperiksaan Semester 1 : 12 B 1 C 1 D
Peperiksaan Semester 2 : 5 A 7 B 2 C
Keistimewaan murid : Berbakat dalam sukan



23

Lampiran C
BUKTI GAMBAR
Ujian tahap perkembangan kognitif murid
NO GAMBAR PENERANGAN
1

Uji kaji tanah liat (Pengabadian jisim)
Saya menyediakan dua biji bebola tanah
liat yang sama besar.
Kemudian saya menyoal murid adakah
jumlah tanah liat bagi setiap bebola
tersebut sama atau sebaliknya.

Jawapan : Sama sebab kedua dua
bebola sama besar.
2




Uji kaji tanah liat (Pengabadian jisim)
Saya menyediakan dua biji bebola tanah
liat yang sama besar.
Saya kemudiannya meleperkan salah
satu bebola tersebut.
Kemudian saya menyoal murid adakah
jumlah tanah liat bagi setiap bebola
tersebut sama atau sebaliknya.

Jawapan : Sama sebab saya tidak
mengurangkan jumlah tanah
liat mana mana bebola
tanah liat tersebut.
3


Uji kaji duit syiling (Pengabadian nombor)
Dalam uji kaji ini saya telah meletakkan
10 duit syiling di atas meja seperti dalam
gambar.
Saya kemudiannya menyoal murid
adakah bilangan duit di kedua dua
baris adalah sama atau sebaliknya.
Jawapan : Sama
24

4


Uji kaji duit syiling (Pengabadian nombor)
Saya meletakkan 10 duit syiling di atas
meja seperti dalam gambar (jarak wang
di baris bawah rapat) dan menyoal murid
adakah bilangan duit di kedua dua
baris adalah sama atau sebaliknya.

Jawapan : Sama
5

Uji kaji tanah liat (Pengabadian berat)
Saya menyediakan dua biji bebola tanah
liat yang sama besar.
Saya kemudiannya menjadikan salah
satu bebola kepada bentuk sosej.
Kemudian saya menyoal murid adakah
berat tanah liat bagi setiap bebola
tersebut sama atau sebaliknya.

Jawapan : Sama kerana walaupun bentuk
berlainan jumlah tanah liat tidak
dikurangkan.
6





Uji kaji bikar (pengabadian isi padu)
Dalam uji kaji ini, saya telah melukis dua
buah bikar yang sama saiz diisikan
dengan isi padu air yang sama. Kemudian
saya menerangkan air dalam salah satu
bikar dituangkan ke dalam bikar yang lebih
tinggi. Seterusnya, saya menyoal murid
bikar manakah mempunyai lebih banyak
air.

Jawapan murid : Kedua dua mempunyai
jumlah air yang sama
Jadual 2 Uji Kaji Tahap Perkembangan Kognitif Murid

25

Pemerhatian Perkembangan Sosio Emosi
7

Murid tahun 2
Bekerjasama dengan baik dengan
rakan sebaya dalam aktiviti yang
dilakukan.
Melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas.

8

Murid tahun 2
Bergaul baik dengan rakan sebaya
Berkomunikasi dengan baik dengan
orang lain.
9

Murid tahun 2
Bermain permainan yang
memerlukan kerjasama dengan
baik.
Menguasai kemahiran asas fizikal
dan sosial.
10


Murid tahun 2
Periang dan ramah dengan orang
yang baru dikenali.
Menginginkan penghargaan atas
tugas yang telah dilakukan.




26


11

Murid Tahun 5
Duduk di tepi dan kurang bercakap
dengan rakan rakan.


12

Murid Tahun 5
Menguasai kemahiran membaca.
Duduk di bahagian tepi dan kurang
memberikan pendapat.
Jadual 3 Pemerhatian Tahap Perkembangan Sosio Emosi Murid










27

























28

























29

























30

























31

Anda mungkin juga menyukai