Anda di halaman 1dari 4

Perkembangan kanak-kanak merupakan subjek yang sangat berguna sebagai

asas kepada ilmu dalam bidang perguruan di malaysia ini. Tanpa mengetahui sikap,
psikologi dan keperluan kanak-kanak, seorang guru tidak akan dapat untuk mengajar
dan membentuk seorang kanak-kanak menjadi insan yang berguna.
Subjek ini telah membantu diri saya sendiri untuk memahami serta menyelami
dunia kanak-kanak yang dipenuhi dengan fantasi dan pelbagai karekter yang
disembunyikan di dalam sebuah alam yang hanya mampu dilihat serta dialami oleh
kanak-kanak. Pengenalan kepada dunia mereka ini membantu saya, sebagai seorang
bakal guru untuk mendidik mereka ke arah insan yang teguh serta hati yang murni.
Selain itu, subjek ini juga membolehkan saya untuk memahami segala tingkah
laku dan pemikiran mereka pada ketika itu. Seorang kanak-kanak umumnya, akan
melihat dunia ini melalui pandangan dan persepsi diri mereka sendiri disebabkan oleh
faktor egosentrik yang masih dalam jiwa mereka. Oleh sebab itu, golongan yang lebih
dewasa sukar untuk mendidik serta membantu mereka dalam permasalahan kehidupan
seharian kerana perbezaan hidup mereka
Pada pendapat saya pula, jika teori dalam bidang perkembangan kanak-kanak
seperti yang dinyatakan oleh Lev Vygotsky, Jean Piaget, Carl Rogers serta rakan-rakan
mereka yang lain dikuasai sepenuhnya dan diaplikasikan dalam pembentukan kanak-
kanak, maka akan lahirlah seorang insan yang praktikal serta hampir sempurna dalam
pelbagai aspek perkembangannya seperti fizikal emosi, kognitif dan juga kendiri.
Selain daripada itu, pembelajaran teori perkembangan kanak-kanak turut
mengubah persepsi saya yang selama ini telah kukuh terpahat dalam benak pemikiran
saya. Sebuah persepsi negatif yang telah dipasakkan ke dalam hati dengan menjunjung
pegangan bahawa kanak-kanak merupakan suatu peringkat yang hanya sekadar
hidupan yang memerlukan penjagaan yang biasa tanpa pengawasan serta pengajaran
yang mendalam lantaran pekembangan kognitif mereka masih lagi dalam tahap yang
belum sempurna. Persepsi peribadi saya ini juga turut mengatakan bahawa kanak-
kanak juga tidak perlu dijaga emosi mereka lantaran mereka masih belum mengerti
apakah perasaan yang dialami seterusnya akan melupakan apa yang telah dirasa
setelah minda mereka berkembang secara sempurna kelak. Persepsi-persepsi yang
berlandaskan keegoan yang tinggi ini telah berubah pada akhirnya kerana kini saya
sedar bahawa kanak-kanak juga berhak untuk diberi perhatian dan layanan yang sebaik
mungkin daripada golongan yang lebih dewasa. Kanak-kanak juga perlu dijaga
perasaan mereka kerana lahirnya mereka juga turut disertakan perasaan-perasaan
seperti marah, gembira, sedih dan lain-lain lagi sperti mana wujudnya perasaan yang
terdapat dalam diri seorang dewasa. Kecelaruan emosi yang mengganggu hidupan
kanak-kanak mereka hanya mendatangkan kesan-kesan yang lebih negatif apabila
mereka mula melangkah masuk ke dunia perkembangan seterusnya iaitu alam awal
remaja dan seterusnya. Maka dengan itu, saya akur bahawa kesilapan saya sebelum
ini dalam berandaian terhadap mereka adalah seratus peratus tidak wajar diterima
umum dan layak diganti dengan pembinaan persepsi baharu yang lebih positif bagi
terus menyokong hidupan mereka.

Selain daripada sudut emosi dan kognitif, pembelajaran perkembangan kanak-


kanak melaui aspek perkembangan fizikal juga turut menyedarkan saya betapa
pentingnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan terhadap mereka dalam mempengaruhi aspek
perkembangan tersebut. Perkembangan fizikal yang sempurna dari aspek motor kasat
mahupun motor halus perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin oleh golongan-
golongan yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru serta masyarakat sekliling bagi
membentuk individu yang sempurna zahirnya dan mamapu mengeksploitasikan
kemahiran-kemahiran tubuh mereka ke arah pembangunan diri, negara mahpun
agama. Selaku seorang agen pembentukan masyarakat, guru perlu memainkan
peranan yang genting dalam memastikan perkembangan domain ini berkembang
dengan baik serta mengelakkan sebarang bentuk kecuaian daripada berlaku pada
kanak-kanak tersebut. Kecuaian tersebut hanya merugikan negara kerana hilangnya
permata yang berharga yang mampu melonjakkan negara ke tahap yang lebih
gemilang lagi.
Selaku seorang bakal guru juga, pengaplikasian ilmu ini juga pastinya terlihat
tatkla saya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu
sendiri sama ada dari sudut psikologi mahupun dalam masalah pembelajaran. Teori-
teori yang diperkenalkan dalam perkembangan kanak-kanak amat berguna kepada diri
saya dalam mengenali serta mendekati golongan kanak-kanak seperti ini. Kanak-kanak
yang menghadapi masalah memrlukan penjagaan dan penerapian yang lebih khusus
agar mereka mampu menikmati semula keindahan dunia kanak-kanak selayaknya
seorang kanak-kanak yang normal. Guru sebagai ibu bapa kedua amat terkesan dalam
diri saya kerana saya kini sedar bahawa pembentukan kanak-kanak itu sendiri bukanlah
bergantung kepada faktor genetik semata-mata, malahan turut mengambil kira faktor
persekitaran untuk membesar dengan lebih sempurna, iaitu guru, rakan-rakan serta
masyarakat sekelilingnya.

Pelaksanaan tugasan main peranan yang telah diamanahkan juga turut


memberikan saya sebuah input baru yang amat mendalam dan bermakna dalam
kehidupan seharian saya sebagai seorang bakal guru. Aktiviti tersebut telah
menyedarkan diri saya bahwa betapa mudahnya kanak-kanak akan terpengaruh oleh
persekitaran mereka dalam proses tumbesaran mereka. Maka, selaku sebagai pihak
kedua yang terhampir dengan mereka, saya perlu memperbaiki diri saya dalam
segenap aspek agar mereka mampu menjadikan saya sebagai contoh dan ikutan
dalam sepanjang perjalanan pendewasaan mereka. Sekiranya saya gagal membentuk
jati diri yang unggul, maka saya yakin akan lahirlah pula golongan generasi baru yang
buruk akhlaknya lantaran contoh yang dipamerkan oleh saya selaku seorang guru
merupakan satu cnotoh yang tidak wajar diikuti.
Akhir kalam, saya berharap agar dapat menjadi seorang warga pendidik yang
lebih baik pada masa hadapan demi mendidik anak bangsa yang berjaya membawa
sebuah perubhaan yang mengkagumkan penduduk dunia kelak. Saya juga berharap
agar dapat menyempurnakan segala tugasan saya selepas ini dengan lebih kemas dan
teratur demi mencapai kecemerlangan seorang guru yang unggul.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai