Anda di halaman 1dari 2

1.

0 REFLEKSI

Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan
sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis penulisan akademik iaitu tesis,
novel, rangkaian eksekutif, laporan, pidato, syarahan dan juga jurnal.

Seterusnya, walaupun terdapat pelbagai jenis gaya penulisan akademik yang


digunakan dalam menghasilkan sesuatu penulisan akademik, penggunaan wacana
yang betul dan tepat dalam penulisan adalah amat penting agar penulisan yang
dihasilkan bermakna dan berkualiti. Apabila bahan tulisan yang dihasilkan berkualiti,
secara tidak langsung, ia akan mengalakkan masyarakat untuk membaca dan
menggunakan bahan tulisan yang telah dihasilkan sebagai bahan rujukan apabila
melaksanakan atau membuat sesuatu penulisan. Sebagai contohnya, penulisan
tesis dalam kursus sarjana muda dan kursus sarjana pendidikan di universiti.

Selain itu, pengetahuan dalam wacana juga membantu saya apabila


menghasilkan sebuah penulisan akademik yang baik, kerana pengetahuan tentang
wacana menggalakkan saya yang membuat penulisan untuk menggunakan bahasa
yang jelas, gramatis, struktur ayat yang betul dan kurang kesalahan tatabahasa
semasa mengarang suatu penulisan akademik.

Melalui tugasan kerja kursus ini, saya juga dapat meningkatkan dan
menambahkan pengetahuan saya tentang menghasilkan sebuah penulisan
akademik dengan menggunakan format tertentu. Untuk menghasilkan penulisan
yang baik, sesuatu penulisan haruslah berpandu kepada format atau gaya penulisan
tertentu. Sebagai contohnya, gaya penulisan American Psychiliogist Art (APA) atau
APA STYLE
Tugasan A dan tugasan B juga telah memberikan ilmu dan pengajaran
kepada diri saya bahawa apabila melaksanakan atau mengarang penulisan
akademik, amalan plagiat adalah tidak harus dilakukan. Hal ini kerana, amalan
tersebut ibarat merampas idea penulis lain

Di samping itu, kelebihan yang saya perolehi melalui tugasan kerja kursus
wacana penulisan adalah memperolehi ilmu pengetahuan tentang penulisan
akademik dengan menggunakan format penulisan tertentu. Sebagai contohnya
format gaya penulisan American psychologist art atau APA STYLE. Format
penulisan tersebut mempunyai banyak aturan iaitu dalam penulisan pendahuluan,
rujukan, dan juga cara menulis bibliografi. mempunyai bahan rujukan seperti buku
yang mempunyai kaitan dengan tajuk kerja kursus di perpustakaan. Bahan rujukan
tersebut telah memberi kemudahan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus.
Bantuan dan kata-kata dukungan daripada ibubapa, adik-beradik, dan rakan-rakan
saya menjadi satu kelebihan kepada diri saya untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus.

Semasa menjalankan kajian kerja kursus ini, saya telah mendapati bahawa
kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam diri. Kekurangan yang saya
hadapi semasa menjalankan kerja kursus ini ialah saya sukar untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Hal ini kerana pusat rujukan
yang berhampiran seperti perpustakaan mempunyai sumber buku dan lain-lain yang
amat terhad. Selain itu, kesusahan dalam mentafsir fakta atau maklumat yang saya
perolehi, menyebabkan kerja kursus ini, agak lewat untuk disiapkan. Masalah
rangkaian internet yang kurang pantas atau agak perlahan, telah memberi
kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus
dan memberi pengaruh untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dengan cepat.

Oleh itu, cadangan bagi mengatasi kelemahan yang saya hadapi semasa
menjalankan kerja kursus ini adalah perlunya pihak Ipg Kampus Tawau menyediakan
sistem rangkaian internet yang baik dan lancar. Bahan-bahan rujukan seperti buku
dan jurnal haruslah ditambahkan kuantitinya di perpustakaan. Apabila bahan-bahan
rujukan di perpustakaan atau rangkaian internet lebih pantas, tugasan kerja kursus
yang diberikan oleh pensyarah dapat disiapkan dengan cepat kerana terdapat
pelbagai kemudahan dan bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan tersebut.

Kesimpulannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya banyak


infomasi tentang dunia profesion perguruan di malaysia. Yang mana, dalam usaha
untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan berkualiti seperti yang terdapat
dalam falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru, seseorang
guru atau individu haruslah mengamalkan personaliti atau sifat-sifat guru cemerlang
dalam dirinya. Hal ini kerana, personaliti guru yang cemerlang dapat mendidik guru
tersebut untuk mematuhi etika keguruan. Selain itu, untuk meningkatkan lagi tahap
professionalisme seorang guru dalam profesion keguruan, penganjuran pelbagai
jenis aktivit ataupun latihan iktisas kerguruan haruslah dipertingkatkatkan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Anda mungkin juga menyukai