Anda di halaman 1dari 2

PERWATAKAN

LILI
 Watak utama
 Bapanya seorang guru manakala ibunya bertugas sebagai pekerja syarikat
cari gali minyak
 17 tahun
 Berambut panjang dan tubuh yang kecil
 Bersifat pendiam
 Murid tingkatan lima dan sedang menuntut di sebuah sekolah menengah jenis
kebangsaan cina
 Cekal – Lili menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di
Kampung Sentosa
 Penyayang – Lili amat menyayangi ibu dan bapanya
 Bertanggungjawab – Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi
keganasan rumah tangga Che Jah
 Berfikiran terbuka – Lili menerima hasrat dan niat baik Danel untuk
berkawan dengannya
 Simpati – Lili amat bersimpati terhadap nasib malang Che Jah yang
mempunyai dua orang anak lelaki yang terlibat dalam kes kecurian dan
masalah penagihan dadah, di samping suaminya yang bersikap panas baran
dan kaki pukul
 Taat akan ibu bapa – Lili taat akan suruhan dan perintah ibu bapanya
apabila mengikut sahaja suruhan ibunya untuk pulang bercuti di kampung
ibunya di Dungun, Terengganu

DATUK / HAJI ABDUL RAHMAN


 Pengamal perubatan tradisional
 Suami kepada Hajah Aisyah Tan Abdullah
 Usia lebih 70 tahun
 Berasal dari Kalimantan
 Alim dan kuat beribadat – Datuk mengetahui ilmu agama Islam secara
mendalam dan sentiasa berwirid serta berzikir
 Bertanggungjawab –Datuk membantu sedaya upaya pesakit yang datang
berubat dengannya dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional
 Sabar – Datuk sabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkan
dengan wakil pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung
GEETHA
 Berbangsa India
 19 tahun dan anak gadis Letchumi
 Bermata jernih, berbibir nipis dan merah serta memiliki tubuh yang kecil
 Pelajar tahun pertama dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Malaya
 Peramah – Geetha menanyakan berbagai-bagai soalan kepada Lili sewaktu
di dalam bas ekspres
 Menepati janji – Geetha dan Danel telah datang mengejutkan Lili untuk pergi
bersama-sama melihat keindahan matahari terbit
 Rajin – Geetha memotong sayur dan menyiang ikan yang diberikan oleh Pak
Sahak di dapur nenek

DANEL / DANEL WILLIAM


 Berbangsa Cina
 Anak bongsu William Ang
 Masih belajar di Kuala Lumpur
 Meminati bidang kulinari
 Meminati bidang penulisan
 Berani – Danel menyelamatkan Lili yang dikurung di sebuah pondok
 Berterus terang – Danel berterus terang kapada datuk tentang hasrat ahli
keluarganya yang ingin beralih kepada kaedah perubatan moden

Anda mungkin juga menyukai