Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah
`Remaja dan Vandalisme'.
Hadirin yang dihormati,
Remaja dan vandalisme seperti mempunyai hubungan yang sangat berrnakna.
Remaja merujuk golongan yang berumur di bawah 18 tahun sementara vandalisme
merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam. Apakah kaitan antara kedua-dua
frasa ini? Saya ingin menjelaskan bahawa vandalisme sangat sinonim dengan remaja. Hal
ini demikian kerana banyak kes vandalisme yang berlaku melibatkan golongan remaja.
Kegiatan vandalisme yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini menyebabkan
kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih harta benda awam yang rosak.
Pelbagai faktor menjadi penyebab berlakunya vandalisme. Antaranya, kurangnya
bimbingan dan perhatian ibu bapa. Aktiviti harian remaja tidak dipantau oleh ibu bapa
lantaran kesibukan mereka dengan kerjaya masing-masing. Oleh itu, remaja bebas
melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang disukai tanpa kawalan. Selain itu, pengaruh barat
juga tidak boleh dipandang ringan. Media elektronik, terutama televisyen banyak
mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. Tabiat merokok, pergaulan bebas, melepak
dan vandalisme yang sering dipaparkan menerusi filem-filem barat menjadi tontonan
golongan remaja, sekali gus mempengaruhi tingkah laku mereka.
Hadirin sekalian,
Faktor seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja banyak
meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan mereka mudah
terpengaruh dan meniru tingkah laku rakan-rakan sama ada tingkah laku yang baik atau
sebaliknya.
Sikap masyarakat yang tidak mengambil kisah tentang hal-hal yang berlaku di
sekeliling mereka juga menjadi punca vandalisme. Sebilangan masyarakat terutama
masyarakat yang tinggal di bandar menganggap bahawa mereka tidak perlu menjaga tepi
kain orang. Lebih teruk lagi, ada yang berpendapat bahawa kemudahan awam milik
kerajaan, maka kerajaanlah yang harus bertanggungjawab untuk menjaganya. Sebelum
saya mengundur diri, saya menyeru semua pihak agar berganding bahu dalam mengatasi
masalah vandalisme demi keharmonian dan keamanan rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih.

a Perkataan vandalisme boleh digantikan dengan perkataan _______________________


b Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk mengatasi masalah vandalisme ?

______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

c Bagaimanakah faktor rakan sebaya boleh mempengaruhi remaja untuk melakukan


vandalisme ?
______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

c Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


contoh.

Pengaruh budaya barat menjadi


salah satu faktor yang
menyebabkan masalah
vandalisme dalam kalangan
remaja.

Betul

Kerajaan telah menangung


kerugian yang banyak untuk
membaik pulih harta benda awam
yang rosak.
Salah

Masyarakat di bandar selalu


mengambil berat tentang
masalah vandalisme.

Remaja yang menonton filem


barat akan mempengaruhi
tingkah laku yang negatif

Anda mungkin juga menyukai