Anda di halaman 1dari 2

KESAN NEGATIF VANDALISME

Vandalisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam masih lagi berlaku dan kesudahannya belum berakhir. Isu vandalisme ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat. Vandalisme yang berlaku telah mendatangkan beberapa keburukan kepada masyarakat dan juga negara. Apakah keburukan akibat perbuatan vandalism ini? MENYUSAHKAN MASYARAKAT Antara keburukan vandalisme ialah ia akan menyusahkan orang ramai atau masyarakat. Masyarakat akan menghadapi pelbagai masalah dalam urusan seharian. Contohnya, jika tandas awam dirosakkan, pasti orang ramai tidak dapat menggunakanya dengan baik dan mereka akan berasa kurang selesa. Jika telefon awam dirosakkan pula, ia akan menyusahkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila berlaku perkara buruk seperti kebakaran, kemalangan, jenayah dan sebagainya. MENYUSAHKAN DIRI Selain itu, keburukan vandalisme ialah ia akan menyusahkan diri sendiri. Individu yang didapati melakukan perbuatan merosakkan harta benda awam akan ditangkap. Apabila ditangkap, individu ini akan didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman. MENYUSAHKAN IBU BAPA Vandalisme yang dilakukan oleh anak juga akan menyusahkan ibu bapa. Ibu bapa akan turut berasa malu apabila anak mereka ditangkap kerana melakukan vandalisme. Ibu bapa juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menjamin anak mereka di mahkamah. Ibu bapa yang mempunyai anak dalam penjara pula akan berasa tertekan dan hal ini pastinya akan menyusahkan dan memalukan mereka. MENYUSAHKAN KERAJAAN Di samping itu, vandalisme juga akan menyusahkan pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak. Kos untuk memperbalki kemudahan awam yang rosak adalah tinggi. Jika tiada kerosakan pada kemudahan awam, pihak kerajaan boleh menjimatkan wang kerajaan

dan wang tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan negara yang lain. IMEJ BURUK KEPADA NEGARA Akhir sekali, vandalisme juga akan memberikan imej buruk kepada negara. Jika pelancong asing mendapati kemudahan awam banyak yang rosak, maka mereka pasti akan memandang negatif terhadap sikap rakyat Malaysia. Pelancong asing juga mungkin akan bercerita tentang kejadian ini kepada keluarga dan sahabat handai mereka apabila pulang ke negara asal. Dengan ini sektor pelancongan negara pasti akan terjejas.

Anda mungkin juga menyukai