Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada era ini, amalan merotan tidak lagi dipraktikkan di institusiinstitusi pengajian. Padahalaman 1344, kamus dewan edisi
keempat,merotan membawa maksud memukul atau menyebat dengan
rotan sebagai satu hukuman terhadap pesalah. Antara kesalahan yang boleh
disabitkan denganhukuman merotan di sekolah ialah ponteng sekolah, membuli,
melawan guru, samseng sekolah danlain-lain lagi. Hukuman merotan dapat
membantu para guru untuk menyelesaikan masalah disiplindalam kalangan
pelajar. Namun begitu hukuman ini mempunyai kebaikan dan keburukan
tersendiri
.Antara kebaikan merotan ialah dapat memperbaiki akhlak para pelajar
yang bermasalah.Hukuman merotan tidaklah dilaksanakan sekiranya
pelajar itu malakukan kesalahan pertama tetapi pelajar tersebut diberi
amaran terlebih dahulu. Hukuman ini dijalankan sekiranya pelajar
tersebuttidak mengendahkan amaran pertama dan amaran kedua.
Pesalah yng tidak menghiraukan teguranoleh guru disiplin ibarat
mencurah air ke daun keladi
. Individu yang menerima hukuman ini dapatmembentuk disiplin diri. Mereka
juga dapat mengambil iktibar dari hukuman yang diterima. Oleh itu, jelaslah di
sini merotan dapat memperbaiki akhlak para pelajar disamping memberi satu
pengajaranyang dapat diterap dalam diri setiap pesalah
.Selain itu, merotan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi akademik
dan sahsiah.Hal ini kerana para pelajar tidak lagi berani mengulangi kesalahan
yang dilakukan. Seterusnya, para pelajar juga akn lebih serius dan komited
dalam menuntut ilmu pengetahuan. Negara memerlukan pemangkin
masa hadapan yang telus dan berwibawa. Oleh yang demikian negara
dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berfikiran rasional untuk
membangunkan negara kita, Malaysia. Justeruitu, adalah baiknya kita
mengubah setiap individu sebelum mereka merubah sesuatu yang
tidak terlintas di fikiran
.Seterusnya, hukuman yang dikenakan juga dapat mempertingkatkan
jati diri para pelajar.Pelajar yang dijatuhkan hukuman dapat berubah
dan dapat mendisiplinkan dirinya dalam pelbagaiaspek. Contohnya,
apabila individu itu telah menamatkan pengajiannya,dia dapat
mempraktikkandisiplin dalam institusi pekerjaan, cara berkomunikasi dan
dapat menentukan corak kehidupan padamasa hadapan. Generasi masa kini
adalah pemimpin masa hadapan. Oleh yang demikian, kita perlulah bersamasama memainkan peranan dalam membentuk jati diri para pelajar, bak
kata pepatah beratsama dipikul, ringan sama dijinjing.