Anda di halaman 1dari 4

Gejala Vandalisme

Vandalisme bermaksud sikap suka merosakkan atau memusnahkan harta benda awam. Gejala
vandelisme di negara kita semakin membimbangkan. Antara perbuatan vandelisme yang boleh
kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam.
Vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tiada niai etika dan hanya mahu mendapatkan
kepuasaan diri sendiri.
Vandalisme akan mengundang pelbagai komplikasi.
Antara kesan tersebut ialah :
Imej negara akan tercemar di mata dunia.Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi
Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat
keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin.Kesannya,industri
pelancongan akan merosot.Pada masa yang sama,hal ini akan memberikan kesan yang buruk
kepada rakyat negara tersebut.Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti
perhotelan.Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri melancong
yang merosot.Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan
.Yang seterusnya,pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.

GamBaR-gAMbAr MEnuNjUKkAN VanDaLIsme

Kepada mereka,mungkin melukis gravitti pada dinding sejuk dipandang mata,tetapi tahukah

mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .

Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan
wang untuk memperbaikinya.Sebaliknya,kita hanya mengoyang kaki,menggunakan kemudahan
awam yang disediakan dengan mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan


sikap alpa.Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain.Masyarakat hanya
mementingkan diri sendiri.Apabila diperlukan,mereka menggunakan kemudahan awam,apabila
tidak diperlukan,mereka merosakkannya.Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu,'selepas
isi dimakan,kepah dibuang'.
Kesan Vandalisme
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme
bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak
yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme
boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.

Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan
sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu
untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara
tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau
membunuh.

Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri
sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana
akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam
keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu,
masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya basah
ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan
yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada
generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu
menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar.
Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahankemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain
yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Gambar-gambar menunjukkan vandalisme

Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi tahukah
mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .
Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan
wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya menggoyang kaki, menggunakan
kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.
Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak mempedulikan
akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan,
mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka merosakkannya.
Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, 'selepas isi dimakan, kepah dibuang'.

Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak langsung
mempengaruhi imej negara.

Anda mungkin juga menyukai