Anda di halaman 1dari 22

Index

PERKARA

MUKASURAT

PENGHARGAAN
PENGENALAN
SEJARAH TLDM
PERANAN TLDM
TANGGUNGJAWAB
MARKAS DAN
PANGKALAN UTAMA
ANGGOTA TLDM
ANGGOTA LAIN-LAIN
PANGKAT
LAMPIRAN
RUJUKAN

2
3
4-11
12
13-14

15
16-18
19-20
21

Penghargaan
Saya Kogulan a/l Subramaniam, 05DPE11F1060 ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menyiapkan projek
yang bertajuk Memahami Tentera Laut Diraja Malaysia. Pertama sekali saya ingin
memanjangkan kesyukuran saya kepada tuhan kerana telah mengurniakan kebolehan dan
semangat yang kental dalam menyiapkan kerja ini.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik
Mohd Hazry. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar yang boleh dijadikan panduan untuk
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, idea dan cadangan yang telah diberikan oleh beliau amatlah
berguna dan dapat digunakan semasa membuat tugasan ini.
Selain pensyarah, saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada senior, yang
memberi semangat dan sokongan positif.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya yang telah banyak membantu
saya. Walaupun mereka sangat sibuk dengan tugasan yang sama, tetapi mereka tetap sanggup
menyumbangkan idea dan tenaga untuk saya. Selain itu, mereka juga tidak pernah mengeluh
apabila saya bertanya soalan kepada mereka.

Pengenalan

Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM,
merupakan

salah

satu

cabang Angkatan

Tentera

Malaysia dan

agensi

utama

yang

bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan


TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia,
329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM
juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara seperti Selat
Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan
yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.
Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang
berterusan di Teluk Aden. Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan, TLDM mempunyai
keupayaan yang dikira setanding dengan kebanyakkan negara-negara ASEAN dan mempunyai
tentera laut yang ketiga terbesar di dalam gabungan ini. Dengan kekuatan konvensional yang
sederhana, TLDM masih masih memerlukan penambahan platform dan kapal-kapal lain untuk
beroperasi pada tahap terbaik. Hanya dengan pemodenan berterusan akan memastikan TLDM
terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Penubuhan PLAS(TLDM)
3

PLAS (TLDM) adalah singkatan untuk PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN


TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA. Ia telah ditubuhkan di Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz (dulu dikenali sebagai Politeknik Shah Alam) sejak Mei 1999 (intake 1). Ia adalah
sub unit kepada Pasukan Simpanan Sukarela (PSSTLDM) yang ditubuhkan melalui KD SRI
KLANG.
Apa yang membanggakan ialah ianya merupakan yang pertama dalam sejarah penubuhan
PLAS di politeknik di seluruh Malaysia.Pengambilan dilakukan setahun sekali dan pengambilan
adalah 40 pada satu-satu masa. Setiap orang yang ingin menyertai pasukan ini mestilah melalui
beberapa prosedur. Antaranya ialah menjalani latihan fizikal (fitness)/ uji cergas (UC),
pemeriksaan kesihatan (medical check up) dan temuduga (interview). Iklan dan promosi
pengambilan akan dilakukan di setiap jabatan di Politeknik Shah Alam dan juga laman web ini
(plaspsa.cjb.net).
Sehingga kini jumlah PLASTLDM PSA sudah melebihi dari 70 orang. Ianya adalah
jumlah ahli dari pengambilan ketiga (intake 3) dan keempat (intake 4).Apa yang diharapkan oleh
pegawai latihan adalah komitmen para ahli pasukan untuk menjayakan dan menyertai segala
aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, diharap pasukan ini bersatu dalam melakukan sebarang
aktiviti tanpa mengira pangkat dan umur.

Sejarah PLAS
4

PLAS (TLDM) PSA telah ditubuhkan sejak bulan Mei tahun 1999 lagi. Pada masa itu
pengambilan pertama dilakukan seramai 40 orang. Kini, pengambilan sudah mencapai sehingga
pengambilan yang kelima. Memandangkan PLAS ialah satu unit yang baru dan ianya adalah
sebahagian daripada PSS, maka politeknik hanya memegang pangkat 'Lain-lain Pangkat' (LLP).
Terdapat 2 lagi politeknik yang telah menubuhkan PLAS(TLDM) selepas PSA iaitu
Politeknik Johor Bahru dan Politeknik Kuching. Politeknik Johor Bahru telah menubuhkan
PLAS pada tahun 2001, diikuti Politeknik Kuching pada tahun 2002. Selain itu IKM juga akan
menubuhkan PLAS.Kemasukan pada setiap pengambilan adalah 40 orang yang layak selepas
menjalani beberapa prosedur pengambilan. Di Politeknik Shah Alam, pengambilan adalah terdiri
daripada pelajar diploma. Ini adalah kerana aktiviti yang dijalankan untuk menamatkan latihan
mengambil masa lebih kurang 3 tahun.

Sejarah Tentera Laut Diraja


Malaysia
5

TENTERA LAUT SIMPANAN SUKARELAWAN NEGERI SELAT


Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia boleh bermula dengan pembentukan Tentera Laut
Simpanan Sukarelawan Negeri Selat (TLSSNS) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial
British Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk
membantuTentera Laut Diraja British mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran
perkembangan dan pergolakan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang meluaskan kuasa
dan pengaruhnya. Pembentukan sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan berkembangnya
TLSSNS.
Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi (Admiralty) Royal Navy telah
menghadiahkan

TLSSNS

di Singapura dengan

sebuah

kapal korvet kelas Flower,

HMS Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal utama dan kapal latihan TLSSNS. Kapal ini
telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMS Laburnum malangnya telah
ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan
pengambilan rekrut bagi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan unit- unit
Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk
perkhidmatan aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section, juga dipanggil Royal Malay
Navy ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Pasukan ini telah
menjalani latihan di HMS Pelandok, Sembawang,di Singapura. Keanggotaan Malay Navy
kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan
ditugaskan bersama-sama dibawah panji-panji Royal Navy.Laskar-laskar Malay Navy terlibat
bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dan sebilangan
mereka terkorban ketika ini. Ramai juga yang telah berkhidmat dengan cemerlang, antaranya
ialah Able Seaman Ramli Mohd Said yang telah dianugerahkan pingat Pacific Star oleh kerajaan
British. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya sekitar 600
anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, pasukan Malay Navy yang kecil ini telahpun
dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.
6

ERA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA


Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman
pengganas komunis. Menyedari kepentingan tentera laut bagi membendung ancaman komunis,
pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini digelar Malayan Naval
Forces , MNF. Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan Malayan Naval
Forces yang berpangkalan di HMS Malaya, Woodlands, Singapura.
Misi utama MNF ialah mengawasi pesisir pantai Tanah Melayu bagi menghalang
pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga
diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah frigat kelas River HMS Test yang turut
digunakan sebagai kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapal minelayer bekas
tentera Jepun, juga dinamakan HMS Laburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal
penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo HMS Simbang, dan beberapa kapal kecil
lagi.
Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth II telah mengurniakan gelaran Diraja kepada
MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan
Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang ketika Darurat. Kapal-kapal TLDM kini
mempunyai imbuhan HMMS: Her Majesty's Malayan Ship sebelum namanya.

ERA KEMERDEKAAN DAN SELEPAS MERDEKA

ERA
KEMERDE Tentera

Laut

Diraja

Malaya

akhirnya

diserahkan

secara

rasmi

kepada

kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958[1]. Penaikan panji Tentera Laut
Persekutuan secara

rasminya

menandakan

TLDM

memikul

tanggungjawab

untuk

mempertahankan perairan persekutuan. TLDM memulakan tugasnya hanya dengan sebuah


pangkalan pusat di HMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal
LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas Ham, dan 7 buah kapal ronda.
Pada 16 September 1963, TLDM dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (juga sebagai
TLDM) setelah pembentukan Malaysia.
Kekuatan TLDM bertambah secara beransur-ansur setelah Malaysia dibentuk. 18 buah
bot ronda kelas Keris telah ditempah dari firma Vosper, dan bot-bot ini membentuk kekuatan
pengawasan TLDM untuk tahun-tahun akan datang. Bot sepanjang 103 kaki ini berfungsi dengan
enjin disel dengan kelajuan maksima 27 knot. Walau bagaimanapun, bot kelas Keris hanya
dihadkan sebagai bot peronda pesisir pantai kerana mempunyai ketahanan operasi yang rendah.
Selepas itu, kekuatan berperang TLDM bertambah dengan pembelian bot serang laju
kelas Brave dari firma Vosper sebanyak 4 buah. Kapal ini juga dikenali sebagi kelas Perkasa dan
dibina khas untuk TLDM dalam limbungan Vosper Thorneycroft pada tahun 1967. Kapal serang
laju Perkasa ini dilengkapkan dengan empat torpedo 21, sebuah meriam Bofors 40mm, dan satu
meriam 20mm di bahagian buritan. Perkasa mempunyai kelajuan sehingga 54 knots
(100 km/jam).
TLDM mendapat sebuah lagi kapal apabila Royal Navy memindahkan frigat
kelas Loch HMS Loch Insh (K433) kepada TLDM pada tahun 1964. Loch Insh dinamakan
semula sebagai KD Hang Tuah(F433). Semasa Konfrontasi,KD Hang Tuah mengambil alih tugas
pengawalan di perairan Tawau, Sabah dari HMAS Yarra. KD Hang Tuah berkhidmat dalam
armada TLDM sehinggalah kapal ini dilucutkan tauliah pada tahun 1970 dan dilupuskan.

Pada tahun 1977 pula TLDM memperoleh frigat HMS Mermaid dari Royal Navy bagi
menggantikan Hang Tuah yang tidak lagi berkhidmat. Kapal ini juga dinamakan Hang Tuah,
(F72) KD Hang Tuah. Hang Tuah merupakan sebuah frigat seberat 2,300 tan bersenjatakan
meriam berkembar 102 mm. KD Hang Tuah masih berkhidmat kini menjadi kapal latihan.
KD Rahmat (F24) menyertai armada TLDM pada tahun 1972. Kapal frigat ringan seberat
2,300 tan ini merupakan antara model rekaan firma Yarrow untuk TLDM. Pada awalnya Rahmat
dinamakan sebagai KD Hang Jebat, namun disebabkan masalah sewaktu ujian pentauliahan,
kapal ini dinamakan sebagai KD Rahmat. KD Rahmat merupakan kapal perang pertama TLDM
yang dilengkapi sistem misil anti udara iaitu Sea Cat, Rahmat telah dilucutkan tauliah pada tahun
2004.
TLDM membeli lagi beberapa jenis bot serang laju peluru berpandu diantara tahun 70an80an. Bot-bot ini adalah 4 buah kelas Combattante II yang dibeli dari Perancis, dan 4 buah kelas
Spica M dari Sweden. Kedua-dua kelas ini dilengkapkan dengan misil Exocet MM38. TLDM
turut memperoleh 2 buah Offshore Patrol Vessel (OPV) kelas Musytari seberat 1,300 tan rekaan
Korea Selatan.
Keperluan menghantar tentera dan peralatan melalui jalan laut (military sealift) turut
dipenuhi apabila TLDM membeli kapal-kapal Landing Ship Tank, LST dari Amerika Syarikat.
Kapal- kapal yang dibeli adalah KD Sri Banggi (A1501), bekas USS Henry County, KD Raja
Jarom

(A1502),

bekas

USS Sedgwick

County, KD

Sri

Inderapura (A1505),

bekas

USS Spartanburg County. Kebolehan tambahan turut diperoleh dan disediakan dengan 2 kapal
sokongan pelbagai fungsi seberat 4,300 tan, 100 meter KD Sri Indera Sakti (A1503) dan KD
Mahawangsa (A1504).
Keupayaan menangani ancaman periuk api disediakan oleh 4 kapal minehunter kelas
Mahamiru. Kapal-kapal ini juga dikenali kapal penyapu ranjau kelas Lerici. Tugas hydrografi
diserahkan kepada KD Perantau dan KD Mutiara.Sejumlah kapal TLDM telah dilucutkan tauliah
dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). APMM telah
menerima 17 buah kapal dari armada TLDM dengan pemindahan secara hot transfer untuk

perkhidmatan APMM. 6 buah kapal diserah kepada APMM pada Ogos 2005 dan 7 lagi pada
Januari 2006.

PEMODENAN

Bermula dengan perolehan dua buah korvet kelas Kasturi, iaitu KD Kasturi dan KD Lekir
pada tahun 1983/84 TLDM mengorak langkah menuju era pemodenannya. Kapal seberat 1,500
tan (1850 tan berat penuh) ini asalnya bersenjatakan misil Exocet MM38 dan mampu
menempatkan sebuah helikopter bersaiz sederhana. Kapal- kapal ini bagaimanapun tidak
dilengkapi hangar dan dan sistem anti udara yang berkemampuan tinggi. Seterusnya, 4 buah
korvetkelas Laksamana telah dibeli dari Itali . Kapal ini pada asalnya dibina untuk Iraq sebagai
korvet kelas Assad, namun ia tidak diserahkan atas sekatan antarabangsa ke atasnya
selepas Perang Teluk.
Penambahan aset seterusnya kepada armada TLDM ialah dua buah frigat kelas
Lekiu yang berdasarkan rekaan model Yarrow F2000, yang telah dibina di Scotstoun, Glasgow
dan diserahkan pada tahun 1994/95. Ketika dilancarkan, kapal-kapal ini dianggap yang termoden
di Asia. Kapal frigat seberat 2,270 tan (berat penuh)ini bersenjatakan peluru berpandu
permukaan ke permukaan, (SSM) Exocet MM40 Block II dan peluru berpandu anti udara Sea
Wolf sistem lancaran tegak (VLS). Bagi tugas anti kapal selam torpedo Whitehead 324mm
mampu dilancarkan dari sistem B515. Kapal-kapal kelas ini juga berupaya membawa dan
menyokong operasi sebuah helikopter Super Lynx 300.

10

ASET UDARA TLDM

ASE

Walaupun tidak seperti Tentera Laut Diraja Thailand, mempunyai dan mengoperasikan
kapal pengangkut pesawat, namun TLDM tetap memerlukan cawangan udaranya sendiri. TLDM
telah membeli 6 buah helikopter Westland Super Lynx untuk kapal-kapal utama dalam
armadanya dan beroperasi sebagai Skuadron 501. Helikopter AS 555 Fennecs beroperasi sebagai
Skuadron 502. Manakala helikopter Wasp Westland tidak lagi berkhidmat dalam pasukan udara
TLDM.
Tempahan 6 buah helikopter Augusta Westland Super Lynx 300 dijangka memenuhi
keperluan helikopter dalam pasukan udara TLDM. Helikopter jenis Super Lynx juga ditugaskan
bersama skuadron frigat iaitu KD Jebat (29) dan KD Lekiu (30).Panglima Tentera Laut yang
baru Datuk Abdul Aziz Jaafar, secara terbuka memaklumkan hasrat TLDM untuk memperolehi 6
buah lagi helikopter khusus untuk peranan anti kapal selam. Beliau berkata dalam temubual pada
bulan April 2008, helikopter merupakan alternatif yang lebih kos efektif berbanding pembelian
kapal permukaan. Beliau juga tidak menolak ianya dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK-10) nanti.

11

PERANAN TLDM
Peranan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh dibahagikan kepada tiga iaitu, pada
masa aman dan juga di masa darurat, dan juga masa peperangan. Pertama sekali saya akan
membincangkan tentang peranan TLDM di masa aman. Mereka berperanan untuk menyediakan
kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi.
Selain itu, di masa aman mereka juga berperanan untuk menyekat kemasukan bot-bot nelayan
secara haram di kawasan perairan Malaysia. Pasukan TLDM juga akan menyelidik dan
menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia. Mereka juga akan memberi bantuan kepada
anggota awam terutama sekali penduduk di pulau-pulau seperti prubatan, keselamatan, makanan,
dan lain-lain lagi. Peranan mereka yang paling penting adalah untuk mengawal keselamatan
kawasan perairan sekitar Malaysia dan laluan masuk ke Negara kita daripada ancaman lanun.
Di masa darurat pula, peranan-peranan TLDM, mereka berperanan untuk mencegah
kemasukan senjata-senjata haram yang dibawa dari luar negeri serta menghapuskan anasir-anasir
subversif. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat pertahanan dan serangan
yang boleh mengancam keamanan Negara dari kawasan perairan. Mereka juga harus memastikan
peraturan pecahan dan undang-undang laut berjalan dengan lancer.
Antara peraturan yang menjadi keutamaan tentera-tentara laut ialah, mencegah
kemasukkan bot-bot penyeludupan dan menjaga

keselamatan perahu nelayan. Selain itu

peraturan lain yang harus menjadi keutaman ialah, mencegah kemasukkan warganegara asing
secara haram dan menjalankan awasan di laut semasa perintah kawasan hitam diisytiharkan.
Tambahan pula mereka juga berperanan untuk menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat
untuk pasukan keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi. Mereka juga akan memberi
bantuan kepada kapal penyarang untuk menyarang sesuatu kawasan dan juga member latihan
ketenteraan untuk menambahkan pengecaman semua bahagian.
Semasa berlaku peperangan mereka bertanggungjawab untuk membuat rondaan
mencegah penyerapan dan menjalankan tugas-tugas menangkis periuk api. Tambahan pula,
mereka juga akan memberi perlindungan kepada kapal dagang dan juga bersedia untuk memberi
bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat. Mereka juga berperanan sebagai satu gerakan
12

melawan musuh dari atas dan bawah air. Akhirnya, mereka juga menjalankan serangan mengejut
terhadap pantai musuh dan melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air.

TANGGUNGJAWAB
DAN PANGKALAN
TANGGUNGJAWAB
MARKASMARKAS
ATAU PANGKALAN
UTAMA
UTAMA

Markas Tentera Laut, Kementah, Kuala Lumpur.


Markas ini bertanggungjawab dalam aspek kecekapan, moral dan tatatertib,
rancangan latihan-latihan mengawal gerakan tentera laut dan menentukan keselamatan
yang kukuh dalam tentera laut. Department ini, juga bertanggungjawab dalam
memelihara petahanan yang mengadakan rancangan keselamatan dalam Negara,
rancangan kerjaya, pertukaran, kenaikan pangkat untuk anggota-anggota, menentukan
kelicinan pentadbiran, penilaian pengutamaan kelengkapan TLDM, membuat syor
berkaitan pakaian seragam dan lain-lain perkara ,mengikut arahan Majlis Angkatan
Tentera.
Markas Panglima Armada TLDM, Lumut, Perak
Markas ini pula bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam
pengendalian Markas Wilayah Laut Satu dan Markas Laut Wilayah Dua, merancang dan
menyelaras latihan ke lautan untk kapal-kapal TLDM, menentukan pangkalan dibawah

13

naungan sentiasa mencapai kecekapan dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan
penilaian serta memberi bantuan material dalam semua aspek teknikal.
Markas Panglima Material Armanda, Lumut. Perak
Markas ini berperanan melaksanakan dasar- dasar yang disalurkan melalui
Department Tentera Laut dan bertaggungjawab terhadap perancangan program bantuan
material. Unit ini juga menentukan organisasi- organisasi bantuan material yang
diwujudkan dibawah pemerintahan dan kawalan teknikal Panglima Material Armanda
memberi

bantuan

yang

berkesan.

Beberapa

unit

telah

ditubuhkan

dibawah

pemerintahannya.
Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Pahang) & Markas Panglima Wilayah 2 (Labuan)
Bertanggungjawab dalam menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin
bagi kapal- kapal TLDM yang berada dibawah naungannya. Markas ini juga menentukan
peralatan untuk kapal- kapal yang beroperasi.

14

P
A

PANGKAT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

PANGKAT
LAKSAMANA

LENCANA

LAKSAMANA MADYA

15

LAKSAMANA MUDA

LAKSAMANA PERTAMA

KAPTEN TLDM

KOMANDER TLDM

LEFTENAN KOMANDER
TLDM
LEFTENAN TLDM

LEFTENAN DYA TLDM

LEFTENAN MUDA TLDM

ANGGO
TA

PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN


TLDM

TDM
16

TUDM

Pegawai Waran 1
(warrant officer 1)
Pegawai Waran 2
(Warrant Officer 2)
Bintara Kanan
(chief Petty Officer)
Bintara Muda
(Petty Officer)
Laksar Kanan
(Leading Rate)
Laksar Kelas 1
( Able Rate)
Laksar Kelas 2
(Junior Able Rate)
Laksar Muda
(Ordinary-COD)
Rekrut

Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 1

Pegawai Waran 2

Pegawai Waran 2

Staff Sarjan

Flight Sarjan

Sarjan

Sarjan (U)

Kopral

Kopral (U)

Lans kopral

Laksar Kanan(U)

Laksar Udara 1

Prebet

Laksar Udara 2

Rekrut

Rekrut

PEGAWAI LAIN-LAIN

PEGA
WAI
LAIN-

PEGAWAI
PEGAWAI WARAN 1

LENCANA

17

PEGAWAI WARAN 2

BINTARA KANAN

BINTARA MUDA

LAKSAR KANAN

LAKSAR KELAS 1

18

LAKSAR KELAS 2

LAKSAR MUDA

Lampiran
Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM)

19

Panji (Ensign) TLDM

Aktif

27 April 1934

Negara

Malaysia

Kesetiaan

SPB Yang di-Pertuan Agong

Jenis

Tentera laut

Keanggotaan

14,000 anggota

Sebahagian dari

Angkatan Tentera Malaysia

Markas/Ibu pejabat

Markas Tentera Laut,


Kementerian Pertahanan
Markas Armada, Lumut

Motto

Sedia Berkorban

Ulang tahun

27 April

Perang/pertempuran

Perang Dunia Kedua


Darurat
Konfrontasi IndonesiaMalaysia
Komander

Panglima Tentera Laut

Laksamana Tan Sri Abdul


Aziz Jaafar

Timbalan Panglima
Tentera Laut

Laksamana Madya Dato' Wira


Haji Mohammed Noordin Ali

Panglima Armada

Laksamana Madya Dato'


Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Badaruddin

Tanda kebesaran

20

Simbol
identifikasi

KD Perak, kapal ketiga dalam kelas Kedah.


NGPV ketika pameran

Model bac Kedua

Helikopter Fennecskuadron 502

RUJUKAN
www.wikipedia.com/sejarahtldm

21

www.Royal Malaysia Navy.mil.my

22

Anda mungkin juga menyukai