Anda di halaman 1dari 52

Tentera Laut Diraja Malaysia

FAKTA RINGKAS
Aktif 27 April 1934 - sekarang
Negara Malaysia
KesetiaanSPB Yang di-Pertuan Agong
JenisTentera laut
Saiz 15,000 anggota
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
Garison/HQMarkas Tentera Laut, Kementerian
Pertahanan (Markas Armada, Lumut, Perak)
MotoSedia Berkorban
Peringatan27 April 1934
PertempuranPerang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
KOMANDER
Panglima Tentera Laut Laksamana 
Tan Sri Datuk Mohd Reza bin Tan Sri Mohd Sany TLDM

Timbalan Panglima Tentera Laut


Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya
TLDM
Panglima Pemerintahan Armada Barat
Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah
TLDM
Panglima Pemerintahan Armada Timur
Laksamana Muda Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra bin
Syed Abdullah TLDM
PENDAHULUAN
Tentera Laut Diraja Malaysia (Tulisan Jawi:‫ت نترا ال وت‬
‫)دراج مليسيا‬ atau lebih dikenali dengan
singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang 
Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang
bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan
pertahanan maritim negara.
Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer
persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan
Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan
pesisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara
tersebut.
TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal
Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris: Sea Lines
of Communications, SLOC) utama negara seperti Selat
Melaka dan Selat Singapura.

TLDM turut mengawasi kepentingan negara di


kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan
bertindih seperti di perairan Spratly. Kehadiran TLDM
dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi
konvoi yang berterusan di Teluk Aden. 
Dari segi kekuatan kelengkapan dan keanggotaan,
TLDM mempunyai keupayaan yang dikira setanding
dengan kebanyakkan negara-negara ASEAN dan
mempunyai tentera laut yang ketiga terbesar di dalam
gabungan ini.

Dengan kekuatan konvensional yang sederhana,
TLDM masih masih memerlukan penambahan
platform dan kapal-kapal lain untuk beroperasi pada
tahap terbaik.

Hanya dengan pemodenan berterusan akan


memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan
yang seimbang dan berteknologi tinggi.
Sejarah TLDM

Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia boleh bermula


dengan pembentukan Tentera Laut Simpanan
Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement
Naval Volunteer Reserve (SSNVR)- yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British 
Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura.
SSNVR ditubuhkan untuk membantu Tentera Laut
Diraja British mempertahankan kawasan perairan
Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan
politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang
meluaskan kuasa dan pengaruhnya. Pembentukan
sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan
berkembangnya SSNVR.
Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi
(Admiralty) Royal Navy telah menghadiahkan SSNVR
di Singapura dengan sebuah kapal korvet kelas Flower,
HMS Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal
utama dan kapal latihan SSNVR.
 Kapal ini telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer
Basin. HMS Laburnum malangnya telah
ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang
Dunia Kedua.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah,
SSNVR telah meningkatkan pengambilan rekrut bagi
mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu
memandangkan unit- unit Royal Navy diperlukan di
medan operasi Eropah.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus di Eropah,
SSNVR telah meningkatkan pengambilan rekrut bagi
mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu
memandangkan unit- unit Royal Navy diperlukan di
medan operasi Eropah.
 SSNVR juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan
aktif sebagai unit dalam Royal Navy Malay Section,
juga dipanggil Royal Malay Navy ataupun Malay
Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota.
Pasukan ini telah menjalani latihan di HMS Pelandok,
Sembawang,di Singapura. Keanggotaan Malay Navy
kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila
perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy
berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan
ditugaskan bersama-sama dibawah panji-panji Royal
Navy.Laskar-laskar Malay Navy terlibat bersama Royal
Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik dan sebilangan mereka terkorban ketika ini.
Sepanjang Perang Dunia Kedua, Malay Navy
berkhidmat di bawah tentera bersekutu dan
ditugaskan bersama-sama dibawah panji-panji Royal
Navy.Laskar-laskar Malay Navy terlibat bersama Royal
Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik dan sebilangan mereka terkorban ketika ini.
Ramai juga yang telah berkhidmat dengan cemerlang,
antaranya ialah Able Seaman Ramli Mohd Said yang
telah dianugerahkan pingat Pacific Star oleh kerajaan
British. Apabila perang tamat dengan penyerahan
kalah Jepun pada tahun 1945 hanya sekitar 600
anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947,
pasukan Malay Navy yang kecil ini telahpun
dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.
SILIBUS KURSUS:

1.0 KEMAHIRAN KHUSUS


1.1 Menerangkan latarbelakang TLDM dan ATM
1.1.1 Menghuraikan sejarah ringkas, latarbelakang dan peranan
TLDM
1.1.2 Menamakan struktur utama organisasi TLDM
1.1.3 Mengenalpasti fungsi tugas cawangan di dalam TLDM
1.1.4 Melaporkan peranan sistem bahagian
1.1.5 Mengenalpasti kandungan bilangan awasan dan stesen
1.1.6 Membincangkan sistem penugasan awasan dan stesen
1.1.7 Menerangkan peringkat keselamatan
1.1.8 Membentangkan susunan pangkat dan pakaian dalam TLDM
1.1.9 Menghuraikan latarbelakang, sejarah dan perkembangan
PSSTLDM.
 1.2 Membentangkan pentadbiran TLDM
1.2.1 Menerangkan cawangan dan kepakaran
1.2.2 Mengenalpasti bentuk lencana kepakaran
 1.2.3 Membezakan tugas dan tanggungjawab
mengikut kepakaran
1.2.4 Mengklasifikasikan pangkat dalam ATM
 1.2.5 Membentangkan susunan pangkat
1.3 Mengamalkan disiplin
1.3.1 Mematuhi perintah dan arahan
1.3.2 Menerangkan Akta Angkatan Tentera 1972
1.3.3 Menerangkan Kandungan Artikel Peperangan

 1.4 Menerangkan jenis-jenis kapal TLDM dan


fungsinya
1.4.1 Menerangkan tugas-tugas kapal semasa aman
1.4.2 Menerangkan perjawatan dan tugas di atas kapal

 1.5 Mempamerkan pengenalan kawad kaki I
1.5.1 Melaksanakan perintah kawad kaki statik
1.5.2 Melaksanakan perintah kawad kaki semasa jalan

1.6 Mempamerkan asas renang


1.6.1 Menghuraikan pengenalan kolam renang
1.6.2 Mempamerkan asas renang
PERANAN  TLDM
Di masa aman   
menyediakan kenaikan di laut dalam gerak dekat untuk pasukan
keselamatan menjalankan tugas-tugas operasi

untuk menyekat kemasukan bot-bot nelayan secara haram di


kawasan perairan Malaysia

menyelidik dan menjalankan singkatan laut di kawasan Malaysia

memberi bantuan terhadap anggota awam terutama sekali


penduduk di pulau-pulau seperti perubatan , keselamatan ,
makanan dan lain-lain lagi

mengawal perairan daripada serangan lanun


Di masa darurat 
mencegah kemasukan senjata-senjata haram yang dibawa dari luar
negeri

 mencegah anasir-anasir subversif

membuat pertahanan dan serangan yang datang dari laut


 
menentukan supaya peraturan pecahan dan undang-undang laut
berjalan dengan baik dari segi

I.   mencegah kemasukan bot-bot penyeludupan 


II.  mencegah kemasukan warganegara asing dari masuk secara haram 
III. menjaga keselamatan perahu-perahu nelayan 
IV. menjalankan awasan di laut semasa perintah kawasan hitam
diisytiharkan di negara ini
Dalam masa peperangan atau peperangan terhad (Limited War)
rondaan mencegah penyerapan

tugas-tugas menangkis periuk api


 
memberi perlindungan kepada kapal dagang

 memberi bantuan bedilan dari laut untuk pasukan di darat


 
gerakan melawan musuh dari atas air dan juga bawah air

mempunyai kebolehan terhad menjatuhkan periuk api di perairan musuh

 menjalankan serangan mengejut terhadap pantai musuh

 melakukan kerja-kerja sabotaj di bawah air


CAWANGAN DALAM TLDM
Perkhidmatan dalam TLDM terbahagi kepada 3
cawangan iaitu

a) Cawangan Pelaut 


b) Cawangan Bekalan dan Urusetia 
c) Cawangan Teknikal 
Cawangan Pelaut
Siri Bahasa  Inggeris * Bahasa  Melayu 
Regulating Coxwain RCN  Juragan JGN 

Surface Warfare SWF  Peperangan PermukaanPPP 

Underwater Warfare (Weapons) Peperangan Bawah Permukaan


Senjata)PBS 

Underwater Warfare (Control)UWC Peperangan Bawah Permukaan


(Kawalan)PBK

Radar Plotter ROP  Radar PlotterRDP 


Communications (Radio)CMR  Komunikasi (Radio)KMR 
Communications (Tactical)CMT  Komunikasi
(Taktikal)KMT 
Clearance DiverCLD  Penyelam RanjauPLM 

SailmakerSLM  PenjahitPJT 

BandsmanBDM  PancaragamPGM 

Physical Training Instructor PTIJurulatih JasmaniJJL 

SurveyorSUR  HidrografiHDI 
Cawangan Bekalan Dan Urusetia
Bahasa  Inggeris   Bahasa  Melayu  
Writer GeneralWTG  Kerani AmKNA 

Writer PayWTP  Kerani GajiKNG 

Store Technician (Supply)STN (S)  Teknisyen Stor


(Bekalan)TNS (S) 
CookCOK  BendariBDI 

Steward STD  Petugas Wisma Pegawai


(PEWIGA)PWP 
Motor Transport Driver MTD Pemandu Kenderaan Motor PKM 
Cawangan Teknikal

Bahasa  Inggeris   Bahasa  Melayu  


Marine Technician(Propulsion)MTP  Teknisyen Merin
(Kuasagerak)TMK
Marine Technician (Hull)MTH  Teknisyen Merin
(Srimala)TMS 
Electrical Technician (Radio)ETR Teknisyen Elektrik
(Radio)TLR 
Electrical Technician (Control)ETC Teknisyen Elektrik
(Kawalan)TLK 
Electrical Technician (Power & Ordinance)ETP  Teknisyen
Elektrik (Senjata)TLS
1.3 Mengamalkan disiplin
1.3.1 Mematuhi perintah dan arahan
1.3.2 Menerangkan Akta Angkatan Tentera 1972
1.3.3 Menerangkan Kandungan Artikel Peperangan
1.4 Menerangkan jenis-jenis kapal TLDM dan fungsinya
1.4.1 Menerangkan tugas-tugas kapal semasa aman
1.4.2 Menerangkan perjawatan dan tugas di atas kapal

Anda mungkin juga menyukai