Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah


ringkasan tentang punca punca kepupusan haiwan liar. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kepupusan haiwan liar bukanlah perkara baharu di negara ini. Sebaliknya sudah
berada pada tahap yang agak kritikal. Isu kepupusan haiwan liar ini berkait rapat dengan
manusia sebagai agen pemusnah kepada hidupan itu.
Antara faktor utama kepupusan haiwan liar ini termasuklah kepesatan
pembangunan negara. Apabila hutan ditebang melalui kegiatan pembalakan,
pembakaran, dan penerokaan, habitat haiwan akan musnah. Lama-kelamaan, haiwan
liar akan mati atau pupus. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan lebih
mengutamakan habitat daripada makanan.
Selain itu, kepupusan haiwan liar ini turut diakibatkan oleh kepercayaan turun-
temurun manusia. Haiwan liar tersebut dikatakan mampu memulihkan masalah tenaga
batin, awet muda, dan merawat penyakit kronik. Hampir setiap anggota hidupan liar itu
digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada dimakan, dijadikan ubat, atau dijadikan
sebagai hiasan lambang kemewahan。

Dari segi perubatan tradisional pula, kebanyakan anggota haiwan liar ini
dikeringkan dan dijual pada harga yang tinggi. Bahan-bahan seumpama ini menjadi
pelaris utama di kedai kedai ubat. Restoran-restoran pula menjadi antara lokasi popular
yang menghidangkan sajian sebegini yang menjadi rebutan manusia. Mereka sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk menikmati hidangan hidupan liar.
Selain percaya akan khasiatnya, penggemar makanan eksotik juga menganggap
bahawa hidangan haiwan liar ini sebagai hidangan diraja. Hal ini dikatakan demikian
kerana menu tersebut bukan sahaja mahal harganya, malah hanya dihidangkan di
restoran yang terpilih dalam suasana serta layanan eksklusif. Kebanyakan pelanggannya
tidak ubah seperti haiwan buas yang sanggup memamah daging mentah atau makan
haiwan liar ini hidup-hidup. Perkara itu dikatakan sebagai selera atau cita rasa yang luar
biasa keistimewaannya.
Walaupun kemujarabannya agak sukar untuk dibuktikan, namun kepercayaan
lama itu telah menjadikan permintaan terhadap haiwan eksotik yang dilindungi di
bawah undang-undang ini semakin tinggi di pasaran

Anda mungkin juga menyukai