Anda di halaman 1dari 4

Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

  Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak di Nusajaya,
Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki kereta.

  Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang sedang berbaris
untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk kenang-kenangan di pintu masuk
Legoland.

  Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan adik syaa bermain
air di kolam. Kami meluangkan  masa selama tiga jam. Selepas itu kami makan tengah hari di
sebuah restoran yang terdapat di Legoland.

  Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya mencuba aktiviti
memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah dibawa dan dikendalikan.

  Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star Wars yang
dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat lego Star Wars yang dijual
tetapi saya tidak membelinya kerana harganya sangat mahal.

  Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya dan adik saya
berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan. Namun kami gagal untuk
menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang kakitangan Legoland membantu kami
menggerakkan robot yang kami bina.

  Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland. Bilik Hotel Legoland
amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami terus tidur kerana kepenatan.

  Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami mendaftar keluar dari
Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel Legoland. Kami melihat Legoland untuk
kali terakhir.

  Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman, Terengganu. Kami
merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland tetapi gembira dapat pergi ke
Legoland.

Anda mungkin juga menyukai