Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor,Ia
terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia,Bangunan ini telah dibina di
antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan
kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri, Ia telah
dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.Ia juga merupakan
bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka . Di Johor Bahru
sendiri, ia berdiri tidak dicabar sebagai bangunan tertinggi di bandar sehingga
selesai Menara Merlin pada tahun 1970an.
Legoland Malaysia
Legoland Malaysia adalah Taman Tema Legoland pertama di Asia dan yang ke enam di
dunia. Taman tema ni terletak di Nusajaya dan dibuka pada 15 September 2012. Ada
pelbagai roller coaster, permainan interaktif dan pertunjukkan di sini.
Laman web:http://www.legoland.com.my/
Terletak di tepi pantai yang dahulunya di kenali sebagai Pantai Lido,Ia betul-betul berada di
hadapan Istana Bukit Serene. Danga Bay telah dibangunkan oleh kerajaan negeri untuk
menjadi tempat rekreasi untuk penduduk JB dan telah melalui pelbagai transformasi.
Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan cruise ship.
Cruise ship akan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Ada juga perkhidmatan
basikal untuk pengunjung sewa pada kadar yang berpatutan. Jadi boleh digunakan untuk
berjalan-jalan di sekitar Danga Bay.
Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay
menjadi hidup kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga
taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti Merry Go Round
dan keretapi, sesuai untuk anak-anak kecil. Sebuah Petting Zoo juga dibuka untuk anak-
anak melihat binatang peliharaan dengan lebih dekat. (Sumber: Google)
http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town
sumber: Sumber: http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town
Sanrio Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour Nusajaya Johor, kawasan yang
juga terletaknya Legoland Malaysia. Tempat ini merupakan salah satu tempat pelancongan
yang menarik di Negeri Johor. Ia terletak tidak berapa jauh daripada Taman Tema Legoland
Malaysia yang juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia. Apa yang
menarik di dalam Sanrio Hello Kitty Town?
Permainan ini ialah permainan fizikal yang mana anak-anak duduk di dalam sebuah cawan
besar, then cawan tersebut akan bergerak mengelilingi tempat tersebut. Cawan itu sendiri
boleh berputar jika dipusing stereng yang terletak di tengah-tengah cawan tersebut.
Wishful Studio
Di studio ini pengunjung boleh belajar menghias biskut Hello Kitty. Biskut ini boleh terus
dimakan selepas dihias.
Hello Kitty House ini adalah rumah Hello Kitty. Ianya dihias dengan begitu indah
bertemakan warna pink. Rumah ini seperti rumah yang betul dengan dibahagikan kepada
beberapa ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan lain-lain lagi. Terdapat
juga gambar-gambar hiasan berupa potret Hello Kitty di dinding rumah.
Wishful Studio
Friendship Land
Black Wonder
Permainan ini ialah permainan menguji minda. Misinya adalah untuk menyelamatkan Hello
Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik dan di kurung di dalam gua itu. Pengunjung akan
diberi sebuah lampu yang juga digunakan untuk check point di satu-satu tempat.
Pengunjung juga diberi soalan untuk dicari jawapannya di dalam gua yang gelap dan dibina
seperti gua penjara zaman silam.
Jika dapat menjawap semua soalan, kita dikira telah berjaya melepaskan Hello Kitty dan
Dear Daniel. Sebelum keluar kita akan diberi sijil menandakan kita telah berjaya di dalam
misi tersebut.Permainan ini agak menaik kerana ia menguji minda. Ia memerlukan
penglibatan ibubapa untuk memudahkan menyelesaikan soalan misteri yang diberi.
Dalam beberapa jam sekali pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian oleh
Hello Kitty, Dear Daniel dan penari-penarinya. Pelbagai tarian yang dipersembahkan
termasuk tarian Rusia, Koboi Arab dan lain-lain.
Di depan Friendship Land terdapat satu tempat makan yang dinamakan CinnamoRoll Cafe,
Ibubapa dan anak-anak yang merasa lapar dan penat bermain di dalamnya bolehlah
berehat seketika di kafe ini sambil mengisi perut dan menghilangkan dahaga.
http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town
Bertandang ke sini cukup santai kerana ianya terletak di dalam bangunan dan berhawa
dingin.,Cuaca panas maupun hujan tidak menjadi isu di sini. Ibubapa pula boleh duduk
bersantai sambil melihat anak-anak bermain daripada jauh kerana tidak risau anak akan
pergi jauh.
Antara Pulau Pulau Cantik & Menarik Di Johor:
SENI
Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut
sebagai gamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah berasal dari Tanah Arab.
Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa
bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada
Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.
Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin
Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu dan
hari keramaian tertentu.
Ghazal terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian ini
ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar, kecapi Jepun, Keroncong dan Marakas.
Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan sebagainya. Oleh kerana
terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut lagu Melayu maka alat itu
dibatalkan.
Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau
iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi oleh penari-penari Warisan
Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan
muzik Ghazal tersebut.
Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua (dayang).
Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal.
Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu
menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu dilakukan
sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa. Upacara ini bermula
dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi untuk membuka gelanggang yang
biasanya berukuran 40inci dengan 60inci.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari
unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah
Hadramaut.
1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan
rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.
nci.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari
unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah
Hadramaut.
1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan
rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.
MAKANAN
LAKSA JOHOR
MEE BANDUNG
MEE REBUS
LONTONG
TELUR PINDANG
NASI BERIANI
KACANG POL
OTAK2
ROTI JALA
NASI AMBANG
TEMPE
MI SIPUT
LONTONG GORENG
Bahasa
Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah
berada di Johor, tak kira di daerah mana. Jika penduduk tempatan kata nak pergi
Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru.
Penggunaan bunyi "ee" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua
sudah maklum... Orang Johor tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir
perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini contoh2 nya...
1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)
10. Johor (Joho)