Anda di halaman 1dari 13

TANDA BACA

Tanda baca digunakan untuk melengkapkan ayat. Tanda baca dalam ayat memberi
isyarat kepada pembaca untuk membaca mengikut intonasi yang sesuai.

Tanda Baca Penggunaannya Ayat Contoh

Tanda koma  Mengasingkan kata yang o Emak membeli sayur, ikan


(,) sama jenis dalam ayat dan daging di pasar.
Selepas kata seru o Wah, tingginya bangunan
 Sebelum tanda pembuka itu!
kata (“) atau penutup kata o “Murid-murid, sila beratur
(”) di padang,” kata cikgu.

Tanda  Diletak di akhir ayat o Saya berumur 9 tahun.


noktah (.)

Tanda tanya  Diletak di akhir ayat tanya o Ke manakah kamu pergi


(?) semalam?

Tanda seru  Diletak di akhir ayat o Aduh, sakitnya perut saya!


(!) seruan

Tanda petik  Diletak pada awal dan o “Saya suka makan


(“…”) akhir ayat cakap ajuk aiskrim,” kata Jenny.

Huruf besar  Diguna pada huruf awal o Pak cik saya seorang
(A…Z) perkataan pertama dalam polis.
setiap ayat. o Rashid tinggal di Taman
 Diguna pada huruf awal Selayang.
kata nama khas
KATA NAMA

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS


Kata nama am digunakan untuk Kata nama khas digunakan untuk
merujuk manusia, haiwan, merujuk manusia, haiwan,
tumbuhan,benda dan tempat. tumbuhan,benda dan tempat.
Huruf awal kata nama am mestilah Kata nama khas ditulis dengan
ditulis dengan huruf kecil, kecuali huruf besar pada awalan huruf
pada permulaan ayat. dalam setiap perkataan.

Kumpulan Contoh Kata Nama


Kumpulan Contoh Kata Nama
Manusia : kakak, abang, nenek
Manusia : Azura, Encik Amra
Haiwan : itik, tikus, ayam
Haiwan : Sang Kancil, Comel
Tumbuhan : mawar, timun, Benda : Bata, Nokia, Samsung
kacang Tempat : Restoran Siti,
Benda : kerusi, pensel, buku Hospital Jitra
Tempat : kantin, sekolah
KATA ADJEKTIF

o Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
benda atau kata nama.
o Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis Kata Contoh Ayat Contoh


Adjektif
1. Sifat / Keadaan rajin, bijak Budak yang rajin itu disukai oleh semua
orang.

2. Warna merah, hijau Apabila lampu isyarat berwarna merah,


kita mestilah memberhentikan kenderaan.

3. Ukuran tinggi, berat Kumar ialah murid yang paling tinggi di


dalam kelas itu.

4. Bentuk bulat, buncit Bola itu berbentuk bulat.

5. Pancaindera enak, wangi Masakan ibu saya sungguh enak.

6. Waktu lewat, singkat Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.

7. Cara deras, sering Air sungai itu mengalir dengan deras.

8. Perasaan gembira, malu Ibu berasa gembira menyambut


kepulangan abang dari luar negara.

9. Jarak jauh, nyaris Lily tinggal jauh dari sekolah.


KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
membentuk kata majmuk.

a. Menggabungkan kata
Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.

b. Menggabungkan frasa
Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.

c. Menggabungkan klausa
Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.

d. Menghubungkan ayat
Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.

Kata Fungsi Ayat Contoh


Hubung
1. dan Menunjukkan gabungan antara subjek, Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di
objek dan ayat. sungai.
2. atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum teh atau kopi?
3. kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan atau Semua murid hadir ke
perbuatan sekolah kecuali Murni.
4. tetapi Menunjukkan perbandingan makna Siti pendiam tetapi adiknya peramah.
tujuan yang berlawanan
5. supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca
buku supaya pandai.
6. jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan, kami akan pergi ke
padang.
7. kerana Menunjukkan sebab Munir tidak datang ke
sekolah kerana demam.
8. lalu Menunjukkan tindakan lanjutan Adik masuk ke bilik lalu baring di atas
katil.
9. sambil Menunjukkan perbuatan yang Bapa makan sambil menonton
dilakukan serentak televisyen.
Menunjukkan suasana atau peristiwa Walaupun cuaca panas terik, bapa saya
walaupu yang bertentangan. masih berkebun.
n

KATA SENDI NAMA


Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.

Contoh : oleh, dengan, ke, daripada, dalam, pada

Contoh ayat : 1 ) Hasif berjalan ke sekolah setiap hari.


2) Ibu saya berada di Kedah.

Kata Sendi Fungsi Ayat Contoh


Nama

oleh • Menunjukkan pembuat dalam ayat • Sup itu dimasak oleh ibu.
pasif • Murid-murid yang ponteng kelas
• Menunjukkan sebab ditangkap oleh guru disiplin.
di • Menunjukkan tempat • Amar tinggal di Puchong.
• Tidak boleh digunakan untuk
menunjukkan masa
ke • Menunjukkan tempat, arah dan masa. • Dia hendak pergi ke Perak pada
minggu depan
• Pameran Seni ini dibuka dari puku
pukul 8.00 pagi hingga ke pukul
1.00 petang
daripada • Tempat datangnya sesuatu • Ila menerima bunga daripada
• Asal kejadian sesuatu benda kekasihnya.
• Menunjukkan perbandingan • Baju batik ini diperbuat daripada
benang sutera.
• Aiman lebih tinggi daripada Adam.
dari • Menunjukkan arah, tempat dan masa • David berasa dari Kedah.
• Putra menunggu kawannya dari
pukul tiga petang tadi.
dalam • Mesti bersama sendi nama ‘di’ atau ‘ke’ • Ameera berada di dalam biliknya.
• Berfungsi untuk menunjukkan arah atau • Daniel masuk ke dalam rumahnya.
tempat
seperti • Digunakan untuk membawa maksud • Pemuda itu berlagak seperti orang
perbandingan atau makna persamaan berada
dengan yang lain
hingga • Digunakan untuk menyatakan had • Anggota-anggota polis berkawal
masa, waktu atau tempat tertentu. hingga larut malam.

KATA PEMERI

- berfungsi untuk menunjukkan huraian atau keterangan, dan menunjukkan persamaan


dalam sesuatu ayat

ialah adalah

- berada di hadapan frasa nama - berfungsi untuk menunjukkan huraian


atau keterangan
- berada di hadapan frasa adjektif dan
frasa sendi

Contoh ayat : Contoh ayat :

- Rumah yang cantik itu ialah rumah - Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu
Encik Mazlan. jati.
- Emak ialah seorang guru. - Tujuan pertandingan itu diadakan adalah
- Agama rasmi Negara ialah agama untuk mencungkil bakat baru.
Islam. - Warna kasut abang adalah hitam.
- Penggunaan pengecas yang telah diubah
suai adalah sangat berbahaya.

KATA GANDA

KATA GANDA PENUH KATA GANDA SEPARA

Kata ganda penuh ialah proses yang Kata ganda separa ialah proses penggandaan
sebahagian kata dasar.
menggandakan keseluruhan kata
dasar.
Kata ganda separa tunggal : tetamu, pepohon,
beburung, tetangga

Contoh:
Kata ganda separa berimbuhan awalan : tersenyum-
gambar-gambar, kertas-kertas, senyum, sebaik-baik, setinggi-tinggi, bantu-membantu

majalah-majalah, huruf-huruf,

perkataan-perkataan

KATA MAJMUK

KATA MAJMUK BEBAS ialah dua kata dasar yang dirangkaikan untuk membentuk satu
perkataan baharu yang ditulis secara terpisah.

 Contoh: bunga manggar, nasi minyak, dulang air, kerusi roda, beg tangan, ibu jari.

KATA MAJMUK MANTAP ialah dua perkataan yang ditulis secara bercantum.
 Contoh: sukarela, tanggungjawab, kerjasama, olahraga, jawatankuasa, setiausaha,
antarabangsa, matahari, kakitangan, warganegara, bumiputera, pesuruhjaya, tandatangan,
suruhanjaya, beritahu.

KATA PERINTAH

Kata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang
untuk melakukan sesuatu.

Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh

jangan / usah Untuk melarang seseorang  Jangan bermain di situ.


melakukan sesuatu
 Usah kamu hubungi aku lagi.

sila / Untuk mempersilakan atau  Silalah masuk ke dalam.


menjemput seseorang
jemput  Jemputlah minum, puan.

minta / tolong Untuk memohon permintaan atau  Minta kamu beratur.


pertolongan
 Tolong tutup suis lampu itu.

KATA BILANGAN
AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu daripada beberapa ayat tunggal.
predikat.

Subjek Predikat
(Siapa (Penerangan kepada (a) Zara mengemas rumah.
atau apa) siapa atau apa) (b) Ibu Zara mengemas rumah. (dan)

Mereka mengumpulkan Zara dan ibunya mengemas


peralatan elektrik. rumah.

Cikgu Hadif guru mata pelajaran


Bahasa Melayu.

Ayat majmuk wajib ada kata hubung yang


AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
berfungsi sebagai penghubung dua ayat.
AYAT TANYA

 Untuk bertanya atau menyoal.


 Hujung ayat ada tanda soal (?)
 Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

o Ayat tanya tanpa kata tanya


contoh:

1. Dia ke kedai lagi?


2. Dr. Mahathir ke White House?
3. Perempuan tua itu ibunya?

o Ayat tanya dengan kata tanya (apa, siapa, bagaimana, berapa, di mana)
contoh:
1. Siapakah kamu?
2. Di manakah rumah kamu?
3. Bagaimanakah cara awak datang ke sekolah?
Kata Tanya Fungsi Contoh Ayat

Apa Menanyakan benda, haiwan, Apakah benda di dalam kotak itu?


atau tempat

Bila Menanyakan masa Bilakah projek tersebut akan siap?

Di mana Menanyakan tempat atau arah Di manakah rumah Ahmad?

Berapa Menanyakan masa atau Berapakah harga sepasang kasut


bilangan

Siapa Menanyakan manusia Siapakah Perdana Menteri Malaysia


yang pertama?

Mengapa Menanyakan sebab Mengapakah kamu tidak hadir ke


sekolah?

Bagaiman Digunakan untuk menanyakan i)Bagaimanakah keadaan emak


a cara atau keadaan kamu?

j) Bagaimanakah membuat nasi


tomato?

Anda mungkin juga menyukai