Anda di halaman 1dari 5

BADAN SIHAT OTAK CERDAS

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam.


Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga
kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Kita patut mengambil masa sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat badan
juga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan kita
akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang


seimbang. Makanan seimbang dan berkhasiat penting
untuk kesihatan tubuh. Kita hendaklah mengurangkan
makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan
sebegini boleh menyebabkan badan kita menjadi
gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti darah tinggi dan
penyakit jantung akan mudah menyerang kita. Tidur dan
rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga
kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup
tidurakan mudah dijangkiti penyakit.

Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin


kehidupan sempurna. Lakukan senaman secara
berterusan agar hidup sentiasa ceria.
KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya


_______ sauh yang berat itu di muara sungai.

A menghulurkan C meletakkan

B melontarkan D melabuhkan

2. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung


dalam hujan yang lebat itu.

A mencapai C menggarap

B menduduki D merangkul

3. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang


telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.

A terjumpa C berjumpa

B dijumpai D menjumpai
4. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan
penyeludupan di kawasan sempadan.

A menumbangkan C menewaskan

B menundukkan D menumpaskan

5. Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan


dikawal oleh pihak kerajaan.

A penghapusan C penerokaan

B pembersihan D pembasmian

6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan


tiang rumahnya.

A mengikis C meraut

B menarah D mengupas
Pilih ayat kata kerja transitif yang betul dan tandakan pada petak
yang telah disediakan.

1. Ali suka membaca buku.

2. Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga


orkidnya pada waktu petang.

3. Hamdan memperoleh 5A dalam UPSR.

4. Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

5. Puan Ratna bekerja mengambil upah


menjahit baju.

7. Air sungai itu mengalir deras.

8. Abang Azhar pergi ke bandar dengan


menunggang motosikal
Bina lima ayat dengan menggunakan Kata Kerja Transitif

1. ______________________________________________________

___________________________________________________

2. __________________________________________________

_____________________________________________________

3. _________________________________________________

__________________________________________________

4.__________________________________________________

____________________________________________________

5.__________________________________________________

___________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai