Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN PROJEK

Bumbung besi atau ‘metal roofing’ adalah sistem atap yang diperbuat dari kepingan logam
atau jubin yang dicirikan oleh ketahanan yang tinggi. Atap ini diibaratkan komponen sampul
bagi sesebuah bangunan. Ciri-ciri yang biasa digunakan adalah aloi zink, tembaga dan keluli.
Kebanyakkan rumah telah menggunakan tren dan stail bumbung besi sebagai pilihan untuk
kediaman mereka. Selain menjimatkan tenaga, bumbung besi diakui sebagai bahan binaan
lestari kerana beberapa sebab persekitaran yang lain seperti sebagai produk bangunan "hijau",
atap besi semestinya menjadi lebih popular di komuniti seni bina.
Antara kelebihan bumbung besi ini adalah boleh tahan sehingga 50 tahun. Jadi penghuni
rumah tidak perlu tukar bumbung dalam tempoh masa terdekat. Selain itu, bumbung besi
susah untuk tumbuh lumut dan terhakis seperti bumbung jenis genting biasa. Oleh itu ia
menjadi pilihan bagi penghuni rumah kerana mereka ingin menggunakan sesuatu teduhan
yang tahan lama. Bahkan, atap ini lebih ringan daripada bumbung jenis lain. Jadi tidak
memerlukan reka bentuk struktur rumah yang kompleks untuk sokong bumbung besi ini.
Lebih penting lagi, banyak pilihan reka bentuk dan warna dalam pasaran serta mudah untuk
buat ‘custom made’ ikut reka bentuk bumbung penghuni. Walaupunbagaimana pun, terdapat
juga kekurangan bumbung besi ini. Antaranya adalah bunyi bising bila hujan turun sehingga
boleh mengganggu tidur penguni kalau hujan turun waktu malam. Manakala, sekiranya
rumah tersebut tiada ‘insulation’ tahan haba, rumah cepat panas dan bil elektrik akan
melambung apabila kerap memasang penghawa dingin disebabkan situasi ini. Akhir sekali,
harga atap besi ini tidak menentu kerana banyak besi diimport di negara luar yang
menyebabkan harga ikut tren di pasaran. Boleh jadi mahal, boleh jadi murah.
Oleh yang demikian, projek ini adalah kerana penghuni rumah ingin menukarkan bumbung
besi kepada bumbung Aluminium Composite Panel (ACP). Antara kelebihan dan manfaat
yang menjadikan bumbung ACP pergola ini menjadi pilihan adalah mempunyai ketahanan
yang tinggi terhadap kesan. Hal ini kerana permukaan panel yang anti gores dan tidak akan
pecah jika dilengkungkan sampai sudut tertentu, tidak akan berubah dan tetap seperti aslinya
dalam jangka waktu yang lama meski pun terkena cuaca buruk. Bumbung jenis ACP Pergola
ini juga tahan terhadap perubahan cuaca kerana mempunyai daya tahan yang baik terhadap
asam, garam, korosi, dan sinar ultra uv. Selepas itu, ringan dan mudah dikerjakan. Dapat
dilihat dengan berat hanya sekitar 3.5-5.6 kg /m2. Sehingga pengerjaan pemotongan,
pemangkasan, pengeboran, dan pengerjaan lainnya dapat dilakukan dengan mudah hanya
menggunakan alat yang sederhana. Selain itu bumbung ACP pergola ini mempunyai banyak
pilihan warna mengikut stail dan tren sehingga tersedia dalam lebih dari 30 jenis warna,
selain itu juga dapat memesan warna khusus sesuai mengikut ‘custom made’ untuk produk
tertentu. Lebih penting lagi, kebaikan ACP pergola ini dari bumbung besi adalah tahan cuaca
panas bila duduk dibawah bumbung ini terasa sejuk bila diwaktu tengah hari. Sekiranya
hujan ia tidak bising dan masih boleh tidur lena dan ia juga tidak mudah bocor. Projek ini
dinamakan bumbung Aluminium Composite Panel (ACP) pergola.
Bumbung besi.

Bumbung Aluminium Composite Panel (ACP).

Anda mungkin juga menyukai