Anda di halaman 1dari 1

Ujian pra adalah bermaksud ujian yang dijalankan kepada responden sebelum intervensi dijalankan ke

atas responden. Manakala ujian pasca merupakan ujian yang dijalankan ke atas responden setelah
intervensi dijalankan.Instrumen adalah bermaksud alat yang digunaka oleh pengkaji dalam kajian. Ujian
pra dan ujian pasca ini adalah merupakan instrumen yang penting di mana pengkaji dapat melihat
sejauhmana keberkesanan intervensi dijalankan. Pada waktu yang sama, pengkaji juga dapat
menbandingkan pencapaian responden pada sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan.
Berikut adalah bagaimana cara ujian pra dan ujian pasca dijadikan sebagaikan.instrumen kajian.
Sebagai contoh, pengkaji memberikan ujian matematik untuk mengetahui sejauh mana responden
mengetahui konsep asas menambah. Ujian diadakan sebelum intervensi dijalankan ke atas responden.
Pengkaji akan menilai kemahiran asas menambah responden berdasarkan ujian pra yang telah
dijalankan. Kemudian, intervensi latih tubi dijalankan ke atas responden. Apabila sesi intervensi selesai,
pengkaji akan menjalankan sekali lagi ujian untuk menilai kemahiran menambah murid. Pengkaji boleh
memberikan ujian yang sama seperti ujian pra atau memberikan soalan ujian yang sama aras. Dari
kedua-dua ujian ini,pengkaji dapat menilai sejauhmanakah pencapaian responden dalam menguasai
kemahiran menambah.

Anda mungkin juga menyukai