Anda di halaman 1dari 5

Tutorial EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

YOBIUM RESSEY BIN THOMAS


1. Sejauhmanakah integrasi nasional dapat dilaksanakan melalui pendidikan
Menurut Shamsul Amri (2007) integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rasid (2010) pula menyatakan bahawa
integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang
berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang
mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada
penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan
pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada
satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Malaysia khususnya
di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan sarawak untuk
membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Banyak usaha yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan untuk membentuk integrasi nasional antaranya adalah pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan kepada 5
aspirasi murid dan atara satunya ialah ekuiti yang memberikan tahap kesama rataan di
antara murid tidak kira bandar, luar bandar mahupun pendalaman. Setiap pelajar
memiliki buku teks yang sama dan melalui buku teks yang mereka terima, mereka dapat
mempelajari budaya dan juga kumpulan etnik. Sebagai contoh pelajar di semenanjung
dapat mempelajari budaya orang sabah dan sarawak menerusi buku teks yang ada.
Dalam buku teks contohnya pendidikan moral, murid dapat mengetahui cara dan adat
resam budaya di sabah sarawak. Secara tidak langsung ini memberikan peluang kepada
murid melaksanakan integrasi nasional itu.
Selain daripada itu, penempatan guru berlainan bangsa untuk mengajar di sekolahsekolah yang berbeza budaya juga merupakan satu cara integrasi budaya dapat
dilaksanakan. Guru baharu yang berasal daripada semenanjung dan ditempatkan di
sabah dan sarawak dapat mempelajari budaya di tempat mereka bereda. Ini kerana
fungsi guru itu sendiri adalah agen sosialisasi. Apabila guru bertindak sebagai agen
sosialisasi maka, guru secara tidak langsung dapat mempelajari budaya dan juga etnik
yang terdapat di sekolah tempat dia mengajar.
Nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri juga merupakan satu cara integrasi nasional
dapat dilaksanakan menerusi pendidikan di sekolah. Guru mengajar lagu negaraku dan
lagu negeri untuk menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara. Selain daripada
itu, amalan ini dapat dilaksanakan pada setiap perhimpunan rasmi sekolah. Jika kita
melihat, apabila lagu negaraku dinyanyikan maka secara sendirinya, warga sekolah akan

Tutorial EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


YOBIUM RESSEY BIN THOMAS
berdiri untuk menyanykan lagu ini. Amalan ini dapat membina perasaan serta cinta dan
bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat
Malaysia.
Selain itu juga pengajara mengenai mata pelajaran sejarah di sekolah dapat
meningkatkan kesedaran tentang pentingnya integrasi nasional ini. Setiap tahun sekolah
akan mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari kemerdekaan negara.
Banyak aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti ceramah kemerdekaan,
tayangan video, pembacaan sajak, sketsa, kibaran jalur gemilang, hiasan kelas, melukis
potret tokoh negara dan juga sambutan detik kemerdekaan. Semua aktiviti ini
memberikan peluang kepada murid merasai sendiri nilai dan juga semangat kenegaraan.
Integrasi nasional sememangnya dapat dilaksanakan menerusi pendidikan. Pelbagai
cara kerajaan gunakan untuk membentuk semangat ini dalam diri murid sejak kecil lagi.
Pengajaran menerusi mata pelajaran di bilik darjah, pembelajaran secara kumpulan,
pelaksanaan program-program berunsurkan kenegaraan dan sebagainya. Bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya agar kanak-kanak yang ada di sekolah
rendah ini mampu menyemai semagat integrasi nasional agar mereka mampu untuk
menjadi insan yang berguna kepada negara suatu hari nanti.

Tutorial EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


YOBIUM RESSEY BIN THOMAS
2. Sesi forum : Isu dan cabaran pendidikan semasa khasnya dari aspek kepelbagaian
budaya

Pengerusi Forum

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada hadirin yang hadir, hari ini
kita akan membincangkan mengenai isu dan cabaran pendidikan
semasa

khasnya

dari

aspek

kepelbagaian

budaya.

Sebelum

meneruskan forumpada pagi ini, adalah lebih baik untuk saya


memperkenalkan

beberapa

panel

kita

yang

dijemput

untuk

memperbincangkan isu ini. Panel pertama kita adalah Yobium Ressey


bin Thomas, Mohamad Zulhilmi Bin Hussin, Sisinita Justin dan Arip
Tahir. Tanpa membuang masa mari kita dengarkan pandangan
daripada setiap panel yang ada berkaitan cabaran yang dihadapi
berkaitan isu ini.
Pengerusi forum

Saudara Yobium apakah yang ada faham mengenai kepelbagaian


budaya ?

Panel Pertama
(Yobium Ressey)

Selamat pagi dan salam sejahtera. Sebelum mengupas lebih dalam


adalah lebih baik untuk saya menerangkan apa itu kepelbagaian
budaya kepada hadirin. Malaysia adalah merupakan sebuah negara
yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat
majmuk, yang terdiri daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina
dan India. Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian
adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai
pelbagai

etnik

dan

kaum.

Stavenhagen

(1986)

berpendapat

kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang


meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada
kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum yang
ada. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah
merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat
yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut:
(1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap
masyarakat secara universal),
(2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik),
(3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik
mengekspresikan budaya mereka).
Pengerusi forum

Tutorial EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


YOBIUM RESSEY BIN THOMAS
Terima kasih atas respond saudara Yobium berkaitan dengan
kepelbagaian budaya itu tadi.Seterusnya Mohamad Zulhilmi Hussin,
apakah isu pendidikan semasa pada pandangan anda. Apakah isu-isu
tersebut?
Panel

kedua

(Mohamad
Zulhilmi Hussin)

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita


telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi
Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
Positif
Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
Membentuk interaksi sosial yang baik
Memperkembangkan bakat
Negatif

Pengerusi Forum

Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan


Masalah komunikasi dan bahasa
Sukar mewujudkan persefahaman
Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

Terima kasih atas respond saudara. Seterusnya Saudari sisinita,


Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini berkaitan
dengan isu kepelbagaian budaya ini?

Panel Ketiga
(Sisinita Justin)

Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan
yang

mendalam

ketika

melaksanakan

upacara/program

untuk

menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak


kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model
kepada para murid di sekolah.
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian
budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran
yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di
Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.
ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan
cara hidup).
iii. menghargai keunikan budaya.
iv.mempunyai

kemahuan

untuk

berkongsi

persamaan,

sedia

Tutorial EDU 3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA


YOBIUM RESSEY BIN THOMAS
bekerjasama.
v. bersekutu memajukan bangsa.

Pengerusi Forum

Nampaknya banyak cabaran yang dihadapi oleh guru berkaitan dengan


isu ini. Seterusnya panel terakhir kita, bagaimana cara untuk mengatasi
isu-isu dan cabaran ini ?

Panel Terakhir
(Arip Tahir)

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting


mengaitkannya

dengan

Integrasi

nasional.

Justeru

pemahaman

integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan


negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad
(2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi
nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang
bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi
antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan
antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan
wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.
Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi
masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :
Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan
kemesraan
Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut
kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.
Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio
budaya
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua
murid
Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid
Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

Anda mungkin juga menyukai