Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah satu negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia sangat kaya dengan budaya dan juga
kepercayaan masing-masing. Penerimaan sesuatu budaya di dalam masyarakat yang
berbeza sangat penting bagi membentuk satu masyarakat yang bertoleransi dan bersatu
padu di dalam masyarakat.
membincangkan

secara

Di dalam kerja kursus kami kali ini, kami diminta untuk

kritis

berkaitan

dengan

kepelbagaian

sosiobudaya

dalam

mewujudkan persekitaran sekolah dan juga bilik darjah yang mesra budaya. Sebelum kita
masuk lebih dalam lagi berkaitan dengan hubungan sosiobudaya untuk mewujudkan
suasana persekitaran yang mesra budaya adalah lebih baik untuk kita memahami maksud
sosiobudaya itu sendiri. Apakah yang anda faham mengenai sosiobudaya? Pernahkan anda
mendengar mengenai sosiobudaya? Persoalan ini seringkali timbul di dalam pemikiran kita.
Saya juga turut memikirkan hal yang sama berkiatan dengan perkataan ini. Ini kerana pada
semester ini, perkataan ini sering kali muncul di dalam subjek EDU 3063 Budaya dan
Pembelajaran. Saya akan mengupas lebih dalam lagi berkaitan dengan sosial, budaya dan
juga sosiobudaya berdasarkan kepada pandangan dan juga idea daripada beberapa tokoh.
Pertama sekali saya akan menjelaskan maksud sosial terlebih dahulu. Ini kerana
sosiobudaya bermula daripada perkataan sosial dan menurut Lewis, sosial adalah sesuatu
yang dicapai, dihasilkan dan ditetapkan dalam interaksi sehari-hari antara warganegara dan
pemerintahannya. Manakala menurut Engin Fahri. I sosial adalah sebuah inti dari bagaimana
para individu berhubungan. Daripada beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa
perkataan sosial adalah suatu sifat dasar yang dimiliki oleh setiap individu untuk berinterkasi
dengan lingkungannya di dalam masyarakat. Pembentukan masyarakat memerlukan
hubungan dan interaksi antara manusia yang sentiasa membina tingkah laku dan sikap agar
saling menerima dan menghargai. Perkembangan sosial setiap individu bermula daripada
alam kanak-kanak dan situasi ini akan mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya.
Perkembangan sosial merupakan satu proses kanak-kanak itu belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Seorang
kanak-kanak akan cuba meningkatkan perkembangan sosialnya dengan berinteraksi dengan
orang lain.
Terdapat pelbagai pandangan tentang konsep budaya. Dari segi ilmiahnya, pelbagai
takrif telah dikemukakan tentang budaya ataupun kebudayaan. Budaya ataupun kebudayaan
berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi
(budi ataupun akal) yang dapat diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan
akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture. Menurut Kamus Dewan
Muka Surat | 1

(2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Manakala menurut Koentjaraningrat (2002), menjelaskan bahawa budaya merupakan
keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran.
Budaya menurut Koentjaraningrat ini mencakupi hampir keseluruhan dimensi kehidupan
manusia. Ini dapat dikatakan bahawa budaya itu dapat dipelajari oleh seseorang individu
ataupun sekumpulan individu dalam aspek kehidupan mereka.
Daripada kedua takrif berkaitan dengan sosial dan budaya, dapat disimbulkan
bahawa sosiobudaya merupakan sesuatu yang dihasilkan ataupun diciptakan oleh manusia
untuk kegunaan di dalam masyarakat. Kepelbagaian sosiobudaya memberikan banyak
kesan yang positif dan juga negatif di dalam masyarakat kita di negara ini. Begitu juga
halnya di dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini akan mempengaruhi cara
seorang guru itu mengajar, cara murid belajar dan juga peranan sekolah di dalam
mewujudkan satu suasanan yang mesra budaya di sekolah.
Di dalam kerja kursus kami kali ini, kami diminta untuk membincangkan secara kritis
berkaitan dengan kepelbagaian sosiobudaya dan cara untuk mewujudkan persekitaran
sekolah dan bilik darjah yang mesra budaya. Bagi mewujudkan persekitaran ini, bukan
setakat guru sahaja yang memainkan perana namun ianya juga melibatkan murid, pihak
sekolah, masyarakat bahkan kerajaan juga terlibat di dalam mewujudkan persekitaran yang
mesra budaya ini.

Muka Surat | 2

BAGAIMANA KEPELBAGAIAN

SOSIOBUDAYA YANG ANDA PELAJARI

DAPAT

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH YANG MESRA


BUDAYA
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum dan agama. Kepelbagaian masyarakat yang berbilang dari segi bangsa, adat resam,
struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa dan juga jantina menjadikan negara kita sebagai
satu negara yang unik. Begitu juga halnya dengan suasana dan pembelajaran di dalam bilik
darjah di Malaysia. Kepelbagaian sosiobudaya ini menjadikan bilik darjah di Malaysia
berbeza daripada negara lain. Oleh yang demikian pengetahuan berkaitan dengan
kepelbagaian sosiobudaya ini sangat penting bagi guru dan juga murid untuk mengetahui
budaya dan juga struktur masyarakat lain yang terdapat di negara kita. Pengetahuan yang
mendalam mengenai sosiobudaya masyarakat lain yang terdapat di negara kita, maka
mereka akan dapat menghargai, menghormati, berkerjasama bahkan memiliki sifat toleransi
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jika kita melihat di dada-dada akhbar dan juga
media massa seperti televisyen pada masa kini, banyak berita yang dikeluarkan berkaitan
dengan kes-kes buli pelajar yang berlainan kaum. Punca kes-kes seperti ini berlaku kerana,
tidak ada pengetahuan yang mendalam terhadap sosiobudaya masyarakat lain. Kurangnya
pengetahuan terhadap sosiobudaya kaum lain akan memberikan kesan buruk kepada guru
dan juga hubungan murid dengan rakan lain di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian
semua pihak seperti murid, guru, sekolah bahkan masyarakat haruslah memainkan peranan
yang penting terhadap kepelbagaian sosiobudaya ini bagi mewujudkan satu persekitaran
sekolah dan juga bilik darjah yang mesra budaya.
Bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang mesra budaya, semua
pihak haruslah memainkan peranan penting bermula daripada guru, murid, sekolah dan juga
masyarakat itu sendiri. Pertama sekali saya akan membincangkan mengenai tugas dan juga
tanggungjawab guru terhadap kepelbagaian sosiobudaya bagi membentuk persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang guru, perkara pertama yang perlu dilakukan
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui penetapan
peraturan bilik darjah dan juga mengamalkannya. Ini lebih kepada cara guru menguruskan
bilik darjah. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan
menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hal ini jelas kerana murid
tidak akan dapat belajar dalam keadaan yang tidak teratur dan kes seperti ini tertumpu
kepada pengurusan bilik darjah guru itu. Ini kerana pengurusan bilik darjah ini merupakan
salah satu faktor penting yang mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap muird di dalam bilik
darjah. Richard (1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan
Muka Surat | 3

guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interkasi murid semasa pembelajaran
berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto &
Troutman (1986), pengurusan bilik darjah ini boleh didefinisikan sebagai satu kemahiran
guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid
dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Seperti yang saya katakan
tadi, kepelbagaian sosiobudaya di dalam kelas akan mempengaruhi guru dan juga pelajar.
Sebagai satu situasi yang lazim berlaku di sekolah adalah apabila pada hari pertama murid
mendaftar di sekolah dan ditempatkan di dalam kelas yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya. Ini sangat mempengaruhi interaksi, cara belajar, minat, motivasi dan juga kesediaan
murid untuk belajar di dalam kelas. Murid akan mencari rakan mereka yang sama bangsa
dan budaya kerana mereka akan lebih mudah untuk berinteraksi disebabkan kepada bahasa
yang sama. Ini akan menghasilkan suasana bilik darjah yang berpuak-puak. Oleh yang
demikian guru haruslah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mengatasi dan
mewujudkan satu suasana bilik darjah yang mesra budaya iaitu dengan cara membentuk
peraturan dan mengamalkannya. Peraturan ini haruslah dipersetujui oleh murid dan juga
guru itu sendiri. Penetapan peraturan ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada guru
dan juga murid untuk mengajar dan juga belajar. Sebagai guru, penetapan peraturan agar
murid tidak duduk mengikut kumpulan etnik akan memberikan peluang kepada murid untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan lain yang berlainan etnik di dalam bilik darjah. Begitu juga
halnya dengan perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid
yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian sebagai seorang guru penglibatan murid untuk
mengambil bahagian di dalam kelas sangat penting. Guru boleh menetapkan peraturan
kepada pelajar agar tidak wujud perbezaan kelas sosial ini. Kebijaksanaan guru
mengendalikan kelas sosial ini akan dapat mewujudkan pergaulan bebeas dan tidak
berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Pergaulan yang bebas di dalam bilik darjah ini
akan memberi peluang kepada murid memahami dan juga menghormati perbezaan etnik
kaum lain bahkan dapat membentuk hubungan yang baik di kalangan pelajar seterusnya
membentuk satu pembelajaran yang mesra budaya di dalam bilik darjah itu sendiri.
Seterusnya guru merupakan model utama di dalam kelas. Sebagai seorang guru,
kualiti peribadi sangat penting untuk mewujudkan suasanan bilik darjah yang mesra. Sifat
dan cara seorang guru akan mempengaruhi muridnya. Bak kata pepatah guru kencing
berdiri, murid kencing berlari. Setiap perbuatan yang kita tunjukkan akan diikuti oleh murid
bahkan murid akan melakukan jauh lebih lagi daripada apa yang kita lakukan. Ini disebabkan
murid akan belajar melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kita. Mengikut teori Albert
Bandura (1925), murid akan belajar melalui pemerhatian mereka terhadap tingkah laku
Muka Surat | 4

seseorang. Ini akan memberikan kesan yang mendalam di dalam bilik darjah. Oleh yang
demikian seorang guru haruslah sentiasa bersemangat dan proaktif dan mampu untuk
memotivasikan muridnya. Guru juga seharusnya bersikap peramah, mesra dan berusaha
mengenali muridnya di dalam kelas. Ini sangat penting untuk membentuk hubungan gurumurid yang baik. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat dilihat apabila guru
mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya. Menurut Abraham Maslow,
keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu
keperluan fisiologi dan juga psikologi. Sebagai seorang guru, guru seharusnya tahu
bagaimana cara untuk memenuhi keperluan di dalam hierarki keperluan muridnya.
Keperluan seperti fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan diri harus diambil
kira oleh guru. Guru seharusnya menunjukkan kasih sayang yang sama rata bagi semua
murid. Guru seharusnya tidak menunjukkan perbezaan streotaip di dalam bilik darjah. Tidak
ada istilah kau leibh pandai cikgu sayang kau atau kau lebih putih cikgu suka orang yang
berkulit putih. Ini kerana jika guru bersifat berat sebelah kepada muridnya secara tidak
langsung, murid akan merasa tidak dihargai. Murid akan beranggapan bahawa kaum ini
lebih disayang oleh guru. Perancangan dan kesesuaian aktivti di dalam pengajaran dan
pembelajaran guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Jantina yang berbeza akan memberikan kesan
kepada aktivti pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh segelintir pelajar lelaki akan
terasa tersisih apabila berada di dalam kelompok pelajar perempuan kerana tidak diberi
perhatian mahupun ideanya tidak dapat diterima oleh pelajar perempuan. Oleh itu guru
seharusnya merancang aktivti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa
mengira jantina. Sebagai guru, kita seharusnya tidak memandang kepada kumpulan etnik
yang berbeza tetapi mengasihi dan menyayangi mereka dengan sama rata. Sebagai guru,
layanan yang sama kepada semua pelajar merupakan satu kewajiban. Pujian dan hukuman
harus diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira siapapun mereka. Oleh itu guru
seharusnya bersifat adil di dalam bilik darjah tanpa memberikan sedikit pun perbezaan
kepada pelajar. Ini akan membuatkan hubungan murid dan guru akan bertambah baik.
Secara tidak langsung murid akan menghormati guru dan setiap arahan yang guru keluarkan
akan dipatuhi oleh murid. Maka guru akan dapat memberikan arahan agar para pelajar tidak
boleh mengejek, memperkecilkan etnik lain di dalam kelas. Ini akan memberikan peluang
kepada pelajar untuk mengenali kepelbagaian budaya pelajar lain dan menerimannya di
samping membentuk satu hubungan yang baik di kalangan murid itu sendiri.
Selain daripada guru, murid juga meminkan peranan yang sangat penting di dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya. Ini kerana murid merupakan
pelanggan bagi guru di dalam bilik darjah. Sesuatu pengajaran seorang guru diukur oleh
Muka Surat | 5

kejayaan murid di dalam pembelajarannya. Murid merupakan individu yang unik dan berbeza
memandangkan latar belakang mereka yang berlainan. Kesemua murid di dalam kelas
datang daripada sosiobudaya yang berbeza. Perbezaan ini akan menyebabkan kesediaan
dan juga cara belajar mereka adalah berbeza. Oleh yang demikian sebagai seorang murid,
haruslah menerima budaya murid lain di dalam bilik darjah. Perbuatan seperti mengejek,
memperkecilkan dan mengutuk sesuatu budaya kaum lain boleh menyebabkan berlakunya
aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan
berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid.

Oleh yang

demikian guru harus bertindak sebagai pembimbing kepada murid agar perkara seperti ini
tidak berlaku. Sebagai seorang pelajar di dalam satu bilik darjah, hubungan antara pelajar
dengan pelajar harus diwujudkan agar pelajar akan menghormati dan juga menghargai
budaya murid yang lain. Selain daripada menghormati, mereka dapat menjadi sahabat yang
baik dan mampu untuk membantu di dalam pembelajaran mereka. Ini kerana kebanyakan
pelajar akan lebih gemar untuk bertanyakan soalan kepada rakan mereka kerana mereka
merasa lebih selesa. Menurut Lee Vygotsky (1896-1934), pembelajaran berkembang melalui
interaksi sosial. Jika dilihat di dalam situasi bilik darjah, interaksi yang sering berlaku ialah
interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain. Ini menggalakkan pembelajaran dapat
berlaku dengan mudah. Ringkasnya boleh dikatakan rakan yang mempunyi lebih ilmu akan
berkongsi pengetahuan dengan murid lain untuk membantu rakannya di dalam
pembelajaran. Secara tidak langsung melalui pembelajaran seperti yang dikatakan Vygotsky
ini akan dapat merapatkan hubungan di antara dua pelajar di samping mereka dapat
menghormati dan belajar menghargai budaya rakan mereka.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah juga merupakan salah satu cara untuk
mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya di dalam bilik darjah dan juga
persekitaran sekolah. Kita tahu bahawa negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan juga
kepercayaan. Oleh itu sebagai seorang guru, pengurusan fizikal bilik darjah adalah sangat
penting. Faktor pertama yang harus diambil kira oleh guru adalah berkaitan dengan susunan
kerusi dan meja murid. Susunan kerusi dan meja murid seharusnya memudahkan guru
untuk melihat kesemua murid dan murid dapat bergerak dengan bebas. Selain daripada itu,
susunan meja dan kerusi yang betul akan mempengaruhi pembelajaran murid. Guru boleh
menempatkan pelajar untuk duduk berpasangan dan guru harus memastikan bahawa
pasangan pelajar tersebut terdiri daripada etnik yang berbeza. Ini akan membantu pelajar
untuk lebih memahami kepelbagaian budaya rakannya. Faktor kedua yang harus diambil kira
adalah

berkaitan

dengan

hiasan

bilik

darjah.

Guru

seharusnya

memupuk

rasa

tanggungjawab dalam kalangan murid terhadap keadaan suasana bilik darjah mereka.
Sebagai seorang guru, guru seharusnya memberikan kebebasan kepada pelajarnya untuk
Muka Surat | 6

menentukan dan memilih hiasan yang ingin diletakkan di dalam bilik darjah. Kebebasan ini
penting kepada murid agar mereka merasa lebih dihargai dan dipercayai oleh guru. Guru
harus memastikan tidak terdapat sentimen budaya di dalam hiasan kelas tersebut. Sebagai
contoh jika majoriti pelajar di dalam kelas adalah berbangsa Melayu dan hiasan di dalam
kelas lebih bersifat Melayu dan ini akan menyebabkan pelajar minoriti di dalam kelas itu
merasa dikucilkan melalui hiasan yang telah dibuat. Guru seharusnya peka kepada keadaan
ini agar tidak berlaku. Melalui hiasan ini juga, guru boleh mengubah suasana hiasan bilik
darjah mengikut tema sesuatu perayaan. Sebagai contoh di dalam kelas terdapat hanya
seorang pelajar Cina dan dikelilingi oleh pelajar Melayu, guru boleh mencadangkan dan
membuat hiasan seperti menggantung tanglung Cina, angpau, limau dan sebagainya yang
menunjukkan ciri masyarakat Cina. Begitu juga halnya dengan perayaan aidilfitri, guru akan
menukar hiasan kelas lebih kepada suasana aidilfitri. Melalui hiasan bilik darjah seperti ini,
murid akan merasa perayaan kaum mereka lebih dihargai oleh pelajar lain dan juga guru.
Selain daripada itu, murid akan belajar untuk menerima dan menghayati kepelbagaian
budaya kaum lain. Ini kerana apabila tradisi mereka boleh digunakan dan diikuti di dalam
kelas maka ini akan membuatkan mereka berasa bangga dan tidak akan merasa budaya
dan tradisi mereka tidak boleh diterima oleh pelajar lain. Faktor seterusnya yang boleh
dilakukan oleh guru dan juga pihak pengurusan sekolah adalah dengan menyediakan sudut
ruang bacaan. Guru boleh membuat satu sudut di belakang kelas dan meletakkan mengenai
adat dan tradisi sesuatu kaum dan pelajar yang ada di dalam bilik darjah tersebut dapat
membuat bacaan dan secara tidak langsung mereka memiliki pengetahuan berkaitan
dengan kepercayaan dan adat kaum lain yang terdapat di Malaysia. Pengetahuan seperti ini
sangat penting bagi pelajar kerana mereka sering berhadapan dengan masyarakat yang
berbilang bangsa dan kepercayaan. Pengetahuan yang mereka perolehi akan membantu
pelajar untuk menghormati adat dan kepercayaan orang lain.
Pihak sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan
suasana sekolah yang mesra budaya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak
sekolah untuk membentuk persekitaran sekolah yang mesra budaya. Pihak sekolah boleh
membuat satu pameran berkaitan dengan kepelbagai budaya. Pameran ini dapat
memberikan kesempatan kepada murid untuk melihat kebudayaan kaum lain selain mereka
dapat mempelajari dengan lebih dalam lagi berkaitan dengan budaya mereka. Ini kerana
mungkin di rumah, ibu bapa mereka kurang menekankan kepada budaya mereka seperti
bahasa, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan banyak lagi. Ini menyebabkan pelajar
kurang pengetahuan berkaitan dengan budaya mereka sendiri. Melalui pameran ini maka
murid akan dapat melihat dan menghayati budaya mereka. Mungkin melalui pameran ini
mereka memperolehi sesuatu yang baru seperti tradisi kaum mereka, belajar mengenai
Muka Surat | 7

keparcayaan dan banyak lagi. Ini akan dapat membantu pelajar memahami budaya mereka
dengan lebih mendalam bahkan dapat mempelajari budaya kaum lain. Selain daripada itu,
pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan seperti kuiz berkaitan dengan budaya,
pertandingan melukis, nyanyian, dan juga sebagainya. Pertandingan-pertandingan seperti ini
akan dapat memberikan penghargaan kepada murid berkaitan dengan budaya mereka.
Mereka akan berasa bangga bahawa ada pihak yang menghargai budaya, kepercayaan
bahkan kaum mereka. Sebagai pihak sekolah, penghargaan seperti hadiah kepada
pemenang harus diberikan sebagai satu bentuk motivasi entrinsik. Motivasi entrensik
berasas kepada pendapat Thorndike dan juga Skinner yang mengatakan bahawa seseorang
murid digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran seperti hadiah.
Penghargaan seperti ini penting untuk membantu murid agar lebih menunjukkan prestasi
yang baik bahkan tidak akan memburukkan nama sekolah melalui perbuatan mereka. Ini
kerana mereka akan menghormati pihak sekolah yang menghormati dan menghargai
kepercayaan, budaya bahkan kaum mereka. Selain daripada itu, guru besar seharusnya
tidak menyentuh sentimen perkauman bahkan memburuk-burukkan budaya segelintir pelajar
semasa membuat ucapan di dalam perhimpunan sekolah. Ini akan menimbulkan kebencian
kepada pelajar dan mereka akan menunjukkan bantahan mereka dengan cara merosakkan
harta benda sekolah, ponteng sekolah bahkan tidak menyiapkan kerja sekolah. Disebabkan
kepada faktor ini, maka pembelajaran murid akan menurun, suasana persekitaran sekolah
akan terganggu bahkan prestasi dan juga nama baik sekolah mungkin terjejas. Oleh yang
demikian pihak sekolah seharusnya sentiasa melakukan sesuatu yang positif tanpa
menyentuh dan mempersoalkan kepada budaya mana-mana pihak agar tidak ada masalah
yang berlaku.
Sebagai kesimpulannya, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah
yang mesra budaya semua pihak seharusnya memainkan peranan. Bermula daripada guru,
murid, keadaan fizikal bilik darjah, keselesaan murid, bahkan pihak sekolah haruslah saling
bekerjasam untuk membentuk dan mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang mesra budaya
ini. Sebagai bakal guru, saya sedar bahawa kesemua pihak ini mempunyai tanggungjawab
yang sangat penting akan kepelbagaian budaya di dalam diri murid bahkan guru tidak
menjejaskan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bahkan mampu
mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mesra budaya.

Muka Surat | 8

CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU-ISU KEPELBAGAIAN


BUDAYA DAN BAHASA YANG WUJUD DI DALAM BILIK DARJAH
Bahasa yang dipertuturkan oleh manusia merupakan satu anugerah Tuhan kepada
manusia kerana bahasa manusia digunakan untuk menyampaiakan hasrat, meluahkan rasa
bahkan meluahkanpandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia sejak dulu
lagi. Di dalam bilik darjah masalah ini sering timbul di kalangan murid yang sering
menuturkan bahasa ibunda mereka dan menyebabkan berlakunya kegagalan di dalam
komunikasi. Guru haruslah memainkan peranan yang sangat penting di dalam membantu
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya lebih menumpuhkan kepada
masalah ini. Sebagai contoh kaum bumiputera seperti Iban akan menuturkan bahasa ibunda
mereka apabila membuat perbincangan di dalam kelas. Oleh itu, guru seharusnya
membentuk satu kumpulan dan menggalakkan perbincangan di dalam kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai bahasa, budaya dan juga jantina. Melalui pembentukan kumpulan seperti
ini maka pelajar yang berlainan bahasa akan menggunakan satu bahasa yang dapat
difahami oleh semua di dalam perbincangan mereka. Ini akan menggalakkan pelajar untuk
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di dalam perbincangan mereka.
Mungkin aktivti ini sukar bagi segelintir murid yang sudah terbiasa dengan bahasa ibunda
mereka dan sukar untuk menerima bahasa lain. Guru boleh menggunakan kaedah ganjaran
dan juga dendaan kepada murid di dalam bilik darjah. Kaedah ini dipelapori oleh B.F Skinner
dan dikenali sebagai teori pelaziman operan. Di dalam teori ini ianya dapat dibahagiakn
kepada dua iaitu pengukuhan positif dan juga pengukuhan negatif. Sebagai contoh seorang
murid yang menggunakan bahasa standard iaitu bahasa Melayu di dalam perbincangan
akan mendapat ganjaran daripada guru seperti pujian, hadiah, markah merit dan
sebagainya. Ini akan menggalakkan murid lain untuk menggunakan bahasa Melayu di dalam
perbincangan mereka. Peneguhan negatif diberikan apabila murid terus menggunakan
bahasa ibunda di dalam perbincangan dan menyebabkan murid lain mengalami masalah di
dalam memahami apa yang ingin disampaikan oleh pelajar berkenaan. Guru boleh
memberikan peneguhan negatif sebagai contoh murid yang menggunakan bahasa ibuda di
dalam perbincangan akan mendapat peneguhan negatif seperti tidak dibenarkan keluar pada
waktu rehat. Ini menyebabkan pelajar cuba untuk menunjukkan tingkah laku positif kembali
dengan cara menggunakan bahasa standard di dalam perbincangan. Melalui kaedah
perbincangan dan juga kaedah peneguhan ini, guru dapat menangani masalah bahasa di
dalam bilik darjah. Selain daripada itu juga, guru boleh membuat pelbagai permainan
tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan Games based learning
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman
Muka Surat | 9

murid yang terdiri daripada pelbagai etnik namun melalui aktiviti seperti ini juga akan
mendorong murid untuk memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan
mereka. Guru seharusnya pandai untuk mempelbagaikan pengajarannya agar setiap kaum
dan etnik yang terdapat di Melayu tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang kaya dengan variasi bahasa dan juga budaya.
Selain daripada itu, penggunaan bahasa standard di antara guru dan juga murid,
mampu memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas. Adakah kita sedar bahawa perbezaan bahasa boleh
membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan
membawa perpaduan antara kaum dan juga etnik. Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes
pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris sahasa di semua
sekolah. Pada tahun 1956 di dalam Laporan Razak telah menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar di sekolah. Seterusnya di dalam laporan Rahman Talib 1960,
merupakan satu bukti kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan
yang bersifat kebangsaan sebagai satu usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya
di dalam akta 1961 termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuksemua peringkat pendidikan. Oleh yang
demikian, penggunaan bahasa standard ini bukan sahaja harus diamalkan oleh murid
bahkan juga kepada guru itu sendiri. Sebagai contoh guru menggunakan bahasa Cina di
dalam mata pelajaran pendidikan moral kerana majoriti pelajar di dalam kelas itu berbangsa
Cina dan menyebabkan pelajar minoriti mengalami masalah di dalam memahami apa yang
ingin disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Perbuatan seperti ini seharusnya dihindari
oleh guru, ini kerana ianya boleh menimbulkan isu perkauman di kalangan pelajar. Murid
minoriti akan merasa mereka tidak dihargai dan akan menimbulkan kelompok-kelompok di
dalam kelas. Oleh itu guru seharusnya menggunakan bahasa yang standard agar kesemua
murid dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru.
Sekolah juga memainkan peranan yang penting di dalam menangani isu-isu
kepelbagaian budaya dan juga bahasa ini. Ini kerana sekolah merupakan rumah kedua
murid dan kebanyakan masa murid dihabiskan di sekolah. Oleh yang demikian bagi
mengatasi masalah isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa ini sekolah boleh
menganjurkan aktiviti seperti gotong-royong. Melalui aktivti gotong-royong ini kesemua
kaum, jantina bahkan agama akan dapat berkumpul bersama dan ianya dapat
menggalakkan komunikasi di kalangan mereka. Selain daripada itu, aktiviti seperti sukan
sekolah juga boleh membentuk satu suasana yang mesra budaya di kalangan pelajar dan
juga guru. Penglibatan murid di dalam sukan sekolah akan memberikan peluang kepada
pelajar untuk berkomunikasi dan bersosial antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh di
Muka Surat | 10

dalam sukan sekolah, kesemua pelajar akan dibahagikan kepada rumah-rumah sukan yang
kecil. Pihak sekolah seharusnya tidak meletakkan setiap rumah sukan mengikut kelompok
budaya, jantina, kelas sosial bahkan daripada bangsa yang sama. Sekolah seharusnya
memainkan peranan di dalam hal ini dengan cara mencampurkan bangsa, kepercayaan,
budaya dan juga daripada kepelbagaian bahasa untuk bersatu di dalam satu rumah sukan.
Ini akan menggalakkan pelajar untuk berinterkasi dan belajar untuk menghormati budaya
kaum lain di sekolah dan ianya dapat dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Manakala aktiviti
seperti perkhemahan juga dapat menangani isu kepelbagaian budaya dan bahasa seperti
ini. Aktiviti perkhemahan ini akan membantu murid mempelajari budaya kaum lain. Sebagai
contohnya semasa perkhemahan, guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang
berlainan budaya dan tidur di dalam satu khemah. Dalam skop yang lebih kecil seperti ini,
murid akan melihat dan mempelajari budaya dan kepercayaan rakan mereka. Sebagai
contoh orang melayu sering kali makan dengan menggunakan tangan. Semasa
perkhemahan rakan yang bukan melayu akan melihat hal ini dan mengetahui bahawa orang
melayu sering makan menggunakan tangan. Ini merupakan satu cara yang dapat dicapai
oleh guru bagi menggalakkan berlakunya perkongsian budaya dan juga pemahaman budaya
orang lain selain dapat menangani isu bahasa di dalam kehidupan seharian murid. Melalui
aktivti luar seperti ini, ianya merupakan salah satu saluran terbaik yang dapat
memartabatkan bahasa kebangsaan kerana murid mempelajari sesuatu melalui aktiviti dan
ini sangat menyeronokkan bagi murid.
Langkah seterusnya yang dapat dilakukan bagi mengatasi isu kepelbagaian budaya
dan juga bahasa ialah melalui penglibatan ibu bapa di dalam komuniti sekolah. Penglibatan
ibu bapa di dalam aktiviti-aktiviti seperti sukan sekolah, hari kantin, majlis kecemerlangan
akademik murid, gotong royong dan sebagainya dapat mewujudkan satu interaksi di
kalangan guru dan juga ibu bapa. Pada saat ini, ibu bapa dapat mengetahui dan
bertanyakan mengenai pencapaian anak mereka di dalam bilik darjah, masalah yang
dihadapi oleh guru dan juga bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi anak mereka.
Sekiranya berlaku masalah seperti masalah perkauman dan budaya di dalam bilik darjah,
guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh
anak mereka. Ibu bapa dapat mengambil langkah penyelesaian berkaitan masalah anak
mereka di rumah. Ibu bapa boleh menasihati anak mereka untuk tidak melakukan hal yang
sama di dalam bilik darjah pada masa akan datang. Selain daripada itu juga, melalui
penglibatan ibu bapa di dalam komuniti sekolah, guru dapat menerangkan penyelesaian
berkaitan dengan anak mereka kepada ibu bapa dan ibu bapa dapat menyokong tindakan
yang dilakukan oleh guru adalah untuk kebaikan anak mereka dan bukan untuk
memusnahkan anak mereka. Sokongan ibu bapa seperti membantu sekolah, memberikan
Muka Surat | 11

sumbangan kepada sekolah akan memberikan impak yang besar kepada pihak sekolah dan
kepada guru untuk lebih sungguh lagi mendidik anak mereka dan tidak menghampakan
segala usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah ini.
Kerajaan juga memainkan peranan yang penting di dalam menangani isu-isu
kepelbagaian budaya dan juga bahasa melalui program-program yang telah dirancang.
Program-program yang dilaksanakan ini merupakan program yang dapat diterima oleh
semua khalayak ramai dengan menggalakan kesatuan dalam kepelbagaian dan adat resam
mengikut kaum masing-masing. Kaedah sebegini dapat menyatupadukan masyarakat di
samping program-program seperti ini dapat mewujudkan suasana yang mesra budaya untuk
semua rakyat di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah
program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan. Melalui
program ini, kerajaan telah menganjurkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara sebagai satu
program kebangsaan. Lantaran itu, pihak sekolah diwajibkan untuk mengadakan Program
Minggu Bahasa Kebangsaan pada peringkat sekolah. Melalui program seperti ini, muridmurid akan dapat melibatkan diri. Kempen seperti menggunakan bahasa kebangsaan
dengan betul melalui poster, pertandingan menulis, membaca bahkan berpidato memastikan
bahawa semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Secara
tidak langsung, melalui program yang dilaksanakan oleh kerajaan ini semua murid dapat
memahami bahasa kebangsaan tidak kira bahasa, bangsa mahupun kumpulan etnik. Ini
akan dapat membantu pelajar untuk memahami kepelbagaian budaya di dalam kalangan
pelajar dapat dihayati oleh pelajar.

Selain daripada program Memperkasakan Bahasa

Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan, kerajaan turut mengadakan satu lagi program
penting kepada murid iaitu Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
Rancangan ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan di antara kaum. Program yang
menglibatkan komuniti seperti guru dan murid di semua sekolah ini adalah dirancang untuk
mewujudkan sikap kerjasama dan juga suasana muhibah dalam kalangan masyarakat
pelbagai budaya. Kerajaan telah merancang program ini dengan teliti dan melalui aktivti
yang dirancang ini, ianya mampu untuk melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid
pelbagai kaum di sekolah. Aktiviti kokurikulum antara sekolah berlainan aliran merupakan
salah satu aktiviti yang terkandung di dalam RIMUP. Melalui interaksi dengan sekolah yang
berlainan seperti SJKC dengan SK akan mampu untuk untuk meningkatkan perpaduan di
kalangan pelajar yang berlainan etnik. Di dalam RIMUP juga, sekolah boleh menganjurkan
aktiviti seperti dapur kita untuk memberikan peluang kepada murid berlaian kaum untuk
mengenali makanan tradisional kaum masing-masing. Program seperti ini sangat penting
kerana ianya mesra budaya dan mampu mengeratkan hubungan antara murid dengan murid
serta mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya. Secara umumnya melalui aktiviti
Muka Surat | 12

seperti ini, KPM telah berusaha untuk mencapai hasrat melahirkan murid yang
mengamalkan sikap muhibah dengan rakan yang berlainan kaum

dan budaya,

mengamalkan sikap peka dan terhadap sensitiviti rakan-rakan lain dan mampu untuk
melibatkan diri secara aktif dalam semua program integrasi nasional agar murid dapat
menghayati dan mendalami semangat perpaduan di negara kita.

Muka Surat | 13

PENUTUP
Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan kedua berkaitan
dengan penulisan esei ini tepat pada masa yang ditetapkan. Kepelbagaian sosiobudaya
dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah di dalam bilik darjah banyak
mengajar saya untuk melihat kepada beberapa faktor yang sangat penting. Bagi saya
sekiranya ianya lebih kepada persekitaran bilik darjah maka guru yang harus memainkan
peranan yang sangat penting. Namun setelah membuat pembacaan dan juga perbincangan
kritis daripada rakan akhirnya saya sedar bahawa murid itu sendiri terlibat dan memainkan
peranan di dalam mewujudkan suasana yang mesra buday, selain daripada itu, pihak
sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting melalui aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah seperti pertandingan dan juga pameran.
Bagi mewujudkan suasana bilik darjah dan sekolah yang mesra budaya, kesemua
pihak haruslah memainkan peranan yang tersendiri. Kita tahu bahawa kesemua memiliki
tanggungjwab yang tersendiri. Sekiranya setiap pihak memainkan peranan dengan baik
maka kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah dapat diatasi dengan mudah.
Seterusnya di dalam bahagian kedua iaitu saya mencadangkan beberapa langkah
bagi menangani isu kepelbagaian budaya dan bahasa yang wujud di dalam bilik darjah juga
melibatkan banyak pihak. Bermula daripada murid, kepada guru, seterusnya kepada pihak
sekolah bahkan kerajaan memainkan peranan yang sama penting untuk menangani setiap
isu-isu yang timbul. Guru boleht menggunakan pendekatan di dalam pengajarannya,
manakala sekolah boleh menganjurkan banyak aktiviti yang dapat melibatkan murid
daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi dan juga menghayati kepelbagai budaya kaum
lain. Manakala pihak kementerian pula melaksanakan dasar dan program untuk membantu
pihak sekolah bagi mewujudkan perpaduan seterusnya menjadikan bilik darjah yang mesra
budaya.
Sebagai kesimpulannya, kesemua pihak tidak kira murid, guru, ibu bapa, sekolah
bahkan masyarakat seterusnya kerajaan memainkan peranan yang sangat penting untuk
mencapai perpaduan. Ini kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya dan juga tradisi
yang berbeza-beza. Pendedahan sejak dari kecil kepada pelajar mampu untuk mendidik
mereka untuk sentiasa mempunyai perasaan cinta akan negara. Bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik generasi muda biarlah daripada kecil lagi agar
kanak-kanak ini mampu untuk menghargai dan mampu memberikan perubahan yang besar
kepada negara pada masa akan datang.

Muka Surat | 14

RUJUKAN
Ahmad Subuki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Alberto, P.A. Troutman, A. C. (1986), Applied Behaviour Analysis for Teachers, K.T (ed.).
Bimbingan.org. (n.d.). Retrieved Mac 27, 2015, from http://www.bimbingan.org/apa-itu-sosialbudaya.htm
Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid-Murid. (1985). Retrieved Mac 27, 2015, from
djz.edu.:http://www.djz.edu.my/resource/images/doc/ProgramSekolahIntegrasi/Buku
%20Panduan%20Rancangan%20Integrasi%20Murid-Murid.pdf
Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Khine, M. S. (2005). Classroom management: Facilitating teaching and learning
Singapore: Pearson Prentice Hall.
Mok Soon Sang (Januari 2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh Perak, Malaysia:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Noriati A. Rasyid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid.
(2011). Siri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar.
Todd, Richard (1998), Classroom Teaching Strategies, Prentice Hall

Muka Surat | 15

Anda mungkin juga menyukai