Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN PERAK


TAHUN 2022 (KIPP2022) PPD KERIAN

1. OBJEKTIF
a) Mencungkil bakat dan idea guru inovatif untuk dihantar ke peringkat
Negeri Perak anjuran JPN dan KPM
b) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang
menghasilkan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
c) Mengalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses
pembelajaran dan pengajaran ke peringkat lebih tinggi.
d) Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi
dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
e) Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik
yang lain.
f) Memupuk budaya rekacipta dalam kalangan guru.

2. KELAYAKAN PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada semua guru sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan Negeri Perak.
b) Bagi penyertaan kategori kumpulan dan bukan individu bilangan ahli
hendaklah antara 2-3 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah/institusi
yang sama.
c) Inovasi yang sama dan telah memenangi emas dalam pertandingan
anjuran KPM, JPN dan PPD ini tidak layak bertanding.
d) Pengecualian diberikan kepada inovasi dengan membuat
penambahbaikan dan ubahsuai yang jelas serta berkesan dan juga
Inovasi yang tidak berjaya di dalam pertandingan pada tahun 2021 serta
telah dibuat penambahbaikan.
e) Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam
pasaran.

3. KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan dibahagikan kepada 6 kategori pertandingan iaitu:
Tema Pembelajaran dan Pengajaran,
i. Kategori Individu Prasekolah
ii. Kategori Individu Sekolah Rendah
iii. Kategori Individu Sekolah Menengah
iv. Kategori Kumpulan (SR)
v. Kategori Kumpulan (SM)
vi. Kategori Pengurusan
vii. Kategori Pendidikan Khas
4. TARIKH PERTANDINGAN
30 April 2022 (Tarikh tutup Penyertaan)
9-13 Mei 2022 (Penjurian kertas kerja &video)
23-27 Mei 2022(Penjurian akhir secara google meet)
22 Jun 2022 Pameran Inovasi Terbaik/Penyampaian hadiah
(tertakluk kepada perubahan)

5. TEMPAT PERTANDINGAN
Dewan Kerian Permai, Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak. (Tertakluk kepada
perubahan pada surat jemputan kelak)

6. TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN PENYERTAAN


a) Borang pertandingan boleh dimuatturun di
pautan https://forms.gle/HdKJxycCzS4xYKLM8 .

b) Lampiran A yang perlu disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing (PPD atau
Pengetua dan Guru Besar masing-masing), Lampiran B dan 1 salinan kertas
projek, bersama resit pembayaran yuran penyertaan sebelum atau pada 30
April 2022 melalui email: ppdkerianA040@gmail.com.
c) Yuran Penyertaan dikenakan RM80 seorang (Individu) dan kumpulan RM150.
Yuran ini perlu dibayar ke akaun dibawah dan simpan bukti pembayaran
semasa pendaftaran.
No akaun : 0801-0001960-71-6 (Kelab Guru Inovatif Kerian)
Bank Muamalat Malaysia Berhad
d) Peserta harus membuat salinan sendiri kertas kajian, jurnal projek dan item lain
untuk memaparkan di booth mereka jika terpilih untuk pembentangan.

7. KOD ETIKA
a) Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, peserta mestilah menjaga
integriti.
b) Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau penipuan seperti
memalsukan data atau nota, cetak rompak dan menggunakan karya
penyelidik lain.
c) Pihak urusetia berhak untuk memelihara dan menyimpan hasil kajian peserta
serta membukukan hasil kajian peserta untuk dibukukan.
8. PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA/ PROJEK
FORMAT KERTAS KERJA/PROJEK

Muka Surat Penerangan

Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan institusi. Tajuk perlu


Tajuk Projek
ditulis dengan “bold” dan mudah dibaca
Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan persoalan
Abstrak kajian hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan
kajian)
Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik.
Isi kandungan Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung
kiri setiap muka surat.
Objektif, Kumpulan sasaran, latar belakang (penjelasan
Pendahuluan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi).
Isu/Masalah yang ditangani oleh inovasi.
Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan
dan prosedur yang dijalankan.
Metodologi / Huraian inovasi
Proses kajian Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Cara inovasi digunakan
Kos bagi menghasilkan inovasi
Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pegumpulan
Manual operasi
data dan pemerhatian.
Hasil kajian Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan
Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu
dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan antara
nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan
Perbincangan
sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada
dan keputusan
serta ringkasan perlu specifik.
Keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran
(sertakan bukti)
Kepada guru-guru (ladap)
Ke sekolah lain
Sebar Luas Kepada murid dalam PdP
Laporan bergambar
Surat jemputan
Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan
dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format
Rujukan
tertentu.( Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang,
tahun terbitan, muka surat dsb)
10. Video
a) Peserta diberi masa tidak lebih 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil
kajian/inovasi dalam Bahasa Melayu serta kreativiti persembahan

11. KRITERIA PENGADILAN


a) Panel hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan
memilih pemenang berdasarkan kriteria berikut:
i) Kreativiti dan Inovasi
ii) Bentuk Inovasi
iii) Aplikasi Inovasi
iv) Penggunaan Hasil Inovasi
v) Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskan
vi) Keberkesanan Kos
vii) Kertas Projek
viii) Kreativiti persembahan video
b) Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta mengenai
rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi
model serta stat rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan
dan penyediaan untuk hasil tersebut. Berikut adalah perincian kriteria
pemarkahan:
Instrumen pemarkahan adalah seperti berikut :

Bil Aspek Penyataan


1 A 1.1 Idea yang kreatif (4%)
Kreativiti dan 1.2 Berfokus kepada objektif inovasi (4%)
Inovasi 1.3 Pendekatan PdP yang kreatif (4%)
(20%) 1.4 Relevan dengan keperluan masa (4%)
1.5 Inovasi yang menarik perhatian (4%)
2 B 2.1 Jelas (4%)
Bentuk Inovasi 2.2 Kemas dan teratur (4%)
(20%) 2.3 Mesra pengguna (4%)
2.4 Kepelbagaian guna (4%)
2.5 Mesra alam (4%)
3 C Hasil inovasi memudahkan guru untuk
3.1
Aplikasi inovasi mengajar (5%)
(15%) Hasil inovasi berupaya menjimatkan masa
3.2
guru mengajar (5%)
Hasil inovasi meningkatkan keyakinan guru
3.3
untuk mengajar (5%)
4 D 4.1 Menarik minat murid untuk belajar (5%)
Penggunaan hasil 4.2 Membantu murid memahami pelajaran
inovasi (5%)
(15%) 4.3 Meningkatkan prestasi murid (5%)

5 E 5.1 Disebar luas kepada guru di sekolah calon


Potensi inovasi (5%)
untuk disebar luas 5.2 Disebar luas kepada guru di sekolah lain
(10%) (5%)
6 F
6.1 Kos penghasilan bahan berpatutan (5%)
Keberkesanan kos
6.2 Kos berkurangan berbanding dengan
(10%)
pendekatan konvensional (5%)

7 G Kreatif, mudah difahami dan memnuhi semua


Video instrument diatas
5%
8 H Kertas kerja dihantar dalam tempoh ditetapkan
Kertas Projek dan mengikut format dikendaki serta kemas dan
(5%) menarik.

12. ANUGERAH DAN HADIAH


a. Rekacipta/inovasi akan diberikan markah mengikut lapan kriteria yang
disebut seperti di atas. Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan
dianugerahkan berdasarkan peratusan markah yang diperolehi seperti
berikut:
EMAS : 85% – 100%
PERAK : 70% - 84%
GANGSA : 60% - 69%
Penyertaan: 0%-59%

b. Setiap pasukan individu atau kumpulan akan berpeluang untuk memenangi


anugerah Emas atau Perak atau Gangsa.
c. Sijil penyertaan atau sijil anugerah akan diberikan kepada semua peserta.

13. PENGISTIHARAN PEMENANG


a) Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah
yang diberi pada hari pertandingan.

14. PENAFIAN (‘DISCLAIMER’)


a. Jawatankuasa Penganjur akan bertanggungjawab untuk mengurus,
mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang
diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa
Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan
kehilangan barangan di atas.
b. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.
Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa
Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika
terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang
timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan
pertandingan.
c. Dalam kes bahan penyertaan yang belum diberikan surat hakcipta oleh
pihak berkuasa tertentu, sebarang keputusan yang menggagalkan atau
sebaliknya oleh Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur tidak akan terikat
dari segi undang-undang atau tidak boleh digunakan untuk membantu
mendapatkan “patent” atau mendaftarkan bahan tersebut mengikut
undang-undang tertentu.
d. Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan
Negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan
mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta
masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk
menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akibat
pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi
oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan
ini.

Anda mungkin juga menyukai