Anda di halaman 1dari 16

KOMPONEN KAJIAN MASA DEPAN

KMD merangkumi 2 komponen yang diperlukan untuk membentuk generasi baru yang boleh memandang jauh ke hadapan. Antarannya adalah:
1. Kemahiran asas kajian masa depan memberi keupayaan dan

wawasan kepada murid untuk menghadapi masa depan yang


penuh dengan perubahan dan cabaran. KMD memberi manfaat kepada murid dengan membina kemahiran asas seperti: boleh membuat ramalan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Boleh menjangka akibatnya sesuatu fenomena daripada trend atau perubahan. Boleh mengawal dan mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

2. Kemahiran khusun KMD antara kemahiran khusus


yang dibina ialah kemahiran memahami dan menggunakan prinsip pengupayaan , prinsip pandang ke hadapan, mengkritik trend/ senario, menggunakan proses inovasi sosial, menguasai alat masa depan seperti garisan masa, roda masa dan membina agenda diri untuk abad ke-21.

MATRIKS PENGAJARAN KAJIAN MASA DEPAN


KMD boleh diajarkan sebagai satu matriks memandang ke hadapan yang melibatkan pelbagai unsur kajian masa depan yang penting untuk memahami konsep kajian masa depan dalam P&P.

KONSEP UTAMA
Guru boleh memilih konsep kajian masa depan yang ada kaitan dengan mata pelajaran. Contohnya: alternatif dan pilihan, masa lalu, kini dan depan, nilai, pengupayaan dan kemapanan.

KEMAHIRAN KHUSUS
Teknik dan cara pengajaran kajian masa depan yang digunakan sebagai aktiviti dalam perkembangan pelajaran. Contohnya pemahaman KMD, pengumpulan maklumat dan analisis trend, ramalan dan analisis, penggunaan imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi kebimbangan, proses inovasi sosial, pembinaan senario, penjelasan nilai dan masa depan, pemahaman dimensi kemapanan.

PROSES
Proses yang akan dialami oleh murid semasa melaksanakan aktiviti KMD. Contoh kesinambungan, pertimbangan, keseimbangan, pertumbuhan, perubahan dan transformasi

KAPASITI
Kemahiran yang dibina dan dirujuk oleh murid semasa pelajaran dijalankan. Contoh, menaakulan, menganalisis, membuat aplikasi, memandang jauh, berimaginasi berfikir dan kreatif.

PERSEPSI
Persepsi murid terhadap sesuatu semasa pelajaran yang akan mempengaruhinya dan murid juga akan mengalami perubahan selepas mempunyai kesedaran. Contoh takut dan bimbang, kerisauan, prihatin, harapan, perancangan, tujuan dan nilai.

TEMA
Cadangan tema-tema penting bagi kajian masa depan yang boleh digunakan. contoh pemuliharaan, genarasi masa depan, impak terhadap manusia, had dan batasan, kemapanan, masa dan budaya.

ISU
Isu-isu yang boleh dikaitkan dengan konsep, teknik dancara pengajaran dan kandungan mata pelajaran. Contoh komunikasi, tenaga, kesihatan, maklumat, keamanan, sumber, jantina dan budaya, alam sekitar, sains dan teknologi, angkasa lepas, pengangkutan, perancangan bandar, pekerjaan dan waktu senggang, pembangunan ekonomi, jenayah dan keadilan, kependudukan.

APLIKASI
Kemahiran khusus yang diperoleh murid melalui pelajaran KMD boleh diaplikasikan dalam bidang ini. Contoh stail hidup alternatif, kajian masa depan secara kritis, cara memandang jauh, masa depan ekonomi, perancangan strategik.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN MASA DEPAN: PERANCANGAN GURU


Pengajaran dan pembelajaran berasaskan kajian masa depan melibatkan unsur-unsur yang terkandung dalam matriks. Unsur-unsur ini perlu diolah dan disepadukan mengikut konteks dan tajuk yang bersesuaian dengan keperluan mata pelajaran. Semasa merancang pengarajan dan pembelajaran, aspek-aspek berikut perlu diambil kira oleh guru.

1. PERANCANGAN YANG STRATEGIK- guru merancang aktiviti pengajaran dan berorientasikan kajian masa depan. Aktiviti dan tugasan yang diberikan perlu melibatkan alat-alat dan teknik kajian masa depan bagi menyelesaikan masalah dan membuat pilihan alternatif ke arah keputusan yang berkaitan dengan isu dan masalah serta peluang masa depan yang terkandung dalam mata pelajaran. 2. ISU DAN TEMA YANG RELEVAN- pemilihan isu dan tema bersesuai dengan tajuk mata pelajaran dan tahap murid

3. BERPUSATKAN MURID- bahan, aktiviti dan tugasan yang dipilih hendaklah mengambil kira minat dan kematangan murid agar mereka dapat mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembejalaran. 4. APLIKASI SEBAGAI PROJEK, KERJA KOKURIKULUM ATAU SEPANJANG HAYAT- aktiviti kajian masa depan tidak terhdap kepada aktiviti di bilik darjah. Murid boleh merancang projek2 di dalam dan di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum. Penguasaan konsep dan kemahiran yang hendak dibina boleh dipertingkatkan dengan mengaitkan pembelajaran di sekolah dengan peranan mereka sebagai ahli masyarakat.

5. PERANA GURU SEBAGAI FASILITATOR- dalam pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan, guru boleh memainkan peranan sebagai fasilitator. Dalam proses ini, guru peka terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai