Anda di halaman 1dari 2

CARA MENGECAT MEJA KERJA LOGAM

Bahan/Peralatan :

Cat Alas
Cat Minyak
Berus Cat 1"@1 1/2"
Pelarut Thinner
Pelarut Turpentine
Reja Kain
Sarung Tangan Kain
Pengikis Cat/Scraper
Kertas Pasir Besi
Pemutar Skru
Surat Khabar
Batang Kayu/Besi

Cara Mengecat :
1. Gunakan surat khabar untuk mengalas tempat kerja.
2. Pakai sarung tangan kain untuk keselesaan dan mengelakkan cat dari tertumpah pada
tangan.
3. Pastikan permukaan logam bebas dari karat, kotoran dan lapisan cat lama yang
merekah. 
4. Gunakan pengikis cat ataupun kertas pasir besi untuk melicinkan permukaan.
5. Gunakan pemutar skru untuk membuka sekeliling penutup tin cat.
6. Kacau rata larutan cat dengan menggunakan batang kayu/besi.
7. Jika larutan terlalu pekat, tambahkan pelarut thinner dan kacau rata larutan. Larutan
cat yang terlalu pekat akan menyukarkan proses penyapuan cat pada permukaan
pagar.
8. Jika larutan cat menjadi cair selepas dicampurkan thinner, biarkan sebentar pada suhu
sekitar. Ini kerana larutan tersebut akan kembali pekat setelah pelarut thinner tersebut
meruap ke udara. Kacau kembali untuk mendapatkan larutan cat yang sekata.
9. Celupkan 1/4 bahagian bulu berus pada larutan cat dan sapukan pada permukaan
pagar. Jika larutan cat kembali pekat, tambahkan pelarut thinner. Kaedah ini juga
dapat menjimatkan kuantiti cat yang diperlukan.
10. Biarkan lapisan pertama kering sebelum menyapu lapisan kedua untuk mendapatkan
hasil yang lebih baik.
11. Gunakan pelarut turpentine untuk membersihkan berus dan bahagian yang terkena
cat. Jangan rendam sahaja berus di dalam pelarut kerana ia boleh merosakkan berus
sebaliknya keringkan dengan menggunakan reja kain. Kemudian, basuh berus dengan
air dan keringkan secara menggantung berus tersebut sebelum ia boleh disimpan
untuk kegunaan akan datang. Pelarut thinner juga boleh digunakan tetapi ia akan
mendatangkan rasa yang kurang selesa apabila terkena kulit.

Anda mungkin juga menyukai