Anda di halaman 1dari 1

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-

kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang


LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU
berlebihan dapat diatasi
Oleh: Tan Hui Lian

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui


Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan persepakatan bersama antara negara jiran dan pada
masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin peringkat global diperlukan untuk menangani masalah
membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi
pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani
beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa masalah ini.
lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan
dari Senai, Johor dijadual semula. Paling
membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat
meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam
langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur
dalam daging bagi negara kita? dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng,
nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti
telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan
menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan
secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu
saintifik boleh membantu mengurangkan masalah pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang
sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah


dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón
dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang
menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian,
bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya,
khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti
Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha


pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah
pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan
Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga
Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan
awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri
Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan


dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan
mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah
jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

Anda mungkin juga menyukai