Anda di halaman 1dari 6

ALAM SEKITAR

DAN ISU MORAL


ROSE ANAK JO
DEFINISI ALAM SEKITAR
◦ Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan
literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi
manusia.
◦ Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama
ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga
fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Isu isu moral yang berkaitan dengan Alam
Sekitar
◦ Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang amat dikenali seantero dunia. Bukan sahaja
menjadi isu semasa yang masih aktif sehingga sekarang, bahkan, isu ini juga tersenarai sebagai
salah satu isu moral tempatan dan global .
◦ Ini kerana isu ini tidak akan menjadi kritikal sekiranya setiap manusia di muka bumi ini benar-
benar kisah akan kesan pencemaran alam sekitar dan ini melibatkan kesedaran sivik dan moral
manusia.
ISU MORAL
◦ Pencemaran udara mempunyai pelbagai faktor penyebab, contohnya adalah pembakaran
terbuka, asap-asap dari kilang serta asap daripada kenderaan bermotor.
◦ Pembakaran terbuka bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran udara yang serius,
malahan menjadi faktor utama dalam penipisan ozon, kesan rumah hijau serta hujan asid yang
akan menyebabkan kanser .
◦ Jerebu menjadi teruk apabila terlalu banyak pembakaran dilakukan di suatu tempat, ditambah
pula dengan asap-asap tebal dari kilang-kilang serta kenderaan sehinggakan banyak sekolah
terpaksa ditutup .
ISU MORAL
◦ Pencemaran air selalunya berpunca daripada pembuangan sampah sarap, pembuangan air
kumbahan serta sisa toksik. Sungai dan laut yang tercemar menyebakan kepupusan hidupan
laut serta membawa kepada pelbagai penyakit kepada manusia .
◦ Kebanyakan kilang-kilang pemprosesan dibina berhampiran dengan sungai agar sisa yang
dihasilkan dapat dibuang dengan mudah.
◦ Moraliti mereka yang terbabit dalam hal sebegini amat rendah kerana mereka langsung tidak
memikirkan kesan-kesan sisa buangan yang mereka salurkan ke dalam sungai. Sesetengah
orang yang mementingkan diri sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai dan laut.
LANGKAH MENGATASI MASALAH
MORAL
◦ Pendedahan media massa tentang kes-kes yang berlaku disebabkan oleh pencemaran patut
dipaparkan dengan lebih jelas agar manusia lebih peka akan kesan-kesan pencemaran
sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar. Manusia perlu dididik dari kecil untuk lebih
menghargai alam sekitar agar pencemaran dapat dikurangkan.
◦ Masyarakat juga digalakkan untuk berkongsi kenderaan dengan keluarga atau rakan dan
menggunakan kenderaan awam yang tersedia sebagai langkah mengurangkan asap yang
dilepaskan dari kenderaan dan mengelak kesesakan jalan raya yang teruk.
◦ Kilang-kilang yang melepaskan asap atau bahan buangan berbahaya perlu menggunakan
penapis khas agar asap dan sisa toksik dapat ditapis sebelum dilepaskan ke udara atau dibuang
ke dalam sungai/laut.

Anda mungkin juga menyukai