Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN PENGUKUHAN MENULIS KARANGAN (1) – TAHUN 11

1) Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah yang mulia dalam diri anak-
anak. Berikan pendapat anda.
TEMA : ___Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang mulia dalam anak-anak____
KATA KUNCI/KEHENDAK SOALAN : ____Langkah____
FORMAT : _____Karangan biasa______________

a) Pendahuluan:

Ibu bapa ialah orang yang terpenting dalam kehidupan kita kerana mereka memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan sahsiah yang mulia dalam diri anak-anak. Ini dikatakan
sedemikian kerana ibu bapa ialah orang pertama yang dicontohi oleh anak-anak.
Walaubagaimanapun, keruntuhan akhlak dan sahsiah yang mulia pada zaman ini telah menjadi
buah bibir semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, kadar jenayah yang dilakukan oleh remaja
semakin tinggi dan jumlah remaja yang ditahan di pusat pemulihan remaja juga semakin
melampau. Oleh itu, ibu bapa generasi ini mempunyai tanggungjawab untuk mengambil berat
terhadap anak mereka ini sebelum nasi menjadi bubur

b) Isi utama

Salah satu langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah mereka haruslah mengambil berat
terhadap penggunaan media massa dan telefon bimbit mereka. Perkara ini tercetus apabila anak-
anak mereka menyalahgunakan media massa atau menggunakan telefon bimbit mereka secara
keterlaluan. Situasi ini dikatakan sedemikian kerana mengakses bahan hiburan yang mempunyai
keganasan dan penyalahgunaan dadah sangat mudah pada masa ini. Dengan ini, untuk mengelakkan
anak-anak kita daripada melihat video-vidio tersebut yang mungkin akan menyebabkan trauma,
ibu bapa perlulah memantau dan mengawal kegunaan anak-anak mereka. Contohnya, kebanyakan
aplikasi mempunyai tetapan untuk menghadakan anak-anak daripada menonton rakaman-rakaman
yang mempunyai keganasan. Akibatnya, ibu bapa akan berasa ringan hati dan anak-anak tidak
akan tercemaroleh kandungan tersebut yang tidak berfaedah. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengajar anak mereka supaya tahu akan cara untuk buang yang keruh, ambil yang jernih.

c) Penutup
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah memberi kasih saying dan ajaran yang diperlukan oleh anak
mereka supaya mereka dapat menjadi insan yang berjaya dan berguna. Dalam hal ini, semua pihak
perlulah bekerja bagai aur dengan tebing untuk menanam sikap yang mulia dalam pemuda negara
kita. Dengan ini, remaja yang bersahsiah itu akan memimpin negara kita terhadap kemajuan. Saya

1 jangan plagiat ya! © KarenWHO 2022


berdoa semoga remaja juga akan bekerja bagai lebah menghimpun madu untuk menambah imej
negara kita dalam taraf antarabangsa.

2) Tuliskan kata-kata aluan, pendahuluan, isi pertama dan penutup bagi tajuk karangan berikut:
Kamu dijemput untuk menyampaikan syarahan di sebuah sekolah yang bertajuk ‘Kesan-kesan bencana
alam”.
TEMA : __Kesan-kesan bencana alam____
KATA KUNCI/KEHENDAK SOALAN : ___Kesan_____
FORMAT : ____Syarahan_____

a) Kata alu-aluan
Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Mulia Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan yang
saya ingin sampaikan pada hari ini ialah “kesan-kesan bencana alam”.

b) Pendahuluan tajuk

Bencana alam di dunia kita semakin teruk pada zaman globalisasi ini akibat pencemaran
yang melampau dan kesan pemanasan global. Sebagai kesan, bencana alam ini telah meragut
nyawa mangsa-mangsa yang ditimpa musibah. Oleh itu, langkah perlulah diambil oleh masyarakat
sedunia untuk mencegah isu ini daripada bertambah teruk. Walaubagaimanapun masyarakat kini
belum lagi mengambil perhatian yang serius terhadap isu ini sebagai isu yang berkebolehan untuk
menyenankan kerobohan dunia kita. Sesungguhnya, kita perlulah mengenal pasti kesan-kesan
bencana alam sebelum nasi menjadi bubur.

c) Isi pertama

Salah satu kesan bencana alam ialah ia dapat menimbulkan kesan yang buruk terhadap
sector perlancongan. Hal ini tercetus apabila bencana seperti banjir atau tanah runtuh
menyebabkan taman-taman rekreasi di negara kita menjadi bahaya. Dengan ini, para pelancong
tidak akan memilih negara kita sebagai destinasi perlancongan. Sebagai contoh, bencana alam itu
dapat menjejaskan jadual kapal terbang dan menyebabkan kebahayaan apabila berterbang.
Akibatnya, kerana negara kita berpakar dalam sector pelancongan eko, penguntungan negara kita
akan dikurangkan. Oleh itu, kita perlulah menyediakan paying sebelum hujan untuk mengelakkan
bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di negara kita.

d) Penutup

Kesimpulannya, masalah bencana alam ini bukan masalah yang dapat diambil ringan.
Oleh itu, kita semua perlulah mengambil langkah malahan besar atau kecil untuk meringankan

2 jangan plagiat ya! © KarenWHO 2022


kesan bencana alam. Dengan ini, barulah kita dapat mencipta dunia yang indah untuk diwarisi
oleh cucu-cicir kita. Saya berdoa semoga masalah ini dapat kita menyelesaikan supaya kita
dapat berhidup dengan aman dan sentosa. Sememangnya, walaupun cabaran ini bukan sesuatu
yang senang untuk diubati, Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, lama-kelamaan, usaha kita
akan menyumbang kepada alaf baharu

3 jangan plagiat ya! © KarenWHO 2022

Anda mungkin juga menyukai