Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran udara di negara kita semakin teruk. Namun, masyarakat mengambil mudah isu ini.

Oleh
itu, kita boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan pencemaran udara. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini?

Antara langkah untuk menangani masalah pencemaran udara ialah kita boleh menggunakan
pengangkutan awam. Dengan ini, kita dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan
pencemaran udara. Contoh pengangkutan awam adalah seperti teksi, bas, kereta api dan sebagainya.
Akibatnya, kualiti udara akan bertambah baik.

Selain itu, kita juga mestilah mengurangkan aktiviti pembalakan. Hal ini dikatakan demikian
kerana pembalakan boleh menyebabkan pemanasan global dan kesan gas rumah hijau dalam
atmosfera. Misalnya, pihak kerajaan perlulah mengehadkan permit pembalakan. Kesannya, udara
tidak akan tercemar begitu banyak.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengelakkan pembakaran terbuka. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembakaran terbuka akan melepaskan asap hitam yang banyak ke ruang udara
terbuka. Umpamanya, kita boleh menggunakan kaedah yang baik seperti mengamalkan amalan 3R.
Akibatnya, udara di sekelilingi kita akan menjadi lebih segar.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi


masalah pencemaran alam sekitar. Masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing
untuk memastikan inisiatif mengatasi masalah pencemaran udara berjaya. Saya berharap
dunia dapat mempunyai udara yang segar selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai