Anda di halaman 1dari 7

Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Bantuan Pengajaran, Digital / By Admin Anak2U / January 20, 2021 / 3 minutes of reading


Project Based Learning  adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid
mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir
pembelajaran, menurut definisi Kit PAK21:
“MURID MENGKAJI SECARA MENDALAM TENTANG SESUATU ISU ATAU TOPIK
BAGI MENGHASILKAN SESUATU PRODUK”
Mengapa Project Based Learning?
Di dalam era pembelajaran “remote learning”  pada era norma baru, Project Based
Learning  dianggap kaedah yang paling sesuai. Dengan waktu yang terhad (sejam
sehari) untuk kelas online, pembelajaran tidak seharusnya bergantung kepada
pembelajaran face to face  sahaja, sebaliknya majoriti pembelajaran berlaku
secara offline .

Adalah lebih wajar sekiranya menggunakan waktu online  bersama pelajar untuk


menerangkan konsep-konsep asas, menceritakan permasalahan dan projek yang perlu
dibina pelajar ataupun memberi peluang pelajar menceritakan mengenai projek
mereka.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang PBL?


LeapEd Services Sdn. Bhd mengeluarkan garis panduan untuk mengadakan
pembelajaran berasaskan projek. Berikut adalah ciri-ciri pembelajaran berasaskan
projek (PBL):
1) Memerlukan kolaboratif dan bimbingan guru

2) Fokus kepada proses pelajar menghasilkan produk dan hasil akhir mereka

3) Berorientasikan murid, idea dan penyelesaian datang dari murid. Guru berperanan
sebagai pemangkin atau coach.
4) Murid akan menentukan hasil akhir/ produk mereka sendiri. Dalam PBL, setiap
pelajar tidak semestinya menghasilkan produk yang sama.

5) Produk dibentangkan kepada audiens sebenar. Guru boleh menggunakan medium


alaf baru seperti vlog, blog atau youtube untuk
6) Dibina Berdasarkan pengalaman atau isu dunia sebenar
7) Pembelajaran murid berlaku melalui pengalaman menyiapkan projek.
Contoh-Contoh Aktiviti Untuk Project Based Learning
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menghasilkan kompilasi project based learning dan aktiviti yang
boleh digunakan sewaktu tempoh PKP ini. Salah satu aktiviti prasekolah yang dicadangkan di dalam
kompilasi tersebut adalah menghasilkan kraf menggunakan bahan-bahan kitar semula.

Di dalam aktiviti bukan saja menilai aspek kreativiti pelajar-pelajar, malah komunikasi & bahasa
pelajar dengan meminta pelajar mempersembahkan hasil mereka, kognitif & matematik awal
(membuat ukuran, mengenal bentuk ..) , atau kemahiran menggunakan alaf baru, contohnya membuat
vlog atau video youtube.
Kredit foto dari Jabatan Pendidikan Sabah
Antara salah satu aktiviti yang kerap dilakukan sebagai aktiviti Project Based learning adalah proses
memasak “Makanan kegemaran saya.” Di dalam aktiviti ini menggabungkan kemahiran komunikasi,
kemahiran matematik (mengira bahan-bahan), membaca dan memahami arahan dan juga kemahiran
membeli barang (memahami konsep wang).
Terdapat beberapa contoh di Youtube yang boleh guru-guru rujuk untuk merancang projek PBL
“Makanan Kegemaran saya.”

https://youtu.be/ZhfYiVNdqqA

https://youtu.be/yNqLkERpHlA

Strategi Merancang Project Based Learning


Untuk merancang permasalahan project based learning, guru-guru boleh mengunakan kaedah
berikut:

1) Kenalpasti masalah yang perlu diselesaikan :

2) Kenalpasti pengetahuan sedia ada untuk pelajar-pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan

3) Tentukan apakah konsep yang mereka akan pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan
bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesebuah masalah. Untuk ini guru-guru
boleh menggunakan sampel perancangan PBL yang kami sediakan di bawah.

4) Kenal pasti cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang ditentukan.

5) Selesaikan masalah yang diberikan


Penerapan Project based Learning amatlah sesuai pada waktu, di era “remote learning” ini.
Ia memecahkan tradisi daripada sesi pembelajaran yang yang berpusatkan guru kepada pembelajaran
yang berterusan, merentasi kurikulum, berpusatkan murid dan dapat mengintegrasikan isu dan
amalan dalam dunia sebenar.
Ia sekaligus dapat mampu meminimakan pembelajaran online sebaliknya memberi peluang kepada
pelajar mengeksplorasi berdasarkan sumber-sumber yang ada.

Anda mungkin juga menyukai