Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN QUIZ IZZ SEMPENA LAWATAN MAYA PKP


TAMAN BUAYA, MELAKA

TARIKH :
27 JULAI 2021
2.30 PETANG

TEMPAT :
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN :

PELAJAR DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


KURSUS MPU2071 PENGURUSAN KOKURIKULUM,
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

AHLI JAWATANKUASA:

KHALIDAH ATHIRAH BINTI CHE DOLI


D21171803

MUHAMMAD NOORFIKRI BIN SHAMSUDIN

D21171835

ZULHAMIZAN BIN AHMAD

D21171877

1
1.0 PENGENALAN
Taman Buaya Melaka merupakan tempat yang ideal untuk bersiar-siar bersama keluarga.
Sejak negara kita dilanda pandemik Covid-19, pergerakkan murid-murid menjadi terhad,
dengan adanya lawatan maya pkp ke taman buaya bukan saja dapat mengisi masa lapang
murid-murid malah dapat menambah ilmu pengetahun murid-murid merasai sendiri
pengalaman melihat haiwan-haiwan secara ‘real’. Penganjuran program ini adalah tugasan
untuk kursus MPU2071 dan program kali ini melibatkan pelajar semester 1, dengan adanya
program ini, diharap ia dapat memupuk semangat juang yang tinggi, integrasi, komunikasi
dan motivasi dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, Program ini bertujuan untuk memberi
ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekolah rendah khususnya Sekolah Kebangsaan
Taman Seroja tentang kepentingan menjaga habitat yang terancam dan sekaligus
meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang sains.

2.0 TUJUAN
2.1 Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan daya pemikiran murid-murid
tahun 1 Sekolah Kebangsaan Taman Seroja bagi mengenali habitat reptilia iaitu buaya di
Taman Buaya, Melaka. Program ini telah dijalankan melalui pelantar Google Meet. Hal ini,
bertepatan dengan keadaan semasa di mana negara sedang menghadapi Pandemik Covid-19
dan program ini hanya dapat dilaksanakan secara maya. Oleh itu, kami sebagai pihak
penganjur sedaya upaya untuk mewujudkan dan melaksanakan program ini bagi memastikan
murid-murid SK Taman Seroja dapat mengenali habitat reptilia ini dengan lebih dekat
walaupun kita berhadapan dengan fasa PKP.

2.2 Program ini dilaksanakan bertepatan dengan keadaan semasa di mana haiwan seperti
buaya adalah haiwan yang semakin terancam sama ada dari segi pemburuan haram dan juga
masalah habitat tempat tinggalnya yang semakin terancam. Menurut Pegawai
PERHILITAN, Bahagian Pemuliharaan Biodiversiti Kuala Lumpur, Abdullah Zawawi
Yazid, antara faktor penyumbang utama adalah isu pemburuan haram dan penjualan hidupan
liar secara haram yang sukar untuk dikekang menjadikan hidupan liar semakin parah
diancam kepupusan. “Statistik tahun 2017 menunjukkan spesis Kera mencatatkan kematian
tertinggi (4,927), diikuti oleh Babi Hutan (902), Gajah (342), Musang Pandan (327) dan
spesis Beruk (320) manakala lebih dari 20 spesis haiwan liar seperti Harimau Belang,
Beruang, Tapir, Buaya, Burung Hantu dll, turut mencatatkan kematian tinggi dan diancam
kepupusan,” ucapnya ketika dijemput menyampaikan ceramah Seminar Konflik Manusia-
Hidupan Liar di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM)
kelmarin.

2
3.0 OBJEKTIF
2.1 Pendedahan tentang haiwan reptilia terbesar di Malaysia

2.2 Mengenal lebih dekat aktiviti kehidupan buaya

2.3 Meningkatkan motivasi murid ke arah pencapaian pembelajaran yang lebih baik

2.4 Mempertingkatkan komitmen, kesedaran dan rasa tanggungjawab pelajar terhadap

kelas dan pembelajaran mereka

4.0 BUTIRAN PROGRAM


4.1 Nama Program : Pertandingan Quiz Izz Sempena Lawatan Maya Pkp Taman
Buaya, Melaka
4.2 Tarikh: 27 Julai 2021
4.3 Masa : 2.30 petang
4.4 Tempat : Kediaman masing-masing

5.0 RASIONAL PROGRAM


5.1 Memupuk sikap kerjasama ketika aktiviti dijalankan.

5.2 Mengisi masa lapang murid-murid semasa pandemic covid.

5.3 Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kehidupan haiwan.

5.4 Meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak bagi mewujudkan rasa ingin tahu
terhadap kehidupan haiwan terbesar di Malaysia.

5.5 Meningkatkan daya saing murid-murid untuk mejawab soalan Quiz izz dengan cepat
dan tepat.

5.6 Melahirkan perasaan murid-murid supaya lebih memberi tumpuan semasa video
dimainkan kerana perlu menjawab Quiz izz setelah selesai tayangan video.

5.7 Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang
dicadangkan dan akan dilakukan.

3
6.0 HASIL PEMBELAJARAN
6.1 Menjelaskan konsep dan matlamat tentang pengurusan kokurikulum dengan
lebih terperinci.
6.2 Berkebolehan menjelaskan kebaikan pelaksanaan aktiviti, cara mengelola
aktiviti dan pertandingan, serta perjalanan aktiviti dilaksanakan menerusi
pelbagai sumber dan relevan yang sesuai.
6.3 Berupaya membina tingkah laku pengucapan awam yang baik semasa
program dijalankan.
6.4 Berupaya membentuk tingkah laku menganalisi dalam menyampaikan idea
berkaitan pengurusan kokurikulum sama ada secara frmal atau tidak formal
6.5 Mengaplikasikan berkomunikasi secara berkesan dalam pembelajaran
pengurusan kokurikulum
6.6 Berkebolehan menerima idea dan pandangan serta pendapat dalam
pembelajaran pengurusan kokurikulum.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan penyertaan 100 orang murid sekolah rendah yang berumur 7 tahun
dari Sekolah Kebangsaan Taman Seroja. Tujuan mensasarkan murid tahun 1 adalah bagi
mereka mengenali haiwan buaya yang banyak spesies terdapat di Malaysia terutamannya
buaya tembaga yang sering kelihatan di sungai-sungai di Malaysia. Sememangnya musim
PKP ini telah mengehadkan pergerakan murid-murid untuk mengadakan lawatan secara
dekat di zoo atau taman haiwan yang lain.
Kumpulan sasaran ini adalah proses mereka untuk mengenali haiwan kehidupan
reptilia yang sering mereka dapat lihat melalui televisyen mahupun medium atas talian. Hal
ini bertepatan bahawa manusia dapat meniru pergerakan yang dilakukan oleh haiwan yang
dilihatnya. Menurut Othman Mohamad, 2000, umumnya behaviorisme adalah teori
pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh diperhatikan
dan diukur. Jadi setiap tingkah laku pergerakan yang dilihat oleh manusia boleh ditiru. Selain
itu, pergerakan haiwan juga terdapat dalam DSKP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun
1 berkenaan meniru gaya pergerakan haiwan berdasarkan gambar rajah. Proses
pembelajaran melalui program pertandingan Quiz izz ini sedikit sebanyak membantu
meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid SK Taman Seroja.

4
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL. JAWATAN NO.MATRIK NAMA

Ketua Jabatan,
Pendidikan Jasmani dan
1. Penaung Chia Chiow Ming
Kesihatan IPG Kampus
Ilmu Khas

Pensyarah,
Jabatan Pendidikan
2. Jasmani dan Kesihatan Penasihat Muhammad Jun Bin Bsaruddin
IPG Kampus llmu
Khas

KHALIDAH ATHIRAH BINTI CHE DOLI

• Bertanggungjawab dalam merancang dan merangka


1. Pengarah Projek
program serta menetapkan tarikh program.
• Membincang tentang pemilihan tajuk Bersama ahli
kumpulan yang lain.
• Meminta pendapat pensyarah tentang cadangan
program.
• Mengetuai pembentangan kertas kerja program.
• Bertanggungjawab dalam memberi tugasan yang
jelas dan tepat kepada setiap ahli Jawatankuasa
dalam melaksanakan aktiviti.
• Memastikan arahan daripada penasihat program
(pensyarah) dapat dilaksanakan dengan lancar.
• Mengetuai mesyuarat aktiviti bersama ahli
jawatankuasa yang lain.
• Menyediakan dan menggabungkan kertas kerja
program bersama ahli jawatankuasa yang lain-lain.
• Memantau tugasan kerja ahli jawatan kuasa yang
lain.
• Memberi pandangan dan penambahbaikan tentang
tugasan kerja yang telah disiapkan oleh ahli jawatan
kuasa.
5
• Mengetuai mesyuarat tentang kemajuan kerja oleh
ahli jawatan kuasa yang lain.
• Membimbing dan mengurus jawatankuasa yang telah
dilantik dibawahnya.
• Membuat ucapan penghargaan kepada kesemua ahli
jawatan kuasa tertinggi kerana menjayakan majlis.
• Membuat kesimpulan dan penambahbaikan majlis.
2. Ajk Pendaftaran • Menyediakan pendaftaran peserta dengan menggunakan
medium google form.
• Membentangkan contoh google form kepada ahli
kumpulan untuk mendapat persetujuan ramai.
• Mengurus tadbir segala permasalahan tentang
pendaftaran peserta.
• Memastikan kelancaran pendaftaran peserta.
• Mewujudkan group ‘whatsapp’ yang melibatkan semua
peserta.
• Menghubungi semula peserta yang tidak mengisi google
form dengan lengkap.
• Memastikan peserta masuk ke dalam google meet 15
minit awal.
• Memastikan semua guru jemputam dari sk taman seroja
masuk kedalam google meet seawal 15 minit.
3. • Menjadi pengacara sewaktu program berlangsung dan di
Ajk pengacaraan
jalankan.
• Membuat rehearsal sebanyak 10 kali untuk memastikan
kelancaran majlis.
• Menyediakan teks pengacaraan.
• Memastikan tiada kesalahan nama-nama vip jemputan.
• Merujuk teks ucapan kepada individu yang lebih
berpengetahuan tinggi dalam bidang pengucapan awam.
• Bekerjasama dengan AJK Promosi sewaktu aktiviti kuiz
di jalankan.
• Berpakaian formal dan cantik semasa majlis di jalankan.

6
4. • Mendapatkan maklum balas kehadiran tetamu kehormat
Ajk protokol • Memastikan peserta hadir mengikut masa ditetapkan.
• Memastikan kehadiran kesemua ahli jawatankuasa
tertinggi hadir 30 minit sebelum majlis di jalankan.
• Memastikan aktiviti quizizz di jalankan mengikut
ketetapan masa.
• Memastikan peserta dapat masuk ke dalam platform
quizizz.
• Memastikan pemenang quizizz dapat dihubungi untuk
proses pengeposan hadiah.

MUHAMMAD NOORFIKRI BIN SHAMSUDIN

5. Bendahari • Bertanggungjawab dalam menyimpan duit program


• Membuat dan menyimpan kira-kira jumlah wang program
• Menyatakan dan membentangkan tentang jumlah modal
yang diperlukan dalam melaksanakan program
• Mengeluarkan dan menyimpan resit proses pembayaran
hadiah
6. Ajk Perhubungan • Menghubungi pihak yang berkenaan dalam anjuran
lawatan ke taman buaya secara maya
• Berbincang tentang proses perjalanan aktiviti lawatan
bersama pihak dari taman buaya
• Membentangkan tentang jumlah kehadiran murid yang
akan menyertai lawatan secara maya di taman buaya
7. • Merakam video sepanjang program berjalan
AJK
Dokumentasi • Menyunting video rakaman lawatan ke taman buaya
• Menyediakan video rakaman lawatan ke taman buaya
sebelum murid menjawab soalan di dalam aplikasi Quizziz
• Menghubungi pihak Sekolah Kebangsaan Taman Seroja
8. Ajk Jemputan
• Menjemput Guru Besar, Ketua Panitia Sains, dan guru
sains tahun 1 Sk Taman Seroja
• Menerangkan perjalanan program kepada individu yang
dijemput ke dalam program

7
ZULHAMIZAN BIN AHMAD

9. Setiausaha • Bertanggungjawab bersama-sama Ketua Kumpulan dan


ahli kumpulan menentukan tempat, masa, dan agenda
mesyuarat
• Mencatat semua minit mesyuarat
• Menyimpan semua resit-resit pembelian
• Menyediakan draf untuk semakan Pengerusi
• Memastikan surat acara sentiasa dikemaskini dan
ditambahbaik
• Memastikan kelancaran pemilihan pemenang Quiz izz
• Melengkapkan laporan akhir setelah pelaksanaan
program berlangsung.
• Memastikan segala masalah dan aktiviti diketahui dan
dicatit untuk dibincangkan semasa perbincangan atas
talian.
10. AJK Promosi • Mengumpul peserta untuk menyertai lawatan secara maya
• Mengumpul peserta untuk menjawab kuiz secara maya
• Mempromosikan acara lawatan secara maya di fb page
SK seroja.
• Menyiapkan poster promosi untuk dihebahkan.
• Mengemaskini maklumat-maklumat semasa kepada
peserta
• Menyediakan soalan-soalan untuk kuiz secara maya
melalui Quiz izz.
• Dapatkan rakaman tayangan video daripada AJK
Dokumentasi untuk membina soala-soalan melalui Quiz
izz.
• Medium Quiz izz ini mengunakan aplikasi atas talian,
bagi memudahkan peserta menjawab soalan selepas
tayangan video dipertontonkan.
• Quiz izz dijalankan percubaan sebanyak 10 kali bagi
melihat kelancaran dan juga ketepatan soalan yang
sesuai bagi murid tahun 1.
• Dapatkan pengesahan dari Ketua Projek dan juga AJK

8
lain sebelum menjalankan Quiz izz atas talian.
• Quiz izz dapat dilaksanakan dengan baik selepas tayangan
video dari AJK Dokumentasi.
11. AJK Hadiah • Menyediakan hadiah sagu hati kepada pemenang kuiz
yang telah disediakan.
• Menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta.
• Memastikan majlis penyampaian hadiah dan sijil
berjalan dengan sempurna.
12. AJK E-Sijil
• Dapat pembahagian kerja melalui mesyuarat dengan ahli
jawatankuasa.
• Membentuk rangka e-sijil yang sesuai.
• Mencari contoh e-sijil melalui medium atas talian.
• Mendapatkan pengesahan kerangka membuat e-sijil
daripada Ketua Projek dan Pensyarah.
• Mereka cipta corak, saiz, huruf perkataan yang sesuai
bertepatan dengan program ini.
• Merujuk beberapa sumber untuk mendapatkan ketepatan
menulis dan menaip e-sijil dengan betul.
• Menghantar e-sijil kepada peserta setelah tamat
pertandingan.
• Berkolabrasi dengan AJK Pendaftaran untuk
mendapatkan senarai nama peserta, alamat email dan
juga no kad pengenalan peserta.
• E-sijil dapat disiapkan dan dihantar kepada peserta
dalam masa sehari.
13. AJK Poster
• Dapat pembahagian kerja melalui mesyuarat dengan ahli
jawatankuasa.
• Membentuk rangka poster yang sesuai.
• Membina empat poster untuk disebarkan kepada peserta.
• Mencari contoh-contoh poster poster yang menarik
bertepatan dengan program.
• Mencuba beberapa aplikasi di atas talian dalam
membentuk poster yang terbaik seperti aplikasi
Microsoft Powerpoint, Canva, Poster Image, Poster
Maker Flyer Maker, dan Adobe Spark Post.
• Mereka cipta corak, saiz, huruf perkataan, gambar yang
bersesuai dan bertepatan untuk menghasilkan poster.
• Menggunakan aplikasi Canva di platform Google.
• Poster yang dibentuk merangkumi perkara penting
seperti tarikh program, masa program, bentu hadiah dan
juga platform program yang dijalankan.
• Mendapatkan pengesahan kerangka membuat poster
daripada Ketua Projek dan Pensyarah.

9
• Poster diluluskan setelah beberapa kali ditunjukkan
kepada Pensyarah untuk ditambah baik.
• Poster disebarkan selepas diluluskan oleh Pensyarah.
• Poster disebarkan kepada peserta Tahun 1 SK Taman
Seroja dengan kerjasama daripada AJK Jemputan.
• Menyebarkan beberapa poster berkaitan Terma dan
Syarat dan juga Poster Aturcara Program.
• Sentiasa mengemaskini atau ‘spam’ poster di dalam
Group Whatsapps sebagai peringatan kepada para
peserta supaya mereka lebih memberi perhatian pada
tarikh dan masa program.

10
9.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI CATATAN


Google Form
Slot 1:
24/07/2021 Diselia oleh AJK
Pendaftaran Peserta Penyertaan Pendaftaran dan Ajk
Jemputan
Slot 2:
Aturcara Program
2.15 pm : Penerangan peraturan kuiz
2.30 pm : Kata-kata aluan
27/07/2021 Semua AJK
Ucapan ketua guru besar Sk Taman
Seroja
2.50 pm : Tayangan video Taman Buaya
3.30pm : Kuiz di jalankan
Slot 3:
28/07/2021 Penyampaian e-sijil dan hadiah akan AJK Promosi dan AJK
diposkan Hadiah

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

10.1 Pendapatan

BIL SUMBER PENDAPATAN Jumlah


1. Kutipan dari AJK (3 orang x RM 100) RM 300
JUMLAH RM 300

10.2 Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA UNIT Jumlah


(RM)
Peralatan Alat Tulis
1. HADIAH Tempat Pertama RM50.00 1 RM50.00
PERTANDINGAN Tempat Ke-2 RM40.00 1 RM40.00
Tempat Ke-3 RM30.00 1 RM30.00
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 RM20.00 7 RM140.00
Kos Penghantaran (Poslaju) RM4.00 10 RM40.00

JUMLAH RM 300
11
11.0 SENARAI PERALATAN

BIL PERALATAN KUANTITI


1. Komputer Riba 3 unit
2. Peralatan teknikal (Telefon dan data internet) 3 unit

12.0 KESIMPULAN

KELEBIHAN ATAU KEBAIKAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan adalah untuk membina hubungan baik antara pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan warga sekolah SK Taman Seroja. Memupuk sifat
kerjasama dan semngat berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan. Selain itu, melahirkan
pelajar yang proaktif dan inovatif dalam mengendalikan program ini. Turut menerapkan
nilai-nilai murni sepanjang program ini dilaksanakan untuk dijadikan conth dan tauladan
kepada murid-murid SK Taman Seroja. Dengan wujudnya program seperti ini, sedikit
sebanyak dapat meningkatkan lagi minat murid-murid untuk terus belajar dari semasa ke
semasa. Program ini juga adalah salah satu platfrom yang baik kepada kanak-kanak dalam
usaha menarik minat mereka untuk terus menroka ilmu pengetahuan. Dengan itu, diharapkan
semoga segala usaha dalam menjayakan program ini dapat memberi manfaat kepada semua
murid-murid, ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

12
LAMPIRAN
KHALIDAH ATHIRAH BINTI CHE DOLI
PENDAFTARAN

13
LAMPIRAN
ZULHAMIZAN BIN AHMAD
POSTER

14
LAMPIRAN
ZULHAMIZAN BIN AHMAD
E-SIJIL

15
LAMPIRAN
SEMASA PROGRAM

Link rakaman : https://drive.google.com/file/d/1-


ydICFfoh8wH87SqX0K3YvoQaA1inGmh/view?usp=drive_web

16
17
LAMPIRAN
SEMASA PROGRAM

1. Quiz izz digunakan sebagai pertandingan kuiz yang dijalankan.

18
LAMPIRAN
SELEPAS PROGRAM

Skor Nama pemenang

19

Anda mungkin juga menyukai