Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Minggu 10 Tarikh 6.6.2023 Hari Selasa


Kelas 4 Pintar Masa 7.30-8.30 pagi Subjek Sains
Jumlah Murid Hadir Tidak Hadir

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


2.2 Perkumuhan dan Penyahtinjaan 2.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang perkumuhan dan
penyahtinjaan manusia melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan secara kreatif.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi pembelajaran, sebilangan besar murid dapat:
1. Memadankan organ perkumuhan dengan hasilnya melalui pengurusan grafik.
Rangka Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Ria: Gaya Hidup Sihat (Buku Teks: Halaman 42)
1. Murid melihat dan menceritakan gambar dengan bimbingan guru.
Aktiviti Pemula 2. Murid mendengar penerangan guru tentang objektif pelajaran yang harus dicapai serta
kaitannya dengan tajuk pelajaran

1. Murid mendengar penerangan guru isi kandungan/pengajaran.


2. Murid menjalankan aktiviti sumbang saran memadankan organ perkumuhan dengan hasilnya
melalui pengurusan grafik.
3. Murid menjalankan Aktiviti Ria: Gaya Hidup Sihat secara berkumpulan dengan bimbingan
guru.
 Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang amalan baik yang dapat
dilakukan untuk memastikan perkumuhan dan penyahtinjaan tidak terganggu.
 Maklumat yang diperoleh dibincangkan bersama-sama dengan ahli kumpulan dan
Aktiviti Utama dipersembahkan secara kreatif dalam bentuk MS PowerPoint.
 Hasil kerja kumpulan dibentangkan di hadapan kelas.
 Soalan:
o Apakah amalan yang dapat dilakukan untuk memastikan ginjal, kulit dan peparu
berfungsi dengan baik?
o Bagaimanakah untuk memastikan penyahtinjaan tidak terganggu?
o Bincangkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gangguan penyahtinjaan.
4. Murid melengkapkan Latihan berdasarkan tajuk yang telah dibincangkan.

1. Murid menjalankan kuiz mudah untuk meguji kefahaman.


2. Murid mendengar guru membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan
Aktiviti Penutup
pembelajaran hari ini

Refleksi
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Minggu 10 Tarikh 6.6.2023 Hari Selasa


Kelas 5 Genius Masa 10.20-11.20 pagi Subjek Sains
JUmlah Murid Hadir Tidak Hadir

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


2.3 Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh 2.3.2 Menaakul kepentingan penjagaan semua
Manusia sistem dalam tubuh manusia supaya berfungsi
dengan sempurna.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir sesi pembelajaran, sebilangan besar murid dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia
supaya berfungsi dengan sempurna.

Rangka Pengajaran dan Pembelajaran


Kepentingan Penjagaan Semua Sistem Di Dalam Tubuh Manusia (Buku Teks:
Halaman 38 - 39)
1. Murid bersoal jawab dengan guru tentang gambar dan tajuk.
Aktiviti Pemula
2. Murid mendengar penerangan guru tentang objektif pelajaran yang harus
dicapai serta kaitannya dengan tajuk pelajaran

1. Murid mendengar penerangan guru is kandungan/pengajaran


2. Murid menjalankan aktiviti sumbang saran dengan bimbingan guru.
 Menyatakan kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia
Aktiviti Utama supaya berfungsi dengan sempurna
3. Mengapakah penjagaan sistem di dalam tubuh manusia penting? Murid
melengkapkan Latihan berdasarkan tajuk yang telah dibincangkan.
4.
1. Murid menjalankan kuiz mudah untuk meguji kefahaman.
Aktiviti 2. Murid mendengar guru membuat kesimpulan dan rumusan daripada
Penutup keseluruhan pembelajaran hari ini

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai