Anda di halaman 1dari 35

X PENGENALAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu komponen wajib yang perlu dilalui oleh
seseorang guru pelatih sebelum menjadi seorang guru. Falsafah BIG adalah
untuk melahirkan insan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, sikap dan
kemahiran dalam aspek amali ketahanan diri dalam aktiviti darat, aktiviti air,
Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam
kebudayaan dan pasca nilai. BIG dimulakan selepas sesi pendaftaran guru di
maktab masing-masing. Dalam program BIG, pelajar perlu melalui aktiviti
perkhemahan di satu tempat yang dikenal pasti dan mendapat keizinan dari
pihak pentadbir maktab.

Topik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam BIG.
Antaranya adalah aktiviti darat dan aktiviti air, Latihan Dalam Kumpulan
(LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam kebudayaan dan pasca nilai.
Aktiviti darat termasuklah bidang rekreasi yang meliputi aktiviti mengembara,


Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan aktiviti darat;
2. Menghuraikan aktiviti air;
3. Mengenal pasti Latihan Dalam Kumpulan (LDK);
4. Mengenal pasti aktiviti keagamaan;
5. Mengenal pasti malam kebudayaan; dan
6. Mengenal pasti tindakan dalam pasca nilai.
HASIL PEMBELAJARAN

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0

X
Amali Aktiviti
Ketahanan
Diri
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

241
berkhemah, mendaki gunung, meneroka gua dan masuk hutan serta treking.
Aktiviti air pula terdiri dari berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, berakit,
renang selat, belayar, berkolek dan berenang. Topik ini juga menyentuh tentang
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti membincangkan ciri-ciri guru
berkualiti serta peranan guru dalam membina potensi pelajar. Aktiviti LDK
membimbing peserta mengeluarkan pendapat berkenaan sesuatu idea dan
membentangkan idea tersebut kepada peserta kumpulan dalam bentuk drama,
puisi, sketsa, perbahasan dan lakonan bisu.
AKTIVITI DARAT

Guru perlu mempunyai kualiti dalam amali aktiviti ketahanan diri dalam
program BIG. Apakah yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam program
ini? Mari kita lihat.

(a) Mereka perlu melalui pengalaman amali ketahanan diri supaya mereka
boleh meletakkan diri mereka ke tahap berkualiti dalam ketahanan diri
yang berkualiti.

(b) Mereka perlu mempamerkan amali aktiviti ketahanan yang menunjukkan
guru bukan golongan yang lemah dan mudah kalah dengan situasi yang
mencabar. Ketahanan fizikal dan mental dalam menjayakan sesuatu aktiviti
adalah suatu cabaran membuktikan kualiti guru.

(c) Dalam program BIG, pelajar dilatih mengaplikasi amali aktiviti ketahanan
diri serta mempamerkan sikap kerjasama dan rasa hormat menghormati
dalam kumpulan masing-masing.

Jadual 10.1 adalah contoh jadual aktiviti BIG untuk tempoh 4 hari 3 malam.

Jadual 10.1: Contoh Jadual Aktiviti BIG

10.1
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


242
Jadual 10.2 menerangkan fokus-fokus utama dalam amali aktiviti ketahanan diri
segi kualiti guru.

Jadual 10.2: Fokus-fokus Utama dalam Amali Aktiviti
Matlamat Amali
Aktiviti
Penerangan Tingkah Laku yang Dipamerkan Berkenaan Amali Aktiviti
Ketahanan Diri

1. Jasmani dan
kesihatan

x Membimbing kekuatan fizikal: Menggunakan motor halus dan motor
kasar untuk bekerja, menggunakan kemahiran tangan, kemahiran
fizikal dari kepala hingga ke kaki.
x Menggunakan segala deria dan sentiasa berhati-hati apabila
menjalankan kegiatan amali dan ketahanan diri supaya dapat
mengelakkan diri dari segala bentuk kemalangan seperti terbakar,
kecederaan anggota badan, terseliuh, patah, luka, pitam, demam,
gigitan binatang bisa, yang mungkin berlaku sekiranya lalai.
x Sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu dengan suka rela atau
ringan tulang. Contohnya peserta mengangkat barang-barang dari
satu tempat ke satu tempat mengikut kemampuan dengan cara
bergotong-royong atau tolong-menolong yang dapat meringankan
beban berbanding dilakukan secara berseorangan.
x Melakukan aktivi kerja memasak seperti memotong ayam, sayur,
menumbuk cili, menyiang ikan, membuka tin sardin dan memotong
bawang.
x Menjaga kesihatan. Contohnya, air perlu dimasak sehingga mendidih
agar mati semua kuman. Peserta perlulah minum air bersih yang
telah dididihkan semasa BIG berlangsung.
x Tempat memasak, tempat menyimpan makanan bahan kering dan
bahan basah hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Peserta pelu
menutup makanan serta cara menghidangkan makanan dan
mengaplikasikannya.
x Menjaga kesihatan supaya sihat. Air perlu dimasak sehingga
mendidih agar mati semua kuman.


2. Kecerdasan
emosi

x Peserta boleh bersabar dan sentiasa tenang semasa mendengar arahan
dari kem komandan, jurulatih, fasilitator dan ketua kumpulan.
x Boleh menghormati orang lain dan bekerjasama semasa BIG dan
melakukan aktiviti-aktiviti darat, aktiviti air dan aktiviti perbincangan
kompetensi pengurusan diri yang tinggi seperti membuat kerja
dengan penuh minat dan dedikasi.
x Pengurusan diri yang baik.






TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

243

3. Rohani

x Jujur dan mematuhi masa sepanjang masa.
x Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman,
berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada
kebenaran.
x Mematuhi protokol dan mengikut perintah ketua atau perintah kem
komandan.
x Memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran dan mempraktikkan
aktiviti keagamaan.
x Sentiasa membaca dan membuat pemerhatian terhadap alam sekitar
dan kejadiannya.
x Membuat refleksi diri dan muhasabah diri. Bertaubat, mengakui
kesalahan dan memohon keampunan dari Tuhan.
x Menjauhkan diri dari melakukan kejahatan seperti mencuri, pecah
amanah dan mengumpat.


4. Intelektual

x Melaksanakan arahan dengan cepat, tepat, betul dan benar.
x Setiap kesalahan ada hukumannya. Sehubungan itu, elakkan diri dari
melakukan sebarang kesalahan semasa dalam program BIG seperti
merokok dan sebagainya.
x Setiap kesalahan yang terbukti perlu diambil tindakan. Contohnya
jika terdapat peserta yang terlambat bangun dari tidur mesti didenda
membersihkan sampah di kawasan perkhemahan dari pagi hingga
petang.


5. Sosial

x Membuat kerja dengan betul, mengikut peraturan dan melakukannya
dengan ikhlas serta saling bantu membantu antara satu sama lain.
x Sentiasa berpakaian kemas, berstokin dan berkasut.
x Mematuhi arahan, bangun awal, segera datang apabila dipanggil oleh
ketua melalui tiupan yang telah dikontrakkan terlebih dahulu seperti
wisel tiup.
x Kemahiran sosial juga menuntut berbuat baik dengan semua orang.
x Menepati waktu dan mematuhi jadual yang ditetapkan.
x Tidak berlengah masa, berbual kosong serta elakkan mengumpat
sesiapa pun di kalangan anda.


X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


244
Apakah faedah yang boleh diperoleh daripada aktiviti darat? Faedah-faedahnya
adalah seperti berikut:

(a) Aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.
(b) Memupuk semangat dan kualiti watak seperti toleransi, berdikari,
ketahanan mental, kepimpinan, disiplin dan perpaduan.
(c) Meredakan tekanan mental apabila berhubung dengan persekitaran alam
semula jadi yang menarik.
(d) Aktiviti amali adalah sebahagian dari kehidupan seharian.
(e) Aktiviti darat dianggap penting dari segi aspek kesihatan, fizikal, mental,
pemikiran, kerohanian dan komunikasi.
(f) Aktiviti amali ketahanan diri adalah saling berkaitan dan tidak terpisah.
(g) Motivasi dalaman adalah cetusan arahan kendiri yang kuat untuk
melakukan amali. Ketahanan diri dan arahan kendiri amat dihargai dalam
program BIG.
(h) Penekanan terhadap tingkah laku berdisiplin sangat ditegaskan.
(i) Menepati masa.
(j) Fasilitator dan tutor serta guru pelatih berinteraksi sebagai fokus yang
penting.
(k) Penekanan potensi semulajadi serta keupayaan berkembang dalam
persekitaran yang memupuk kasih sayang.
(l) Menghormati orang lain dan akur kepada konsep kebebasan dan tidak
boleh mendera orang lain.
(m) Jadual amali disusun dengan baik dan perlu dipatuhi.
(n) Bertimbang rasa dan elakkan cara kekerasan.

Konsep aktiviti darat adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kawasan darat
yang selamat bebas dari kawasan yang berbahaya. Aktiviti darat mempunyai
objektif dan matlamat iaitu untuk amali aktiviti ketahanan diri dari segi fizikal
dan mental serta emosi dan sosial seorang pelajar. Berikut adalah antara aktiviti
darat yang dilaksanakan dalam program BIG:

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

245
(a) Perkhemahan
Sejarah perkhemahan yang pertama dibuat oleh Lord Baden Powel (1907),
pengasas Pergerakan Pengakap dunia di Pulau Brownsea, England. Aktiviti
perkhemahan adalah aktiviti darat yang paling utama dalam BIG.

Berikut perkara yang mesti dilakukan dalam perkhemahan:

(i) Memasang khemah sebagai tempat kediaman sementara untuk
berteduh dan bermalam.
(ii) Elakkan khemah terkena benda beracun atau bahan kimia termasuk
penyembur serangga.
(iii) Khemah diperbuat dari kain tebal dan nilon. Khemah ditegakkan
dengan tiang besi dan tali. Anda menyusun barang-barang peribadi
dengan kemas.
(iv) Berkhemah selalunya di tempat lapang seperti di bukit-bukit, tepi
sungai, tepi pantai atau di tepi laut yang dikelilingi oleh pohon kayu
menghijau dan terdengar kicauan burung.
(v) Perkhemahan memerlukan persiapan rapi dan segala prosedur
perkhemahan perlu diikuti dengan teratur.
(vi) Pastikan khemah tertutup dan dizip. Ini kerana binatang mudah
masuk dan membahayakan peserta.
(vii) Dedahkan khemah kepada matahari supaya cepat kering.
(viii) Peserta melalui aktiviti berjalan kaki untuk merentas bukit bukau
atau sungai untuk sampai di kawasan perkhemahan. Keadaan ini
memberi peluang supaya mereka menjadi kuat dari segi fizikal dan
mental.
(ix) Penjagaan beg tidur adalah perlu untuk mengelakkan kesejukan pada
waktu malam.

(b) Perkakasan Memasak

(i) Memasak adalah aktiviti yang boleh dilakukan oleh peserta BIG.
(ii) Pelajar akan bergilir memasak makanan untuk sarapan pagi,
tengahari dan malam.
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


246
(iii) Cara mereka memasak menggunakan dapur gas, dapur minyak,
dapur api.
(iv) Bekas memasak seperti periuk, kuali, cerek dan pinggan mangkuk
perlu cukup untuk keperluan semua ahli.
(v) Bekas air, sudu, garpu dibawa oleh ahli sendiri.

(c) Perancangan dan Persiapan Perkhemahan

(i) Perlantikan Ahli Jawatankuasa Perkhemahan
x Adakan mesyuarat pembentukan jawatan kuasa dan
pembahagian tugas dan bidang tugas yang diketuai oleh Ketua
Kem Komandan yang telah dilantik oleh pihak pentadbir.

x Ini termasuklah pemilihan tempat, aturcara, peralatan, kebenaran
dari pelbagai pihak (termasuk surat dari balai polis berdekatan
untuk tujuan pengawasan keselamatan,surat pegawai perubatan
berdekatan untuk kes-kes kecemasan dan surat makluman kepada
ketua kampung berdekatan mereka) sebagai makluman yang kita
telah berhimpun di kawasan mereka.

(ii) Penetapan Masa
x Biasanya aktiviti perkhemahan dilaksanakan dalam tempoh 4 hari
3 malam.

(iii) Penetapan Lokasi
x Dalam menguruskan penetapan lokasi perkhemahan, pastikan
tempat yang dipilih itu mestilah bersih dan selamat dari segala
gangguan penyakit.
x Kawasan yang banyak lalat tidak boleh dijadikan tempat
perkhemahan walaupun tempat itu di tepi laut.
x Pihak pentadbir bertanggungjawab di atas pemilihan tempat
untuk perkhemahan ini.

(iv) Individu yang Terlibat
x Buatkan senarai nama pelajar, nama ketua kumpulan yang
mengikuti perkhemahan, nama kem komandan, fasilitator dan
nama jurulatih yang terlibat.

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

247
(v) Cara Pengendalian Perkhemahan
x Cara yang paling biasa digunakan untuk ke lokasi perkhemahan
adalah dengan menaiki bas dan berjalan kaki.
x Segala peralatan perkhemahan dan perkakasan memasak, segala
bag pakaian perlu dibawa bersama iaitu dinaikkan ke atas bas dan
diturunkan semuanya dan diangkut ke tapak perkhemahan.
x Semua ahli dalam kumpulan bekerjasama untuk mendirikan
khemah masing-masing dan ahli yang memasak akan menyiapkan
hidangan.
x Satu khemah khas untuk solat akan didirikan berhampiran tempat
perkhemahan dan khemah itu juga digunakan untuk dijadikan
tempat makan bersama-sama semasa makan tengahari dan makan
malam.

(vi) Tujuan BIG
x BIG dilaksanakan untuk melahirkan guru yang mempunyai amali
ketahanan diri dari segi fizikal, mental, rohani, sosial dan boleh
bekerjasama dengan ahli kumpulan.

(d) Surat Kebenaran
Berikut adalah senarai semak surat kebenaran yang perlu diperoleh dari
pihak yang berkenaan yang perlu diuruskan sebelum perkhemahan:

(i) Kebenaran pengetua.
(ii) Kebenaran pemilik tapak perkhemahan.
(iii) Kebenaran ketua balai polis berdekatan senarai nama peserta perlu
dilampirkan.
(iv) Surat makluman pegawai perubatan yang berdekatan.

(e) Peraturan Perkhemahan
Peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi sepanjang perkhemahan.
Antara peraturan-peraturannya adalah seperti berikut:

(i) Semua aktiviti yang dilaksanakan mestilah mengikut aktiviti yang
telah dijadualkan dari mula hingga akhir program BIG.
(ii) Semua peserta perlu mengikut arahan kem komandan.
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


248
(iii) Semua peserta dilarang masuk di kawasan larangan kawasan
perempuan.
(iv) Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan
tanpa kebenaran dari kem komandan.
(v) Semua peserta perlu mengikuti aktiviti yang dijadualkan kecuali
peserta yang sakit. Walau bagaimanapun perlu melaporkan diri
kepada ketua kumpulan.
(vi) Semua barang perlu disimpan di tempat selamat.
(vii) Peralatan tajam hendaklah disimpan ditempat yang selamat.
(viii) Makanan hendaklah disimpan dalam keadaan ditutup rapat dan ketat
untuk mengelakkan tertumpah dan dimasuki debu atau dihinggapi
lalat.
(ix) Kawasan perkhemahan merupakan kawasan larangan merokok.

(f) Faedah Berkhemah

(i) Perkhemahan merupakan satu kaedah menyalurkan pendidikan
sosial dan komunikasi kepada bakal-bakal guru. Ahli-ahli dalam
kumpulan dapat bekerjasama untuk menjayakan projek yang
dirancangkan.
(ii) Peserta akan terdedah dengan suasana pendalaman atau di tepi laut.
Peserta memerhati akan alam semulajadi ciptaan Allah. Ini akan
memberi ketenangan kepada peserta untuk mensyukuri nikmat Allah.
(iii) Peserta mendapat pengalaman menguruskan keperluan diri dan
berdikari.
(iv) Sewaktu aktiviti perkhemahan dilaksanakan, peserta akan belajar
bergaul, bertukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain.
(v) Hubungan peserta dan kawan-kawan seharusnya dalam bentuk
bantu membantu.
(vi) Semangat kerjasama harus dipupuk supaya hati nurani menjadi
bersih terhadap rakan sendiri. Perasaan mementingkan diri sendiri
hendaklah dibuang dari hati anda.
(vii) Peserta akan beramah mesra dan berasa terhibur, jiwa akan
bertambah tenang dan ini melahirkan peribadi yang mulia dan
refleksi yang waras.
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

249
(g) Pengembaraan dalam Hutan Rekreasi/Mendaki Gunung
Mengembara secara berkumpulan dalam hutan yang selamat adalah
aktiviti darat yang mesti dilalui oleh pelajar BIG. Biasanya pengembaraan
ini melibatkan seramai 10 orang dalam satu-satu kumpulan. Kumpulan
tersebut akan diawasi oleh seorang ketua yang membawa kompas yang
menunjuk arah tempat yang anda akan dituju.

(i) Sebelum Anda Mengembara

x Peserta perlu berlatih dahulu cara menggunakan kompas tersebut.
x Pengalaman peserta semasa berlatih itu akan memudahkan
mereka mengembara dalam hutan supaya tidak berlaku
kesesatan.
x Setelah anda diberi arahan tempat dituju, peserta akan set arahan
kompas dan anda tidak dibenarkan menukarnya.
x Peserta akan terus berjalan mengikut arah kompas dan akhirnya
akan akan sampai di tempat yag dituju.
x Dalam masa yang sama pastikan peti pertolongan cemas dibawa
untuk kumpulan masing-masing dan peti ini dibawa secara
bergilir-gilir.
x Barang-barang dalam peti perlu dipastikan kelengkapannya
untuk digunakan apabila diperlukan.

(ii) Semasa Mengembara
Semasa anda mengembara dalam hutan/gunung/bukit anda perlu
menjaga keselamatan diri anda dan rakan-rakan anda dalam
kumpulan perlulah dijaga.

x Peserta dilarang sama sekali mengambil atau memetik bunga,
daun atau mengganggu binatang yang melata di bumi seperti ulat
gonggok, semut dan serangga.
x Peserta dilarang ketawa kuat, atau menjerit atau mengumpat
sesiapa sahaja. Digalakkan berbincang atau berbual kebesaran
Allah yang menjadikan alam sekitar untuk keperluan manusia.
x Peserta akan bertemu dengan kayu balak yang beratus tahun
umurnya, segala jenis spesis tumbuhan, rotan yang di antaranya
adalah sumber rezeki untuk manusia dan haiwan.
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


250
x Jika diperhatikan secara menyeluruh didapati segala bentuk buah-
buahan dan hidupan untuk menjadi hidangan dan juadah
penghuni rimba. Semua ini berada dalam lingkaran hidup yang
teratur dan penuh misteri.
x Satu keajaiban yang mencakup ruang lingkup alam semula jadi
yang menjana pemikiran dan keimanan manusia mencetus
keagungan ciptaan Allah semuanya berada dalam kekuasaan
Allah bahawa semua dijadikan dan dimatikan.
x Ini akan menimbulkan rasa keinsafan supaya kita menurut segala
perintahnya dan menjauhkan laranganNya.
x Peserta bermuhasabah diri atau refleksi diri sendiri dalam hati
mereka.

(iii) Semasa Anda Hendak Sampai di Kemuncak

x Semasa anda hendak sampai gunung yang anda dituju, kaki anda
mungkin tersangkut di akar kayu, terpaksa meredah semak-
samun yang merentang jalan yang anda lalui.
x Anda akan bertemu pacat, ulat gonggok kumbang, lebah dan lain
hidupan. Anda perlu kuat semangat. Sekiranya kepenatan,
bolehlah berehat dan semua ahli dalam kumpulan turut sama
berehat serta minum sedikit air.
x Tidak dibenarkan makan bersantai dalam hutan kerana makanan
tersebut akan dihidu oleh binatang yang ada dalam hutan dan ini
mengundang risiko kepada kumpulan anda.
x Kata-kata semangat perlu diberikan kepada kawan-kawan yang
cepat letih atau kurang mampu mendaki supaya terus mendaki.

(iv) Apabila Sudah Sampai Kemuncak

x Apabila anda sudah sampai kemuncak elakkan dari menjerit.
Anda hendahlah duduk membaca doa selamat dan bolehlah
menghidang makanan seperti kacang, roti dan air minuman.
x Anda boleh tersenyum dan seronok kerana anda sudah sampai di
puncak bersama rakan dengan selamat.
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

251
x Selepas berehat, anda dan kumpulan anda akan menuruni bukit
dengan mengikut arah kompas yang telah ditetapkan oleh ketua
kumpulan anda.
x Semasa itu anda akan menuruni bukit/gunung, anda perlu
berhati-hati kerana anda bertemu dengan lurah yang cerun.
Langkah kaki anda perlu berhati-hati kerana inilah satu cabaran
yang lebih hebat berbanding dengan naik bukit atau gunung.
x Pergerakan anda yang laju semasa menuruni lurah boleh
menyebabkan anda terjatuh bila-bila masa. Anda perlu berpegang
kepada pokon atau akar dan menetapkan kedudukan kaki yang
sesuai untuk melangkah.
Anda juga akan boleh alpa yang memungkinkan anda
meninggalkan rakan anda yang perlahan menuruni lurah. Anda
mungkin akan kurang prihatin lagi terhadap kumpulan anda.
Aktiviti naik gunung dilakukan secara berkumpulan, maka
sewaktu menuruni gunung juga haruslah berkumpulan. Semua
peserta berhasrat untuk turun cepat dan agar dapat berehat. HAl
ini kerap menjadikan anda lupa semangat setia kawan, maka anda
perlu sabar dan menjaga kebajikan rakan kumpulan anda yang
mungkin lambat sedikit kerana keletihan.
Masa yang diambil untuk mendaki gunung dan menurun gunung
untuk pelajar BIG hanya 4 jam sahaja.
Masa bermula mendaki adalah pukul 8.00 pagi dan sampai di
puncak pada pukul 10.00 pagi dan turun semula pada pukul 11.00
pagi dan sampai ke tempat yang dituju pada pukul 1.00 tengahari.
Anda perlu mematuhi arah kompas untuk mengelakkan kesesatan
yang akan menyebabkan anda akan mengambil masa yang
panjang berada dalam perjalanan di dalam hutan. Sekiranya
sudah sampai pukul 2.00 petang anda masih berada dalam hutan,
ini menandakan anda sudah sesat.
Anda seharusnya tidak boleh berada dalam hutan hingga petang.
Kebiasaannya pada jam 4.00 petang hutan sudah mulai gelap dan
akan menyukarkan anda untuk meneruskan perjalanan anda.
Alternatif yang anda boleh lakukan adalah dengan melaungkan
azan dalam hutan tersebut dan terus menunggu bantuan datang.

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


252
(h) Aktiviti Gotong-royong Membersihkan Persekitaran

(i) Aktiviti gotong-royong adalah satu aktiviti yang sangat popular di
kalangan pelajar BIG. Aktiviti ini membersihkan kawasan
persekitaran tempat yang mereka berkhemah atau memilih sebuah
sekolah atau masjid untuk aktiviti gotong-royong bagi mencantikkan
kawasan. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan mengikut kumpulan
masing-masing.
(ii) Menanam dan menyiram pokok-pokok bunga.
(iii) Membersihkan longkang tersumbat.
(iv) Mencangkul rumput.
(v) Menyapu dan membuang sampah sarap.
(vi) Membuat rekreasi dan menanam pokok.

Aktiviti seterusnya dalam perkhemahan adalah pertandingan memasak,
sukaneka, permainan dan gubahan ialah kreatif. Aktiviti ini memberi peluang
kepada pelajar melahirkan idea kreatif supaya dan dapat berkongsi kemahiran
dengan rakan lain dalam kumpulan. Jadual 10.3 memaparkan bentuk-bentuk
aktiviti yang dijalankan semasa program perkhemahan.

Jadual 10.3: Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan Semasa Program Perkhemahan
Aktiviti Semasa Perkhemahan Tindakan
1. Pertandingan Pertandingan memasak
2. Permainan Permainan tradisional gasing, layang, guli, bulu ayam, galah.
3. Sukaneka Gelong rotan, lari dalam guni, lari atas tempurung.
4. Permainan Kim Mengesan benda dengan menggunakan:

(a) Mata Perhatikan barang-barang dalam masa 2 minit
dan tulis semula;
(b) Telinga Dengar bunyi kicauan burung dan tulis;
(c) Tutup mata dan rasa dengan tangan contohnya batu,
kapas;
(d) Lidah Tutup mata dan teka rasa apa; dan
(e) Hidung Tutup mata dan teka bau apa.
5. Gubahan Pelajar boleh mereka cipta seperti kraf tangan dari bahan
semula jadi daun kering, kulit siput.

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

253
Gejet Semasa Perkhemahan
Gejet perkhemahan adalah kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tangan. Ini
termasuk kemahiran tangan yang diperlukan dalam perkhemahan. Alat-alat
kecil yang dipanggil gejet (gadget) direka cipta semasa perkhemahan. Pelajar
BIG perlu membuat gejet ini sebagai aktiviti berkumpulan di khemah masing-
masing untuk digunakan di sepanjang perkhemahan tersebut. Berikut adalah
alat gejet dan kegunaannya.

Alat Gejet Bahan Kegunaan
1. Tempat menggantung
barang
Ranting bercabang ditanamkan ke
tanah atau di ikat ke pokok kayu
Gantung cawan, kole
2. Para letak barang Buluh dibelah dan diikat dan
disusun
Menyusun pinggan
3. Tempat menjemur kasut Kayu diikat ada tiang empat dan
bentuk segi bujur empat
Menyusun kasut
4. Penyapu sampah Ranting halus diikat Penyapu
5. Penyidai baju Dua dahan kayu dan diikat
menggunakan tali
Penyidai baju


AKTIVITI AIR

Aktiviti air adalah merupakan aktiviti yang dijalankan di kawasan air. Aktiviti
air yang biasa dijalankan dalam program perkhemahan adalah termasuklah
berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, luncur layar, berakit, renang dan
belayar. Dalam BIG, aktiviti air terdiri dari selam snorkel dan berkayak jarak
dekat. Berikut adalah prosedur untuk aktiviti air (lihat Jadual 10.4).

10.2
1. Nyatakan lima aktiviti yang dilaksanakan sebagai aktiviti darat
dalam BIG.

2. Nyatakan faedah anda mengembara dalam hutan rekreasi.
SEMAK KENDIRI 10.1
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


254
Jadual 10.4: Prosedur yang Terlibat dalam Aktiviti Air
Prosedur Tindakan

1. Perancangan
x Setelah sampai di tempat
perkhemahan dan semua
khemah telah didirikan maka
semua ahli bersiap sedia untuk
aktiviti keyakinan dalam air
(water confidence).
x Selalunya water confidence
dijalankan pada waktu petang
pada pukul 4.30 petang hingga
pukul pukul 6.30 petang.
x Sebelum anda masuk laut
anda mesti memakai jaket
keselamatan.


Memanggil tiga jurulatih dari pasukan polis laut
untuk membimbing pelajar dalam aktiviti berikut:
x Memperkenalkan komponen jaket keselamatan
dan cara menggunakannya;
x Menerangkan bahaya air;
x Menjelaskan aspek keselamatan di air dan
tindakan keselamatan;
x Menjelaskan cara mengapung diri dalam air
x Teknik pernafasan;
x Tindakan dalam air apabila menunggu
bantuan tiba;
x Teknik terapung dalam bulatan; dan
x Bepegang tangan.


2. Pelaksanaan Berkayak
x Dimulakan berkayak pada
pukul 8.00 pagi.
x Peralatan: 2 orang untuk satu
kayak dan 2 pengayuh.
x 2 bot peronda dan 4 jurulatih
akan mengawasi perjalanan
peserta yang sedang berkayak.
x Berkayak perlu jantina yang
sama.
x Kalau ahli berkayak
mengalami pitam atau
muntah, rakan perlu meniup
wisel dan peronda akan
membantu.


Dua peserta akan berkayuh mengikut teknik yang
diajarkan oleh jurulatih iaitu dengan cara berikut:
x Berkayuh kayak;
x Membelok kayak ke kiri dan ke kanan;
x Menghentikan kayak kerana ada bonggol batu
di hadapan kayak;
x Berkayak tidak boleh berhenti kerana anda
akan hanyut dibawa arus laut;
x Bawa air minuman dalam kayak (kecil);
x Senyum; dan
x Relakskan diri anda.

3. Penamat Aktiviti Berkayak
x Berkayak telah selesai.
x Masa yang sesuai untuk
berkayak bermula 9.00 pagi
dan tamat pada pukul 11.30
pagi.


Turun dari kayak:
x Buka jaket keselamatan dan bersihkannya dan
jemur di tempat yang panas dan bersih;
x Mandi dan bersihkan diri; dan
x Berehat.

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

255

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Latihan dalam kumpulan adalah aktiviti perbualan atau tindakan semua ahli
berkumpul untuk menjana idea dan pemikiran supaya bertindak dengan lebih
futuristik mengikut situasi. Terdapat banyak tajuk yang boleh dibincangkan
dalam LDK. Antara tajuk yang sering menjadi perhatian adalah seperti aspek
psikologi, pedagogi, isu semasa, gejala sosial, simulasi lakonan, projek, buku log
dan portfolio. Berikut adalah antara tajuk atau aktiviti dalam perbincangan dan
persembahan yang sering dilaksanakan dalam LDK:

(a) Lakonkan bagaimana menjadi seorang guru yang baik.
(b) Sekiranya anda menjadi Pengetua sekolah, jelaskan pelaksanaan yang
dibuat di sekolah tersebut.
(c) Kalau anda diberi peluang untuk membina bandar sekolah, apakah ciri-ciri
bandar sekolah yang akan anda pamerkan?

Berikut adalah tajuk-tajuk perbincangan dalam LDK (lihat Jadual 10.5).

10.3
Bagaimanakah anda melakukan aktiviti keyakinan di air dan apakah
tindakan anda sebelum berkayak? Bincangkan dengan kawan anda.
AKTIVITI 10.1
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


256
Jadual 10.5: Tajuk-tajuk Perbincangan dalam LDK
Tajuk LDK Bentuk Persembahan

1. Mendedahkan siapa diri
anda

x Menjelaskan kebaikan dan keburukan diri anda.
x Cara mengatasinya dengan bantuan rakan dalam
kumpulan.


2. Siapa yang berjasa terhadap
diri anda

x Keluarga.
x Rakan.
x Kerajaan.
x Orang kampung.
x Masyarakat.


3. Matlamat hidup anda

x Belajar, bekerja, berkahwin, berkebun, berniaga.
x Melanjutkan pelajaran.


4. Impian anda

x Keluarga yang soleh dan beriman.
x Rumah besar, kereta besar, ijazah lanjutan.
x Pergi Mekah menunaikan haji.
x Berjimat untuk tabungan.
x Zakat harta, sedekah jariah.


5. Simulasi

x Berlakon jadi pengetua dan projek yang akan
dilaksanakan.


6. Projek/model

x Buat model sekolah yang ideal.


7. Main peranan

x Membaca cerpen bertajuk Beruk karya Azizi
Abdullah dan lakonkan semula cerpen tersebut.


8. Simulasi Forum Menteri
dan Pengarah JPN

x Tindakan supaya pelajar pergi sekolah hanya
membawa beg seberat 1.7 kilogram sahaja bukan 10
kilogram.


9. Perbahasan

x Semua sekolah perlu sama jantina.
x Semua sekolah pengetua perempuan Apa jadi.


10. Ramalan

x Tayangan video dokumentari/fisyen/kisah Hang
Tuah beri komen.
x Contoh kalau anda menjadi Mahsuri.



TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

257
Tujuan LDK
LDK mempunyai falsafah yang tersendiri iaitu menyediakan diri guru kepada
realiti hari ini dan menegaskan pendidikan masa depan. Pendidikan perlu
disepadukan dengan kehidupan guru. Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan
pengalaman dan pendidikan arah kendiri.LDK merupakan pengalaman yang
diperoleh dalam membentuk potensi yang ada dalam diri guru. Melalui
perbincangan dan bertukaran fikiran dan terlibat secara langsung anda sebagai
guru dapat memberi terapi kepada diri anda dan ahli kumpulan. Jadual 10.6
menunjukkan tujuan LDK dan manfaat yang yang boleh dikongsi bersama
dalam kumpulan.

Jadual 10.6: Tujuan-tujuan LDK dan Manfaatnya
Tujuan Manfaat

1. Memberi pendapat

x Memperkuatkan kuasa mendengar yang tinggi.
x Manusia mempunyai kuasa cakap yang lebih, maka dalam
LDK mengajar manusia belajar mendengar dan
meningkatkan kemahiran mendengar yang berkesan.


2. Memperbaiki
perlakuan

x Mengembangkan konsep baru dan mempraktiskan dalam
kehidupan dari segi bahasa bercakap yang sopan santun.


3. Bergembira

x Ada unsur jenaka daripada rakan ketika memberi idea
atau berlakon, berseronok dengan persembahan masing-
masing.


4. Kerehatan fikiran

x Belajar dalam kumpulan anda bagaimana hendak
mengurangkan darah gemuruh atau debaran jantung
apabila hendak bercakap di hadapan orang ramai.
x Dapat berkongsi idea teknik terapi diri dalam
menyelesaikan masalah kehidupan.


5. Memperelok fitrah

x Meninggikan motivasi dan semangat juang apabila
mendengar cerita atau pengalaman orang lain dan
membandingkan dengan kehidupan diri sendiri.


6. Tidak boleh
keterlaluan

x Dalam apa jua bentuk tindakan, kita tidak boleh berlaku
kasar, perlu bersabar dan bertenang dalam memberi
pendapat.






X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


258

7. Belajar menjaga
masa

x Masa sangat penting dalam kehidupan manusia. Apabila
terlalu banyak bercakap kita banyak membuang masa.
Apabila bercakap tanpa tindakan untuk memperbaiki diri,
walau pun LDK itu memang bercakap tetapi bercakap
apabila perlu sahaja.


8. Mengambil giliran
bercakap

x Menyusun idea untuk bercakap. Sebelum bercakap perlu
difikirkan akibatnya supaya terlajak perahu boleh undur,
terlajak kata buruk padahnya.


9. Membentuk kasih
sayang


x Lemah lembut dan bertimbang rasa, memperoleh tingkah
laku yang mulia, bercakap dengan menjaga hati kawan.

10. Perkembangan
mental dan emosi


x Membuat kebaikan setelah diseru melakukan kebaikan
dan meninggalkan kejahatan dan bertaubat.


11. Memberi
keyakinan diri

x Meningkatkan keyakinan diri untuk berdiri dan
berhadapan dengan ramai orang.
x Kemahiran asas sosial dan dapat sokongan moral dari ahli
kumpulan.




AKTIVITI KEAGAMAAN DAN MORAL

Seterusnya kita akan berbincang tentang aktiviti keagamaan dan juga moral.

(a) Aktiviti Keagamaan
Aktiviti keagamaan dan moral dirancang dan dilaksanakan secara
berasingan.

(i) Aktiviti keagamaan untuk pelajar Islam dan aktiviti moral untuk
pelajar bukan Islam.
(ii) Aktiviti keagamaan penting untuk pelajar Islam berkumpul untuk
solat 5 waktu iaitu solat Subuh, Zuhur, Maghrib, Asar dan Isyak
(Rajah 10.1).
10.4
Kongsi pengalaman anda dalam LDK yang anda terlibat.
AKTIVITI 10.2
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

259
(iii) Anda akan bersolat berjemaah kerana anda telah mengetahui bahawa
solat jemaah adalah 27 kali ganda pahalanya.
(iv) Salah seorang daripada peserta akan melaungkan azan sebagai tanda
telah masuk waktu solat.
(v) Semua peserta akan datang ke khemah yang telah dikhaskan sebagai
tempat solat dan peserta akan bersiap untuk solat berjemaah.
(vi) Seorang pelajar akan menjadi imam dan mereka dilantik secara
bergilir mengikut waktu solat.
(vii) Jemaah lelaki dan jemaah perempuan diasingkan dengan tabir
dinding yang dibuat dari kain supaya dapat memisahkan antara
jemaah lelaki dan perempuan.


Rajah 10.1: Bersolat

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


260
Berikut adalah aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti keagamaan (rujuk
Jadual 10.7).

Jadual 10.7: Aktiviti-aktiviti yang Boleh Dilaksanakan Semasa Aktiviti Keagamaan
Aktiviti Keagamaan Manfaat kepada Pelajar

1. Solat berjemaah setiap
waktu di sepanjang
program BIG dijalankan

x Menepati waktu solat;
x Melakukan solat berjemaah lebih baik dari seorang diri;
x Belajar cara solat berjemaah; dan
x Mensegerakan solat, jangan menangguhkan solat.


2. Ceramah mengikut
waktu: Subuh dan
Maghrib

x Menghadiri majlis ilmu akan memperoleh rahmat dari
Allah;
x Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah;
x Insaf sebagai insan kerdil di dunia yang satu ketka nanti
kita akan meninggalkan dunia ini;
x Aktiviti ceramah boleh dijadualkan dengan menjemput
individu yang mempunyai kelayakan dari segi ilmunya
dari mana-mana institusi yang telah mendapat keizinan
dari pihak pentadbir atau melantik penceramah dari
kalangan peserta. Walau bagaimanapun adalah menjadi
tanggungjawab urus setia agar teks ceramah perlu
disemak terlebih dahulu oleh tutor atau kem komanden
ntuk mengelakkan pengisian yang kurang sesuai; dan
x Antara tajuk ceramah yang boleh dicadangkan adalah
seperti berikut:
Kisah mujizat Nabi Muhammad SAW;
Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran;
Peranan wanita dalam mendamaikan dunia;
Kewajipan ibu dan bapa kepada keluarga;
Isu masyarakat Islam hari ini; dan
Solat Musafir dalam Islam dan lain-lain.








TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

261

3. Kiamulail atau solat
malam untuk satu
malam sahaja:

x Solat tahajud
x Solat taubat
x Solat tasbih
x Solat hajat


x Semua pelajar lelaki dan perempuan dijadualkan untuk
bangun malam pada pukul 4.00 pagi;
x Aktiviti ini diketuai oleh seorang ustaz;
x Peserta akan mendirikan solat tahajut, solat taubat, solat
tasbih, solat hajat dan berzikir beramai-ramai; dan
x Setiap manusia yang beragama Islam hendaklah
mendirikan solat tasbih sebanyak sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup sebelum anda meninggal dunia.


4. Membaca Al-Quran

x Ahli memperdengarkan bacaan Al-Quran;
x Membaca 10-15 minit Al-Quran sebelum azan
dilaungkan di kawasan perkhemahan tersebut; dan
x Memberi peluang kepada pelajar yang pandai dalam
membaca Al Quran itu berkongsi pengalaman dengan
orang lain dan boleh menimbulkan keinsafan kepada
orang lain bahawa sangat penting kita sebagai umat
memperdengarkan dan membaca al Quran.


5. Membaca kisah Nabi
dan Rasul-rasul

x Nabi Muhammad SAW; dan
x Kisah Nabi dalam Al-Quran.


(b) Aktiviti Moral
Aktiviti moral dirancang dan dilaksanakan untuk pelajar bukan Islam.

(i) Aktiviti moral ini bertujuan supaya ketika pelajar Islam pergi
menunai solat berjemaah pelajar bukan Islam berkumpul pula untuk
membincangkan aspek moral.

(ii) Seorang fasilitator atau tutor atau seorang ahli kumpulan akan
mengetuai aktiviti moral tersebut.

Berikut adalah tajuk aktiviti moral yang dicadangkan untuk faedah ahli
dalam kumpulan (lihat Jadual 10.8).

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


262
Jadual 10.8: Tajuk-tajuk Moral yang Dicadangkan Semasa Aktiviti Moral
Aktiviti Manfaat kepada Pelajar

1. Perbincangan beberapa tajuk
berkaitan dengan moral:
x Elemen dan amalan budaya di
sekolah;
x Peranan guru melaksanakan
amalan budaya sekolah
penyayang; dan
x Masalah tingkah laku buli di
sekolah.


x Peka kepada perkembangan amalan budaya
di sekolah; dan
x Peka kepada peranan guru berkaitan amalan
budaya sekolah yang penyayang.

2. Membuat Poster
x Kempen kebersihan sekolah;
x Kempen dadah merbahaya; dan
x Kempen kebudayaan di Malaysia.


x Membina bidang pengalaman; dan
x Daya dan estetika.

3. Menyenaraikan Nilai Murni
x Sikap berbudi bahasa dalam
masyarakat Malaysia; dan
x Semangat perpaduan di Malaysia.

x Baik hati;
x Berdikari;
x Hemah tinggi;
x Hormat;
x Kasih sayang;
x Keadilan;
x Kebebasan;
x Kebersihan mental dan keberanian;
x Kejujuran;
x Kerajinan;
x Kerjasama;
x Kesederhanaan;
x Kesyukuran;
x Rasional;
x Semangat Kemasyarakatan;
x Perkembangan sosio dan emosi; dan
x Kesopanan dan kesantunan bahasa sebagai
budaya masyarakat Malaysia.



TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

263

4. Semangat Kemasyarakatan
x Lawatan ke rumah orang tua; dan
x Mengadakan jamuan hari kanak-
kanak di rumah anak
yatim/kanak-kanak pendidikan
khas.


x Temuramah dengan orang tua di rumah
orang tua yang berdekatan; dan
x Pengetahuan berkenaan kehidupan orang
tua di rumah orang tua.

5. Projek
x Ketatanegaraan; dan
x Membuat kata-kata hikmat untuk
digantungkan di kawasan
perkhemahan digunakan untuk
sepanjang tempoh perkhemahan
atau selamanya.


x Penulisan atau kraf tangan yang menarik
perhatian orang ramai;
x Poster; dan
x Lukisan.

6. Penyediaan Bahan
x Penulisan kartun dan unsur
jenaka; dan
x Alat mengajar mata pelajaran
moral.


x Menggunakan bahan-bahan terbuang
sebagai alat bantu mengajar mata pelajaran
moral.

Jadual 10.9 menunjukkan senarai nilai murni yang perlu dipupuk dalam aktiviti
moral.

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


264
Jadual 10.9: Senarai Nilai Murni yang Perlu Dipupuk dalam Aktiviti Moral
Nilai Murni Penerangan

1. Baik hati

x Belas kasihan;
x Bertimbang rasa;
x Murah hati;
x Saling faham memahami; dan
x Saling bermaafan.


2. Berdikari

x Berupaya bertindak sendiri; dan
x Yakin kepada diri sendiri.


3. Hemah tinggi

x Kesopanan;
x Mengakui kesalahan diri; dan
x Ramah mesra.


4. Hormat

x Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga;
x Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan,
jiran tetangga dan pemimpin;
x Hormat kepada institusi kerajaan;
x Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan;
x Patuh kepada undang-undang; dan
x Patuh kepada ketepatan masa.


5. Kasih sayang

x Sayang kepada diri sendiri;
x Sayang kepada alam sekitar; dan
x Cinta kepada negara.


6. Keadilan

x Adil; dan
x Saksama.


7. Kebebasan

x Kebebasan dari segi undang-undang.


8. Keberanian

x Berani mencuba; dan
x Berani kerana benar.













TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

265

9. Kebersihan
fizikal dan
mental

x Kebersihan diri;
x Jauhkan diri dari dadah; dan
x Kebersihan mental.


10. Kejujuran

x Amanah;
x Bercakap benar; dan
x Ikhlas.


11. Kerajinan

x Daya usaha; dan
x Dedikasi.


12. Kerjasama

x Gotong-royong;
x Toleransi; dan
x Perpaduan.


13. Kesederhanaan

x Pertuturan dan perlakuan yang sederhana; dan
x Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan
kepentingan orang lain.


14. Kesyukuran

x Berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan kerajaan.


15. Rasional

x Membuat pertimbangan.


16. Semangat
bermasyarakat

x Bermuafakat;
x Kejiranan; dan
x Peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.










1. Nyatakan program yang boleh anda dan kumpulan anda
laksanakan dalam aktiviti moral.

2. Senaraikan semua nilai murni yang disaran oeh menteri pelajaran.
AKTIVITI 10.3
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


266
MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan biasanya diadakan pada malam terakhir perkhemahan.
Semua peserta akan berkumpul dan membuat persembahan kebudayaan.

(a) Anda akan mengadakan persembahan sama ada persembahan kumpulan
atau persembahan individu.
(b) Persembahan selalunya mengikut perbincangan dalam kumpulan dan tema
persembahan adalah mengikut minat dan bakat ahli dalam kumpulan
tersebut.
(c) Kebiasaannya peserta dimaklumkan lebih awal berkenaan malam
kebudayaan ini. Ini memberi ruang untuk berlatih sekiranya ada masa
terluang.
(d) Tujuan malam kebudayaan adalah memberi peluang kepada ahli
mempamerkan unsur-unsur budaya dalam kehidupan mereka.
(e) Malam kebudayaan memberi peluang kepada anda menunjukkan bakat
dan kebolehan dalam menghayati kebuayaan setempat adat kebudayaan
negara lain.
(f) Segala kostum dan pakaian yang digunakan harus bersesuaian dengan
tema dan diurus oleh ahli kumpulan sendiri.

Tujuan malam kebudayaan adalah seperti berikut:

(a) Bersuka ria secara sopan dan sederhana;
(b) Menghilangkan rasa penat;
(c) Mencungkil bakat dalam lapangan seni;
(d) Berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai;
(e) Meningkatkan semangat kerjasama;
(f) Mengembangkan kebudayaan setempat; dan
(g) Semangat setia kawan dan kesefahaman.

10.5
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

267
Jadual 10.10 memaparkan aktiviti persembahan malam kebudayaan.

Jadual 10.10: Aktiviti-aktiviti Persembahan Malam Kebudayaan
Aktiviti Malam Kebudayaan Manfaat

1. Nyanyian lagu patriotik lagu
nasyid, solo, koir, berduet,
berkumpulan

x Membina keyakinan diri;
x Mencungkil bakat pelajar; dan
x Mengembangkan bakat.


2. Tarian kebudayaan

x Mempunyai gerakan kreatif;
x Keseragaman dan kerjasama pasukan; dan
x Tarian Zapin, Inang, Sumazau dan lain-lain.


3. Puisi

x Pantun, sajak, intonasi suara;
x Syair Siti Zubaidah;
x Syair isteri yang soleh;
x Membawa isu semasa; dan
x Memberi pengajaran.


4. Teater

x Lakonan dan mempamerkan kostum yang kreatif;
dan
x Memberi mesej kepada penonton.


5. Drama

x Drama moden atau bangsawan; dan
x Mempamerkan kehidupan yang realiti atau
khayalan.


6. Dikir barat (Rajah 10.2)

x Amalan budaya membawa isu semasa; dan
x Tradisi Kelantan.


7. Boria

x Amalan budaya memberi pengajaran; dan
x Tarian tradisi orang utara.


8. Persembahan lawan
Kumpulan A dan B

x Pisang goreng, goreng apa sekarang,
Goreng ayam sekarang, ayam apa sekarang; dan
x Kumpulan lambat dikira kalah.


9. Hikayat

x Hikayat Hang Tuah; dan
x Hikayat Hang Nadim.


10. Sketsa

x Cerita jenaka.

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


268

Rajah 10.2: Dikir barat

(a) Pelaksanaan Malam Kebudayaan

(i) Tempat Malam Kebudayaan

x Tempat untuk mengadakan malam kebudayaan perlu sesuai iaitu
jauh dari tempat orang ramai seperti masjid.
x Ini adalah untuk mengelakkan ganggguan dan suasana bising.
Sekiranya menggunakan pembesar suara maka perlulah
sederhana.
x Aturcara malam kebudayaan mestilah dirancang dan diatur
terlebih dahulu supaya persembahan dapat berjalan lancar dan
menarik.
x Seorang juru acara akan dilantik untuk menghidupkan malam
kebudayaan.

(ii) Peraturan yang perlu dipatuhi dalam malam kebudayaan:

x Sebelum persembahan bermula, ketua kumpulan atau pihak
individu perlulah mendaftar tajuk persembahan kepada juruacara
keseluruhan pada malam kebudayaan dapat diatur.
x Masa yang ditetapkan untuk satu persembahan ialah 5 minit.
x Lakonan memberi pengajaran kepada penonton dan tidak
meyinggung perasaan ahli lain.

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

269
x Tidak menyentuh isu yang sensitif perkauman.
x Seni kata lagu yang digunakan bukan unsur yang merosakkan
moral.
x Lawak jenaka yang mengandungi unsur lucu, tidak menggunakan
unsur yang lucah.
x Semua bahasa yang digunakan perlu menggambarkan
kesantunan budaya Malaysia.
x Aturcara disusun berselang-seli antara persembahan individu dan
secara berkumpulan.
x Semua ahli mengambil bahagian dalam persembahan kumpulan
masing-masing.
x Tiada pertandingan persembahan yang terbaik atau tidak tetapi
semua mendapat hadiah atas persembahan mereka. (Sekiranya
ada mana-mana pihak yang menderma untuk membeli hadiah).
x Persembahan kumpulan mengikut jantina, elakkan persembahan
bercampur.

Jadual 10.11 menunjukkan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan secara
berkumpulan dalam persembahan malam kebudayaan:

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


270
Jadual 10.11: Lagu-lagu yang Biasa Dinyanyikan Secara
Berkumpulan dalam Persembahan Malam Kebudayaan
Tajuk Lagu Contoh Senikata Persembahan Lagu Berkumpulan

1. Rasa sayang

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi bawa ke mati


2. Trek Tek Tek

Kalau tidak kerana bintang
Tidak bulan terbit pagi
Kalau tidak kerana tuan
Saya tidak datang ke mari


3. Berjumpa dan berpisah

Berjumpa dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa


4. Salam kabari

Salam kabari salam kabari
Salam salam
Riang ria, riang ria
Salam salam
Tinggal kawanku tinggal kawanku
Tinggal Tinggal
Bertemu lagi berjumpa lagi
Salam salam


5. Gelang

Gelang si paku gelang-gelang (2 kali)
Gelang si rama-rama
Pulang marilah pulang (2 kali)
Marilah pulang bersama-sama (2 kali)








Anda dan kumpulan anda akan membuat satu persembahan di dikir
barat malam kebudayaan dalam program BIG. Buatkan pantun yang
akan diselitkan dalam dikir barat tersebut.
AKTIVITI 10.4
TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

271
(iii) Pasca Nilai

x Pasca nilai adalah sesi yang terakhir yang ditunggu-tunggu oleh
semua ahli kumpulan yang telah menjalani program BIG.
x Anda semua akan duduk bersama dengan kem komanden, semua
fasilitator,semua tutor yang terlibat dan juru latih aktiviti darat,
jurulatih air yang telah anda jemput.
x Seorang fasilitator akan mengetuai pasca nilai ini. Pasca nilai ini
dibuat secara majlis tertutup.
x Segala aspek yang akan diperkatakan dan dilahirkan oleh ahli
kumpulan dalam pasca nilai adalah sulit dan tidak dihebahkan
kepada orang lain.
x Pasca nilai adalah majlis bersemuka antara semua ahli dalam
kumpulan untuk melahirkan perasaan mereka masing-masing.
x Dalam Pasca nilai semua ahli akan melahirkan perasaan dengan
menjelaskan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri masing-
masing dan berjanji akan memperbaiki kelemahan diri sendiri dan
menjadi orang yang lebih baik dari ini.

Terdapat dua cara dalam pasca nilai iaitu:

x Semua ahli duduk dalam satu butatan dan seorang demi seorang
akan bercakap tentang perasaan mereka, kekuatan dan kelemahan
diri mereka dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan. Anda
berjanji menjadi insan guru yang terbaik di muka bumi ini; dan

x Berikut adalah contoh aspek yang dinyatakan pasca nilai.

X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


272
Jadual 10.12: Contoh-contoh Aspek yang Dinyatakan dalam Pasca Nilai


TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI W

273


x Aktiviti darat termasuklah bidang rekreasi yang meliputi aktiviti
mengembara, berkhemah, mendaki gunung, meneroka gua dan masuk hutan
serta trekking.
x Aktiviti air ialah berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, berakit, renang
selat, belayar dan berenang.
x Aktiviti dalam LDK membimbing pelajar mengeluarkan pendapat mereka
berkenaan sesuatu idea dan membentangkan idea tersebut kepada pelajar
kumpulan dalam bentuk drama, puisi, sketsa, perbahasan dan lakonan bisu.
x Aktiviti-aktiviti keagamaan dan moral adalah seperti bersolat, ceramah
keagamaan forum tentang isu-isu moral.
x Malam kebudayaan ini mereka akan membuat persembahan sekali gus
melatih mereka bagaimana mengurus persembahan dari segi bentuk
persembahan dan kostum yang sesuai dengan persembahan tersebut.
x Dalam pasca nilai sepatutnya mereka memperoleh kekuatan dalaman untuk
memperbaiki diri dari aspek ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran untuk
menjadi guru yang berkualiti.

1. Apakah faedah pasca nilai kepada diri anda dan kumpulan anda?

2. Bagaimanakah anda melahirkan perasaan anda di khalayak
ramai?

3. Apa yang patut anda beritahu kepada kawan anda mengenai
perasaan anda?

4. Apa yang tidak patut anda beri tahu kepada rakan anda mengenai
perasaan anda?
SEMAK KENDIRI 10.2
X TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI


274

Aktiviti keagamaan
Aktiviti moral
Kem komanden
Malam kebudayaan
Pasca nilai

1. Jelaskan empat matlamat Amali Aktiviti Ketahanan Diri.

2. Berikan empat aktiviti yang anda lakukan semasa Latihan dalam
kumpulan.

Soalan 1
(a) Berikan contoh-contoh aktiviti darat.
(b) Huraikan peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi oleh peserta BIG.
(c) Nyatakan faedah-faedah perkhemahan.

Soalan 2
(a) Berikan contoh aktiviti keagamaan.
(b) Faedah aktiviti keagamaan.
(c) Nyatakan satu contoh aktiviti keagamaan yang anda terlibat.