Anda di halaman 1dari 11

Skizofrenia bukan masalah disampuk jin

Skizofrenia bukan masalah disampuk jin

Kamaluddin 23/07/2008 02:58:00

Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia,


satu daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu
peratus penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak
antara lelaki dan wanita.

Penyakit ini mempunyai gejala positif (halusinasi dan delusi), gejala negatif
(kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal) dan pemikiran yang tidak
teratur.

Antara faktor yang dikatakan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap


skizofrenia adalah pengaruh genetik, trauma (kecederaan) pada otak sewaktu atau ketika
dilahirkan selainnya dari kesan pengasingan sosial ataupun tekanan.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain
Habil berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan
sukar untuk pulih.

Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di
sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat
dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai
makhluk halus.

‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma
datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga
dan tidak kepada orang lain.
‘‘Justeru itu bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat rawatan awal sebaik
sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya kerosakan pada otak dapat
dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah
mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and Bridging Psychosis with
Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Dr. Mohamad Hussain, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau
awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat.

Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum
wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun.

‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada
perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung,
mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.

“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika
keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.

‘‘Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah. Adakalanya penyakit ini
tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan menghidu gam yang
dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu,’’ katanya.

Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana penyakit
ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana kurang
faham mengenai keadaan mereka.

‘‘Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka kerana kemampuan
berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak
makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan dan
gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya
penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang
menghidap skizofrenia.

‘‘Sementara itu, masyarakat juga menanggung beban kerana keperluan penjagaan di


hospital dan rumah, ubatan, keselamatan sosial dan sistem keadilan awam lain,’’
jelasnya.

Beliau memberitahu, selain daripada pemberian ubatan bagi merawat pesakit, mereka
juga perlu menjalani beberapa program bagi membantu pesakit mencapai kefungsiannya
atau kembali normal.

‘‘Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia ini merupakan yang
termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak AS$32.5 bilion
(RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah kos yang
terpaksa digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians &
Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati
skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan
ubat antipsikotik.

Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun


1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti.
Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang
berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan
kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.

Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat
dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit
tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian.

‘‘Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi


meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, baru-
baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan.

‘‘Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan
bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya
sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi
teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan
ketahanan.

‘‘Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu
mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian
pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale,’’’ jelasnya.

Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal secara
statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan plasebo
atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan, kesan
sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo.

‘‘Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap
skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati
kehidupan lebih bermakna dan produktif.

‘‘Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan merupakan rawatan bagi
skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan OROS. Teknologi
OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24 jam dengan
mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma ubatan,’’ katanya.

Tambahnya, kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan keputusan program


pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga kajian utama yang
dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk
Malaysia.

Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah dengan Positive and
Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa digunakan dalam penyelidikan
skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif atau negatif.

‘‘Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan sampingan adalah


lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo dibandingkan dengan Invega.

‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan
mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana
maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong
rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya.

Rawatan Skizofrenia
- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba
- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun
 

Rawatan Akupunktur dan Herba Untuk skizofrenia


 
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit yang menggangu pemikiran
seseorang.Penghidap Skizofrenia biasanya akan mengalami gangguan perasaan dan
pemikiran yang boleh mempengaruhi tingkahlaku dan penyakit ini bukanlah didalam
kategori penyakit yang berjangkit.

Rawatan Intensif Herba dan Akupunktur - Skizofrenia

Penghidap Skizofrenia biasanya sering mengalami delusi atau halunisasi pendengaran.


Apabila keadaan ini berlaku mereka akan merasakan seperti sedang bercakap dengan
seseorang dan keadaan ini akan memberi kesan kepada aktiviti harian mereka. Masalah
ini jika tidak dikawal akan memberi kesan yang serius, ini kerana mereka boleh bertindak
secara agresif dan diluar kawalan minda mereka. Mereka bukan sahaja boleh
mencederakan diri sendiri malahan orang lain.

Bagi penyakit ini faktor usia tidak memainkan peranan. Sesiapa sahaja boleh
menghidapnya. Penghidap Skizofrenia yang dikenalpasti seawal usia 12 hingga 45
tahun.Antara tanda-tanda seseorang menghidap penyakit ini ialah :

- Berkelakuan ganjil seperti bercakap dan ketawa sendirian.


- Mengabaikan kesihatan diri.
- Insomia (tidur sering terganggu).
- Tidak dapat memberi tumpuan pada kerja yang dilakukan.
- Merayau dan berkeliaran tanpa arah tujuan sekiranya tidak dikawal.

Cara Rawatan Perubatan Alternatif THE TOLE

Rawatan THE TOLE mampu mengatasi masalah ini dengan rawatan Akupunktur dan
herba.Tanpa kesan sampingan anda mampu mengatasi masalah anda.

 
 
Penyakit mental perlu dapat rawatan segera
_POSTEDON Aug 02, 2007 - 12:03 AM by zulkifli

TEKANAN kerja, masalah peribadi atau campur tangan keluarga dalam hal
tertentu boleh memberi gangguan emosi kepada individu. Masalah kewangan
berpanjangan atau kegagalan memenuhi keperluan hidup juga boleh
menyumbang kepada persekitaran yang menyebabkan penyakit mental.

Kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira satu daripada setiap 10 orang


mengalami gangguan emosi atau mental. Bagaimanapun, takrif gangguan emosi didapati
sangat longgar kerana panas baran, resah, gelisah, mudah bersedih, kecewa, terlalu
bimbang, takut dan murung boleh dikategorikan sebagai gangguan emosi dan penyakit
mental.

Tanda gangguan emosi dan penyakit mental boleh dikesan pada peringkat awal,
antaranya perubahan tingkah laku yang sangat ketara, mudah marah, tiada selera makan,
sukar untuk tidur, cepat kecewa dan mempunyai perasaan rendah diri yang mendalam.

Jika gejala itu berpanjangan dan gagal dikendalikan dalam tempoh dua minggu, individu
berkenaan patut mendapatkan rawatan atau ahli keluarga dan rakan membantu individu
itu mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri.

Gangguan emosi dan penyakit mental yang dibiarkan untuk tempoh dua hingga tiga tahun
akan menjadi lebih serius dan mengakibatkan skizofrenia.

Pengarah Hospital Bahagian Hulu Kinta, Perak, Datuk Dr Suarn Singh, berkata
skizofrenia berlaku akibat perubahan kimia dan biologi dalam otak.

Beliau yang juga Pakar Perunding Kanan Psikiatri (Forensik) berkata, pesakit skizofrenia
biasanya mengatakan mereka mendengar bunyi tertentu atau merasa ada sesuatu yang
ingin mencederakan mereka.

"Pesakit skizofrenia perlu dirawat secara intensif oleh pakar dengan dua kaedah rawatan,
iaitu secara biokimia menerusi pengambilan ubat dan rawatan secara psikologi. Rawatan
psikologi membabitkan kaunseling untuk pesakit dan juga keluarga," katanya pada majlis
penyampaian sijil tamat kursus pendidikan keluarga untuk 42 peserta oleh Tindakan Isu
Kesihatan Mental Kinta (KAMI) di Hospital Bahagia Hulu Kinta, Perak baru-baru ini.

Individu yang mengalami gangguan emosi dan mental biasanya adalah orang yang tidak
mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan membiarkan masalah berkenaan
membelenggu mereka hingga masalah itu menjadi lebih parah.

Masalah yang semakin sukar diselesaikan mengakibatkan krisis dan seterusnya gagal
dikendalikan oleh individu berkenaan.
Dr Suarn berkata, gangguan emosi dan mental juga kerap berlaku ke atas individu yang
mempunyai keyakinan diri yang sangat rendah.

"Jika tidak mempunyai sokongan daripada keluarga atau majikan, gangguan ini menjadi
lebih parah. Masalah mental yang serius dan skizofrenia boleh membawa kepada pesakit
membunuh diri,” katanya.

Dr Suarn berkata, kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan kejadian membunuh diri


di negara ini tiada kaitan dengan agama, kaum atau latar belakang keluarga.

"Pesakit mental yang membunuh diri biasanya disebabkan masalah peribadi atau
gangguan dalam diri dan tidak berkaitan dengan pegangan agama atau tradisi budaya.
Justeru, membunuh diri berlaku pada semua kaum di negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Datin Dr Ranjit Kaur Praim Singh,
berkata penyakit mental bukan akibat kesilapan yang dilakukan oleh pesakit berkenaan
atau keluarga mereka, tetapi disebabkan pelbagai faktor persekitaran.

Jika anda dapat mengesan tanda gangguan emosi dengan cepat, anda boleh membantu
rakan sekerja, jiran atau ahli keluarga mendapatkan rawatan. Rawatan pada peringkat
awal gangguan didapati dapat memberi kesan yang lebih baik.

Rawatan penyakit mental yang ada sekarang sangat efektif dan berkesan berbanding 20
tahun lalu. Kaedah lama rawatan penyakit mental tidak memberi kepentingan kepada
peranan keluarga dalam merawat pesakit.

Pesakit biasanya ditempatkan di institusi dan diberi ubat serta rawatan yang difikirkan
perlu oleh pakar psikiatri.

"Tetapi, kini cara rawatan baru menyedari peranan keluarga sebagai penjaga dalam
memulihkan pesakit. Keluarga pesakit adalah sumber amat penting untuk memudahkan
rawatan psikososial bagi penjagaan menyeluruh untuk pesakit.

"Kementerian Kesihatan menggalakkan pembabitan masyarakat, keluarga dan individu


dalam menangani isu berkaitan penjagaan kesihatan," katanya.

Bagi membabitkan masyarakat dalam rawatan penyakit mental, Kementerian Kesihatan


mewujudkan program kesihatan mental dalam komuniti, iaitu pesakit yang stabil boleh
mendapatkan ubat dari klinik kesihatan berhampiran.

Di Perak, Dr Ranjit berkata, program pemulihan dalam komuniti dalam bentuk


psikososial dilakukan menerusi empat klinik kesihatan, iaitu di Simee, Bagan Datoh,
Selama dan Tanjung Malim.

Program seumpama itu dan sokongan keluarga akan membantu pesakit mental
menguruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna.

FAKTA:
Tanda gangguan emosi/mental

Perubahan tingkah laku yang ketara.

Cepat marah

Hilang selera makan

Susah tidur

Mudah kecewa

Rendah diri

Skizofrenia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan
nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan
jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau
rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan
kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum
mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda
menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu
menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan
pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang
yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak
teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit
ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk
dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia
sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler
sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta
istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-
tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih
seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia,
walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama.
Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada
peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih
belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis,
terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari
bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n,
"minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti
berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti
pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality";
dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali
mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat
kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom
positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya
dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia
dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan
termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah
pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk
kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam
kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive


deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti
ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau
cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan
kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang
diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit
psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai
"skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin
sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia),
samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan


anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus
sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka
yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum
tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami
pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model
continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional
approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan
psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam
kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan
pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan
otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup.
Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' -
(stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa
banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan


neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran
(prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi
(atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway)
dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia
kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang
menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom
psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai
penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik
biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan
kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan
sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan
dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap
kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh
diharap masa kini bagi individual tertentu.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia"


Kategori: Kesihatan | Penyakit

Rawatan Sakit Kepala

- Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba


- Generasi Keempat Rawatan Ubatan Herba Cina Formula Turun Temurun
 

Sakit Kepala (Berkelompok)


Sakit kepala berkelompok (cluster headaches) biasanya menyerang golongan lelaki
pertengahan umur dalam lingkungan 30an keatas. Manakala golongan wanita lebih
mudah di serang migrain tipikal.

 
Sakit kepala jenis ini hanya akan menyerang meliputi sebelah bahagian kepala sahaja.
Kebiasaannya penghidap penyakit ini akan merasa sakit di bahagian belakang mata dan
akan menyerang pesakit secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau tanda-tanda awal
akan menyerang. Tempoh kesakitan yang di alami biasanya diantara tempoh 5 hingga 10
minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam bergantung kepada keadaan pesakit
itu sendiri.

Pada kebiasaan, pesakit akan diserang penyakit ini pada waktu yang sama penyakit ini
menyerang, pada setiap hari. Ia akan berlarutan sehingga beberapa minggu mahupun
boleh menjangkau beberapa bulan lamanya. Penyebab utama penyakit ini
berkemungkinan di sebabkan oleh sebelah rongga hidung tersumbat dan mata berair.

Rawatan THE TOLE mampu mengatasi masalah ini dengan rawatan Akupunktur dan
herba. Tanpa kesan sampingan anda mampu mengatasi masalah anda.

 
Antara Serangan Sakit Kepala Berkelompok
Kelompok sakit kepala kerap kali dikaitkan dengan tanda-tanda fizikal dan berikut
adalah gejala-gejalanya:-

 Kongesi hidung Ipsilateral dan rinorea (hidung yang pengap dan berair dan pada
masa yang sama sebagai sakit sekitar mata)
 mata sentiasa mengeluarkan air
 aliran darah yang tinggi pada membran biji mata
 kelopak mata bengkak
 keadaan penyebab ptosis kelopak mata tertutup

 denyutan jantung cepat


 
Di antara serangan-serangan ini, orang yang mengalami sakit kepala kelompok selalunya
mempunyai pemeriksaan fizikal yang normal.
 

Anda mungkin juga menyukai