Anda di halaman 1dari 10

GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

1.0 PENGENALAN

Proses pembuatan keputusan merupakan proses asas yang paling penting untuk kesempurnaan
dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses pembuatan keputusan bukan hanya
wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu. Pembuatan keputusan
bermaksud suatu proses untuk memilih sesuatu perkara yang mempunyai beberapa pilihan (Beach,
1993). Pembuatan keputusan samada kecil atau besar akan mempengaruhi hidup seseorang
walaupun setiap keputusan yang dilakukan berbeza kepentingannya. Sehubungan dengan itu,
membuat keputusan yang betul dan berkualiti merupakan proses yang penting bagi memastikan
seseorang memperolehi hasil yang paling memuaskan bagi tujuan dan objektif hidup mereka
(Geisler & Allwood, 2015).

Pembuatan keputusan yang baik dan berkualiti boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Menurut Malenko (2014), faktor masa, status kewangan dan keinginan untuk menjaga reputasi
akan mempengaruhi keputusan seseorang. Menurut Elwyn & Miron-Shatz (2010), faktor-faktor
seperti pengetahuan tentang sesuatu perkara, latar belakang individu tersebut, pengaruh rakan
sebaya atau keluarga dan kecenderungan atau kehendak individu itu sendiri.

Proses pembuatan keputusan juga merupakan teknik memilih di antara dua atau lebih
alternatif untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah. Ia merupakan aktiviti utama
setiap peringkat pengurusan dan merangkumi semua aspek pengarahan dan pengawalan.
Keputusan perlu dibuat pada setiap langkah dalam merangka, mengatur dan melaksanakan strategi
pengurusan. Proses pembuatan keputusan juga memerlukan maklumat yang tepat kerana ia
melibatkan partisipasi, perundingan dan komunikasi di antara mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan membuat keputusan. Ini kerana banyak keputusan yang dibuat
memerlukan kerjasama atau meninggalkan kesan kepada pihak lain.

1
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

2.0 DEFINISI

Pembuatan keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia
ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif si pembuat keputusan tadi, maka dalam
penilaian alternatif untuk dipilih, si pembuat juga berminat untuk mengetahui akibat daripada
tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan elemen ketidakpastian.

Menurut Shull Jr, Delbecq, dan Cummings (1997) pembuatan keputusan didefinisikan sebagai satu
proses pembuatan pilihan yang disedari terhadap satu atau lebih alternative untuk mancapai
sesuatu keadaan yang diingini. Manakala menurut McShane dan Von Glinow (2005) juga
mendefinisikan pembuatan keputusan sebagai proses membuat pilihan yang disedari terhadap satu
atau lebih alternatif. Definisi tersebut juga sama dengan pernyataan Morgan (1986) bahawa
pengambilan keputusan merupakan salah satu jalan dari penyelesaian masalah dimana kita
dihadapkan dengan berbagai pilihan yang harus kita pilih. Menurut Baron & Byrne (2005)
pengambilan keputusan merupakan tindakan menggabungkan dan mengintegrasikan informasi
yang ada untuk memilih satu dari beberapa kemungkinan tindakan.

Daripada definisi-definisi pengambilan keputusan di atas dapat disimpulkan bahawa


pengambilan keputusan adalah tindakan yang diambil dengan sengaja, tidak secara kebetulan,
dengan memilih berbagai alternatif yang tersedia dengan penentuan yang matang dengan tujuan
menyelesaikan suatu permasalahan.

2
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

3.0 KONSEP PEMBUATAN KEPUTUSAN

Pengambilan keputusan ialah penentuan satu siri aktiviti untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Dalam kehidupan pengurus dipenuhi dengan siri membuat atau membuat keputusan, kedua-dua
isu besar dan kecil dalam organisasi. Pengambilan keputusan ini bukan sahaja dilakukan oleh
pengurus atas, tetapi juga pengurus baris pertengahan dan pertama. Pengambilan keputusan adalah
bahagian penting dari aktiviti pengurus, yang memainkan peranan penting, terutamanya apabila
pengurus melaksanakan fungsi perancangan. Kerana merancang kebimbangan keputusan sangat
penting dan jangka panjang yang dapat dibuat oleh para pengurus. Pengambilan keputusan
menerangkan proses melalui beberapa siri aktiviti yang dipilih sebagai penyelesaian masalah
tertentu.

Bagi seorang pengurus membuat keputusan bukan suatu yang mudah. Ini kerana
pembuatan keputusan biasanya melibatkan elemen ketidakpastian atau ketidaktentuan. Darjah
ketidakpastian menjadi semakin tinggi apabila maklumat yang diperlukan untuk membuat sesuatu
keputusan tidak lengkap atau tidak dapat diperoleh sepenuhnya. Ketidakpastian sering dikaitkan
dengan keputusan bukan terprogram. Ketidakpastian juga dihubungkan dengan satu lagi ciri
keputusan pengurusan iaitu risiko. Risiko wujud apabila kebarangkalian untuk berjaya dalam
sesuatu tugas adalah kurang daripada 100 peratus. Dalam membuat keputusan, terutama di dalam
organisasi , pengurusan risiko adalah amat penting. Pengurus yang berani mengambil risiko
biasanya merupakan pengurus yang berjaya. Ini kerana pulangan mempunyai hubungan yang
selari dengan risiko. Semakin tinggi risiko, maka semakin tinggi pulangan yang diterima. Satu lagi
ciri ialah konflik. Konflik timbul apabila pengurus menghadapi tekanan yang berlawanan daripada
sumber-sumber yang yang berbeza. Dalam pengurusan organisasi, konflik wujud apabila pengurus
terpaksa membuat pilihan dari segi penggunaan sumber yang terhad. Kekurangan struktur juga
merupakan ciri yang penting.

3
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

Menurut Gibson, Ivancevich dan Donnelly, keputusan boleh dikategorikan sebagai


keputusan terprogram dan bukan terprogram. Keputusan terprogram merujuk kepada keputusan
yang telah biasa dihadapi dan pernah diputuskan pada masa-masa lalu. Keputusan bukan
terprogram merujuk kepada keputusan yang bersifat baru, kompleks dan tidak mempunyai hasil
yang pasti. Keputusan ini tidak memiliki jalan penyelesaian yang berstruktur.

Di dalam perjalanan sesebuah organisasi, Pengurus adalah merupakan orang yang


bertanggungjawab untuk merancang, membentuk polisi, mengkoordinasi dan mengawal segala
perjalanan organisasi supaya objektif organisasi tercapai. Segala keputusan yang dibuat juga
biasanya terikat dan dipengaruhi oleh falsafah dan objektif organisasi, dan sistem nilai etika yang
dianuti.

4.0 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

4.1 Pembuatan Keputusan Dari Konteks Konvensional

Terdapat banyak penjelasan berhubung proses pembuatan keputusan dari konteks


konvensional. Kebanyakannya adalah berteraskan kepada teori-teori yang di bawa oleh ahli
falsafah barat seperti teori Ulitarianisme yang berkaitan dengan moral dan keadilan. Menurut Tee
dan Santhi (2007) menjelaskan bahawa proses pembuatan keputusan melibatkan lapan tahap iaitu
mengenalpasti masalah, mengenalpasti kriteria keputusan, menetapkan nilai pemberat kriteria,
menyediakan alternatif pilihan, menganalisa setiap alternatif, memilih alternatif terbaik,
pelaksanaan alternatif dan menilai keberkesanan keputusan.

Pada tahap pertama membuat keputusan akan bermula apabila masalah timbul atau berlaku
pertembungan antara situasi semasa dan situasi yang diinginkan. Mengenalpasti masalah akan
membawa kita kepada kesedaran untuk mengubah situasi semasa yang dialami. Pada tahap kedua

4
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

pula, langkah seterusnya adalah menentukan kriteria keputusan yang boleh membantu kita
membuat keputusan terbaik dalam pemilihan keputusan tersebut. Pada tahap kedua ini, segala
pemilihan akan dipertimbangkan dari segenap aspek dan penilaian keberkesanan terhadap
pemilihan keputusan tersebut juga akan dibuat. Pada tahap ketiga iaitu penetapan nilai pemberat
kriteria, ianya dilakukan bagi membantu pengurus dalam penentuan kriteria utama yang harus
dipertimbangkan. Pertimbangan dalam memilih kriteria keputusan juga akan berubah bersesuaian
dengan objektif perlaksanaan yang memerlukan keputusan tersebut. Nilai pemberat yang paling
terendah adalah merupakan pemilihan keputusan yang berkemungkinan besar tidak akan
digunakan.

Seterusnya adalah tahap keempat iaitu penyediaan alternatif pilihan. Melalui tahap ini,
seseorang pengurus harus menyediakan beberapa alternatif yang boleh difikirkan bersesuaian
dengan keadaan dan kemampuan ketika itu. Pengurus boleh menggunakan pengetahuan dan
pengalaman yang dimiliki serta boleh merujuk kepada buku dan bahan-bahan rujukan. Selain itu,
perbincangan juga boleh dilakukan bersama dengan ahli-ahli di dalam organisasi bagi membantu
pengurus mendapatkan sudut pandangan yang lain dalam menyediakan alternatif penyelesaian
masalah. Selepas menyenaraikan alternatif pilihan, langkah seterusnya ialah dengan membuat
penilaian terhadap alternatif yang disenaraikan dengan skala markah 1-10. Tahap seterusnya
adalah langkah yang paling penting dimana seseorang pengurus perlu memilih alternatif yang
terbaik dengan melihat alternatif yang mempunyai markah keseluruhan yang paling tinggi. Pada
tahap keenam pula adalah memilih alternatif terbaik. Selepas memilih alternatif terbaik dengan
melihat kepada skala penilailaian yang dilakukan, perlaksanaan alternatif akan dibuat oleh
pengurus. Pembuatan keputusan akan mengalami kegagalan jika tiada perlaksanaan terhadap
keputusan tersebut. Objektif pada tahap ini adalah menukar keputusan menjadi satu tindakan
dengan melibatkan langkah memaklumkan keputusan kepada semua pihak yang terlibat dan
mendapatkan komitmen penuh dari ahli-ahli organisasi lain untuk perlaksanaan keputusan
tersebut. Pada tahap terakhir proses pembuatan keputusan adalah dengan menilai keberkesanan
keputusan yang dipilih sama ada menyelesaikan masalah yang di alami ataupun tidak.

5
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

Selain itu, pembuatan keputusan juga boleh dikelaskan dua jenis iaitu secara berstruktur
dan tidak berstruktur. Keputusan berstruktur ialah keputusan dalam keadaan biasa malah sudah
menjadi rutin terhadap organisasi. Biasanya keputusan terprogram digunakan dalam situasi yang
berulang atau menyelesaikan masalah yang kerap berlaku. Keputusan yang dibuat hanya
berpandukan kepada prosedur, polisi dan peraturan yang sedia ada. Contoh keputusan terprogram
ialah prosuder mengenai rungutan pelanggan dan pertukaran barangan rosak yang hanya dilakukan
dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh syarikat dengan mengisi borang-borang tertentu yang
telah disediakan oleh syarikat. Manakala keputusan tidak berstruktur merupakan keputusan yang
dibuat dalam keadaan luar biasa dan jarang berlaku. Memandangkan ia tidak berstruktur, tiada
prosedur, polisi serta peraturan syarikat yang dapat digunapakai untuk menyelesaikan masalah
tersebut atau dalam keadaan di mana perkara itu berlaku begitu penting sehingga ia memerlukan
penyelesaian yang khusus. Keputusan tidak berstruktur lebih banyak menggunakan kaedah intuisi
dan tolak ansur serta teknik penyelesaian masalah secara kreatif. Pembuatan keputusan tidak
berstruktur ini, biasanya dilakukan oleh golongan pengurusan atasan sesebuah organisasi seperti
ahli lembaga pengarah dan sebagainya. Contoh keputusan tidak berstruktur ialah keputusan
sesebuah syarikat untuk mempelbagaikan produk dan pasaran.

Menurut Nelson dan Quick (2002) pula mencadangkan tujuh langkah yang dilalui dalam
proses pembuatan keputusan. Langkah-langkah tersebut ialah mengenalpasti masalah dan
keperluan untuk keputusan, mengenalpasti objektif keputusan, memperolehi dan menilai data serta
mendiagnos situasi, menyenarai dan menilai alternative, memilih tindakan yang terbaik,
melaksanakan keputusan, memperolehi maklumbalas dan tindakan susulan.

6
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

4.2 Pembuatan Keputusan Dari Konteks Islam

Dalam Islam, asas kepada pembuatan keputusan adalah berteraskan akidah, akhlak dan
syariah yang menjadi landasan kepada kehidupan manusia. Berpandukan ajaran Islam sebenar, ia
boleh membantu manusia melahirkan organisasi yang terbaik dan cemerlang. Proses pembuatan
keputusan dari konteks Islam kebiasaannya adalah melalui syura. Syura bermaksud proses
interaksi dan perbincangan terhadap sesuatu perkara sehingga menghasilkan keputusan
persetujuan. Pada zaman moden ini, syura boleh disamaertikan dengan pengurusan mesyuarat.
Syura memainkan peranan yang penting sebagai tempat membuat keputusan yang mana akhirnya
terdiri daripada golongan yang tertentu yang bersifat warak dan bertakwa serta bijak mengolah
dan mentafsir masalah. Ahli-ahli syura pula haruslah mempunyai sifat-sifat mazmumah (yang
terpuji) serta seorang yang pakar dalam bidang ikhtisasnya.

Akan tetapi, terdapat juga ruang lingkup dan batasan yang tidak dapat dibahaskan dan
diputuskan melalui syura. Ia adalah seperti perkara yang berkaitan yang telah termaktub hukum-
hukumnya di dlam Al-Quran dan Sunnah. Hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Quran dan
Sunnah adalah merupakan hukum yang telah ditetapkan Allah dan tiada sesiapa pun di dunia boleh
mengubahnya. Selain itu juga, proses syura haruslah tidak bertentangan dengan perundangan yang
sudah jelas dlam dua sumber asas Islam. Apa sahaja keputusan yang diputuskan bertentangan
dengan syariat Islam adalah terbatal. Sistem syura ini telah digunapakai sejak zaman Rasulullah
S.A.W lagi.

Setiap keputusan yang dibuat melalui syura juga haruslah mengambil kira bermula dan
berakhirnya hakikat kejadian manusia yang mana Islam meletakkan asas hakikat kejadian manusia
sebagai punca untuk memutuskan sesuatu keputusan. Sekiranya keputusan yang dihasilkan boleh
membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan manusia, maka ianya bukanlah keputusan yang
sempurna bahkan bertentangan dengan prinsip syura dalam pengurusan Islam.

7
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

5.0 PERBANDINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN MELALUI KONTEKS


KONVENSIONAL DAN ASAS ISLAM

Seperti yang diperbincangkan berkenaan proses pembuatan keputusan daripada konteks


konvensional dan konteks Islam, dapat dilihat perbezaan yang amat ketara daripada berbagai aspek
dan perkara. Dari segi konteks Islam, asas utama dan pegangan teguh kepada asas Islam ini adalah
berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas tersebut haruslah diikuti oleh
seseorang yang membuat keputusan dan asas tersebut juga akan memandu kepada keperibadian
seseorang yang akan memberikan kesan terhadap pembuatan keputusan yang adil dan sempurna.
Manakala melalui konteks konvensional, rujukan dan amalan daripada teori Ulitarianism, moral
serta keadilan yang digunapakai dan menjadi asas utama kepada pembuatan keputusan
konvensional.

Dari segi sumber pula, pembuatan keputusan melalui konteks Islam adalah bersumber
kepada Al-Quran dan hadis. Isi kandungan Al-Quran dan hadis adalah menyeluruh dan mencakupi
keperluan hidup manusia. Maka tiada keraguan apabila merujuk kepada dua sumber tersebut dalam
pembuatan keputusan. Dari konteks konvensional pula, sumber pembuatan keputusan adalah
berteraskan akal fikiran semata-mata dan tiada pendekatan yang khusus terhadap sumber tersebut.

Dari aspek nilai pula, asas Islam mempunyai nilai yang mutlak dan tidak berubah.
Manakala asas konvensional pula mempunyai nilai murni yang berubah serta tidak tetap dan boleh
diterima atau di tolak. Dari segi konsep pula, asas Islam menekankan kepada menegakkan
kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Asas konvensional pula berkonsepkan baik dan buruk
yang dinilai dan diselaraskan pada rasional akal manusia.

Asas Islam mempunyai dasar hikmah, kolektif, consensus dan berpandukan Al-Quran
manakala aspek konvensional pula adalah penekanan yang diberikan adalah soal-soal komunikasi,
undang-undang dan prinsip moral etika yang digunapakai sepanjang masa. Komunikasi adalah
merupakan kunci kepada kejayaan dalam pembuatan keputusan. Jika sesuatu komunikasi itu gagal,
ianya sekaligus akan menggagalkan proses pembuatan keputusan itu sendiri. Rasional akal juga

8
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

menjadi tunjang kepada perundangan dan permesyuaratan dan daripada itulah Islam hanya
membenarkan perkara-perkara yang tidak diputuskan hokum dalam sumber asas sahaja yang boleh
menjadi perbincangan dan bukan kepada perkara yang telah ada ketetapan hokum nya dalam
pembuatan keputusan.

6.0 KESIMPULAN

Kemahiran dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan , samada keputusan yang besar atau kecil
mahupun yang penting atau kurang penting ternyata memberi impak yang besar dalam kehidupan
seseorang dalam menentukan kualiti kehidupan mereka. Daripada perbincangan yang telah
dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa pengurusan konvensional telah membawa banyak
pencapaian dan kecemerlangan di dalam proses pembuatan keputusan. Banyak ahli-ahli falsafah
barat mengemukakan teori berkenaan pembuatan keputusan ini dan kesemua teori tersebut menjadi
panduan pada masa kini sejajar dengan keperluan semasa dalam dunia pengurusan moden. Akan
tetapi, ianya masih tidak sempurna jika sesuatu pembuatan keputusan tersebut tidak berbalik
kepada sumber asas iaitu Al-Quran dan hadis. Bertepatan dengan gesaan yang mengharuskan umat
Islam membuat sesuatu perkara berpandukan Al-Quran dan hadis, iainya adalah bertujuan untuk
mengelakkan keraguan dan mencapai keadilan dalam pembuatan keputusan jika terdapat
pertikaian dalam proses pembuatan keputusan tersebut. Pengurusan konvensional hanya
mementingkan ilmu sekular dan pandangan akal semata-mata dalam menentukan kesempurnaan
keputusan yang dilakukan. Dan akhirnya, manusia harus berbalik kepada asas Islam dalam menilai
sesuatu keputusan bagi menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan teratur.

9
GMGM 3093 Pengurusan Perbandingan | 194694

7.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain, (1990). Pentadbiran awam. Asas pemikiran dan falsafah. Kuala Lumpur
:Dewan Bahasan dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. 1991. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors

Nazlina Zakaria, Hanissah A.Razak & Abdul Munaf Bohari, Gelagat Pembuatan Keputusan
dalam Organisasi : Model, Implikasi dan Isu-Isu Etika diambil daripada
https://www.scribd.com/doc/26996680/Model-Pembuatan-Keputusan-Dan-Isu-Isu-Etika

Peter Byrne David Cadman, 1993, Risiko, Ketidakpastian dan Membuat Keputusan dalam
Pembangunan Harta, DBP Kuala Lumpur

Tee, K.K. & Santhi, R. (2007). Decision Making. In Nik Azlina Nik Yaacob, BDPP1103 :
Introductory Management (PP. 35-46). Malaysia, Open University Malaysia (OUM)

Zainal Ariffin Ahmad, 1998, Perlakuan Organisasi, Penerbit Fajar Bakti

10

Anda mungkin juga menyukai