Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN PEKA 3

Kaji situasi di bawah.

Rajah 2 menunjukkan dua contoh situasi pembakaran daging dan didapati


pembakaran sate mengambil masa yang lebih cepat untuk masak berbanding
dengan pembakaran stik (steak).

Pembakaran sate Pembakaran stik


Rajah 2

Berdasarkan pemerhatian situasi di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen


untuk mengkaji situasi tersebut.

Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan eksperimen yang lengkap
dan mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan
berikut:

1. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini


2. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (PMP) dengan
Pemboleh ubah bergerakbalas (PGB).
3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi (DSO) bagi kadar
tindakbalas.

4. Pada pendapat anda, cadangkan bagaimana daging stik dapat dimasak


dengan lebih cepat dan jelaskan jawapan anda.
5. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, cadangkan penambahbaikan untuk
mendapatkan data yang lebih jitu/tepat.
6. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda.

7. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap


saintifik dan nilai murni akan dinilai.

1|TUGASANPEKA3/2021 | CikguRosiahSMKBBST
4.2 KESAN SAIZ BAHAN TINDAK BALAS PEPEJAL TERHADAP
TAJUK
KADAR TINDAK BALAS
1) Pernyataan Mengapakah pembakaran sate mengambil masa yang
masalah lebih cepat untuk masak berbanding dengan
pembakaran stik?

2) Hipotesis Semakin kecil saiz bahan tindak balas pepejal, semakin


tinggi kadar tindak balas.

3) Tujuan Untuk mengkaji kesan saiz marmar terhadap kadar tindak


balas dengan asid hidroklorik cair.

4) Pemboleh ubah
a) dimanipulasikan Saiz marmar
b) bergerakbalas Isipadu gas yang terkumpul
c) dimalarkan Jisim marmar, Kepekatan dan isi padu asid hidroklorik cair

5) Radas dan bahan Kelalang kon 250 cm3, silinder penyukat 50 cm3,
penyumbat getah dengan salur penghantar, buret,
besen, neraca elektronik, kaki retort dengan pengapit dan
jam randik

6) Susunan radas dan


bahan

Salur penghantar Buret Kaki retort

Asid hidroklorik cair


Besen
Air
Ketulan marmar

7) Prosedur 1. Isi buret dan besen dengan air. Kemudian,


telangkupkan buret ke dalam besen yang berisi air dan
apitkan buret secara menegak dengan menggunakan
kaki retort.

2. Selaraskan aras air di dalam buret. Perhatikan dan


catat bacaan awal buret, V0.

2|TUGASANPEKA3/2021 | CikguRosiahSMKBBST
3. Sukat 40 cm3 asid hidroklorik cair 0.1 mol dm–3 dengan
menggunakan silinder penyukat. Tuangkan asid yang
disukat ke dalam sebuah kelalang kon yang bersih dan
kering.

4. Timbang 2 g ketulan marmar yang bersaiz besar


dengan menggunakan neraca elektronik. Kemudian,
masukkan 2 g ketulan marmar ini ke dalam kelalang
kon tersebut. (Set I)

5. Tutup kelalang kon serta-merta menggunakan


penyumbat getah dengan salur penghantar.
Letakkan satu lagi hujung salur penghantar di bawah
buret. Mulakan jam randik.

6. Perhatikan dan catat isi padu gas yang terkumpul di


dalam buret setiap 30 saat.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 dengan menggantikan


ketulan marmar dengan serbuk marmar yang dengan
jisim yang sama. (Set II)

8) Pemerhatian

9) Mentafsir data
Eksperimen Set I - Tindak balas antara ketulan marmar
(kalsium karbonat) dengan asid hidroklorik cair

Kadar tindak balas purata keseluruhan

= Isipadu gas karbon dioksida


Tempoh masa tindakbalas
3
= 45.00 cm 3 -1
= 0.25 cm s
180 s

3|TUGASANPEKA3/2021 | CikguRosiahSMKBBST
Eksperimen Set II - Tindak balas antara serbuk marmar
(kalsium karbonat) dengan asid hidroklorik cair

Kadar tindak balas purata keseluruhan

= Isipadu gas karbon dioksida


Tempoh masa tindak balas
3
45.00 cm 3 -1
= = 0.30 cm s
150 s
3
Isipadu gas terkumpul (cm )

50.0

45.0 x x x
x x
Set II: Serbuk marmar
40.0
x
x

Set I: Ketulan marmar


x
x
30.0

x
20.0 x

x
10.0

x
0 30 60 90 120 150 180 210 Masa (s)

4|TUGASANPEKA3/2021 | CikguRosiahSMKBBST
Semakin kecil saiz bahan tindak balas (pepejal),
semakin cepat menjadi lengkap bertindak balas
→ semakin tinggi kadar tindak balas

10) Perbincangan 1. Serbuk marmar lebih cepat menjadi lengkap


bertindak balas dalam asid hidroklorik cair kerana
serbuk marmar yang lebih kecil mempunyai luas
permukaan terdedah yang lebih besar kepada tindak
balas.

2. Semakin kecil saiz marmar, semakin cepat lengkap


bertindak balas dengan asid hidroklorik cair.

3. Kadar tindakbalas ialah kadar isipadu gas yang


terkumpul dalam sesaat apabila marmar lengkap
bertindak balas dengan asid hidroklorik cair.

4. Daging stik dapat dimasak dengan lebih cepat jika


dihiris setebal kira-kira 1 cm kerana hirisan daging stik
yang lebih nipis mempunyai luas permukaan terdedah
yang lebih besar kepada haba.

5. Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan


data yang lebih jitu/tepat, eksperimen dilakukan
sebanyak tiga kali untuk mendapatkan purata isipadu
gas yang terkumpul.

6. Data yang diperolehi adalah sah kerana isipadu gas


yang terkumpul di dalam buret dapat dibaca dengan
tepat setiap 30 saat.

11) Kesimpulan Hipotesis diterima.


Semakin kecil saiz bahan tindak balas pepejal, semakin
tinggi kadar tindak balas.

5|TUGASANPEKA3/2021 | CikguRosiahSMKBBST

Anda mungkin juga menyukai