Anda di halaman 1dari 13

LOMPAT JAUH

LOMPAT JAUH

Gaya Lompatan

Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:
1. Gaya Layar
2. Gaya Gantung
3. Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa pelompat
berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua teknik adalah
hampir sama.

Fasa Lompat Jauh

Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak.
Fasa Lonjakan melompat dari papan.
Fasa Layangan badan berada di udara.
Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat.
Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.
Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum untuk
menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan untuk mendapat
tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.
Fasa Lonjakan

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini memerlukan:
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat.
Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.
Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang
tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke hadapan dengan
bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan
yang tinggi.
Fasa Layangan

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan
pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:
Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan
badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung kaki.
Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas seolah-olah
bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat kebelakang.
Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.
Fasa Pendaratan

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut
dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.
Terdapat beberapa aktiviti yang difikirkan sesuai sebagai latihan untuk lompat jauh

antaranya ialah :
Berlari sejauh 20 hingga 30 meter
Lompat jauh dirian
Melompat melepasi halangan
Lompat ketingting perlumbaan lari berganti-ganti
Melompat anak sungai
Latihan 1


Berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-
ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi
tumpuan kepada pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.
Latihan 2

Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan
dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai keadaan yang
sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat
lompatan tertinggi semasa latihan.

Latihan 3

Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di
udara, kaki bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan
kaki bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk
memastikanpelajar melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke
hadapan semasa berada di fasa layangan.

Latihan 4

Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas
supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan.

Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya mendarat dengan betul.
Latihan 5

Berlari pantas ( 11 hingga 13 langkah ), melonjak dan mendarat. Guna dan
sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merupakan
latihan lompat jauh secara keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai