Anda di halaman 1dari 3

1.

Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam


pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara cuba kenal pasti perkara-perkara tersebut.

Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam.

Objektif Pendidikan Sains Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat. Kandungan Pendidikan Sains

2.0

Kandungan pendidikan sains merujuk pada apa yang perlu diajar dan disediakan dalam sukatan pelajaran dan huraian spesifikasi kurikulum sains. Matapelajaran Sains adalah disusun mengikut pendekatan bertema dan berasaskan pada keperluan pelajar, masyarakat dan sejagat. Setiap tema terdiri daripada beberapa bidang pembelajaran yang terdiri daripada beberapa objektif pembelajaran. Setiap objektif pembelajaran mengandungi satu atau lebih hasil pembelajaran. (Rujuk Huraian Spesifikasi Kurikulum)

3.0

Pengajaran Sains

Sains ialah mata pelajaran yang membantu murid memahami diri sendiri dan alam persekitaran dengan lebih baik. Sains juga membantu memperkembangkan kemahiran sains, kemahiran berfikir serta sikap dan nilai murni murid. Dengan itu pengajaran sains hendaklah berfokuskan pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran bermakna ialah proses yang membantu murid memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang dapat memperkembangkan pemikiran mereka ke peringkat yang optimum. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Penggunaan pelbagai strategi pengajaran pembelajaran digalakkan untuk mempertingkatkan minat murid dalam sains. Pemilihan strategi pengajaran hendaklah berasaskan pada kandungan kurikulum, kebolehan murid serta resos dan infrastruktur yang ada. Aktiviti pengajaran pembelajaran yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai gaya pembelajaran dan kecerdasan yang berlainan. Strategi pengajaran pembelajaran yang boleh digunakan ialah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan penggunaan teknologi. Matlamat pendidikan sains adalah berasaskan pada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains.

2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai dengan melengkapkan jadual berikut;

Bidang

Contoh Aktiviti Penilaian

formatif

Penilaian yang berterusan dalam p&p Menjawab latihan soalan

sumatif

peperiksaan

informal Autentik

Kuiz, soal jawab, perbincangan Amali, portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen.

Anda mungkin juga menyukai