ix
BAB 1
PROFIL MATA PELAJARAN
1.1 PENDAHULUAN
1
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah
satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang dapat mengembangkan minda murid ke tahap yang
optimum. Pembelajaran berfikrah berlaku melalui pelbagai pendekatan
seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran masteri, pembelajaran
kontekstual, pembelajaran akses kendiri, kajian masa depan,
konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan masalah.
2
b. Sains Sekolah Rendah
1.3 OBJEKTIF
3
ii. Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran
praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan
asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif.
iii. Memperkukuh pengetahuan dan kemahiran asas teknologi
maklumat dan komunikasi dalam Dunia Sains Teknologi
serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan
kreatif mengikut tahap kebolehan murid.
iv. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam sains,
reka bentuk dan teknologi serta teknologi maklumat dan
komunikasi bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran
Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Reka
Bentuk Teknologi di Tahap II.
4
c. Objektif Pendidikan Sains Sekolah Menengah adalah :
5
1.4 ORGANISASI KANDUNGAN
a. Sains
Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains adalah
seperti berikut:
i. Memperkenalkan Sains
ii. Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
iii. Jirim dan Alam
iv. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup
v. Daya dan Gerakan
vi. Tenaga dalam Kehidupan
vii. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar
6
viii. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat
ix. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas.
b. Biologi
Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Biologi adalah:
i. Pengenalan kepada Biologi
ii. Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan
iii. Menyiasat Fisiologi Hidupan
iv. Menyiasat Perhubungan Hidupan dengan
Persekitaran
v. Fisiologi Kehidupan
vi. Variasi dan Pewarisan
c. Kimia
Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Kimia adalah:
i. Memperkenalkan Kimia
ii. Jirim di Sekeliling Kita
iii. Interaksi antara Bahan Kimia
iv. Penghasilan dan Pengurusan Bahan Kimia
d. Fizik
Bidang pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran
Fizik adalah:
i. Pengenalan kepada Fizik
ii. Daya dan Gerakan
iii. Daya dan Tekanan
iv. Haba
v. Cahaya
vi. Gelombang
vii. Elektrik
viii. Keelektromagnetan
ix. Elektronik
x. Keradioaktifan
7
e. Sains Tambahan
Tema yang terdapat dalam mata pelajaran Sains
Tambahan adalah seperti berikut:
i. Pengukuran dan Daya
ii. Tenaga dan Kehidupan
iii. Jirim dalam Alam Semula jadi
iv. Penyelenggaraan dan Kesinambungan Hidup
v. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar
vi. Gelombang
vii. Perkembangan Sains dan Teknologi
8
Berikut adalah cadangan sebaran waktu pengajaran dan pembelajaran
serta waktu amali mata pelajaran Sains:
a. Sekolah Rendah
Peruntukan
Mata Sebaran Waktu dalam
Tahun Masa Waktu Amali Minimum
Pelajaran Seminggu
Seminggu
Dunia Sains 60 minit
13
dan Teknologi (2 waktu)
120 minit
Sains 4-6 Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali
(4 waktu)
b. Sekolah Menengah
Peruntukan
Mata Sebaran Waktu dalam
Pelajaran Tingkatan Masa Seminggu Waktu Amali Minimum
Seminggu
Waktu berkembar = 2 kali
200 minit
Sains 15 dan Waktu berkembar = 1 kali
(5 waktu)
1 waktu = 1 kali
Sains 160 minit
4-5 Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali
Tambahan (4 waktu)
Fizik
160 minit
Kimia 45 Waktu berkembar = 2 kali Waktu berkembar = 1 kali
(4 waktu)
Biologi
BAB 2
PENGURUSAN MATA PELAJARAN
2.1 PENDAHULUAN
10
Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut:
11
e. Merancang latihan atau kursus perkembangan staf dengan tujuan
meningkatkan mutu pendidikan.
f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di
sekolah.
g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti
kurikulum.
h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan
aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.
i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan
dengan pendidikan semasa.
j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan
mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan oleh
panitia.
k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.
l. Memastikan Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan dengan
berkesan.
m. Menilai dan meneliti pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan dan
mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum
Daerah atau Negeri.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata
pelajaran sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
12
a. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid (Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk
kegunaan ahli panitia.
b. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi tahun semasa
selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan
takwim sekolah.
c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada
pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid.
d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan
menyediakan bank soalan.
e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap
peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai
bagi penambahbaikan.
f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-
kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan
secara semerta jika perlu.
g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
(secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah
atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan
kaedah untuk mengajar serta mencari penyelesaian masalah
bagi sesuatu isu.
h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh
setelah mengikuti kursus atau seminar.
i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu
pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.
j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran
dengan panitia di sekolah berhampiran.
k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu
usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.
13
l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk
menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli
panitia.
m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod.
Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di
samping itu, pengetua atau guru besar perlu menubuhkan panitia mata
pelajaran. Beliau juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan atau
pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.
14
penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga
berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan
dan bimbingan dan mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk
mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan mata pelajaran
Bahasa Malaysia.
15
Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran terkini.
c. Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran
Tahunan dengan mengambil kira takwim semasa persekolahan.
d. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru
mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran
Harian.
e. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta
16
n. Merancang program Professional Learning Community seperti
Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches,
Lesson Study dan Teachers Sharing Sessions.
o. Memastikan guru mata pelajaran mengutamakan pendekatan
inkuiri dan penyelesaian masalah disamping menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi.
p. Memastikan bilik atau makmal sains digunakan secara optimum
untuk pelaksanaan aktiviti atau amali sains.
q. Memastikan bilik atau makmal sains berada dalam keadaan
bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.
17
e. Menyediakan pelbagai sumber pendidikan dan teknologi
maklumat dan komunikasi yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti model, rajah, carta, cakera
padat, video, laman web, smart board dan sebagainya yang
difikirkan sesuai.
f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang
sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat.
g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, dan kolokium
berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata
pelajaran atau badan profesional tertentu.
h. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi
kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut
ketetapan yang diputuskan.
i. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional bagi
menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran
serta merancang penambahbaikan.
j. Menerapkan pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan
kemahiran berfikir aras tinggi semasa pengajaran dan
pembelajaran.
k. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
18
b. Mesyuarat panitia diadakan selepas Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.
c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,
perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,
analisis peperiksaan awam dan sekolah dan perancangan
kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat
panitia.
d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara
berikut:
i. Ucapan pengerusi.
ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
iii. Perkara berbangkit.
iv. Perbincangan isu atau masalah profesional.
v. Hal-hal lain.
e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan
kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh
yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam (PKPA) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat
dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
19
Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu :
a. Geran Perkapita Mata Pelajaran Teras, Wajib, Tambahan &
Bahasa Asing dan Elektif.
b. Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran Pusat Sumber Sekolah,
Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun
atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.
20
Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan semasa.
21
2.12 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
22
2.14 BILIK ATAU MAKMAL SAINS DAN SUDUT MATA PELAJARAN
23
d. Struktur organisasi persatuan sains terletak bawah Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti panitia
berkenaan.
e. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh
ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang
diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut:
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Bendahari
v. Beberapa orang ahli jawatankuasa
f. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa dari
semasa ke semasa bergantung pada kehendak perlembagaan dan
keperluan.
g. Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil
berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai matlamat
kegiatan yang dirancang.
24
BAB 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1 PENDAHULUAN
Pengajaran ialah aktiviti yang direka bentuk dan dilaksanakan oleh guru
secara terancang dan teratur yang berasaskan ilmu pendidikan dan teori
pedagogi yang sesuai. Hal ini demikian bagi menitipkan ilmu
pengetahuan kepada murid berkaitan mata pelajaran yang diajar bagi
membolehkan pertambahan ilmu dan perubahan tingkah laku. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran
Sains menggunakan pendekatan berpusatkan murid yang memberi
penekanan terhadap pembelajaran melalui pengalamian. Dalam hal ini,
pelbagai teknik dan kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan,
eksperimen, kajian kes, projek, tunjuk cara, main peranan dan simulasi
digunakan mengikut keadaan dan potensi murid. Sementara itu,
pembelajaran merupakan satu proses bagi mendapatkan pengetahuan
atau kepercayaan baharu oleh murid yang membawa perubahan
perlakuan hasil daripada pengalaman yang baharu. Guru berperanan
sebagai fasilitator. Guru juga melaksanakan aktiviti dan teknik
penyampaian yang menarik bagi menjalinkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai menggunakan sumber pendidikan yang berkesan.
25
a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.
b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.
d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran.
e. Kaedah penyampaian yang sesuai bagi meningkatkan
pencapaian objektif pelajaran.
f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepat
pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi
mengukuhkan pembelajaran murid.
h. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman
murid.
j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan
pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.
k. Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang
kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
26
3.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Inkuiri-Penemuan
Inkuiri-penemuan merupakan satu kaedah pembelajaran yang
melibatkan pertanyaan mengenai sesuatu perkara dan mencari
jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Kaedah ini
melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat
hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuiri-penemuan
memerlukan kemahiran mengeksperimen, membuat refleksi, dan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah yang
digunakan.
27
b. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam unit pembelajaran
sebelum berpindah ke tajuk seterusnya. Murid belajar mengikut
kemampuan aras kognitif masing-masing. Aktiviti pengayaan dan
pemulihan menjadi sebahagian daripada proses Pembelajaran
Masteri.
c. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Konstektual menggabungkan isi kandungan
dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat
menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan
mereka. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti handson dan mindson.
28
f. Konstruktivisme
Murid belajar dan membina sendiri pemahaman yang bermakna
kepada diri mereka. Unsur penting dalam konstruktivisme adalah
pembelajaran daripada hasil usaha murid sendiri apabila mampu
menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan
semula idea. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan
pengalaman dan membuat refleksi.
29
a. Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan
dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui
penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu
secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan
kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.
b. Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat
berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan
sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru
bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan
bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk
mempamerkan kebolehan diri.
c. Simulasi
Aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenar. Contoh
simulasi yang utama ialah main peranan, permainan, dan
penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan
sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat
yang telah ditentukan. Permainan pula menpunyai peraturan
yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu
prinsip ataupun untuk memahami proses bagi membuat
keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau
keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut
dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
30
pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Setiap lawatan yang dibuat perlu perancangan yang rapi bagi
memastikan murid mengetahui peranan dan aktiviti yang hendak
dibuat semasa dan selepas lawatan.
e. Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh murid secara individu atau
berkumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek
mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek
dalam bentuk laporan, artifak, atau lain-lain perlu dibentangkan
kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan
perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran
pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.
31
digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
membangunkan modal insan yang dihasratkan.
b. Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan
membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan
pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai
moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan
elemen ini bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam
kalangan murid.
c. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi diajar
kepada murid agar dapat menggunakan komputer untuk
tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-
mel, menggunakan aplikasi perisian dalam
menyempurnakan tugasan harian dan mengakses
maklumat melalui internet.
32
i. Memerhatikan
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,
rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang
objek dan fenomena.
ii. Mengelaskan
Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan
mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri
yang sama.
v. Meramalkan
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan
data.
vi. Berkomunikasi
Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan
maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,
graf, rajah atau model.
33
vii. Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah,
bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim dengan masa.
xii. Mengeksperimen
Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji
sesuatu hipotesis, mengumpulkan dan mentafsirkan data
untuk mendapatkan kesimpulan.
34
b. Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor
dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid
melakukan perkara yang berikut:
i. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan
bahan sains dengan betul.
ii. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan
betul dan selamat.
iii. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang
betul.
iv. Mengendalikan spesimen dengan betul dan
cermat.
v. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains
dengan tepat.
i. Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu konsep atau objek.
35
iii. Mengumpul dan mengelas
Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena
kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria
tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.
vi. Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menguraikannya kepada
bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep
atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
viii. Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari
segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau
dalil yang sah.
36
b. Strategi Berfikir
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti
berikut:
i. Mengkonsepsikan
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian,
konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya
yang saling berhubung.
iv. Menaakul
Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang
digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik,
rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran
berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih
mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat
penaakulan secara induktif dan deduktif.
37
3.5.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Keterangan
Menggunakan pengetahuan, kemahiran
Mengaplikasi dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
Menganalisis
mendalam serta hubung kait dengan bahagian
berkenaan.
Membuat pertimbangan dan keputusan
Menilai menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan nilai serta membuat justifikasi.
Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
Mencipta
yang kreatif dan inovatif.
38
3.5.5 Penerapan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
39
RUJUKAN
10. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012
6869