Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN


KE-60, TAHUN 2017

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam, ahli keluarganya
dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini, perhimpunan yang dikasihi, dan


kepulangan dari perhimpunan ini adalah kepulangan yang
menghapuskan dosa.

Sempena Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-60 ini, kami pohon ihsan


daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami
daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada
segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami
daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar
kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Ya Rahman, Ya Rahim,

Kami memohon kepadaMu, kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar


kami sentiasa berada pada jalan yang Engkau Redhai. Berikanlah kami
kekuatan untuk melaksanakan segala ketaan dan meninggalkan
kemaksiatan.
Allahumma Ya Hafizhu Ya Muhaimin,

Kurniakanlah kami hati yang ikhlas untuk melakukan amal kebajikan.


Peliharalah kami Ya Allah, generasi kami daripada ancaman liberalisme,
sekularisme, ekstrimisme dan segala bentuk kesesatan yang boleh
mencalarkan aqidah dan akhlak umat islam. Lindungilah kami daripada
tipu daya golongan munafiq yang hendak memecah belahkan
perpaduan kami dan menimbulkan fitnah kepada pemimpin, para ulama
dan orang-orang soleh.

Ya Allah,

Selamatkanlah kami dari kejahilan supaya kami dapat menjalani


kehidupan ini berlandaskan syariatMu. Bersihkanlah amalan kami
daripada kemunafikan yang menjadikan kami buta dengan pangkat,
harta dan habuan dunia. Satukanlah hati kami Ya Allah dengan cahaya
keimanan yang bergemerlapan agar kami dapat menyampaikan dakwah
tanpa dibelenggu keraguan.

Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam,

Peliharalah kemerdekaan ini supaya hati kami, jiwa kami dan minda
kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh serta dapat
memakmurkan negara dan bangsa. Dan kami memohon kepadaMu Ya
Allah, kurniakanlah pertolonganMu kepada para mujahidin di Syria,
Palestin, Iraq, Afghanistan, Afrika dan para mujahidin di seluruh
permukaan bumi ini. Kurniakanlah mereka keimanan yang teguh dalam
mendepani musuh-musuh.

Anda mungkin juga menyukai