Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

PROGRAM ”SATELITTE SCIENCE


CENTER”

TAHUN 2010

6 NOVEMBER – 7 NOVEMBER 2010

PKG GEMENCHEH
Masa CUE ANN 1

8.45 Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke Program ” Satellite Science Centre” di
PKG Gemencheh Tahun 2010.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

Masa CUE ANN 2

8.55 am Ketibaan wakil Mengumumkan ketibaan En Tajudin bin Abd Rahman


Pengarah JPNS Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, ke Program ”
Satellite Science Centre”

Masa CUE ANN 3

9.00 am Lagu Negara ku Lagu Negara ku dimainkan.....


dimainkan

Para tetamu Yang Berbahagia En Tajudin serta hadirin sekalian dijemput


jemputan dan duduk.
hadirin dijemput
duduk
Masa CUE ANN 4

9.00 am Setelah semua Daun Layu di tengah gurun


hadirin berada di Nampak jalur pohon cemara
tempat duduk Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia En Tajudin bin Abd Rahman


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin
(Mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan)

Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li Wan


Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara

Yang Berusaha En. Abdullah bin Yussuf


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sembilan

Yang Berusaha En Zainal bin Yusof


Guru Besar SK Datuk Abdullah
(Merangkap Pengerusi PKG Gemencheh)

Para Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-sekolah Daerah Tampin

Ketua-ketua Jabatan dari Agensi:


MRSM, Polis, Pejabat Kesihatan, Pejabat Haiwan

Semua Urusetia Program yang terdiri daripada :


Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan
Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru
Seluruh Negeri Sembilan
Guru-guru SK Datuk Abdullah
Agensi Pameran (MIMOS, Nuklear Malaysia, CETREE
PUSTAKA, Bomba, Planetarium Negara, Jab. Meteorologi,
Remote Sensing, AELB, MRM, Jab. Falak USM & UKM

Para guru, pelajar, hadirin dan hadirat yang dihormati


sekalian
Masa CUE ANN 5

9.05 am Setelah semua para Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta


tetamu jemputan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia En Tajudin
dan hadirin duduk Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin (Mewakili
Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan), ke
Program ”Satellite Science Centre” tahun 2010. Majlis juga
mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu
jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang
dimuliakan.

Masa CUE ANN 6

9.05 am Bacaan doa Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Singgah sebentar rumah Cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Selepas bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan En. Mohd
Aris bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 7

9.10 am Ucapan alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka


KPP PSN Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
sekali lagi dalam Majlis Perasmian Program ” Satellite
Science Centre” Anjuran Pusat Sains Negara dengan
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan
dan Pusat Kegiatan Guru Gemencheh.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan,


para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke
program ini.
Masa CUE ANN 8

9.12 am Ucapan Alu-aluan Hadirin yang dihormati,


KPP PSN
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan
ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li
Wan (Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara). Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Masa CUE ANN 9


9.20 am Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yg Bhg Cik
ucapan KPP PSN Phyllis Lam Li Wan (Ketua Penolong Pengarah PSN). Pihak
majlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia Cik
Phyllis atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis dengan


hormatnya menjemput dan mempersilakan Y Bhg En Tajudin
bin Abd Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Tampin) mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Program ”Satllite Science Centre”
Anjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Bahagian
Teknologi Negeri Sembilan dan PKG Gemencheh.

Masa CUE ANN 10

9.30 am Setelah selesai Begitulah berakhirnya ucapan Yg Bhg En Tajudin bin Abd
ucapan Pengarah Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin).
JPNS Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan
dan kesudian merasmikan Program ”Satellite Science Centre”
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Penyampaian Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan


hadiah pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak Pra-Sekolah.
mewarna.
Untuk memulakan penyampaian hadiah, dipersilakan Yg Bhg
Cik Phyllis (KPP PSN) dengan diiringi Yang Berusaha En
Abdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS) menjemput dan
mengiringi Yg Bhg En Tajudin bin Abd Rahman untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Senarai nama pemenang:


10. (saguhati)
9. (saguhati)
8. (saguhati)
7. (saguhati)
6. (saguhati)
5. (saguhati)
4. (saguhati)
3. ( ketiga )
2. ( kedua )
1. (pertama )
Masa CUE ANN 11
9.45 am Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
penyampaian kasih kepada Yg Bhg En Tajudin atas kesudian
hadiah menyampaikan hadiah-hadiah sebentar tadi.

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala


cenderamata hormatnya mempersilakan Yg Bhg Cik Phyllis untuk
kepada wakil menyampaikan cenderamata kepada Yg Bhg En Tajudin.
pengarah JPNS dan Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BTPNNS
Seterusnya dijemput En. Abdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS)
untuk menerima cenderahati daripada PSN.

Masa CUE ANN 12


10.00 am Setelah selesai Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg BHG Cik
penyampaian Phyllis atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.
cenderahati kepada
wakil pengarah
JPNS dan BTPNNS

Masa CUE ANN 13


10.05 am Lawatan ke Tapak Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Pameran dan
jamuan VIP. Sempurnalah sudah Majlis Perasmian ” Satellite Science
Centre ” pada pagi ini. Semoga program dan pameran yang
dijalankan dapat meningkatkan lagi minat para pelajar
kepada mata pelajaran sains dan menjadikannya sebagai
satu pembelajaran yang menyeronokkan bagi mereka. Di
samping itu, program ini juga diharapkan akan turut memberi
manafaat kepada guru-guru khususnya dan masyarakat
setempat amnya dalam perkembangan teknologi sains yang
terkini.

Seterusnya, majlis menjemput Yg Bhg En. Tajuddin, diiringi


Cik Phyllis, En Abdullah dan para tetamu jemputan ke Tapak
Pameran yang diadakan di tapak perhimpunan SK Datuk
Abdullah dan juga PKG Gemencheh. Seterusnya menikmati
jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Masa CUE ANN 14

10.10 am Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Walau


bagaimanapun program yang dijalankan akan diteruskan
hingga ke petang nanti dan juga keesokkan hari iaitu hari
Ahad. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan para hadirin
untuk melawat ke tapak pameran dan mengambil bahagian
dalam bengkel, ceramah dan demonstrasi yang dijalankan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar boleh merujuk


buku program yang disediakan untuk mengetahui aturcara
yang telah disediakan sepanjang 2 hari program dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiri
dengan dua rangkap pantun :

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai