Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

‘GEMILANG MALAYSIAKU’
ANJURAN PELAJAR ELEKTIF TERBUKA PENGURUSAN ACARA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Tarikh : 29 Ogos 2019 (Khamis)


Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Dewan Sri Temenggong Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim Johor

Catatan/
Masa Perkara Teks
Tindakan
7.45 mlm Pendaftaran Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula Pendaftaran
Dan Tetamu sebentar lagi. E-matrik
Mengambil
Tempat Dijemput para hadirin untuk mendaftarkan diri dan
mengambil tempat duduk masing-masing.

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin


diingatkan untuk mematikan atau memastikan telefon
bimbit berada dalam mod senyap.

Kerjasama daripada para hadirin amat dihargai.

8.00 mlm Ketibaan Mengumumkan ketibaan Persembahan


Tetamu Kompang
Kehormat Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Yang diiringi oleh para pensyarah akademik masuk ke


dalam dewan.

1
8.05 mlm Nyanyian Pada hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu
Lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Semaian Subur.

- (Setelah Tamat)-

Para hadirin diminta duduk.

8.20 mlm Salutasi Terbang rendah burung tempua,


Hinggap di dahan secara berdua.
Peserta penghibur telah bersedia,
Dijemput hadirin berhibur semua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam Sejahtera.

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Para pensyarah akademik

Serta para siswa siswi guru yang dihormati sekalian

Selamat datang ke majlis ‘Gemilang Malaysiaku’ Anjuran


pelajar Elektif Terbuka Pengurusan Acara IPG Kampus
Temenggong Ibrahim Johor.

8.25 mlm Alu-Aluan Melati kuntum tumbuh melata,


Pengacara Sayang merbah di pohon cemara.
Assalamualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.

2
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dan
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan
terima kasih atas kesudian

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Para pensyarah akademik dan hadirin sekalian yang


sudi hadir bagi merasmikan majlis ‘Gemilang
Malaysiaku’.

8.30 mlm Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada malam ini, majlis
mempersilakan

Saudara Muhammad Amirul Bin Amri


Dari opsyen 7 PISMP Pendidikan Seni Visual
Untuk memimpin bacaan doa.

Dengan sukacitanya, dipersilakan.

- (Setelah Tamat)-

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

8.35 mlm Ucapan Alu- Pergi ke kota beli selasih, Persembahan


Aluan Sayang si dara buat halwa. multimedia
Berilah kata simpulan kasih, ‘Kemajuan
Sulamkan mesra satukan jiwa. Negara’

Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

3
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya


merasmikan majlis ‘Gemilang Malaysiaku’.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- (Setelah Tamat)-

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Atas kesudian menyampaikan ucapan dan


penyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan

En. Mohd. Kudus Bin Mat


Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Untuk membacakan teks perutusan YAB Tun Dr


Mahathir Mohd Perdana Menteri Malaysia sempena Hari
Kebangsaan 2019.

- (Setelah Tamat)-

4
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd.
Kudus Bin Mat atas bacaan perutusan tadi.

8.50 mlm Deklamasi Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh


Sajak
Saudara Muhammad Asyraf Bin Razali
Dari opsyen 7 PISMP Muzik

Yang bertajuk ‘Keutuhan Perpaduan, Keharmonian


Berkekalan’.

Dipersilakan.

9.00 mlm Persembahan Burung pipit terbang pagi,


Tarian Ingin peluang mendapat rezeki.
Pelbagai Hadirin disaji sejak awal lagi,
Kaum Peserta seterusnya penghibur sejati.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pada malam ini, kita akan disajjkan dengan


persembahan tarian tradisional pelbagai kaum oleh para
pelajar IPGKTI. Marilah kita sama-sama
menyaksikannya.

- (Setelah Tamat)-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar


yang telah membuat persembahan itu tadi.

9.10 mlm Pertunjukan Demi memeriahkan majlis, marilah kita sama-sama


Pakaian menyaksikan pertunjukan pakaian tradisional oleh para
Tradisional pelajar IPGKTI.

5
Majlis mempersilakan.

- (Setelah Tamat)-

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar IPGKTI


yang membuat pertunjukan pakaian tradisional sebentar
tadi.

9.20 mlm Nyanyian Tanpa dilengahkan masa, majlis diteruskan dengan


Lagu Patriotik nyanyian lagu patriotik iaitu ‘Malaysia Bersih’.

- (Setelah Tamat)-

Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Untuk mengiringi laungan merdeka sebanyak tujuh kali.

Dipersilakan tuan.

- (Setelah Tamat)-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

6
Atas kesudian untuk mengiringi laungan merdeka
sebentar tadi.

9.35 mlm Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah Dan Sebagai tanda penghargaan,
Cenderamata Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Dan diiringi oleh

Pn. Normah Binti Abdul Samad


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Johor

Untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah dan


cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada
pihak majlis.

9.40 mlm Penutup Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita.
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Yang berbahagia tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian,

Kami ingin memohon maaf atas kesalahan dan


kesilapan sepanjang kami mengendalikan majlis pada
malam ini.

7
9.45 mlm Lagu IPGM Kini majlis kita sudah berada di penghujungnya.

Sebelum bersurai, para hadirin diminta bersedia untuk


menyanyikan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM).

9.50 mlm Sesi Sidang hadirin sekalian dijemput untuk berhimpun di


Bergambar bahagian tengah dewan bagi sesi bergambar.

10.00 mlm Bersurai Dengan berakhirnya sesi bergambar sebentar tadi,


maka berakhirlah majlis ‘Gemilang Malaysia’ pada
malam ini.

Mengumumkan keberangkatan pulang

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim Johor

Diiringi para pensyarah akademik.

Majlis Bersurai. Sekian, terima kasih.

8
Rujukan

Cg Izzah Mardhiya. (n. d.).Teks Pengerusi Majlis Perasmian Pembukaan. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/9717800/TEKS_PENGERUSI_MAJLIS_PERASMIAN_PEMB
UKAAN

PKG Tampin. (2011). Teks Pengacara Majlis Untuk Program Pusat Akses Sekolah Bersama
Komuniti Peringkat Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Sembilan: Bahagian
Teknologi Pendidikan.

Shahrulhafeez Halim. (2015). Contoh Skrip Pengacara Majlis. Diperoleh daripada


https://www.academia.edu/16493538/contoh_skrip_pengacara_majlis

Universiti Teknologi Malaysia. (2017). Skrip Penuh Majlis Penyerahan Bangunan Residensi UTM
KL Kepada UTM. Kuala Lumpur: Residensi Universiti Teknologi Malaysia.

UTM International Johor Horse Show. (2013). Skrip Pengacara Majlis. Inovatif Entrepreneurial
Global.

Zaiictl. (2010). Skrip Pengacara Majlis. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/


30015035/SKRIP-PENGACARA-MAJLIS

Anda mungkin juga menyukai