Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2010/2011, Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturanperaturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah 2010. ACARA-ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN PERALATAN Acara Lelaki Perempuan Kelas 3 Kelas 3 100 meter X X 200 meter X X 4 x 100 meter X X 4 x 200 meter X X 80 meter lompat pagar X X Lompat Tinggi X X Lompat Jauh X X Lontar Peluru X X Jumlah 8 8 Ukuran berat peralatan bagi acara-acara lontaran / rejaman / lemparan Acara Lontar Peluru Lelaki 3 2.72 kg Perempuan 3 2.72 kg 1.1

* Untuk acara-acara yang tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut: Lompat Tinggi Perempuan Lelaki Kelas 3 1.10 meter 1.20 meter *Ukuran tinggi permulaan ini tidak mengikut standard yang diperakui MSSM. Ia diubah mengikut kesesuaian pencapaian atlit di peringkat Daerah. * Tandaan bagi acara Lompat Tinggi adalah seperti berikut : O = Berjaya X = Gagal Untuk acara-acara yang tersebut di bawah ukuran tinggi bermula seperti berikut: 80 Meter Lompat Pagar ( Lelaki / Perempuan 3 ) Bil. Tinggi Jarak pagar Jarak P Pagar pertama dari antara a garisan permulaan pagar g a r 64 set 0.762 (2 12.00 M 8.00 M pagar (8 6) halangan setiap lorong) - = Tidak Melompat dan jarak ditetapkan Jarak pagar terakhir ke garisan penamat

12.00 M

* Ukuran papan lonjakan ialah 1.22 m x 20 cm manakala kawasan pendaratan ialah 8 m x 2.75 m. * Ukuran larian landas pula diperuntukkan sejauh maksimum 40 meter. 2 CARA PERTANDINGAN Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan sahaja bagi setiap acara lari berganti-ganti. Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut: Setiap peserta tidak boleh mengambil acara sukan melebihi 4 acara. Penentuan Pemotongan Lorong. ( Peraturan acara ) 2.3.1 Acara 4 x 100 Meter - Semua peserta ( Pelari pertama hingga terakhir ) hendaklah berlari di lorong masing-masing sehingga ke garisan penamat. Sebarang pemotongan lorong serta gangguan terhadap peserta lawan akan DIBATALKAN. 2.3.2 Acara 4 x 200 Meter Pelari pertama akan bermula di garisan permulaan 4x400 Meter ( mengikut stagger 1 11.42 m ) dan hendaklah berlari di lorong masing-masing sehingga tiba ke pelari kedua. Pelari kedua hendaklah menunggu di garisan permulaan 200 Meter ( stagger 1 7.61 m ) di lorong masing-masing kemudian pelari kedua hendaklah berlari dilorong masin-masing sehingga ke pelari ketiga di mana pelari ketiga hendaklah menunggu di garisan permulaan 800 Meter ( stagger - 3.81 ) dan dikehendaki menghabiskan satu selekoh sebelum dibenarkan memotong terus ke lorong satu. Begitulah seterusnya hingga ke pelari terakhir di mana pelari seterusnya hendaklah disusun mengikut urutan pelari mana yang tiba dahulu.

2.1

2.2 2.3

2.4

Untuk acara lari berganti-ganti, sekiranya baton terjatuh, ia hanya boleh dipungut semula oleh peserta yang menjatuhkannya dengan syarat ia masih berada di lorong masing-masing dan tidak menggangu peserta lawan. Para peserta ( yang sudah dibenarkan memotong ke lorong satu acara lari berganti-ganti ) juga tidak dibenarkan memotong dari sebelah kiri lawan melainkan ada ruang untuk dia memotong ( sebagai contoh pelari dihadapannya berlari di lorong dua ). Peserta adalah dibenarkan menggunakan Blok Permulaan ( Starting Block ) bagi acara-acara berikut tetapi perlu mendapat persetujuan daripada Pengerusi Teknik Olahraga Bahagian / Daerah bagi mengelakkan sebarang kerosakan padang / Trek: 100 Meter 4 x 100 Meter 200 Meter Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan ( Trek ), oleh itu panjang paku spikes hendaklah di bawah 6 mm.

2.5

2.6

Peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk dijadikan Penanda ( Check Marks ) bagi acara lari berganti-ganti dan lompatan. Para peserta hanya boleh menggunakan Binding Tape yang disediakan oleh kontinjen masing-masing.

PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA Pendaftaran peserta-peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum pertandingan dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. SEMUA PENGISIAN BORANG HENDAKLAH DITAIP. Butir-butir tentang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH masing-masing. Peserta-peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara lari bergantiganti dikehendaki mendaftar juga. Peserta-peserta hendaklah mematuhi arahan khas yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah tentang pengenalan dan pendaftaran. Peserta-peserta bawah 12 tahun hendaklah mengemukakan BORANG KHAS PERIBADI BERGAMBAR serta salinan surat beranak yang disahkan oleh Guru Besar sekolah yang berkenaan dan Setiausaha Sukan Sekolah masing-masing. PENARIKAN DAN PENGGANTIAN Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan 4.1.1 Nama-nama peserta yang akan megambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan ini. Penarikan diri untuk seseorang peserta yang menarik diri (jika ada) hendaklah dibuat TANPA PENGGANTI pada masa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang tersebut di atas. SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN/PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN. Dokumen-dokumen peserta hendaklah diperiksa dan disahkan pada masa mesyuarat dijalankan. Pengundian lorong ( saringan ) dan pengundian giliran untuk acara lompatan / lontaran / rejaman akan dilakukan oleh pihak Pengelola.

3.1

3.2 3.3 3.4

4. 4.1

4.1.2

4.1.3
4.1.4 4.2

Pada Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan Semasa mesyuarat untuk Pengurus-pengurus Pasukan, hanya perkara-perkara berikut tentang senarai peserta boleh dilakukan: 4.2.1 4.2.2 Penarikan diri peserta TANPA pengganti. Pengesahan peserta-peserta bagi setiap acara lari berganti-ganti.

4.3

Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan. 4.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan penyertaannya pada Taklimat pengurus-pengurus pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada pegawai perubatan, atlit berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. Begitu juga sekiranya atlit tersebut menarik diri tanpa sebab, beliau dengan sendirinya tidak boleh menyertai mana-mana acara seterusnya pada kejohanan tersebut. Penyertaan Dalam Acara Berganti-ganti

4.4

4.4.1

Penyertaan bagi acara Lari Berganti-ganti dibenarkan kepada semua peserta yang telah didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Ini bermakna setiap pasukan boleh menyenaraikan 4 orang peserta bagi setiap acara lari berganti-ganti. Pada masa satu setengah jam sebelum acara tersebut bermula.

MELAPORKAN DIRI PESERTA Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 25 minit bagi acara-acara padang sebelum waktu yang dijadualkan. Selepas itu, mereka akan diiring ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. Peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 10 minit sebelum acara mereka dijalankan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri sekaligus tidak boleh menyertai mana-mana acara seterusnya pada kejohanan tersebut. Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada tiap-tiap sudut ( 4 pin setiap nombor ). Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada peserta lompat tinggi di mana mereka dibenarkan menanggalkan nombor di bahagian belakang ketika acaranya berlangsung untuk tujuan keselamatan. CARA MEMUTUSKAN KEDUDUKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN

5.1

5.2 5.3

6. 6.1

Johan keseluruhan ialah kontinjen olahraga yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira, Jika masih seri juga, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN. Peserta peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh penyelia peserta. Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu berakhir, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing dan memandang ke arah Hakim Balapan untuk menunjukkan nombor mereka. SARINGAN Tiga pemenang setiap saringan dan dua lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada kedua-dua saringan layak memasuki peringkat akhir. Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Pengerusi Teknik Olahraga Daerah di bawah penyeliaan salah seorang ahli Juri Rayuan. BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM. 9.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:

7. 7.1 7.2

8. 8.1

9. 9.1

(a)

Lima belas (15) diumumkan bagi acara-acara (b) Tiga puluh (30) diumumkan bagi acara-acara 9.1.2

minit setelah keputusan saringan minit setelah keputusan peringkat Akhir.

rasmi rasmi

Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 (Seratus ringgit sahaja).

10. 10.1

HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga Daerah Kudat berhak memindah susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, Pengurus-pengurus akan diberitahu kelak. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Amator Malaysia (KOAM) 1993/1994, Peraturan-peraturan Am MSSM atau Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSS. HAL-HAL LAIN Tempat-tempat khas disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta atau sebarang kecederaan lain berlaku semasa :11.3.1 Perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat kejohanan dan sebaliknya. 11.3.2 Kejohanan berlangsung. 11.3.3 Di dalam dan luar kawasan kejohanan. 11.3.4 Di tempat-tempat penginapan. Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. Bagi penentuan Olahragawan / Olahragawati, ia akan dinilai berdasarkan pencapaian mencatat rekod baru ( mana yang lebih baik pencapaiannya ). Sekiranya tidak ada rekod diatasi maka pungutan pingat terbanyak bagi setiap peserta akan dinilai ( mana yang lebih tinggi pencapaiannya ). Had umur peserta adalah seperti berikut : Kategori Kelayakan 12 Tahun Ke Bawah Lahir pada atau selepas 1 Jan 1999 * Ukuran nombor bagi semua peserta adalah 21 cm x 15 cm. * Nombor yang dipakai oleh peserta hendaklah sama dengan nombor yang tertera didalam Borang Penyertaan Rasmi.

10.2

11. 11.1

11.2

11.3

11.4

11.5

11.6

11.7 11.8

Semua kontinjen dikehendaki melaporkan diri di Pusat Sukan Kudat sebelum jam 7.00 pagi pada 20.01.2011 ( Khamis ). Huruf-huruf dan nombor-nombor pengenalan RUMAH SUKAN bagi Kejohanan Olahraga SRK St.James kali ke-6 ( 2011 ) adalah seperti berikut : BI L 01 02 03 04 05 RUMAH SUKAN NOMBOR 101 201 151 051 001 150 250 200 100 050

Anda mungkin juga menyukai