Anda di halaman 1dari 18

SARJANA MUDA PENGURUSAN PEMBUATAN DENGAN KEPUJIAN

(BMMG)

MEI / 2021

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 950529126981001


NO. KAD PENGENALAN : 950529126981
NO. TELEFON : 0178362895
E-MEL : fauzanasyrafjr@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAIPING


OUMH1603

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.....................................................................................................3

2.0 BAHAGIAN A – ISU ALAM SEKITAR.............................................................3

3.0 BAHAGIAN B – INTERPRETASI VIDEO........................................................6


3.1 VIDEO 1-GCED........................................................................................7
3.2 VIDEO 2-ISU ALAM SEKITAR.............................................................8

4.0 BAHAGIAN C – TIGA DIMENSI KONSEP UTAMA GCED.......................11


4.1 FAEDAH GCED KEPADA MASYARAKAT DALAM ISU ALAM
SEKITAR.................................................................................................11
4.2 LANGKAH PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR.......................12

5.0 KESIMPULAN....................................................................................................14

6.0 REFLEKSI KENDIRI.........................................................................................14

RUJUKAN........................................................................................................................17

2
OUMH1603

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education, GCED) ialah satu


ilmu sivik yang melibatkan warga global dalam menangani masalah yang dihadapi di
dunia dari segi sosial, ekonomi, politik, dan persekitaran. GCED mula dilancarkan pada
12 September 2012 oleh Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon dengan kerjasama
pihak UNESCO. Tujuan GCED adalah untuk melahirkan warganegara global yang
berpengetahuan dan berfikiran kritis dan inovatif, menghormati kepelbagaian, beretika
dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran global. GCED penting pada abad ke-
21 bagi menangani kemelut yang melanda dunia seperti isu alam sekitar, peperangan, dan
perubahan iklim.

Objektif tugasan ini adalah memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab kepada
umum tentang kepentingan GCED dalam menjaga alam sekitar. Satu isu berkaitan alam
sekitar dipilih untuk dibincangkan secara lebih terperinci. Selain itu, perkongsian video
yang berkaitan dengan GCED dan isu alam sekitar turut diselitkan dalam tugasan ini serta
perbincangan mengenai tiga dimensi konsep utama yang digariskan dalam GCED dalam
menangani isu yang dipilih.

2.0 BAHAGIAN A – ISU ALAM SEKITAR

Saban tahun, aktiviti penerokaan hutan yang tidak terancang kian parah. Jika dilihat
statistik yang dikeluarkan oleh laman sesawang theworldcounts.com, sekitar 20 juta
hektar hutan telah ditebang sekitar tahun 2011 hingga 2015. Sejak tahun 2016,
dianggarkan sebanyak 28 juta hektar telah ditebang setiap tahun, bersamaan dengan
keluasan satu padang bola yang hilang setiap saat sepanjang tempoh tersebut.

3
OUMH1603

Permintaan yang tinggi dalam industri berasaskan kayu mendorong aktiviti


penerokaan hutan yang keterlaluan oleh perusahaan kayu. Antara barang yang dihasilkan
menggunakan kayu seperti perabot, alat muzik, alat masakan, dan juga alat permainan.
Jenis kayu yang mendapat permintaan tinggi seperti kayu Nyatoh yang digunakan dalam
pembuatan meja kopi dan kabinet dapur, kayu Merbau pula sesuai dihasilkan bingkai
rumah dan perabot rumah, manakala kayu Jati sinonim dengan pembuatan katil, set sofa,
dan almari perhiasan.

Selain itu, permintaan yang tinggi menyebabkan harga pasaran bagi komoditi
tersebut meningkat dan berlaku peningkatan penerokaan haram oleh sesetengah individu
yang tidak bertanggungjawab. Menurut berita yang pernah dikeluarkan melalui laman
sesawang Bharian.com.my, sebanyak 23 kes pernah dikesan menjalankan aktiviti
pembalakan haram di negeri Kelantan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan seluruh negara pada tahun 2020. Akibat ramai yang gelap mata dengan
durian runtuh yang dijanjikan dalam pasaran bahan mentah dunia, banyak hutan yang
ditarah sampai botak.

Seterusnya, penerokaan hutan dilakukan atas faktor pembangunan. Antara


pembangunan yang dilakukan seperti pembinaan lebuh raya, jalan raya, dan bandar
baharu. Salah satu contoh yang boleh diambil seperti yang berlaku di Batu Kawan, Pulau
Pinang. Kawasan yang dahulunya terdiri daripada kawasan estet dan perkampungan
orang Melayu telah berubah apabila sebuah syarikat tempatan, Aspen Group Holdings
memeterai perjanjian pembelian dan pembangunan bagi tanah seluas 99 hektar di
kawasan terbabit dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dalam rancangan
menubuhkan Aspen Vision City, dengan nilai pembangunan kasar 8 bilion Ringgit
Malaysia.

4
OUMH1603

Rajah 1 : Batu Kawan pada tahun 2012


Sumber : https://web.archive.org/web/20161025072944/http://www.panoramio.com/
photo/78088096

Akibat kerakusan manusia dalam menjalankan aktiviti penerokaan hutan ini, alam
sekitar mengalami kesan yang buruk. Peningkatan suhu bumi secara berterusan setiap
tahun akibat kesan Rumah Hijau. Rumah Hijau terjadi apabila berlaku pertambahan gas
Karbon Dioksida, Klorofluorokarbon dan bahan pencemar yang lain. Hal ini telah
mengganggu sistem ekologi di muka bumi.

Kejadian bencana alam seperti tanah runtuh juga berlaku akibat kegiatan tersebut.
Seperti yang pernah berlaku pada tahun 2015 di KM 52.4 Lebuh raya Kuala Lumpur-
Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi, yang dipercayai berpunca daripada
kegiatan pembalakan tidak terkawal di Kawasan Hutan Lipur Lentang.

5
OUMH1603

Lebih malang lagi, aktiviti tersebut yang tidak dikawal mengganggu sumber air.
Sumber air penting dalam kehidupan manusia. Sumber air yang terdapat di negara kita
seperti sungai, laut, tasik, dan kolam mengalami gangguan daripada aktiviti itu. Buktinya
dapat dilihat pada Rajah 2 di bawah, Sungai Semungkis, yang terletak di Hulu Langat,
Selangor mengalami perubahan warna air akibat tercemar.

Rajah 2 : Keadaan Sungai Semungkis akibat penebangan pokok di dalam hutan


Sumber :
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/qwewe_1612339707.jpg

3.0 BAHAGIAN B – INTERPRETASI VIDEO

Berdasarkan video yang diperoleh melalui laman internet yang popular, Youtube terdapat
banyak bukti atau contoh yang boleh dikongsi secara umum berkaitan dengan GCED dan
isu alam sekitar. Perbincangan telah dilakukan ke atas video yang telah dipilih. Hasil
perbincangan tersebut dikongsi dalam tugasan ini.

6
OUMH1603

3.1 VIDEO 1-GCED

Hasil pencarian di laman Youtube, terdapat pelbagai video yang dapat dikongsi berkaitan
dengan GCED. Salah satu video telah dipilih untuk dikongsi dalam tugasan ini. Klik
pautan di bawah atau dengan mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar untuk
melihat video tersebut.

Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education)


https://www.youtube.com/watch?v=kVr8SH0t8EI

Pada awal klip video tersebut, Ellen Wilkinson yang merupakan Menteri
Pendidikan United Kingdom pada waktu itu tengah mempengerusikan sebuah
persidangan antarabangsa di London. Hasil persidangan tersebut menyaksikan kepada
penubuhan sebuah organisasi antarabangsa iaitu Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun 1945. Petikan teks ucapan
beliau seperti berikut:

Pihak negara-negara dalam perlembagaan ini, yang percaya dengan


peluang penuh dan setaraf untuk pendidikan kepada semua orang, dalam
usaha mencapai objektif yang betul, dan dalam pertukaran idea dan
pengetahuan secara bebas, telah dipersetujui dan bertekad untuk
mengembangkan dan meningkatkan kaedah komunikasi antara masyarakat
mereka dan menggunakan kaedah ini untuk tujuan saling memahami dan

7
OUMH1603

pengetahuan yang benar dan sempurna mengenai kehidupan masing-


masing. Oleh itu, mereka mewujudkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Wilkinson, E., 1945).

GCED diwujudkan bagi membendung masalah hak asasi manusia,


ketidaksamaan, dan kemiskinan. Masalah tersebut merupakan isu global yang berlaku di
seluruh dunia. Cabaran tersebut harus ditangani oleh semua orang. GCED membantu
warga dunia untuk memahami dengan lebih jelas tentang isu tersebut yang melanda
dunia. Hak asasi manusia adalah seperti keselamatan dari ancaman keganasan, hak untuk
menjadi warganegara sesuatu negara, dan hak dalam kebebasan politik. Ketidaksamaan
pula berlaku apabila masyarakat dibezakan status dan taraf hidup mengikut umur, kaum,
jantina, agama, dan lain-lain lagi. Manakala isu kemiskinan global harus dibasmi melalui
pendidikan yang diambil setiap orang sehingga tamat pengajian peringkat sekolah
menengah yang dijangka dapat pengurangan separuh kadar kemiskinan dunia.

3.2 VIDEO 2-ISU ALAM SEKITAR

Terdapat banyak kejadian yang melibatkan isu alam sekitar yang dilakukan oleh
segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Salah satu video kejadian tersebut yang
diambil melalui laman Youtube, seperti pautan di bawah:

ADUAN RAKYAT 3.0 | Tasik Chini Hampir Musnah?


https://www.youtube.com/watch?v=ndhO1wn75V4&t=333s

8
OUMH1603

Tasik Chini merupakan antara tasik semula jadi yang terbesar di Malaysia.
Terletak berdekatan dengan Sungai Pahang di daerah Pekan, Pahang. Menariknya, tasik
ini merupakan yang pertama di negara kita diberikan pengiktirafan Rizab Biosfera oleh
UNESCO pada tahun 2009. Selain itu, tasik yang berkeluasan 5,084 hektar yang terkenal
dengan legenda Naga Sri Gumum itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK)
oleh kerajaan negeri Pahang pada 13 Mac 2019.

Akibat daripada aktiviti perlombongan dan penerokaan hutan yang keterlaluan ke


atas kawasan tasik berkenaan, negara kita khususnya penduduk berdekatan mendapat
pelbagai impak negatif. Dakwaan daripada salah seorang penduduk tempatan, terdapat
projek perlombongan yang mendapat kelulusan kerajaan negeri dan ada juga yang
menjalankan kegiatan secara haram. Lebih parah lagi apabila sisa buangan dari tempat
perlombongan dialirkan terus ke tasik. Akibat tindakan tidak wajar itu, paras air tasik
semakin cetek, malah keadaan air menjadi berminyak. Tindakan itu juga mengancam
hidupan air di dalam tasik berkenaan.

Kawasan Tasik Chini merupakan zon penampan hujan semula jadi sebelum
dialirkan ke Sungai Pahang. Perkara tersebut boleh menjamin kawasan sekitar khususnya
bandar Pekan daripada berlaku sebarang banjir besar. Kini fungsi berkenaan seakan tidak
mampu untuk diteruskan lagi. Hal ini disebabkan kawasan hutan yang hijau dilitupi
tumbuhan seperti pokok itu telah diteroka secara rakus sehingga tidak terkawal tanpa
memikirkan masalah yang akan timbul kelak.

Penduduk tempatan yang majoritinya orang Asli, antara yang terjejas dari segi
ekonomi kesan kegiatan yang berlaku di Tasik Chini. Salah seorang penduduk dikenali
sebagai Ismail, membantu menyara keluarga sebagai nelayan, telah mengalami
kemerosotan dari segi hasil penangkapan ikan. Hasil yang diperoleh mencecah sekitar 10
hingga 15 kilogram sebelum ini, kini tidak lagi mampu. Seorang wanita tempatan yang
juga pengusaha Tongkat Ali, Norhayati Abdullah mengalami kesukaran dalam mencari
bekalan mentah tersebut. Beliau terpaksa memberi upah kepada orang lain untuk
mencari bekalan tersebut yang jauh dari tempat kediamannya. Hasil bekalan diperoleh

9
OUMH1603

kini kurang dari 500 kilogram, berbanding dahulu yang boleh mencecah sehingga 10 tan.
Manakala Noraini Ali, yang mengusahakan kraf tangan anyaman juga mengalami
masalah untuk mendapatkan mengkuang disebabkan paras air tasik yang semakin cetek.

Pada tahun 2012, satu memorandum untuk memulihkan kemerosotan Tasik Chini
telah dihantar ke ahli parlimen Pekan ketika itu, Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Haji
Abdul Razak. Amat mendukacitakan apabila tiada sebarang respons daripada beliau yang
juga memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Hal ini
mendesak penduduk yang inginkan campur tangan daripada pihak berkuasa bagi menjaga
keindahan tasik ini agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan tersebut.

Rajah 3 : Keadaan Tasik Chini pada tahun 2019


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=ndhO1wn75V4&t=340s

10
OUMH1603

4.0 TIGA DIMENSI KONSEP UTAMA GCED

GCED telah menggariskan tiga konsep utama iaitu kognitif, sosio-emosi, dan tingkah
laku. Ketiga-tiga perkara tersebut saling berkait antara satu sama lain bagi merealisasikan
objektif GCED. Kepelbagaian dan perbezaan latar belakang dalam kalangan masyarakat
majmuk seperti di negara kita perlu ada pendidikan tersebut. Perkongsian berikutnya
berkenaan dengan konsep utama GCED dalam memupuk masyarakat menangani isu alam
sekitar yang telah dibahaskan sebelum ini.

4.1 FAEDAH GCED KEPADA MASYARAKAT DALAM ISU ALAM SEKITAR

Kognitif dalam konteks GCED adalah untuk memperoleh pengetahuan, pemahaman, dan
pemikiran secara kritis dalam menangani isu alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia,
tanpa mengira peringkat tempatan mahupun global. Pendidikan diberikan melalui
Kempen Kesedaran boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan, seperti Jabatan
Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air mahupun Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dalam memupuk masyarakat tentang kesan buruk penerokaan hutan
yang keterlaluan. Dengan pendedahan yang diadakan semasa kempen tersebut sedikit
sebanyak membuka mata kepada umum akibat buruk daripada kegiatan tersebut.
Perhatian khusus diberikan kepada pengusaha yang terlibat secara langsung dalam
melakukan kegiatan tersebut secara membabi buta, agar terpelihara kehijauan bumi dan
dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang kelak.

Seterusnya, sosio-emosi merujuk kepada nilai, sikap dan kemahiran sosial yang
membolehkan pelajar berkembang secara berkesan, dan hidup saling hormat-
menghormati antara satu sama lain di dalam kepelbagaian. Kemahiran tersebut mampu
untuk membantu masyarakat dalam menjaga alam sekitar bersama. Sebagai contoh, hasil
pembuangan sisa bahan kimia perlombongan menyebabkan kualiti air di tasik Chini

11
OUMH1603

semakin berkurangan. Habitat tercemar menjadi punca hidupan akuatik mati. Sumber air
dan ekonomi bagi penduduk tempatan juga turut terjejas. Jika kemahiran sosio-emosi
dipupuk dalam kalangan masyarakat sudah semestinya tidak timbul lagi masalah di
kemudian hari.

Tingkah laku pula adalah perbuatan, aplikasi praktikal, dan penglibatan dalam
sesuatu perkara. Sikap atau didikan seseorang diajar bermula dari rumah oleh ahli
keluarga, terutamanya ibu bapa. Jika ibu bapa dapat mendidik anak dengan baik, maka
anak akan menjadi seorang yang baik. Begitu juga dalam konteks ini, orang tua menjadi
teras utama dalam memupuk anak menjadi seorang warganegara global yang
bertanggungjawab. Pembudayaan penjagaan alam sekitar perlu dimulakan di dalam
institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat. Antara perkara yang boleh
dipraktikkan bersama ahli keluarga seperti aktiviti penanaman pokok pada waktu petang
setiap hujung minggu, dan juga melihat filem, drama, atau program informasi yang
berkaitan dengan alam sekitar di kaca televisyen di rumah. Perkara tersebut dapat
memupuk nilai dan tanggungjawab ke atas persekitaran alam sekitar dalam kalangan ahli
keluarga. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

4.2 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga dengan isu yang melanda alam sekitar di
seluruh dunia. Masalah penerokaan hutan yang mengancam keselamatan alam sekitar
juga boleh diselesaikan. Perkara ini perlu melibatkan peranan setiap individu
warganegara global tanpa mengira latar belakang. Masyarakat yang dididik dengan
GCED mempunyai nilai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi ke atas kemelut
global seperti masalah alam sekitar agar terus terpelihara sepanjang masa.

Kita bole menghijaukan semula kawasan hutan yang telah diteroka. Penanaman
pokok selepas sebarang aktiviti tersebut dapat mengekalkan status hijau di kawasan

12
OUMH1603

terlibat. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia serta Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri melaksanakan Program Penghijauan
Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok. Kempen tersebut di bawah
Rancangan Malaysia ke-12, dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5
Januari 2021. Kempen yang disasarkan dalam tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 itu,
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum mengenai kepentingan kawasan
litupan hutan di negara kita selain memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui
penanaman pelbagai jenis pokok. Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Perak dan
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menyokong baik kempen tersebut. Melalui
kerjasama kedua-dua organisasi tersebut, sebanyak 320 anak pokok buah-buahan yang
akan ditanam oleh kakitangan JUPEM Perak melalui Program Penghijauan Malaysia bagi
merealisasikan tujuan program tersebut.

Seterusnya, tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat boleh


mengundang berlaku masalah tersebut secara berulang. Jadi, langkah seterusnya yang
boleh diambil ialah meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab kepada orang
ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama. Oleh itu,
pendidikan alam sekitar perlu diajar secara formal di peringkat sekolah, mahupun
pengajian tinggi di seluruh seantero dunia. Subjek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan dalam penjagaan alam
sekitar di kalangan pelajar melalui penambahbaikan kepada pendidikan itu ke dalam
sukatan pelajaran tersebut. Masyarakat juga dapat meningkatkan kesedaran itu secara
tidak formal melalui kempen kesedaran seperti Hari Alam Sekitar Sedunia oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Persekitaran Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP). Kempen itu diadakan pada 5 Jun setiap tahun bermula
pada tahun 1972, yang mengetengahkan tema berbeza sebagai topik atau isu yang
difokuskan kepada sejagat setiap tahun. India telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun
2011 dengan bertemakan “Hutan : Alam Semula Jadi yang Berkhidmat Untuk Anda”.

13
OUMH1603

5.0 KESIMPULAN

Justifikasi, penerokaan hutan melalui pelbagai aktiviti seperti pembalakan dan


perlombongan memberi seribu satu masalah kepada umum jika tidak dikawal. GCED
yang diperkenalkan PBB kepada dunia sangat penting dalam menangani kemelut global
yang masih berlaku sehingga kini. Dalam permainan Domino, apabila blok yang terawal
dibina jatuh, maka blok yang seterusnya juga akan jatuh. Tetapi jika blok yang berada di
tengah dijatuhkan, blok yang sebelumnya tidak terkesan. Gambaran situasi dalam
permainan tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kita. Walaupun
kerajaan sudah melakukan pelbagai inisiatif dan langkah-langkah diambil seperti
Kempen Kesedaran dan sebagainya, ibubapa sebagai guru pertama yang perlu
memainkan peranan yang besar dalam mendidik dan menanam rasa minat dan
tanggungjawab kepada anak-anak mereka sejak kecil.

Konklusinya, kita haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut yang


melanda dunia ini demi menjaga ekosistem dan habitat flora dan fauna. Jika tidak
dipelihara, kebarangkalian generasi global seterusnya tidak akan dapat melihat lagi
keindahan alam semula jadi bumi pada masa akan datang. Akhir kalam, cintailah alam
sekitar bersama.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji untuk


pencipta alam semesta Rabbul Izzah, dapat saya siapkan tugasan bagi subjek Kemahiran
Belajar untuk Abad ke-21, kod OUMH1603 pada semester pertama saya bergelar sebagai
pelajar separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan
Pembuatan dengan kepujian di Universiti Terbuka Malaysia. Sebelum saya meneruskan
refleksi ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Saipunidzam bin

14
OUMH1603

Mahamad atas ilmu yang dikongsi, tunjuk ajar yang diberi, serta layanan yang diberi
tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, dan juga warna kulit dalam membantu
menyiapkan tugasan kursus untuk subjek ini. Setinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada rakan sekelas yang memberi input yang baik dan perkongsian ilmu semasa
dalam sesi e-tutor yang diadakan secara dunia maya. Tidak lupa juga ahli keluarga saya
terutama isteri dan anak yang banyak membantu dalam menyelaraskan masa untuk saya
menyiapkan tugasan tanpa menghiraukan tanggungjawab hakiki. Melalui subjek ini,
banyak faedah yang berguna dan perkara yang mengajar saya lebih tentang erti
kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi milikNya.

Tugasan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran pembelajaran setiap individu


untuk menjadi warga yang berpendidikan pada abad ke-21. Penggunaan kemahiran yang
telah dipelajari seperti kemahiran penulisan esei, celik digital, kreativiti dan inovasi, dan
juga Pendidikan Kewarganegaraan Global serta alam sekitar. Penulisan esei yang baik
telah diajar melalui kemahiran penulisan esei. Pemahaman tentang penggunaan aplikasi
perisian seperti Microsoft Word dan Google Chrome, alat elektronik dan digital seperti
komputer riba banyak membantu dalam mencari maklumat dan menghasilkan tugasan
ini. Isi kandungan dalam tugasan ini pula dihuraikan melalui kreativiti serta inovasi yang
terhasil sepanjang tempoh tugasan yang diberi. GCED diperkenalkan kepada pelajar
dalam Topik 9, manakala alam sekitar pula boleh dipelajari dalam Topik 10 bagi subjek
OUMH1603, sedikit sebanyak membantu untuk lebih memahami soalan dan mencari
jawapan bagi tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan, pelbagai perkara yang telah dipelajari. Sistem


semula jadi bumi seperti Atmosfera, Biosfera, dan Hidrosfera sangat penting dalam
kehidupan masyarakat dunia. Fungsi sistem tersebut antaranya seperti penampan hujan,
menghalang sinaran ultra ungu (UV), dan menjaga ekosistem yang wujud. Pelbagai bukti
yang telah berlaku akibat daripada gangguan sistem semula jadi tersebut. Perubahan
iklim menyebabkan peningkatan suhu global, sekali gus menyebabkan paras air laut
dunia semakin meningkat saban tahun. Pencemaran terjadi melalui pencemaran udara,
air, tanah, dan radioaktif. Pengubahsuaian tanah untuk pembangunan yang semakin pesat

15
OUMH1603

juga mendorong kepada berlakunya Pulau Haba Bandar. Kesemua akibat yang
dinyatakan tadi amat mendukakan diri saya. Pemeliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab setiap orang dan sangat penting bagi mengekalkan sistem yang terbina ini
agar dapat berfungsi secara semula jadi hingga ke generasi seterusnya.

Hasil tugasan ini, dapat kita bersama-sama mengambil iktibar daripada isu global
tersebut. Harapan kepada warga dunia untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan
demi kelestarian alam sekitar. Barangan awam seperti jambatan, jalan raya, dan lampu
jalan tersedia untuk dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat. Begitu juga bumi
tempat kita hidup sekarang. Cahaya matahari, kehijauan hutan, dan kebersihan udara
digunakan bersama seluruh dunia. Jadi, tidak ada yang terkecuali untuk bersikap lepas
tangan dalam menjaga bumi kita. Akhir kata, yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.

2778 Patah Perkataan

16
OUMH1603

RUJUKAN

(t.t). Didapatkan Julai 26, 2021, daripada The World Counts:


https://www.theworldcounts.com/challenges/planet-earth/forests-and-deserts/rate-
of-deforestation/story

(t.t). Didapatkan dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur:
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/369?mid=139

(t.t). Didapatkan dari 100 juta pokok: https://www.100jutapokok.gov.my/news/301

10 jenis kayu dan perabot kayu untuk digayakan. (2021, Mac 24). Didapatkan dari
Propertyguru: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/jenis-kayu-dan-
perabot-kayu-malaysia-44811

23 kes pembalakan haram dikesan sejak pkp. (2020, November 27). Didapatkan dari
Bharian: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/11/758961/23-kes-
pembalakan-haram-dikesan-sejak-pkp

Aspen vision batu kawan bermmula akhir 2015. (2014, September 3). Didapatkan dari
bharian: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2014/09/4316/aspen-
vision-city-batu-kawan-bermula-akhir-2015

Nawawi, M. H. (2021, Febuari 3). Pencemaran sungai semungkis cetus tanda tanya.
Didapatkan dari hmetro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/670861/pencemaran-sungai-
semungkis-cetus-tanda-tanya

Pembalakan tidak terkawal punca tanah runtuh di karak. (2015, November 12).
Didapatkan dari astroawani:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembalakan-tidak-terkawal-punca-
tanah-runtuh-di-karak-peka-80534

Shaari, S. S. (2020, Jun 26). pemulihan tasik chini dalam perancangan kerajaan pahang.
Didapatkan dari malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/531812

UNESCO constitution. (t.t). Didapatkan dari unesco: http://portal.unesco.org/en/ev.php-


URL_ID=15244&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Usaha JUPEM Perak dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen


Penanaman 100 Juta Pokok. (t.t). Didapatkan dari 100 juta pokok:
https://www.100jutapokok.gov.my/news/361

17
OUMH1603

what is global citizenship education? (t.t). Didapatkan dari unesco:


https://en.unesco.org/themes/gced/definition
world environment day celebrations focus on forest. (2011, Jun 6). Didapatkan dari iisd:
http://sdg.iisd.org/news/world-environment-day-celebrations-focus-on-forests/

world poverty could be cut half if all adults completed secondary education. (t.t).
Didapatkan dari unesco: https://en.unesco.org/news/world-poverty-could-be-cut-
half-if-all-adults-completed-secondary-education

18

Anda mungkin juga menyukai