Anda di halaman 1dari 13

Nilai Moral Keperibadian Diri

I. Kepercayaan kepada Tuhan – Keyakinan wujudnya Tuhan


sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran
berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-
masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
II. Harga diri – Berupaya menjaga maruah diri.
III. Kejujuran – Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas
dalam setiap perlakuan.
IV. Keberanian – Kesanggupan untuk menghadapi cabaran
dengan yakin dan tabah.
UNIT 2
5.2.1 Menyenaraikan ciri individu yang berkeperibadian mulia.

I. Ikhlas dan jujur dalam tindakan.


II. Sabar dan tenang ketika menghadapi kesukaran dalam
kehidupan.
III. Berpegang teguh pada nilai moral.
IV. Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan, dan
perlakuan.
V. Melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan.
VI. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan.
Soalan Mirip SPM

(1) Nyatakan dua ciri berkeperibadian mulia yang ada pada


sukarelawan tersebut. [2m]
i. Melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan. [1m]
ii. Menghulurkan bantuan secara ikhlas. [1m]
UNIT 2
5.2.2 Menghuraikan dengan contoh cara mempraktikkan keperibadian
mulia.

I. Menjaga batasan pergaulan.


II. Bersikap pemaaf dan berani mengakui kesilapan diri.
III. Mendapatkan sokongan ibu-bapa dalam kehidupan.
IV. Bersederhana dalam menyambut hari istimewa anggota keluarga.
V. Menegur kesalahan rakan dengan cara yang baik.
VI. Memberikan pertolongan dengan ikhlas.
VII. Membantu mangsa bencana.
VIII. Melibatkan diri secara sukarela dalam program kemasyarakatan.
IX. Mengelakkan diri daripada melakukan penularan fitnah tentang
negara.
X. Mengharumkan negara dalam pelbagai bidang.
Soalan Mirip SPM
(2) Selain menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana,
berikan dua contoh amalan yang berjaya mempraktikkan
keperibadian mulia . [2m]

i. Memberikan salam dan senyuman apabila bertemu dengan


guru. [1m]
ii. Memberikan layanan yang baik dan mesra kepada golongan
kurang upaya. [1m]
UNIT 2
5.2.3 Memerihalkan kepentingan mempunyai keperibadian
mulia.

I. Sentiasa melakukan perkara yang positif.


II. Disenangi ramai.
III. Menjamin kebahagiaan dalam kehidupan.
IV. Memberikan ketenangan jiwa kepada diri.
V. Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain.
VI. Menjadi suri teladan kepada orang lain.
VII. Mencapai matlamat hidup yang diingini.
Soalan Mirip SPM
(3) Apakah kepentingan untuk seseorang remaja mengamalkan
tingkah laku berkeperibadian mulia dalam kehidupan harian?
[3m]

i. Mendapatkan kepercayaan daripada orang lain. [1m]


ii. Meningkatkan imej dan reputasi diri. [1m]
iii. Mengecapi kebahagiaan dan kesenangan dalam hidup. [1m]
UNIT 2
5.2.4 Membanding beza keperibadian mulia dan bukan
keperibadian mulia.
Berkeperibadian Mulia Tidak Berkeperibadian Mulia
Sanggup menghadapi cabaran Mudah berputus asa dalam usaha
dalam hidup. mencapai kejayaan.
Sentiasa bersyukur. Khianat dan bersangka buruk.
Berjimat cermat dalam Tamak dan boros.
perbelanjaan.
Bekerjasama dan saling menolong. Mementingkan diri sendiri.
Amanah. Tidak jujur.
Sederhana dalam pertuturan dan Pemarah dan tidak sabar.
perlakuan.
Soalan Mirip SPM

(4) Apakah pengajaran yang boleh kita dapat daripada banding


beza tingkah laku berkeperibadian mulia melalui kedua-dua
gambar yang diberi. [2m]

Kita sepatutnya memberi pertolongan kepada orang yang


berada dalam kesusahan [1m] dan bukannya mengasari mereka
dengan keganasan [1m].
UNIT 2
5.2.5 Mengekspresikan perasaan apabila mengamalkan
keperibadian mulia dalam kehidupan harian.

I. Gembira.
II. Bangga.
III. Tenang.
IV. Seronok.
Soalan Mirip SPM
(5) Jelaskan perasaan anda setelah mendapati amalan tingkah
laku berkeperibadian mulia adalah dititikberatkan dalam
kalangan masyarakat. [3m]

Bangga [1m]. Amalan tingkah laku berkeperibadian mulia dapat


memupuk semangat hidup bersama dalam kalangan masyarakat
tanpa mengira agama, bangsa , kepercayaan dan ideologi [1m].
Amalan ini juga dapat melahirkan masyarakat yang prihatin
terhadap negara [1m].
UNIT 2
5.2.6 Mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan harian.

I. Saya mengamalkan sikap yang bersopan santun dalam


pergaulan seharian.
II. Saya menghormati ibu bapa, guru, rakan dan orang di
sekeliling.
III. Saya memiliki disiplin dan komitmen yang tinggi dalam
mengejar kejayaan.
IV. Saya belajara dengan bersungguh-sungguh untuk menimba
ilmu pengetahuan.
V. Saya menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang
berkemampuan.
VI. Saya mengambil bahagian dalam program rukun tetangga
demi keharmonian masyarakat.
Soalan Mirip SPM
(6) Bagaimanakah cara untuk anda mempraktikkan keperibadian
mulia dalam masyarakat? [4m]

i. Saya akan mengambil bahagian dalam program khidmat


masyarakat [1m]. Dengan ini, saya dapat memupuk
perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap
masyarakat [1m].
ii. Saya akan melawat ke rumah anak yatim piatu [1m] dengan
memberikan sumbangan secara ikhlas kepada mereka [1m].

Anda mungkin juga menyukai