Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1. Ciri-ciri sukarelawanan.

Untuk menjadi sukarelwan yang hebat , seseorang itu perlulah mempunyai ciri-ciri
kesukarelawanan yang cukup. Ini kerana, tidak semua orang mampu menghadapi cabaran dalam
bidang kesukarelawanan. Namun begitu, sekiranya di dalam diri seseorang itu mempunyai ciri-
ciri tersebut, mungkin mereka dapat bertahan dan terus maju dalam bidang ini. Terdapat
beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seseorang itu untuk menjadi sukarelawan yang berjaya.
Antaraya adalah seperti berikut.
1. Mempunyai nilai alturisme yang tinggi.
Ciri-ciri untuk menjadi sukarelawan yang berjaya adalah perlu mempunyai nilai alturisme
yang tinggi dalam diri seseorang. Nilai alturisme bermaksud amalan untuk
mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Alturisme ialah tindakan sukarelawan
untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan atau ingin sekadar melakukan
kebaikan(schoder, pennor, dovido dan paliavin,1995).

2. Bersedia memberikan sepenuhnya komitmen.


Seorang sukarelawan perlulah memberikan sepenuhnya komitmen seperti tenaga dan
perhatian atau menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada kerja-kerja
sukarelawan.

3. Bersikap rendah hati dan ikhlas.


Sebagai seorang sukarelawan, mereka perlulah bersikap rendah hati iaitu bersikap
sederhana terhadap diri sendiri iaitu tidak bermegah-megah dan tidak melebih-lebihkan
akan kerja yang dilakukannya serta tidak menganggap diri sendiri lebih hebat daripada
orang lain. Slain itu, sukarelawan juga perlu ikhlas dalam melakukan kerja-kerja
sukarelawan seperti tidak mengharapkan balasan dalam melakukan sebarang kerja
sukarelawan.

4. Sentiasa bersedia dan ikhlas


Ciri untuk menjadi sukarelawan adalah perlu sentisa bersedia dan ikhlas dalam
melakukan kerja sukarelawan iaitu dengan sentiasa bersedia dalam apa keadaan sekalipun
untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran sewaktu melakukan tugas sebagai seorang
sukarelawan. Kerja yang dilakukan itu haruslah dilakukan dengan ikhlas dan tidak
merungut apabila berlaku sebagrang masalah.

5. Bersedia untuk belajar dan baiki diri sendiri.


Untuk menjadi sukarelawan yang hebat, seseorang itu haruslah mempunyai ciri rajin
belajar sesuatu yang baru dengan pantas dan sedia untuk baiki diri sendiri. Halini akan
dapat mempercepatkan lagi proses kemahiran dalam bidang sukarelawan.
6. Mempunyai tujuan yang jelas dalam bidang sukarelawan.
Setiap orang yag ingin menjadi sukarelawan perlu hadam dan ada tujuan yang jelas.
Kebiasaannya, kerja sukarelawan ini digerakkan untuk mencapai tujuan-tujuan berikut
seperti memupuk kerjasama antara ahli dan masyarakat, memupuk persaudaraan sesama
ahli, semangat setia kawan, dan lain-lain.jika seseorang itu mempunyai ciri ini iaitu
mempunyai tujuan yang jelas dalam bidang sukarelawan, mereka boleh menjadi seorang
sukarelawan yang hebat.

7. Sanggup mengambil risiko.


Seorang sukarelawan perlulah berani mengambil dan menaggung risiko dalam bidang
yang mereka ceburi itu. Ini kerana dalam melakukan kerja sukarelawan , seseorang
individu tidak boleh meramal apa keadaan yang bakal berlaku. Oleh itu, individu yang
ingin menjadi sukarelawan yang hebat, perlulah memounyai ciri ini.

Anda mungkin juga menyukai