Anda di halaman 1dari 3

BIDANG 5 : INSAN BERMORAL

Unit 2 : Peribadi Mulia Hiasan Diri


SP Keperibadian Mulia 高尚的个性
5.2.1 (a) Keperibadian mulia bermaksud sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu. 个人所拥有的良好和值得称赞的品质
(b) Ia dibentuk melalui latihan serta amalan kesederhanaan dalam kehidupan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan
(c) Antara ciri individu berkeperibadian mulia :
i. Ikhlas dan jujur dalam tindakan 做事真诚和诚实
ii. Sabar dan tenang ketika menghadapi kesukaran dalam kehidupan 耐心和冷静地面对生活的困难
iii. Berpegang teguh pada nilai moral 坚守道德价值观
iv. Bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan 在思想,言语和行为上保持中庸(不过分)
v. Melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan balasan 做好事不求回报
vi. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan / kebajikan. 努力做好事
5.2.2 Contoh cara mempraktikkan keperibadian mulia 如何实践高尚的人格
(a) Diri : i) Menjaga batasan pergaulan维护社交界限, ii) bersikap pemaaf dan berani, iii) mengakui kesilapan diri
(b) Keluarga : i) Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam kehidupan
ii) Bersederhana dalam menyambut hari istimewa anggota keluarga. Cth : Hari jadi / Hari Ibu / Hari Bapa
(c) Rakan Sebaya : i) Menegur kesalahan rakan dengan cara yang baik, ii) memberikan pertolongan dengan ikhlas.
(d) Masyarakat : i) Membantu mangsa bencana , ii) melibatkan diri secara sukarela dalam program kemasyarakatan.
(e) Negara : i) Mengelakkan diri daripada melakukan penularan fitnah tentang negara 避免散布对国家的诽谤
ii) Mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.
5.2.3 Kepentingan / kebaikan berkeperibadian mulia 高尚人格的重要性
(i) Sentiasa melakukan perkara yang positif / baik 拥有做积极的事情
(ii) Disenangi ramai 受到很多人喜爱
(iii) Menjamin kebahagiaan dalam kehidupan 保障生活幸福
(iv) Memberikan ketenangan jiwa kepada diri 让自己安心
(v) Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain 受到他人的尊重
(vi) Menjadi suri teladan kepada orang lain 成为他人的榜样
(vii) Matlamat hidup tercapai 认识目标达成
5.2.4 Perbandingan Tingkah Laku Berperipadian Mulia dengan Tingkah Laku Bukan Berperipadian Mulia
Berperibadian Mulia Bukan Berperibadian Muliaa
1. Sanggup menghadapi cabaran dalam kehidupan愿意面对生活挑战 Mudah putus asa dalam usaha mencapai kejayaan
2. Sentiasa bersyukur 感恩 Khianat dan bersangka buruk 背信弃义和恶意怀疑
3. Berjimat cermat dalam perbelanjaan Tamak dan boros 贪婪和奢侈
4. Bekerjasama dan saling menolong 合作和互相帮忙 Mementingkan diri sendiri 自私
5. Amanah / jujur Tidak jujur 不诚实
6. Sederhana dalam pertuturan dan perlakuan Pemarah dan tidak sabar 脾气暴躁和不耐烦
5.2.5 Perasaan anda你的感受 apabila mengamalkan keperipadian mulia dalam kehidupan harian
(i) Gembira / bangga . Alasan (1) dapat melakukan perkara yang baik dan positif.
(2) akan dihormati dan disenangi ramai
(3) dapat menjamin kebahagiaan dalam kehidupan.
Perasaan anda jika setiap anggota masyarakat mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan harian:
(i) Gembira /bangga. Alasan (1) Dapat menjamin kaharmonian / kesejahteraan hidup
(2) Jiwa tenteram dan mencapai kebahagiaan hidup
(3) dapat mengurangkan gejala negatif dalam masyarakat
5.2.6 Cara anda mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan harian
(i) tidak boros / bersikap berjimat cermat dalam perbelanjaan
(ii) jujur dan amanah semasa menjalankan tugas
(iii) memberi pertolongan secara ikhlas kepada golongan yang memerlukan.
Cadangan Nilai Universal
(i) Kepercayaan kpd Tuhan : Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan
pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
(ii) Hemah Tinggi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
(iii) Harga diri : Berupaya menjaga maruah diri
(i) Tidak terlibat dalam gejala sosial / gejala negatif spt pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, Vandalisme,
gangsterisme, penyalahguanaan internet, merompak, mencuri, meniru, ponteng sekolah, hedonisme dll.
(iv) Kejujuran :Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
(i) bercakap benar : tidak berbohong , tidak menokok tambah , berterus terang,
(ii) amanah : tidak menyeleweng , tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menerima rasuah, berintegriti,
memegang janji , tidak bocorkan rahsia, telus
(v) Keberanian :Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah
(i) tidak takut / tidak gentar menghadapi cabaran / kesusahan
(i) Tabah : tidak putus asa untuk menghadapi rintangan / kesusahan
Latihan Buku Teks m.s 26
1

(a) Nyatakan dua perbezaan ciri keperibadian mulia yang terdapat dalam kedua-dua gambar di atas . [ 4 markah ]

(b) Jika anda berada di situasi A, apakah tindakan anda ? Berikan sebab anda. [ 3 markah ]

(c) Masyarakat kini kurang mengamalkan sifat keperibadian mulia , cadangan tiga cara untuk memupuk sifat keperibadian
mulia di kalangan masyarakat . [ 3 markah ]
(i)
(ii)
(iii)

Latihan buku teks m,s 26


2

(a) Senaraikan dua ciri berperikemanusiaan mulia yang terdapat pada pemuda tersebut . [ 2 markah ]
(i)
(ii)

(b) Sekiranya anda ternampak seekor anak kucing terjatuh ke dalam longkang, apakah tindakan anda ? Jelaskan. [ 4 markah ]

(c) Jelaskan dua kepentingan anda bersikap berperikemanusiaan mulia terhadap haiwan. [ 4 marlah ]
3 Dialog berikut berkaitan dengan isu kehilangan dompet di sebuah sekolah .
Kelvin : Dompet aku hilang. Dalamnya ada RM100 yang diberi oleh bapa untuk membayar yuran PIBG sekolah.
Jasmin : Dompet anda dicuri oleh Nasuri , saya nampak dia berada di tempat duduk kamu tadi.
Tambahan pula keluarganya sangat miskin.
Ismahadi : Kelvin, bukankah anda telah menyerahkan dompet anda kepada cikgu sebelum anda menyertai
permainan bola sepak tadi.
Kelvin : Ya, baru saya teringat .
Ismahadi : Jasmin, anda perlu meminta maaf daripada Nasuri atas tuduhan anda yang tidak benar.

(a) Jelaskan dua nilai universal yang harus diamalkan oleh Jasmin . [ 4 markah ]
(i)

(ii)

(b) Wajarkan Jasmin berprasangka buruk terhadap Nasuri ? Berikan alasan anda. [ 3 markah ]

(c ) Nyatakan cara anda mempraktikkan keperipadian mulia kepada pihak berikut : [ 3 markah ]
(i) Diri:

(ii) Rakan Sebaya:

(iii) Negara

Latihan buku teks m.s 28


4 Maklumat berikut berkaitan dengan dilema yang dihadapi oleh seseorang penunggang motosikal setalah motosikanya
bergesel dengan sebuah kenderaan.

(a) Jika anda penunggang motosikal tersebut, apakah tindakan anda ? Berikan alasan anda. [ 3 markah ]

(b) Bagaimanakah penunggang motosikal tersebut dapat menyelesaikan situasi di atas ? [ 3 markah ]

(c) Isu melarikan diri sering berlaku dalam kalangan pemandu kini , jelaskan dua kepentingan mempunyai sifat berperibadian mulia
dalam kejadian tersebut. [ 4 markah ]

Anda mungkin juga menyukai