Anda di halaman 1dari 13

BIDANG 1: PERKEMBANGAN DIRI (1.

1 : Kepercayaan Kepada Tuhan)

Definisi -> Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan


mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara

Tajuk: Alam Tanggungjawab Bersama

1. Manusia diamanahkan untuk menjaga alam dan penghuninya.


a) Amanah Tuhan kepada manusia terhadap alam sekitar.
i. Tidak membuang sampah / toksik merata-rata.
ii. Tidak meneroka hutan atau melakukan pembalakan haram.
iii. Tidak membakar hutan atau pembakaran secara terbuka.
iv. Tidak memburu atau membunuh haiwan yang dilindungi.
v. Menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku kerosakan.

b) Amanah Tuhan kepada manusia sesama manusia.


i. Hidup berkasih sayang, bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
ii. Tidak melakukan penderaan kanak-kanak atau pembuangan bayi.
iii. Tidak mencuri. Menipu, merogol dan penagihan dadah.

2. Peranan dan Tanggungjawab sebagai satu amanah


a) Sikap bertanggungjawab terhadap semua tindakan demi kesejahteraan diri dan orang lain.
i. Menyokong usaha-usaha menjaga alam sekitar.
ii. Mematuhi undang-undang alam sekitar.
iii. Menjadi warganegara yang baik.

b) Perlakuan baik dilakukan oleh setiap individu


i. Tolong menolong antara satu sama lain.
ii. Hidup berbaik-baik.
iii. Mensyukuri nikmah pemberian Tuhan.
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.2 ; Amanah)
Definisi -> Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain

Tajuk Amalan Amanah Dalam Kehidupan

1. Slogan ‘Bersih, Cekap Dan Amanah (BCA)


i. Kepentingan BCA dalam kalangan pegawai kerajaan.
ii. Tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan.
iii. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan.
iv. Dapat memelihat imej badan-badan kerajaan.

2. Kepentingan BCA dalam kalangan ahli-ahli politik.


i. Mereka diberi kepercayaan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
ii. Dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan program pembangunan negara.

3. Kepentingan BCA dalam kalangan pelajar.


i. Dapat melatih diri supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas.
ii. Akan mendapat kepercayaan daripada guru dan pelajar lain.

Kesan tidak amanah dalam kehidupan.


i. Akan mencemarkan nama baik diri dan keluarga.
ii. Akan dipandang serong oleh masyarakat.
iii. Tidak akan dipercayai oleh orang lain.
iv. Boleh menjejaskan imej negara.

KESIMPULAN
Semua agama menuntut penganutnya supaya bersikap amanah, orang tidak amanah cenderung
melakukan rasuah.
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.3 ; Harga Diri)
Definisi -> Keupayaaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan

Tajuk Remaja Bermatlamat Hidup Cemerlang

Penentuan matlamat hidup yang dingin untuk mencapai kesejahteraan hidup.

1. Matlamat untuk berjaya.


i. Mempunyai azam dan tekad yang kuat.
ii. Berwawasan dan berpandangan positif.
iii. Tidak mudah gentar dan gugup.
iv. Tidak suka bergantung kepada orang lain.
v. Yakin terhadap kebolehan sendiri.

2. Matlamat untuk berjaya


i. Mempunyai sikap mementingkan kebersihan fizikal dan mental.
ii. Elakkan tabiat buruk seperti merokok, mengambil dadah dan lumba haram.
iii. Hormat dan taat kepada ibu bapa.
iv. Sentiasa mengawal disiplin diri.
v. Sederhana dalam sega atindakan.

Pengiktirafan masyarakat kepada individu yang mempunyai harga diri.

1. Sokongan
i. Menyambut baik kejayaan dan mendoakannya agar lebih berjaya.
ii. Memberikan pujian, ganjaran dan galakkan.
iii. Memberikan sokongan moral dan bantuan kebendaan.

2 Galakkan
i. Memberikan insentif
ii. Memberikan biasiswa
iii. Memberikan anugerah seperti pingat dan sijil
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.4 ; Bertanggungjawab)

Definisi -> Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna

Tajuk Masa Tidak Menunggu Kita

Pengurusan masa meningkatkan daya produktiviti.

1. Kepentingan
i. Dapat menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan teratur dalam masa yang ditetapkan.
ii. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
iii. Dapat mengelakkan pembaziran masa.
iv. Dapat mengelakkan kerja tertangguh.

2. Cara Mengurus Masa


i. Membuat jadual waktu pengurusan masa untuk belajar dan aktiviti kokurikulum.
ii. Melaksanakan perkara yang telah dirancang dalam jadual waktu tersebut.

3. Sebab-sebab merancang masa


i. Mengurus masa untuk belajar.
ii. Melakukan aktiviti kokurikulum.
iii. Meluangkan masa bersama keluarga.
iv. Masa untuk diri sendiri.
v. Beristirehat

4. Merancang masa belajar


i. Rancang masa belajar dengan sistematik.
ii. Sediakan jadual waktu belajar di rumah
iii. Mempunyai visi dan misi yang jelas dalam belajar
iv. Laksanakan / patuhi jadual waktu yang dibina untuk mencapai visi dan misi.

5. Merancang masa untuk kokurikulum


i. Boleh membahagikan masa untuk belajar dan kokurikulum
ii. Meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum
iii. Menyedari kepentingan aktiviti kokurikulum.

6. Merancang masa untuk keluarga


i. Memastikan masa yang cukup bersama keluarga.
ii. Gunakan masa bersama keluarga dengan berkualiti dan berkesan.
iii. Menyedari kepentingan menghabiskan masa bersama keluarga.

7. Merancang masa untuk disi sendiri


i. Gunakan masa untuk beristirehat demi kesihatan diri.
ii. Belajar mengasah hobi supaya menjadi realiti.
iii. Jadikan hobi satu kenyataan melalui perancangan.
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.5 ; Hemah Tinggi)

Definisi -> Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Tajuk: Berhemah Tinggi, Tinggi Hikmahnya

1. Bersikap ramah mesra tanpa mengira status


i. Boleh bergaul dan bertegur sapa dengan orang lain tanpa mengira pangkat.
ii. Tidak angkuh, sombong dan menunjuk-nunjuk dalam pergaulan.
iii. Sentiasa tersenyum dan menunjukkan muka manis dengan orang lain.
iv. Tidak mengasingkan diri dengan orang lain.

2. Usaha menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi


i. Sentiasa menjaga perasaan dan kepentingan orang lain.
ii. Berterus terang, ikhlas dan sentiasa mengawal diri
iii. Sentiasa bertolak ansur, sabar demi kesejahteraan hidup.
iv. Menerima pendapat dan pandangan orang lain secara terbuka.
v. Peribahasa : Masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang lembu menguak.

Ciri-Ciri Hemah Tinggi


Selalu bersopan santun
Tidak sombong / angkuh
Tidak suka menunjuk-nunjuk
Sentiasa berbudi bahasa
Ramah tamah / mesra
Suka bergaul
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.6 ; Toleransi )

Definisi -> Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri


bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Tajuk Rakyat Bertoleransi, Negara Harmoni

1. Amalan hidup pelbagai kaum perlu dihormati


i. Agama dan kepercayaan
ii. Menghormati agama dan kepercayaan kaum lain
iii. Tidak mencerca agama dan kepercayaan kaum lain
iv. Bertolak ansur dan menerima amalan pelbagai agama di negara kita.
v. Elakkan diri daripada memperkatakan isu-isu sensitif berkaitan dengan agama.

2. Cara hidup
i. Menghormati amalan hidup setiap kaum di Malaysia
ii. Bersikap cuba memahami dan menghayati cara hidup kaum-kaum lain.
iii. Tidak berdendam dan berprasangka terhadap cara hidup kaum lain.
iv. Menyedari keunikan yang terdapat dalam cara hidup setiap kaum.

3. Adat resam
i. Memahami dan menghormati adat resam kaum lain dengan ikhlas.
ii. Elakkan diri daripada menghina adat resam dan budaya kaum lain.
iii. Menerima hakikat terdapat pelbagai adat resam di negara kita.

4. Kepentingan sikap toleransi dalam hidup masyarakat


i. Dapat mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan antara kaum.
ii. Dapat mewujudkan hubungan baik dan perpaduan kaum.
iii. Dapat memastikan keamanan dan keharmonian hidup masyarakat dikekalkan.

5. Cara-cara menunjukkan sikap toleransi


i. Dari sudut makanan
menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis.
ii. Pakaian
berpakaian kemas, sopan dan sesuai dengan majlis yang dihadiri.
Tidak mempersendahkan pakaian tradisi kaum lain.
iii. Kepercayaan
Menghormati hak orang lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.7 ; Berdikari )

Definisi -> Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Tajuk Masyarakat Berilmu, Masyarakat Berdikari

Masyarakat berilmu yang berdikari

1. Pendidikan
i. Masyarakat yang berilmu boleh mencipta sejarah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
bangsa yang maju.
ii. Menggunakan ilmu yang diperolehi untuk mengharumkan nama negara dan untuk kebaikan
masyarakat.
iii. Masyarakat yang berilmu lebih berdaya maju dan berdaya saing.

2. Sains dan teknologi


i. Kejayaan falkuti perubatan, UKM menjalankan pembedahan telinga bionik untuk memulihkan
pendengaran.
ii. Pelancaran MEASAT 1 pada 13 Januari 1996.
iii. Kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman.

Kepentingan nilai berdikari dalam kehidupan setiap individu


1. Dapat elakkan diri terlalu bergantung kepada orang lain.
2. Dapat elakkan sikap malsa berusaha dan tidak mahu mencuba.
3. Dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna mengikut kehendak
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.8 ; Kerajinan )
Definisi -> Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

Tajuk :Mereka yang berjaya

Cekal menghadapi dugaan dan cabaran kunci kejayaan.


1) Penjelajahan
a. Ferdinand Magellen
- Beliau merupakan orang pertama yang mengelilingi dunia.
- Orang yang menemui jalan ke Timur (Pasifik) melalui Amerika Selatan.
Cabaran :
- Kekurangan makanan.
- Angin dan ombak yang kuat.
- Pemberontakan daripada anak-anak kapal.

2) Pereka Cipta
a. Thomas Alva Edison
- Orang yang pertama mencipta lampu mentol.
- Orang yang mencipta peti nyanyian (radio).
Cabaran :
- Pernah diberhentikan sekolah.
- Seorang yang pekak.
- Kilangnya pernah terbakar.
- Pernah gagal 10000 kali semasa menjalankan eksperimen.

b. Henry Ford
- Orang pertama mencipta kereta.
- Berjaya menubuhkan syarikat sendiri “Ford Motor Company”.
Cabaran :
- Pernah bekerja sebagai pengumpul besi buruk dan wayar-wayar lama.
3) Penemu
a. Louis Pastour
- Berjaya menemui vaksin untuk melemahkan Virus Robes vaksin penyakit anthrax.
Cabaran :
- Pernah diserang penyakit jantung.
Sebab-sebab kejayaan mereka.
- Mereka tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah.
i. Mereka yakin kebolehan diri sendiri.
ii. Bangunan semula mengatur dan menyusun perancangan.
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.9 ; Kasih Sayang )

Definisi -> Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas

Tajuk : Berilmu ke arah, kesejahteraan hidup

Penggunaan ilmu untuk kesejahteraan bersama


Kepentingan penggunaan ilmu :
1) Membantu manusia hidup sejahtera melalui
a. Ilmu teknologi maklumat (IT)

- E-mel - dapat menghantar mesej dengan cepat dan murah.


- Teleperubatan - dapat menghubungi pesakit dengan pakar perubatan ke seluruh dunia tanpa had masa
dan sempadan
b Ilmu Perubatan
- Dapat menghasilkan pelbagai kaedah rawatan dan pembedahan.
- Penghasilan pelbagai jenis ubat-ubatan dan vitamin.
2) Dapat mempertingkatkan kualiti hidup manusia.
3) Dapat menyelamatkan ramai nyawa.
4) Manusia dapat hidup berbaik-baik dan rasa kasih sesama manusia dan akhlak lain.

Penyalahgunaan ilmu sains dan teknologi perlu dielakkan.


Contoh 1: Penggunaan dan penciptaan senjata nuklear
-> Perang Dunia Ke-2 (1945)
a. Bandar Hiroshima (6 Ogos 1945, 8.15 am)
- dibom menggunakan bom atom (nuklear)
- bom ini mengandungi uranium sebarat 1 kg.
- berat bom : 4100 kg.
- nama bom : ‘little boy’
Kesan -> 137,000 orang terkorban.
-> 10 km2 (kerosakan)

b. Bandar Nagasaki
- dibom menggunakan bom atom.
- mengandungi bahan platinum.
- nama bom : ‘fat man’
Kesan -> 78,000 orang terkorban.
Contoh 2: Penggunaan haiwan atau manusia dalam uji kaji sains
-> Kesannya :
a. Lebih banyak haiwan akan mati.
b. Menyebabkan kepupusan haiwan.
c. Perbuatan yang dianggap zalim dan menyeksa haiwan
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.10 ; Keadilan )
Definisi -> Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Amalan Keadilan Menjamin Kesejahteraan


Masyarakat

Peranan pelbagai pihak dalam menjamin keadilan.


1. Sistem kehakiman di Malaysia (Mahkamah)
i. Jenis-Jenis Mahkamah
a. Mahkamah Juvana
b. Mahkamah Sivil
c. Mahkamah Tentera
d. Mahkamah Adat
e. Mahkamah Syariah

ii. Peranan Mahkamah


a. Untuk menegakkan keadilan.
b. Untuk membela dan melindungi orang yang dizalimi.
c. Untuk menentang kezaliman.

2. Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia)

i. Peranan
a. Menyiasat aduan tentang kes-kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia.
b. Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan dengan hak asasi manusia.
c. Membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran
berkaitan hak asasi manusia.
d. Melawat tempat-tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang berhubung
dengan tempat tahanan.

Kepentingan keadilan dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.


a. Orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Contoh : Kesalahan merogol -> hukuman : penjara 5 – 25 tahun, sebat 12 kali.

Contoh : Kesalahan rasuah -> hukuman : penjara / denda 10 kali nilai suapan / minimum RM10,000
(mana-mana yang tertinggi)
b. Dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai / masyarakat supaya tidak terlibat /
melakukan kesalahan berat atau jenayah.
IDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.11 ; Rasional )

Definisi -> Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar

Tajuk Berfikir Matang, Bertindak Berhikmah

Amalan berfikir sebelum bertindak


Contoh :
Lari Dari Rumah
Punca-Punca :
a. Kurang kasih sayang daripada keluarga / bergaduh dengan ibubapa.
b. Pengaruh daripada rakan sebaya.
c. Remaja inginkan kebebasan / terlalu dikongkong.
d. Keadaan rumah yang tidak selesa.
e. Merasa bosan kerana tiada matlamat hidup.
Kesan :
a. Ibubapa atau keluarga akan berasa bimbang.
b. Keselamatan remaja akan terancam.
c. Mungkin terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral.
d. Masa depan terjejas.
e. Mencemarkan maruah diri dan keluarga.

Langkah-Langkah :

a. Orang ramai / masyarakat


- Melaporkan kepada pihak berkuasa.
- Membantu menyelamatkan remaja.
- Memberikan khidmat nasihat / kaunseling.
b. Remaja / individu yang terlibat
- Mematuhi nasihat ibu bapa.
- Mengamalkan ajaran agama.
- Mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
c. Ibubapa
- Memberi kasih sayang kepada anak-anak.
- Prihatin / mengambil berat terhadap keperluan / masalah anak-anak.
- Sentiasa meluangkan masa bersama-sama anak.

Kebaikan berfikir secara rasional

a. bijak menilai dan mengakui maklumat secara tepat tanpa dipengaruhi oleh emosi / perasaan.
b. Mengambil keputusan yang bijaksana supaya tidak tersilap langkah.
c. Memikirkan kesan baik dan buruk setiap tindakan yang dilakukan.
d. Bersikap terbuka dan tidak keras kepala tanpa mahu mendengar pandangan / nasihat orang lain.
BIDANG 1; PERKEMBANGAN DIRI (1.12 ; Kesederhanaan)

Definisi -> Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

Tajuk Kesederhanaan Cerminan Kemuliaan

Sikap sederhana dalam kehidupan

1. Amalan pemakanan
tidak makan terlalu kenyang “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”.
• punca penyakit bermula dari perut -> 1/3 air, 1/3 kosong. 10 juta rakyat Malaysia mendapat obesiti
(kegemukan).

2. Makanan segera / ringan


Mengambil makanan yang seimbang.
• Perbelanjaan – tidak berbelanja dengan boros.
• Berbelanja ikut keperluan bukan ikut perasaan.
• Tidak terlalu mementingkan jenama.

3. Pakaian
Memakai pakainan yang sesuai dan bersopan.
Tidak memakai pakaian yang menjolok mata (seksi dan sendat).

4. Tindakan dan tingkah laku

Contoh 1: Terlalu asyik melakukan sesuatu perkara sehingga abaikan perkara lain yang lebih penting.
bermain komputer (internet)
Contoh 2: Terlalu mementingkan diri sendiri hingga abaikan kepentingan orang lain.
seorang peniaga menyorok barangan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
Penjual makanan yang menggunakan bahan kimia / pengawet untuk melariskan jualan.
Petani yang menggunakan racun serangga berlebihan ke atas tanaman

5. Pertuturan
Bertutur dengan lemah lembut dan bersopan
Tidak menggunakan bahasa yang kasar dan kesat.
Amalan Kesederhanaan mengikut perspekti Agama

Islam
Jangan boros dalam kehidupan.
Meninggalkan ucapan dan kaktakta yang buruk.
Kata-kata yang baik adalah sedekah.

Buddha
Mengambil makanan yang secukupnya.
Mengawal rasa benci dan marah.

Hindu
Menjaga pertuturan untuk hidup bahagia.
Amalkan hidup berjimat cermat.

Sikh
Mengamalkan kesederhanaan dalam pertuturan dan tingkah laku.
Amalkan perlakuan berhemah.

Kristian
Hati-hati apabila bercakap untuk elakkan kebinasaan diri sendiri.
Belajar berpuas hati.
Sederhana dalam berpakaian.

Kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan.


1. Dapat melahirkan sikap berjimat cermat.
2. Melahirkan individu yang sentiasa menjaga harga diri.
3. Dapat mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra

Anda mungkin juga menyukai